You are on page 1of 15

AYAT MAJMUK PANCANGAN

Disediakan oleh Nur Hazwani binti Hassim 2 PPISMP Sains Institut Perguruan Teknik, Cheras
1

Ada ayat majmuk yang terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan antara ayat itu tidak sama. Seperti yang telah diterangkan, dalam ayat majmuk gabungan terdapat 2 ayat atau lebih yang bersifat sama taraf, iaitu masing-masing dapat berdiri sendiri. Sebaliknya, dalam ayat majmuk pancangan terdapat 1 ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu.
2

Ada 3 jenis ayat majmuk pancangan dalam Bahasa Melayu, yang ditentukan oleh cara pembentukan dan jenis ayat yang dipancangkan, iaitu: i) Ayat relatif ii) Ayat komplemen iii) Ayat keterangan

Ayat Relatif
Ayat relatif ialah ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan yang. Contoh ayat: i) Saya membeli kereta yang berwarna putih mutiara. ii) Mereka menonton wayang yang amat seram. iii) Budak yang sedang membaca buku cerita itu anak saya.
4

iv) Bas yang dinaiki abang saya itu bas ekspres. v) Emak menggosok baju yang dibeli oleh saya.

Ayat (i) sebenarnya terdiri daripada 2 ayat, iaitu: a) Saya membeli kereta. b)Kereta itu berwarna putih mutiara. Apabila kedua-dua ayat itu dimajmukkan, ayat Kereta itu berwarna putih mutiara dipancangkan ke dalam ayat induk Saya membeli kereta.
6

o Oleh sebab ungkapan kereta diulang, maka kereta yang kedua itu digugurkan dan digantikan dengan kata hubung relatif yang. o Proses ini boleh dianggap sebagai mengalami peringkat perubahan seperti yang berikut: Pertama : Saya membeli kereta Kedua : Saya membeli kereta + Kereta itu berwarna putih mutiara

Ketiga : Saya membeli kereta yang berwarna putih mutiara. Dalam ayat Saya membeli kereta yang berwarna putih mutiara, ayat induknya ialah Saya membeli kereta, sementara ayat kecil relatif yang dipancangkan ke dalamnya ialah Kereta itu berwarna putih mutiara yang kemudiannya menjadi yang berwarna putih mutiara.
8

Demikian halnya dengan ayat (iii) Budak yang sedang membaca buku cerita itu anak saya yang terdapat 2 ayat di dalamnya, iaitu: a) Budak itu anak saya. b) Budak itu sedang membaca buku cerita. Ayat Budak yang sedang membaca buku cerita dipancangkan ke dalam ayat Budak itu anak saya.

Oleh sebab frasa budak itu diulang, maka frasa nama kedua yang serupa digugurkan dan diganti dengan kata relatif yang. Secara kasar, proses ini boleh digambarkan seperti yang berikut: Pertama : Budak itu anak saya + Budak itu sedang membaca buku cerita. Kedua : Budak itu + Budak itu sedang membaca buku cerita + anak saya
10

Ketiga : Budak yang sedang membaca buku cerita itu anak saya. Perbezaan antara ayat (i) dengan ayat (iii) terletak pada hakikat bahawa dalam ayat (i) ayat kecil yang dipancangkan ke dalam predikat ayat itu bertugas sebagai objek, sementara ayat (iii) menerima ayat pancangan sebagai subjeknya dengan menukarkan bentuk ayat itu kepada Budak yang sedang membaca buku cerita itu.
11

Ayat (iv) berbeza lagi daripada kedua-dua ayat sebelumnya. Seperti ayat relatif lain, ayat ini terdiri daripada ayat induk dengan ayat kecil seperti yang berikut: Ayat induk: Bas itu bas ekspres. Ayat kecil: Abang saya menaiki bas itu. yang dijadikan ayat pasif: Bas dinaiki abang saya.
12

Pemajmukan ayat induk (iii) a) dan ayat kecil (iii) b) melahirkan ayat baharu, ayat majmuk relatif: Bas yang dinaiki adik saya itu bas ekspres. Contoh lain: - Mereka melihat lukisan yang sungguh indah itu. - Pihak pengurusan membantu pekerja yang ditimpa kemalangan di tempat kerja. - Perompak yang menembak polis telah ditangkap.
13

Seperti yang terdapat dalam contoh di atas, penanda relatif ialah yang. Walau bagaimanapun, dalam Bahasa Melayu perkataan yang bukan sahaja digunakan sebagai penanda relatif, tetapi dugunakan juga sebagai pengganti nama yang digugurkan daripada frasa nama + yang seperti yang terdapat dalam contoh berikut: - a) Warna yang merah jambu itu warna kegemaran saya. b) Yang merah jambu itu warna kegemaran saya.
14

SEKIAN TERIMA KASIH..^_^

15

You might also like