You are on page 1of 4

Miskonsepsi Cahaya n Optik

Pembiasan cahaya berlaku kerana kelajuan cahaya berubah apabila cahaya


memasuki medium yang lain. Pembiasan cahaya ini juga menyebabkan arah
pergerakan cahaya terpesong atau dibengkokkan apabila cahaya bergerak dari satu
medium ke satu medium yang lain. Oleh itu apa yang dilihat oleh pandangan mata
kasar adalah berbeza dengan kenyataan sebenar.

Konsep Betul: Fenomena pembiasan cahaya ialah kolam yang dilihat pada mata kasar
adalah cetek akan tetapi sebenarnya ianya dalam. Hal ini kerana pembiasan cahaya ini lah
yang mengakibatkan saiz dan kedudukan objek kelihatan berubah.

Murid sering beranggapan bahawa indek biasan bahan seperti udara, air, minyak,
kaca dan intan.dengan ketumpatan optik adalah nilainya sama.Hal ini adalah tidak
benar sama sekali kerana ianya adalah berbeza. Indeks biasan, n merupakan darjah
pembengkokan alur cahaya apabila cahaya merambat dari vakum ke suatu medium

Konsep Betul: Definisi indeks biasan ialah nisbah laju cahaya di dalam vakum kepada laju
cahaya di dalam medium manakala ketumpatan optik ditakrifkan sebagai keupayaan untuk
mengukur suatu bahan optik menyerap cahaya yang melaluinya. Oleh itu, bahan-bahan
seperti kaca, air dan parafin mempunyai ketumpatan optik yang lebih tinggi daripada udara.
Maka, disini jelaslah menunjukkan bahawa indek biasan bahan yang berbeza adalah berbeza
ketumpatannya

Murid sering beranggapan bahawa indek biasan bahan seperti udara, air, minyak,
kaca dan intan.dengan ketumpatan optik adalah nilainya sama.Hal ini adalah tidak
benar sama sekali kerana ianya adalah berbeza. Indeks biasan, n merupakan darjah
pembengkokan alur cahaya apabila cahaya merambat dari vakum ke suatu medium.

Konsep Betul: Definisi indeks biasan ialah nisbah laju cahaya di dalam vakum kepada laju
cahaya di dalam medium manakala ketumpatan optik ditakrifkan sebagai keupayaan untuk
mengukur suatu bahan optik menyerap cahaya yang melaluinya. Oleh itu, bahan-bahan
seperti kaca, air dan parafin mempunyai ketumpatan optik yang lebih tinggi daripada udara.
Maka, disini jelaslah menunjukkan bahawa indek biasan bahan yang berbeza adalah berbeza
ketumpatannya.
Murid sering mengganggap bahawa apabila sinar cahaya merambat dari medium
kurang tumpat ke medium yang lebih tumpat menyebabkan sudut biasan, r > sudut
tuju,i.

Konsep Betul: Apabila sinar cahaya merambat dari medium kurang tumpat ke medium
lebih tumpat pada sudut tuju,i , laju cahaya ini dikurangkan menyebabkan sinar cahaya
terbias kearah normal dalam medium yang lebih tumpat menyebabkan susut biasa,r < sudut
tuju,i.

Sering kali berlaku salah konsep di dalam subtopik pantulan dalam penuh ini ialah
murid menganggap apabila sudut tuju kurang daripada sudut genting, sinar dibias
mendekati garis normal.

Konsep Betul: Konsep yang tepat ialah apabilasudut tuju kurang daripada sudut genting,
sinar dibias menjauhi garis normal dan sinar pantulan yang lemah juga dapat
dikesan.Konsep yang tepat ialah apabil sudut tuju kurang daripada sudut genting, sinar
dibias menjauhi garis normal dan sinar pantulan yang lemah juga dapat dikesan.

Murid sering tersalah konsep mengenai fenomena pantulan dalam penuh terjadi
apabila cahaya merambat dari medium yang berketumpatan optik tinggi ke medium
yang berketumpatan optik yang rendah

Konsep Betul: Konsep yang tepat ialah fenomena pantulan dalam penuh terjadi apabila
cahaya merambat dari medium yang berketumpatan optik tinggi ke medium yang
berketumpatan optik yang rendah, dengan sudut tuju lebih besar daripada sudut genting

Murid sering tersilap konsep dengan mengangap fenomena pembentukan pelangi


hanya disebabkan oleh pembiasan cahaya sahaja.

Konsep Betul: Konsep yang tepat ialah fenomena ini terjadi disebabkan oleh pembiasan,
penyebaran dan pantulan dalam penuh apabila cahaya melalui titisan air dalam udara.

Berikut merupakan bagaimana proses terhasilnya pelangi;

1) Apabila cahaya putih daripada matahari memasuki titisan air, cahaya mengalami
pembiasan dan penyebaran warna-warna yang berbeza.
2) Semua warna yang berbeza itu mengalami pantulan dalam penuh pada permukaan dalam
titisan air.

3) Sinar cahaya yang dipantulkan mengalami pembiasan dan penyebaran sekali lagi apabila
bergerak dari air ke udara.

4) Warna pelangi dapat dilihat oleh pemerhati

Miskonsepsi dalam hal ini ialah murid sering mengganggap bahawa ciri – ciri imej
yang dibentuk oleh cermin cekung dan kanta cekung adalah sama, begitu juga
dengan cermin cembung dan kanta cembung.

Konsep Betul: Namun mengikut fakta yang sebenar, ciri – ciri imej yang dibentuk oleh
cermin cembung adalah sama seperti ciri – ciri imej yang dibentuk oleh kanta cekung iaitu
membentuk imej maya, kecil daripada objek dan tegak. Manakala, ciri – ciri imej yang
dibentuk oleh cermin cekung adalah sama seperti ciri – ciri imej yang dibentuk oleh kanta
cembung iaitu menghasilkan imej sahih bergantung kepada jarak objek. Apabila kedudukan
objek u > 2f ciri imej yang dibentuk ialah nyata, songsang, lebih kecil daripada objek. Apabila
kedudukan objek u = 2f ciri imej yang dibentuk ialah nyata, songsang, sama saiz dengan
objek. Manakala apabila kedudukan objek f < u < 2f ciri imej yang dibentuk ialah nyata,
songsang, lebih besar daripada objek. Apabila kedudukan objek u = f ciri imej yang dibentuk
ialah terbentuk di infiniti. Apabila kedudukan objek u < 2 ciri imej yang dibentuk ialah maya,
tegak, lebih besar daripada objek

Miskonsepsi dalam hal ini ialah murid sering mengganggap bahawa jarak imej yang
dibentuk oleh kanta cembung adalah sama bagi semua kedudukan objek.

Konsep Betul: Namun mengikut fakta yang sebenar, jarak imej yang dibentuk oleh kanta
cembung bergantung kepada kedudukan objek. Apabila kedudukan objek u > 2f jarak imej
yang dibentuk ialah v < 2f. Apabila kedudukan objek u = 2f jarak imej yang dibentuk ialah v =
2f. Manakala apabila kedudukan objek f < u < 2f jarak imej yang dibentuk ialah v > 2f.
Apabila kedudukan objek u = f jarak imej yang dibentuk ialah terbentuk di infiniti. Apabila
kedudukan objek u < 2 jarak imej yang dibentuk ialah berada di sebelah yang sama dengan
objek

You might also like