You are on page 1of 30

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN,

14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

SEMESTER 5 AMBILAN JUN 2015

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 1

BINA INSAN GURU (MPU 3112 )

: TERRY THOR YI YING


NAMA PELAJAR
: 960409-07-5744
NO. KAD PENGENALAN
: 5 PISMP SEJ/PC/PT
KUMPULAN
: 2 / 2017
SEMESTER/TAHUN
: MPU 3112
KOD KURSUS
: BINA INSAN GURU
NAMA KURSUS
: JABATAN UNIT KOKURIKULUM
JABATAN

: EN.ROSDAUD BIN AYOB


NAMA PENSYARAH

: 13 OKTOBER 2017
TARIKH HANTARAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TUANKU BAINUN
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama : TERRY THOR YI YING Angka Giliran Pelajar : 2015302340067


Tajuk Tugasan :
PENULISAN PORTFOLIO KEM BINA INSAN GURU
Pensyarah : Kursus/Mata Pelajaran : MPU 3112 BINA INSAN GURU
En.Rosdaud Bin Ayob

Tarikh Hantar : 13 OKTOBER 2017 Tarikh Diterima ( Diisi oleh pensyarah):

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap
satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan:____________________________ Tarikh : ____13 OKTOBER 2017_________


( TERRY THOR YI YING )
Perincian Maklum Balas Tugasan
Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)
Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:

Pengesahan pelajar terhadap maklumbalas yang diberikan oleh pensyarah.


Saya mengesahkan bahawa maklumbalas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tandatangan Pelajar : Tarikh :

2
Halaman Judul

TAJUK :

BINA INSAN GURU


(MPU 3112)

PENULISAN LAPORAN PORTFOLIO


KEM BINA INSAN GURU

Jabatan UNIT KOKURIKULUM

IPG Kampus Tuanku Bainun,

Mengkuang, Bukit Mertajam,

Pulau Pinang.

3
Halaman Pengakuan

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap –

tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ………………………………

Nama Penulis : TERRY THOR YI YING

Tarikh : 13 OKTOBER 2017

4
Penghargaan

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya, saya dapat menyiapkan
tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya
telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit dan manis yang amat berharga dan
menpengaruhi dalam hidup saya sebagai seorang guru pelatih major dalam sejarah. Dengan
kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah
memberi kerjasama dalam perjalanan menyiapkan tugasan tersebut.

Di sini saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pensyarah IPG
Tuanku Bainun dalam Jabatan UNIT KOKURIKULUM mata pelajaran BINA INSAN GURU (MPU
3112) khususnya En.Rosdaud Bin Ayob , kerana beliau telah menberi banyak kerjasama dan
membimbing saya untuk melengkapkan tugasan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan
pensyarah-pensyarah unit kokurikulum memberi tunjuk ajar amat saya hargai.

Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu saya iaitu TAN HOOI PING kerana
sentiasa memberi kata-kata semangat dan bantuan kewangan kepada saya supaya dapat
berusaha menyelesaikan tugasan ini. Keikhlasan ibu yang telah memberikan bantuan sama ada
dari segi masa, tenaga dan kewangan amat saya sanjungi.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih diucapkan kepada semua guru pelatih opsyen sejarah
kerana mereka telah bekerjasama dan membantu menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya,
pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi amat bermakna.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda
huurkan amatlan kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak
dapat dilaksanakan dengan sempurna.

5
Isi Kandungan
Tajuk Muka Surat
Borang Maklum Balas 2
Halaman Judul 3
Halaman Pengakuan 4
Penghargaan 5
Penulisan Laporan Portfolio Berkenaan Kem Bina Insan Guru
KERTAS KERJA KEM BINA INSAN GURU 7
LAPORAN KENDIRI BERKENAAN KEM BINA INSAN GURU 8

1.0 LAPORAN KENDIRI SEBELUM PROGRAM BINA INSAN 9


GURU

2.0 LAPORAN KENDIRI SEMASA PROGRAM BINA INSAN GURU


2.1 AKTIVITI FLYING FOX DAN REPELLING 10-20
2.2 AKTIVITI BERKAYAK
2.3 AKTIVITI ORIEENTERING
2.4 AKTIVITI KEMBARA
2.5 AKTIVITI MALAM KEBUDAYAAN
2.6 AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT
20
3.0 LAPORAN KENDIRI SELEPAS PROGRAM BINA INSAN GURU

REFLEKSI SWOT 21-24


LAMPIRAN 25

6
KERTAS KERJA
KEM
BINA INSAN GURU

7
LAPORAN KENDIRI
BERKENAAN KEM BINA
INSAN

 SEBELUM KEM BIG


 SEMASA KEM BIG
 SELEPAS KEM BIG

8
LAPORAN INDIVIDU PROGRAM BINA INSAN GURU BAGI KURSUS IJAZAH
SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2015 SEMESTER 5

TEMPOH : 5 HARI 4 MALAM

TARIKH : 2 OKTOBER 2017 HINGGA 6 OKTOBER 2017

TEMPAT : KEM SINGKIR, KEDAH

1.0 LAPORAN KENDIRI SEBELUM PROGRAM BINA INSAN GURU :

Sebelum program Bina Insan Guru dilaksanakan secara rasminya pada 2 Oktober
2017, banyak perkara yang telah saya lakukan dan pelajari. Apabila tiba masa untuk
Ketua Unit Kokurikulum, En. Mohamad Akhir bin Awang dan En.Abdul Rahman Bin Moidu
memberi taklimat tentang program BIG ini, saya sudah menjangkakan pelbagai
kemungkinan megenai kumpulan yang akan saya sertai. Adakah saya akan berkumpulan
bersama pasukan yang tidak teguh dan baik? Namun, ternyata persoalan yang bermain
di fikiran saya salah. Walaupun En.Abdul Rahman Bin Moidu telah membahagikan
kumpulan secara rawak, namun saya tetap berpuas hati, malah gembira apabila individu-
individu yang dipilih memasuki kumpulan saya mempunyai personaliti yang riang dan
peramah. Semua mempunyai kimia yang kuat antara satu sama lain. Walaupun rakan
sekelas yang bersama saya hanyalah seorang sahaja, namun alangkah bahagianya hati
saya apabila melihat ahli-ahli kumpulan saya berusaha untuk membina hubungan yang
baik antara satu sama lain. Apabila tiba masanya untuk kami berbincang mengenai
pemilihan ketua kumpulan, saya tidak menjangkakan bahawa saya akan dipilih sebagai
ahli jawatankuasa. Keselamatan. Pada mulanya saya berasa amat gementar dan takut
kerana ini merupakan kali pertama saya menjadi ajk keselamatan untuk kumpulan
semester 5 2017. Saya juga merasakan takut jika saya tidak dapat melaksanakan
tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya. Namun begitu, saya cuba untuk membina
satu keyakinan yang menyatakan saya layak untuk memegang jawatan ini dan saya
berjaya untuk menguasai keyakinan ini. Saya tahu bahawa proses untuk membina

9
keyakinan ini amat penting bagi seorang bakal guru kerana seorang guru perlu
beryakinan diri dalam menempuh segala cabaran dan dugaan yang dihadapi. Semasa
menjawat jawatan sebagai ketua kumpulan, saya mempelajari beberapa perkara baru.
Pertama, seorang ahli jawatankuasa keselamatan sepatutnya mempunyai nilai
tanggungjawab yang tinggi dalam menjaga keselamatan para peserta. Dalam hal ini,
saya telah berusaha dengan sepenuh hati dan melakukan yang terbaik untuk kumpulan
saya. Jadi, saya telah memohon peti kecemasan “first aid” daripada stor IPG serta
memastikan kelengkapan ubat-ubatam dalamnya. Ketua jawatankuasa keselamatan
telah mengadakan beberapa perjumpaan bagi membincangkan tentang perkara -
perkara berkaitan dengan jadual sentri, kelengkapan ubat-ubatan yang amat penting
untuk menjaga keselamatan semua perserta kem BIG.

2.0 LAPORAN KENDIRI SEMASA PROGRAM BINA INSAN GURU :

Semasa program Bina Insan Guru ini berlangsung dengan rasminya di Kem
Singkir,Pusat Kokurikulum Kedah pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran - kemahiran
tertentu telah saya pelajari dan perolehi. Dalam aktiviti yang pertama, iaitu aktiviti
mendirikan khemah, saya telah mempelajari tentang cara - cara memasang khemah
bersama-sama dengan ahli kumpulan saya dengan pentas. Kemudian, kami mendapat
arahan daripada Kem Komanden untuk mengangkut peralatan-peralatan seperti
barangan dapur, peralatan perkhemahan, peralatan bagi penjagaan keselamatan dan
kebersihan serta lain-lain. Antara aspek penting selepas penyediaan khemah ialah dari
segi keselamatan dan kebersihan seperti menyediakan tempat sidaian dan meletakkan
racun serangga dikawasan yang perlu dan sebagainya. Melalui aktiviti ini, saya dapat
mempelajari nilai bekerjasama, menjaga kebersihan alam sekitar dan dapat menyemai
sikap tolong-menolong antara satu sama lain. Nilai-nilai murni amat penting dan dapat
disebarkan kepada para pelajar apabila bertugas di sekolah kelak. Selain itu, saya
didedahkan dengan teknik pemasangan khemah yang betul agar segala masalah asas
pemasagan seperti rebah, khemah tercabut dapat dielakkan Dalam aktiviti ini, saya
mendapati bahawa arahan berperanan penting supaya menjayakan sesuatu perkara.

10
Dalam memberikan arahan kepada ahli - ahli kumpulan, arahan yang disampaikan
perlulah jelas agar ahli - ahli faham akan perkara yang ingin dilakukan.

Dengan ini, pengetahuan yang saya ada ini tidak saya sia-siakan dengan
berkongsi kemahiran tersebut bersama-sama rakan-rakan sekumpulan saya. Nilai
berkongsi ini amat benilai bagi seorang guru kerana berkongsi pengetahuan merupakan
tugas utama seorang guru. Oleh hal demikian, saya berasa amat gembira kerana dengan
nilai yang dipraktikkan tersebut. Selain itu, dalam menjalankan aktiviti sebegini, nilai
kerjasama antara ahli kumpulan amat penting, bak kata pepatah yang berat sama dipikul,
yang ringan sama dijinjing. Dengan mengamalkan nilai ini, maka kerja yang berat akan
menjadi ringan apabila semua ahli kumpulan terlibat dalam menjayakan sesuatu aktiviti.

Setelah itu, tepat pukul 1 petang, kami diminta untuk berkumpul di dalam dewan
Kem Singkir ini. Aktiviti yang dilakukan merupakan pembahagi kumpulan. Jurulatih Kem
Singkir telah membahagikan para peserta ke dalam 4 kumpulan besar iaitu kumpulan A1,
A2, B1, B2. Sebelum memulakan sesuatu aktiviti, jurulatih akan mengira jumlah para
peserta. Hal ini disebabkan, jurulatih patut memastikan semua peserta bersiap sedia
untuk menerima arahan aktiviti diteruskan. Dalam ini, saya dapati bahawa, sebagai
seorang bakal guru, kita harus mengambil kira keadaan pelajar melalui kiraan jumlah
pelajar supaya mengetahui keadaan kelas dengan baik serta dapat mengawal mereka
dengan lebih berkesan. Hal ini disebabkan, guru harus bertanggungjawab terhadap
amanah yang diberi. Sebagai seorang bakal guru, bertanggungjawab merupakan salah
satu elemen yang penting dalam mencipta sebuah personaliti guru yang menarik dan
baik. Dengan mempraktikkan aktiviti ini, akan saya amalkan dalam diri saya sendiri
bahawa bertanggungjawab adalah penting bagi saya, malah orang lain juga.

11
2.1 Aktiviti Flying Fox dan Repelling – ( Hari Pertama ) 2 OKTOBER 2017

Pada hari pertama, aktiviti lasak dan mencabar iaitu “Flying Fox‟ dijalankan.
Walaubagaimanapun, sebelum aktiviti dijalankan taklimat terperinci tentang langkah-
langkah keselamatan yang perlu dipatuhi semasa menjalankan aktiviti tersebut diberikan.
Di dalam aktiviti ini, para peserta diajar cara memasang kelengkapan “Flying Fox” dengan
betul dibantu oleh petugas yang terlatih. Selepas dilepaskan turun, para peserta diminta
memohon kebenaran turun oleh tuan jurulatih dengan suara yang besar kerana beliau
berada di hujung tapak “Flying Fox”. Dalam aktiviti ini, saya mendapati bahawa
kemampuan fizikal dan mental para peserta teruji ketika peserta dilepaskan turun melalui
tali menuruni tempat tinggi. Aktiviti ini berjaya menjadikan para peserta lebih berani, sabar,
mampu mengawal emosi, berjaya mengatasi perasaan takut dan sekali gusmenikmati
keseronokan dan pengalaman yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

Selepas aktiviti “Flying Fox‟ berakhir, aktiviti “Repelling” yang lebih mencabar telah
disediakan. Repelling adalah sejenis sukan lasak yang memerlukan daya kecergasan,
keberanian, kepantasan berfikir, dan semangat yang tinggi. Hal ini disebabkan,
“Repelling atau Abseiling” adalah satu aktiviti menuruni suatu tempat yang tinggi dengan
menggunakan tali daripada platform (tempat berpijak). Sebelum memulakan aktiviti
“Repelling”, jurulatih telah mengkongsikan ilmu pengetahuan berkenaan peralatan asas
replelling iaitu Sarung Tangan, Helmet, Tali Dinamik, Harness, Carabiner dan sebagainya.

Sebenarnya, kedua-dua aktiviti tersebut bertujuan untuk membina ketahanan diri


pada setiap peserta Kem Singkir ini. Hal ini disebabkan, Insan guru adalah pembina
generasi akan datang, pembentuk jati diri pelajar dan menjadi role model kepada
masyarakat setempat. Oleh itu, pelatih guru perlu didedahkan kepada pelbagai situasi
yang mencabar minda dan keupayaan mereka. Aktiviti-aktiviti ketahanan diri dirancang
di dalam Program Bina Insan Guru untuk menyediakan bakal guru menghadapi situasi
sebenar dan boleh menyesuaikan diri di dalam semua keadaan di samping mampu
menangani pelbagai cabaran era globalisasi.

12
2.2 AKTIVITI BERKAYAK – (Hari Kedua) 3 OKTOBER 2017

Pada hari kedua setelah melaksanakan slot moral, kami berhimpun dalam
kumpulan dan didedahkan dengan sedikit teknik kawad kaki. Kami juga dikehendaki
menyanyikan beberapa buah lagu seperti lagu “NEGARAKU” dan lagu “IPGM” sebelum
bersarapan pagi. Seterusnya, kami diminta menjalankan senaman dengan muzik-muzik
yang menarik. Selepas itu, kami menguruskan diri sebelum bersiap ke program
seterusnya iaitu aktiviti luar tapak perkhemahan. Sebelum bertolak, kami telah dibahagi
kepada dua kumpulan besar iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Kumpulan A akan
menjalankan aktiviti berkayak dan kumpulan B akan menjalankan aktiviti berkembara
pada hari kedua. Kemudiannya, kami menaiki bas IPGKTB untuk ke tapak berkayak-
Teluk Nipah, Kedah. Sebelum aktiviti air bermula, taklimat ringkas tentang teknik
mengimbangkan diri dalam air dan berenang telah diberikan oleh jurulatih. Penerangan
yang diberikan cukup jelas dan mudah difahami.

Setelah itu, kumpulan saya merupakan kumpulan ketiga yang menjalani aktiviti
‘water confident’. Kami telah didedahkan tentang teknik mengapungkan diri, teknik
menegakkan diri di dalam air, teknik berenang secara menelentang dan teknik berenang
secara meniarap. Pendedahan ini amat berguna untuk melindungi diri semasa berada di
dalam air. Sebagai bakal guru, saya harus peka terhadap perkara ini kerana ada
kemungkinan akan ditugaskan di kawasan pedalaman di mana bot menjadi alat
perhubungan utama di kawasan tersebut. Maka, pengetahuan berkenaan dapat
diaplikasikan untuk mempertahankan diri sendiri dan individu lain. Selain itu, sokongan
moral daripada rakan-rakan seperjuangan sewaktu aktiviti dijalankan telah berjaya
meningkatkan keyakinan diri untuk melakukan yang terbaik.

Seterusnya, aktiviti selanjutnya ialah berkayak. Aktiviti berkayak dijalankan secara


serentak kerana jumlah perahu kayak yang disediakan yang mencukupi bagi semua
peserta berkayak serentak. Namun demikian, aktiviti yang dijalankan pada skala yang
kecil adalah lebih baik kerana pemantauan dapat dilakukan secara lebih terperinci.
Sebelum memulakan aktiviti berkayak ini, jurulatih telah memberi latihan tentang teknik
mendayung kepada para peserta. Ini memberi ilmu baru kepada pelatih seperti saya
kerana tidak mengetahuinya sebelum ini. Pantauan dibuat oleh jurulatih dengan menaiki

13
bot adalah sokongan dan meningkatkan keyakinan kepada pelatih yang sebelum ini tidak
pernah menaiki kayak. Adakalanya jurulatih akan menguji kemahiran peserta dengan
memandu bot berhampiran dengan kayak peserta dan ombak yang terhasil dari laluan
bot itu membuatkan kayak mereka terumbang-ambing dan hilang kawalan untuk
sementara waktu. Ini memberi gambaran bagaimana kita akan bertindak bila berlaku
kesukaran.

Dalam aktiviti berkayak, saya mempelajari cara mendayung yang betul.


Berdasarkan taklimat jurulatih, mendayung merupakan satu gerak laku oleh pendayung
bagi menggerakkan kayak dari satu tempat ke tempat lain atau dari satu posisi ke satu
posisi yang lain. Berdayung adalah satu kemahiran asas yang dimestikan kepada setiap
individu yang ingin melibatkan diri dengan aktiviti berkayak. Jadi, saya menetahui bahawa
kerjasama antara kedua-dua bowman dan sternman amat penting supaya memastikan
perjalanan kayak lancar dan tidak hilang kawalan.

Saya memperolehi banyak pengalaman dan ilmu semasa menjalankan aktiviti air.
Walaupun saya pernah menjalankan aktiviti air sebelum ini semasa Tingkatan 3 di aktiviti
kokurikulum sekolah, namun aktiviti air kali ini merupakan suatu aktiviti yang paling
mencabar. Saya katakan ia mencabar kerana saya terpaksa meredah dan berkayak
dalam keadaan ombak yang besar. Keadaan ini mengajar nilai ketabahan di dalam diri
saya untuk menghadapi cabaran. Di samping itu, saya juga dapat menanamkan sikap
kerjasama dalam diri. Semasa aktiviti ini dijalankan, saya telah berpasangan bersama
Wong Lee King. Dengan adanya nilai kerjasama yang wujud di antara kami berdua, maka
kami berdua mampu mengharungi keadaan laut yang bergelora dengan tenang.

Di samping itu, saya juga mendapat pengalaman pahit semasa aktiviti ini
berlangsung. Pengalaman pahit yang saya maksudkan itu ialah saya telah mabuk laut
dan muntah beberapa kali. Jika ada pengalaman pahit, sudah tentu pengalaman manis
juga ada. Pengalaman manis yang saya perolehi semasa menjalani aktiviti ini ialah
pengalaman memasak di tepi pantai. Selain itu, sikap saling membantu adalah suatu sifat
yang paling penting dan sikap ini telah saya praktikkan semasa manjalani aktiviti yang
mencabar ini. Kenangan manis berkayak mengelilingi satu pulau di sana, pasti tidak akan
luput dalam memori saya.

14
2.3 AKTIVITI ORIEENTERING – ( Hari Ketiga ) 4 OKTOBER 2017
Dalam program Bina Insan Guru (BIG) fasa pertama, kami telah menjalankan
aktiviti orienteering pada hari kedua. Orienteering ialah satu cabang pengetahuan
berkaitan dengan teknik-teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan
menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas.

Kekuatannya termasuklah orienteering merupakan sukan rekreasi yang


memerlukan imbangan di antara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu
mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan
berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan di atas peta
dan ditentukan di permukaan bumi mengikut susunan tertentu. Selain itu, taklimat
jurulatih yang jelas dan padat sebelum melaksanakan aktiviti ini juga merupakan
kekuatannya.

Bagi kelemahan aktiviti ini pula termasuklah kemudahan yang terhad


menyebabkan sesetengah peserta tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya. Misalnya,
hanya dua kompas yang diperuntukkan dalam satu kumpulan. Dengan itu, orang-orang
lain yang terdapat dalam kumpulan itu terpaksa mengikut arahan orang yang berpegang
kompas itu dalam menentukan tempat dan membuat penanda. Pada pendapat saya,
kelemahan ini dapat diatasi dengan bertukar giliran untuk menggunakan kompas semasa
aktiviti dijalankan. Bukan itu sahaja, pihak berkaitan juga boleh memohon bantuan
daripada kerajaan untuk membeli kompas secara mencukupi supaya semua peserta
dapat menggunakannya.

Kebaikan yang saya peroleh daripada aktiviti ini termasuklah orienteering telah
berjaya meningkatkan kecergasan fizikal dan daya tumpuan saya. Selain itu, aktiviti ini
juga telah membantu dalam membina sikap positif, memupuk keyakinan diri serta
meningkatkan kemahiran pembacaan peta dan kompas. Saya juga mendapati semangat
kerjasama antara ahli kumpulan dan komunikasi yang berkesan adalah sangat penting
semasa menjalankan aktiviti ini. Melalui aktiviti orienteering, saya juga telah mempelajari
cara menggunakan kompas dan cara menulis petunjuk. Saya dapat memberi arah dan
sudut yang betul bagi menentukan sesuatu petunjuk.

15
2.4 AKTIVITI KEMBARA (JUNGLE TREKKING) – (Hari Ketiga ) 4 OKTOBER 2017

Aktiviti Kembara yang kami jalani pada 4 Oktober 2017 merupakan salah satu
aktiviti yang paling mencabar. Hal ini kerana aktiviti ini melibatkan pergerakan yang aktif
serta melibatkan proses kognitif. Saya telah mempelajari tentang cara - cara membaca
kompas. Semasa menjalankan aktiviti kembara ini, saya langsung tidak mempunyai
keyakinan yang tinggi untuk memandu ahli kumpulan ke tempat yang ingin dituju. Oleh
sebab itu, salah seorang daripada ahli kumpulan saya telah mengambil alih tugas
tersebut. Keadaan ini menjadikan diri saya seolah - olah tidak berguna sahaja pada masa
itu. Jauh di sudut hati saya, sudah tentu ahli - ahli kumpulan saya yang lain menganggap
saya adalah orang yang tidak boleh dipercayai. Oleh hal yang demikian, pada masa yang
akan datang saya akan menyediakan diri dengan segala ilmu dan menanamkan sifat
yakin dalam diri agar dapat memimpin orang lain dengan penuh tanggungjawab. Di
samping itu, aktiviti kembara ini juga menguji ketabahan hati seseorang. Misalnya, setiap
peserta akan menempuhi perjalanan yang berliku - liku. Oleh itu, nilai ketabahan yang
tinggi perlu ada dalam diri agar para pelajar dapat sampai ke tempat yang dituju.

Selain itu, saya juga mempelajari tentang betapa pentingnya nilai kesabaran
dalam membuat sesuatu. Sewaktu menyalakan api untuk aktiviti memasak, kumpulan
kami mengambil masa yang lama untuk menghidupkan api kerana kayu yang digunakan
semuanya basah. Oleh itu, kami sekumpulan tidak berputus asa dalam menyalakan api
sehinggalah tiba suatu masa kami berjaya menyalakan api. Semua ini adalah berkat
daripada nilai kesabaran yang tinggi dalam diri kami semua. Di samping itu, nilai
kerjasama juga diterapkan ke dalam diri saya melalui aktiviti kembara ini. Sebelum ini
saya merupakan pelajar yang suka bersendirian dan pendiam, namun setelah mengikuti
program BIG ini, sikap kerjasama dalam diri saya mulai dipupuk melalui aktiviti
berkumpulan. Melalui aktiviti ini, saya dapat mengenali habitat flora dan fauna dengan
lebih mendalam berdasarkan penerangan wakil renjer berkenaan. Aktiviti kembara ini
juga dapat menjadikan kami supaya sentiasa tadabbur kepada alam. Berbuat baik
kepada alam dengan tidak merosakkannya dengan sesuka hati. Aktiviti kembara ini juga
menguji kesabaran dalam menghadapi segala cabaran.

16
Selain itu, ianya juga berjaya mencungkil semangat kerjasama dan saling bantu-
membantu kerana pendakian dan kecuraman bukit mennyebabkan laluan dan perjalanan
amat mencabar. Kepayahan dalam menyiapkan makanan di tapak persingahan
menyebakan aktiviti bersifat ikhtiar diri adalah sangat mencabar. Memasak makanan
dengan peralatan yang serba kekurangan telah mempamerkan idea kreatif peserta.
Perkongsian makanan yang sedikit antara ahli kumpulan telah mewujudkan sifat
bersyukur dan kesederhanaan dalam diri para pelatih. Selain itu, pengalaman berjalan
kaki sejauh 5 kilometer member pengajaran kepada kami supaya patuh kepada arahan
pihak atasan. Suatu hati nanti apabila ditugaskan ke sekolah, saya tidak akan lari
daripada mengendalikan sebarang program anjuran sekolah. Jika saya berada di tempat
ketua jurulatih, segala perkara tentang pelajar adalah di bawah tanggungjawab saya. Jadi,
jika berlaku sesuatu yang buruk terhadap mereka disebabkan ingkar kepada arahan
maka akan timbul pelbagai masalah. Guru juga perlu patuh kepada pihak atasan di
sekolah supaya gerak kerja mapu berjalan dengan lancer. Selain itu, persediaan mental,
fizikal dan emosi amat diperlukan menyebabkan banyak keluhan dan ketidaksediaan
yang dapat diperhatikan sehinggakan timbul rasa pentingkan diri iaitu untuk sampai
terlebih dahulu berbanding peserta lain. Melalui aktiviti ini juga, saya mendapat
pendedahan tentang pentingnya semangat berpasukan dan peka terhadap rakan-rakan
yang lain.

Salah satu nilai yang memberikan impak yang terbesar kepada diri saya semasa
menjalankan aktiviti ini ialah nilai keyakinan diri. Saya tidak mempunyai nilai keyakinan
diri yang tinggi untuk memberikan arahan kepada rakan - rakan yang lain. Oleh itu,
peranan saya sebagai ketua kumpulan tampak kurang terserlah manakala rakan - rakan
yang lain lebih berani menggeluarkan arahan. Oleh itu, saya perlulah yakin dalam
melakukan sesuatu terutamanya dalam menyampaikan arahan kepada ahli kumpulan. Di
samping itu, sifat kepimpinan di dalam diri juga perlu saya perbaiki kerana pada suatu
masa kelak, saya akan menjadi pemimpin kepada generasi yang akan menjadi pemimpin
negara pada masa akan datang.

17
2.5 AKTIVITI MALAM KEBUDAYAAN – ( Hari Keempat ) 5 OKTOBER 2017

Malam kebudayaan telah diadakan pada hari keempat 5 Oktober 2017. Dalam
aktiviti persembahan malam kebudayaan pula, saya mampu membuang sifat malu buat
beberapa minit. Walaupun sifat malu merupakan sifat yang paling dominan dalam diri
saya, namun demi melakukan sesuatu yang baru dan demi tanggungjawab berkumpulan,
saya mengetepikan sifat tersebut dan melakukan yang terbaik. Tajuk malam kebudayaan
Kem BIG ini ditentukan adalah bertema “SUKAN SEA”. Melalui cabutan, kelas kami
diminta mempersembahkan tarian dalam malam kebudayaan tersebut. Namun begitu,
persembahan yang kami lakukan iaitu ‘Tarian pelbagai budaya Malaysia’.

Pada malam itu agak menarik hati para juri dan penonton, dan itulah yang terbaik
yang dapat kami lakukan setelah beberapa siri latihan. Saya berharap pada masa yang
lain, kami mampu membuat suatu persembahan yang bermutu dan lebih baik pada suatu
hari nanti. Namun begitu, saya berpendapat bahawa persembahan yang kami
persembahkan pada malam itu merupakan persembahan yang paling teruk. Hal ini
demikian kerana hanya persembahan kami yang berbeza di antara persembahan lain.
Hal ini disebabkan persembahan kumpulan kami tidak berkaitan dengan tema malam
kebudayaan ini. Walaupun juri dan para penonton tidak memberi komen yang agak
kurang menyenangkan tetapi masih memberi sokongan yang kuat terhadap kumpulan
kami.

Saya amat bersyukur terhadap sokongan ahli kumpulan dan para penonton
semasa menyaksi persembahan tarian yang pertama kali dipersembahkan atas pentas.
Dalam ini, saya mempelajari bahawa kita harus berfikiran positif kerana bagi seorang
guru, penting untuk positif dalam setiap aktiviti yang dijalankan bagi mengelak suasana
yang kurang memberansangkan.

18
2.6 AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT – ( Hari Keempat ) 5 OKTOBER 2017

Aktiviti Khidmat Masyarakat telah diadakan pada hari keempat 5 Oktober 2017.
Kami ditugaskan menjalani aktiviti Khidmat Masyarakat SMK Seri Badong, Kedah.
Perjalanan ini mengambil masa selama 10 minit untuk sampai ke destinasi. Sesampainya
di sana, suatu taklimat ringkas telah diberi kepada guru-guru pelatih oleh pihak
pengurusan. Sekolah menengah ini merupakan sekolah transformasi pertama di
Malaysia. Pada permulaananya, majilis pembukaan telah diadakan secara rasmi.
Pengacara majilis iaitu murid sekolah rendah telah memberi ucapan pembukaan yang
lancar dan menarik telah menarik perhatian saya terhadap keyakinannya. Seterusnya,
kami dibahagi kepada 5 kumpulan mengikut kelas masing-masing supaya menjadikan
stesen permainan sambal belajar terhadap murid-murid SMK Seri Badong Tingkatan 1
dan Tingkatan 2. Kumpulan kami telah menyediakan beberapa permainan yang
menyerapkan unsur-unsur mata pelajaran sejarah supaya menyediakan suasana
seronok bagi membantu mereka belajar sejarah dengan lebih efektif.

Kumpulan kami mendapati murid-murid tingkatan 2 seramai 30 orang. Permainan


yang disediakan oleh kumpulan saya adalah permainan Pihak Bertiga, Musical Chair,
Penjajahan Tanah dan Teacher Says yang mencabar dan menarik. Dalam aktiviti ini,
saya mendapati bahawa pembentuk modal insan yang berguna bukanlah sesuatu yang
mudah. Oleh itu, setiap bakal guru perlu mengisi sepenuhnya ilmu di dada agar dapat
menjalankan tugas seorang pendidik dengan sempurna. Pengalaman juga menekankan
manjadikan seorang guru lebih berilmu pengetahuan. Ilmu adalah asas bagi setiap guru
bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kemahiran-
kemahiran seperti kemahiran menyampai (komunikasi) dan pengetahuan terhadap
teknologi terkini perlu diperkemaskan lagi. Dengan kata lain, seorang guru perlulah
sentiasa ‘up to date’ dengan mengamalakan adab-adab yang terpelihara. Saya sebagai
seorang guru pada masa hadapan dapt mempelajari pelbagai aspek pengalaman dengan
adanya Program Bina Insan Guru ini.

Selepas sesi interaksi, guru-guru pelatih diminta menjalani aktiviti gotong-royong


membersihkan kawasan sekolah. Saya pula mendapat tugas untuk membersihkan

19
kawasan bilik darjah 2 Bestari. Oleh kerana tugas ini agak ringan, saya telah membantu
kawan-kawan membersihkan dan menceriakan bilik darjah dengan penuh semangat.

Secara ringkasnya, aktiviti khidmat masyarakat ini mempunyai beberapa


kekuatan. Pertama sekali, aktiviti ini melatih sikap kerjasama antara ahli-ahli kumpulan.
Seperti yang diketahui, sikap kerjasama memang penting dalam konteks yang membawa
kepada pembangunan sesuatu masyarakat tersebut. Selain itu, program khidmat
masyarakat ini juga merupakan suatu aktiviti yang bermakna di samping dapat
menyihatkan tubuh badan kita. Maka, ianya merupakan peluang yang baik untuk semua
guru pelatih bersenam dan memberikan sedikit sumbangan kepada masyarakat ini.
Bukan itu sahaja, program ini juga berjaya membawa diri saya lebih mendekati dengan
masyarakat.

3.0 LAPORAN KENDIRI SELEPAS PROGRAM BINA INSAN GURU:

Secara keseluruhan, saya secara peribadi merasakan bahawa program yang kami
jalani ini telah berjaya dilaksana. Melalui semua aktiviti yang kami sertai samaada di darat
ataupun di air, dapatlah saya rumuskan bahawa program ini amat mendidik saya menjadi
seorang yang berdisiplin berpatutan dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menuntut
para guru supaya menjaga tingkah laku dan etika perguruan walau di mana pun berada.
Selain itu, program ini juga mengajar saya supaya bijak membahagi dan menepati masa.
Program BIG yang disertai oleh tiga kaum yang berbeza ini membuatkan saya banyak
belajar budaya baru di samping dapat mengukuhkan tali persaudaraan dengan mereka.
Sikap toleransi dan hormat-menghormati juga secara tidak langsung tersemai dalam hati
saya dan rakan-rakan melalui setiap aktiviti yang dilakukan. Sesungguhnya program Kem
BIG yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ini sangat praktikal dan
memberi banyak imbuhan kepada para pesertanya hingga sukar untuk saya mencari
kelemahan. Justeru saya berharap program umpama ini akan diteruskan supaya setiap
bakal guru akan melengkapkan diri bukan sahaja dari segi mental, tetapi juga dari segi
ketahanan fizikal.

20
ANALISIS
SWOT

21
Analisis SWOT BIG SEMESTER 5

Semasa menjalani aktiviti Bina Insan Guru (BIG) di Kedah, Kem Singkir, saya telah
mendapat pelbagai pengalaman baru dan berharga yang tidak munkin saya akan peroleh.
Apabila saya dan rakan-rakan tiba ke lokasi tapak perkhemahan, kami terus dibahagi
kepada empat kumpulan yang terdiri dari pelbagai kelas. Saya telah terpilih untuk
menyertai kumpulan A2. Kumpulan ini terdiri dari 23 orang guru pelatih IPG Kampus
Tuanku Bainun. Pada mulanya saya dan rakan-rakan sekelas berasa sedikit segan
kerana tidak biasa dengan ahli kumpulan dari kelas lain. Namun, begitu perasaan itu
hanya seketika kerana mereka amat peramah dan kami dapat bekerjasama dengan amat
baik sekali.

Saya ingin mulakan dengan kekuatan kumpulan ini, kumpulan A2 pada pendapat
saya mempunyai kekuatan yang amat kuat dari segi kerjasama dan komitmen dari setiap
ahli kumpulan. Bukti pertama yang dapat saya lihat ialah semasa setiap kumpulan
diminta untuk berbaris dan mengira jumlah pelaporan anggota kumpulan, kami dapat
menyiapkannya dalam masa yang pantas dan hasilnya amat baik. Ini kerana terdapat
ahli kumpulan saya sangat berkommitmen. Semasa melakukan aktiviti “flying fox dan
repelling” semangat berpasukan dalam kumpulan saya terbukti apabila kami dapat
menjalankan aktiviti dengan berkerjasama supaya menyelesaikan arahan jurulatih yang
diberikan dengan pantas dan betul. Semasa melakukan aktiviti “kembara´, semangat
berpasukan dalam kumpulan saya terbukti apabila kami dapat menyelesaikan aktiviti
“berpandu arah bagi mencari jalan kebetulan ke destinasi ditetapkan” dengan pantas
walaupun keadaan hutan dan kampung pada waktu itu licin dan basah akibat hujan yang
melanda pada malam sebelumnya. Menurut jurulatih BIG, kumpulan kami ialah kumpulan
yang paling pantas dalam menghabiskan aktiviti ini berbanding dengan kumpulan lain.

Setiap satu perkara itu mesti ada kekuatan dan kelemahannya. Kumpulan saya
juga tidak dapat lari beberapa aspek kelemahan. Antara perkara yang agak lemah yang
dapat saya lihat ialah kami agak tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu perkara.
Contohnya ialah dalam memilih tapak masakan semasa aktiviti “kembara” kumpulan kami,
kami telah sepakat untuk memilih tempat yang tidak bersesuaian kerana tapak tersebut
merupakan kawasan terdedah pada cahaya matahari. Tujuan kami memilih tapak

22
masakan ini kerana ingin berdekat dengan air sungai. Jadi, tapak ini telah menyusahkan
proses masakan kumpulan kami kerana cuaca terlalu panas. Namun, ahli kumpulan saya
terpaksa menyelesaian aktiviti masakan tersebut dalam keadaan yang mencabar. Di
samping itu, semasa aktiviti “Kayak”, terdapat sebahagian kecil guru pelatih yang tidak
berbadan cergas telah menghadapi masalah ketidakselesaan semasa berkayak.
Semasa berkayak pilihan pasukan berkayak yang berdua yang tidak bersusuaian akan
menyusahkan perjalanan berkayak kerana pergerakan fizikal kedua-dua orang tidak
mampu berkayak sepanjang jarak 25 meter.

Terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dibuat berdasarkan pengalaman


saya semasa menjalani BIG terutamanya semasa berada kumpulan A2. Pertama ialah
sentiasa berfikir secara mendalam sebelum mengambil dan membuat sebarang
keputusan. Contohnya ialah semasa ingin memilih tapak masakan kumpulan. Kami harus
mengambil kira keadaan suasana tapak masakan terutamanya adakah kawasan tersebut
terdedah daripada cahaya mata supaya memudahkan proses masakan. Seterusnya ialah
mengambil ilmu yang diajar dan praktikkannya kerana sudah pasti ia akan ada faedahnya.
Contoh yang paling jelas saya dan ahli kumpulan perlu cuba untuk mempraktikkan apa
yang telah diajar mengenai teknik berkayak. Misalnya, kami perlu berada dalam keadaan
tenang semasa menghadapi cabaran. Kami perlu mengaolikasi teknik berkayak yang
diajar dengan betul supaya dapat menyelesaikan cabaran berkayak 25 meter dengan
lebih mudah dan efektif. Oleh itu, terdapat banyak perkara yang saya perolehi semasa
berada dalam kumpulan BIG ini. Saya bersyukur mendapat ahli kumpulan seperti mereka
kerana saya dapat berkenalan dengan pelajar dari kelas lain dan bekerjasama dengan
mereka.

23
ANALISIS SWOT BIG 2017 SECARA KESELURUHAN
KEKUATAN KELEMAHAN
i. Nilai-nilai keguruan dapat dipupuk i. Masa yang terlalu singkat
melalui program bina insan guru ini. untuk melaksanakan
ii. Semangat kerjasama antara peserta sebahagian program dengan
dipupuk sepanjang program ini sempurna.
dijalankan. ii. Pemilihan tarikh
iii. Dapat membentuk keyakinan dalam diri perlaksanaan Program Bina
peserta. Insan Guru agak tergesa-
iv. Komitmen yang ditunjukkan oleh ahli gesa akibat para peserta
kumpulan dan pelajar melancarkan baru balik dari praktikum
perjalanan program ini. Fasa 1 yang bertempoh tiga
v. Sifat kesabaran, bertolak ansur, tolong bulan.
menolong dalam melakukan setiap iii. Kekurang persediaan fizikal
aktiviti boleh melahirkan guru yang diri untuk menyertai KEM
berwibawa. BIG.
vi. Peruntukan dan kemudahan yang iv. Sumber kewangan dari
disediakan lengkap untuk kegunaan peruntukkan kokurikulum
para peserta. yang tidak mencukupi.

PELUANG ANCAMAN
i. Cuaca yang panas
i. Program diadakan ditempat sendiri meyusahkan aktiviti berkayak
dan aktiviti kembara.
merupakan satu peluang kepada pelajar
untuk lebih menyayangi tempat belajar
mereka.
ii. Pengurusan sekolah memberikan
sokongan sepenuhnya.
iii. Peluang untuk bertukar-tukar
pandangan dan pendapat dari peserta-
peserta 5PISMP yang lain semasa
melaksanakan program BIG ini.

24
LAMPIRAN

25
 GAMBAR-GAMBAR SEMASA KEM BINA INSAN GURU

TARIKH: 2 OKTOBER 2017 HINGGA 6 OKTOBER

TEMPAT:DI KEM SINGKIR, PUSAT KOKURUKULUM KEDAH

Aktiviti Flying Fox: Jurulatih sedang memberi taklimat ringkas terhadap


penggunaan dan peralatan asas Flying Fox.

Aktiviti Repelling: Jurulatih telah menunjukkan peralatan asas berkenaan aktiviti


Repelling dengan jelas.

Aktiviti Flying Fox: Pentas tinggi untuk aktiviti Flying Fox.

26
Aktiviti Berkayak: Jurulatih sedang menerangkan anatomi kayak serta peralatan
asasnya dengan teliti.

Aktiviti Water Confidient dijalankan dengan pemantauan jurulatih.

Aktiviti Berkayak: Para Perserta diminta berkerjasama memegang bot kayak ke dalam
laut.

27
Aktiviti Berkayak dijalakan dengan berjaya.

28
Aktiviti Khidmat Masyarakat dijalankan di SMK Seri Badong, Kedah.

Aktiviti Malam Kebudayaan dijalankan, persembahan kumpulan kelas sejarah


merupakan persembahan tarian.

29
Kem Bina Insan di Kem Singkir dijalankan dengan lancar dan berjaya.

30

You might also like