You are on page 1of 2

Minggu Praktikum :9

  Tarikh : 07-04-2023
  Tajuk : Pengurusan murid Pasif
  Kategori : Pengurusan Bilik Darjah
  Pensyarah Penyelia : YM DR. ENGKU ZARIHAN BINTI ENGKU ABDUL RAHMAN
  Guru Pembimbing : PN YATI ROZI BINTI AHMAD RADZI

   
 
1. Isu Yang Difokuskan :

Ketika pengajaran untuk kelas 4 Dinamik, murid-murid terlibat aktif untuk menjawab soalan. Namun, saya
mendapati terdapat beberapa murid yang pasif di dalam bilik darjah. murid- murid tersebut sering mendiamkan diri
dan tidak pernah sukarela untuk melakukan aktiviti dalam bilik darjah.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :


Masalah ini berlaku mungkin disebabkan penguasaan ilmu pengetahuan yang lemah berbanding dengan pelajar
lain. Selain itu juga sifat yang pemalu untuk tampil ke hadapan menjadi punca masalah ini. Ini juga mungkin
disebabkan rasa rendah diri dan tidak memiliki keyakinan diri yang mantap untuk melakukan aktiviti yang
dijalankan. Sifat kurang keberanian dalam diri mereka menyebabkan mereka mendiamkan diri dan tidak melibatkan
diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :
Halangan atau masalah lain yang dihadapi oleh peserta kajian ialah masalah murid lemah dalam penguasaan di
mana daripada murid yang sama, murid pasif tidak mahu mengikuti PdP guru ,murid tidak fokus dan mengganggu
rakan lain dan murid sukar dikawal apabila terlalu aktif. Walaupun, peserta kajian mengalami halangan atau
masalah ini dalam proses PdP, namun para peserta kajian berupaya mengawal keadaan murid hingga selesai proses
PdP dijalankan

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti, saya
mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :

i) menggunakan teknik undian dalam memilih murid melakukan aktiviti atau menjawab soalan.
ii) memberikan perhatian kepada murid pasif
iii) memberikan ganjaran kepada murid yang aktif.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :


1 minggu
6. Tindakan Susulan :
Saya akan mengambil tindakan susulan dengan menggunakan memberi layanan yang sepatutnya kepada murid dan
memastikan murid lemah terlibat aktif dalam pdpc.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :


17-04-2023

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :


Langkah yang dijalankan memberikan sedikit kesan kepada murid pasif di dalam bilik darjah. Walaupun mereka
tidak seaktif rakan yang lain, tetapi mereka juga mampu terlibat dengan baik dalam aktiviti yang dijalankan
terutama melalui undian spinwheel atau cabut undi. Malahan, rakan yang lain juga memberikan sokongan kepada
mereka yang secara tidak langsung meningkatkan keyakinan murid pasif di dalam bilik darjah.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Kesimpulannya, guru perlu memastikan bahawa bukan murid yang sama yang sering menjawab soalan. Tetapi
berusaha membuka peluang kepada murid yang lain untuk terlibat dalam aktiviti pdpc terutama murid yang kurang
keyakinan diri dan lemah dalam pelajaran.

Rujukan :

Seliaman, N., & Dollah, M. U. (2018). Pengajaran Matematik Sekolah Rendah menggunakan pendekatan
Kontekstual: Satu kajian kes: Teaching Mathematics using Contextual Approach in Primary School: A Case study.
Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 8(1), 74-81.

You might also like