You are on page 1of 3

2JURNAL PRAKTIKUM

Minggu Praktikum : 9

Tarikh : 1 Oktober 2018

Tajuk Jurnal : Masalah Murid Tidak Memberikan Kerjasama Dalam Kerja Berkumpulan

1. Isu Yang Difokuskan :

Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas Tahun 2 Zamrud. Saya
mendapati masalah pada minggu ini ialah masalah murid tidak menunjukkan kerjasama
dalam kumpulan. Apabila guru meminta murid memilih ahli kumpulan sendiri, mereka
bergaduh sesama sendiri kerana berebut ahli kumpulan dan apabila guru membahagikan
kumpulan secara rawak, mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik dan tidak dapat
memainkan peranan dalam kumpulan dengan baik.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Hasil daripada analisis terhadap isu yang telah saya kenal pasti, saya mendapati masalah ini
timbul kerana wujudnya perasaan bangga dengan kelebihan diri dan perbandingan taraf
kepandaian. Walaupun mereka hidup dalam satu kelas, namun murid yang pandai lebih
cenderung untuk bergaul dengan murid-murid pandai sahaja manakala murid yang kurang
pandai dipinggirkan kerana mereka merasakan bahawa murid yang kurang pandai tidak sama
taraf dengan mereka. Sebagai seorang guru saya menganggap masalah ini amat
membimbangkan dan tidak seharusnya berlaku dalam diri murid kerana boleh menghalang
penerapan nilai-nilai murni dalam diri murid.

Impak daripada isu yang berlaku ini ialah murid hilang tumpuan pada pengajaran dan
pembelajaran kerana terdapat segelintir murid berasa tersisih dan boleh menyebabkan
mereka tidak bersemangat untuk belajar. Hal ini akan menyebabkan mereka tidak dapat
menguasai pengajaran yang disampaikan secara sempurna dan ini akan menjejaskan minat
mereka untuk terus mempelajari ilmu baru. Malah, ia juga turut memberi kesan terhadap
perkembangan pelajaran murid. Jadi, ini boleh memberi kesan terhadap keputusan ujian dan
peperiksaan.
3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut Johnson dan Holubec (1990), saling pergantungan positif ialah persepsi
bahawa nasib ahli-ahli sekumpulan adalah serupa dan mereka adalah saling bergantung di
antara satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat yang sama. Semua ahli kumpulan
perlu mengambil berat tentang pembelajaran diri sendiri dan juga pembelajaran rakan-rakan
sekumpulan. Ini bermakna semua ahli mesti berjaya mencapai matlamat sebelum sesuatu
kumpulan itu dianggap sudah berjaya.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya
ialah :

i) Bersikap tegas terhadap murid ketika memberi arahan kepada murid.


ii) Membahagikan murid ke dalam kumpulan yang seimbang di mana setiap
kumpulan ada murid yang pandai dan ada murid yang lemah.
iii) Menggalakkan murid pandai untuk membantu murid yang lemah agar jurang yang
ada dapat dirapatkan.
iv) Menerapkan nilai bekerjasama dalam diri murid agar mereka dapat menunjukkan
sikap bekerjasama antara ahli kumpulan

5. Tempoh Masa Penyelesaian : 1 Minggu

6. Tindakan Susulan :

Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu bersikap tegas terhadap murid ketika
memberi arahan kepada murid terutamanya ketika membahagikan kumpulan murid ketika
aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP). Selain itu, saya membahagikan murid ke dalam
kumpulan yang seimbang di mana setiap kumpulan ada murid yang pandai dan ada murid
yang lemah. Dalam hal ini, saya amat menggalakkan murid pandai untuk membantu murid
yang lemah agar jurang yang ada dapat dirapatkan. Tidak lupa juga untuk menerapkan nilai
bekerjasama dalam diri murid agar mereka dapat menunjukkan sikap bekerjasama antara ahli
kumpulan.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan : 3 Oktober 2018

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Tindakan yang telah dilaksanakan iaitu dengan menggunakan cadangan penyelesaian


yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, yang mana ia dapat dilihat
melalui wujudnya kesedaran dalam diri murid untuk mengamalkan nilai-nilai kerjasama
sesama mereka. Murid-murid dapat berkerjasama menjalankan aktiviti PdP dan ini ini dapat
membantu kelancaran PdP.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Secara keseluruhannya, saya merasa berpuas hati dengan peningkatan sahsiah


mereka iaitu mereka mula mengamalkan sikap berkerjasama semasa melakukan aktiviti
proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid lebih bersikap terbuka dan dapat
menerima antara satu sama lain sebagai satu kumpulan semasa melaksanakan aktiviti PdP.

Rujukan

Johnson, D., Johnson, R., dan Holubec, E. (1999). The New Circles of Learning:
Cooperation in the Classroom and School. Alexandria, VA: Association for
Supervision and Curriculum Development.

You might also like