You are on page 1of 4

Perbezaan antara Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib

Salah satu perbezaan antara Penyata Razak dan Laporan Rahman talib
adalah dari aspek pendidikan. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan
matapelajaran yang wajib ambil dalam Penyata Razak. Manakala Bahasa
Kebangsaan merupakan matapelajaran yang wajib lulus dalam Sijil Rendah
Pelajaran mulai 1902. Hal ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu dititikberatkan
dalam kedu-dua falsafah tetapi dalam Penyata Razak, Bahsa Melayu hanya wajib
belajar sebagai satu mata pelajaran. Malah, dalam Laporan Rahman Talib taraf
Bahasa Melayu ditingkatkan lagi dengan pelajar wajib lulus Bahasa Melayu dalam
Sijil Rendah Pelajaran. Contohnya, Bahasa Melayu tidak begitu lama menjadi lingua
franca di Malaysia dan di seluruh Nusantara Indonesia dengan nama lain. Lalu
Bahasa Indonesia Berjaya menjadi Bahasa kebangsaan Republic Indonesia. Maka
dengan itu, Penyata Razak 1956 berupa untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa kebangsaa, Bahasa perpaduan dan Bahasa pengantar di sekolah.
Seterusnya, ia ditingkatkan sebagai Bahasa kebangsaan di Laporan Rahman Talib.

Selain itu, perbezaan antara Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib juga
dapat dilihat dari aspek sekolah. Dalam Penyata Razak

Sekolah rendah

dibahagikan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) yang menggunakan


Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
(SRJK) yang menggunakan Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil sebagai bahasa
pengantar. Sekolah menengah dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu sekolah
menengah rendah (3 tahun), sekolah menengah atas (2 tahun) dan pra-U (2 tahun).
Manakala dalam Laporan Rahman Talib satu lagi sekolah ditambah iaitu sekolah
teknik dan vokasional. Penubuhan Sekolah Pelajaran Lanjutan yang menawarkan
kursus vokasional selama 3 tahun adalah bagi murid-murid yang gagal memasuki
sekolah akademik. Pendidikan Teknikal dan Vokasional juga dihasratkan memberi
peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains
dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara. Mata
pelajaran aneka jurusan di sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni
Perusahaan, Sains Rumah tangga, Sains Pertanian dan Perdagangan. Dasar ini
juga menjadi penekanan kerana mereka mahu memastikan modal insan yang

mencukupi dan tidak bergantung kepada tenaga asing yang berkelayakan di


samping memastikan generasi masa depannya terus terbina sebagai masyarakat
berpengetahuan teknologi tinggi.

Tambahan pula, perbezaan antara Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib
dapat dilihat dari aspek latihan guru. Dalam Penyata Razak semua guru dilatih di
bawah rancangan yang sama dan guru-guru sekolah harus berkelayakkan.
Contohnya guru-guru mestilah mempunyai Sijil Sekolah Menengah Rendah dan
mendapat latihan sepenuh masa setahun dan separuh masa 2 tahun. Manakala,
dalam Laporan Rahmna Talib pula, menambahkan guru terlatih terutama yang
mengajarkan mata pelajaran vokasional dan guru Bahasa Melayu. Penambahan
guru terlatih terutama yang mengajarkan mata pelajaran Vokasional adalah kerana
pendidikan vokasional merupakan pendidikan yang baru dilaksanakan dalam
Laporan Rahman Talib. Oleh itu, terdapat kekurangan guru yang berpengetahuan
tentang vokasional untuk mengajarkan pendidikan vokasiona di sekolah.

Akhirnya, perbezaan antara Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib juga
dapat dilihat dari segi peperiksaan. Dalam Laporan Razak, pada

Sekolah

menengah rendah, Peperiksaan di peringkat Tingkatan 3 iaitu peperiksaan bersama


dan mesti lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP/LCE) bagi memasuki sekolah
menengah atas. Seterusnya pada peringkst Sekolah menengah atas peperiksaan
bersama di Tingkatan 5 untuk memperolehi Sijil Persekutuan Tanah Melayu yang
sama taraf dengan Cambridge Overseas Certificate. Pada peringkat Pra-U pula
peperiksaan di Pra-U tahun kedua untuk memperolehi Sijil Tinggi Pelajaran
(STP/HSC) untuk memasuki universiti. Manakala dalam Laporan Rahman Talib,
semua peperiksaan adalah dalam Bahasa rasmi. Hal ini adalah untuk mewujudkan
sistem peperiksaan persekolahan yang sama walaupun berlainan bahasa di
peringkat rendah, menengah,dan menengah atas.

Perbezaan Antara Penyata Razak 1951 dan Laporan Rahman Talib 1960
Tujuan
Penyata Razak bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat
Tanah Melayu. Jadi, Jawatankuasa Razak yang dipengerusi oleh Dato Abdul Razak
bin Hussein ditubuh pada 30 September 1955 untuk mengkaji Ordinan Pelajaran
1952. Dalam Penyata Razak 1951, Bahasa Melayu telah diwujud sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah. Perlaksanaan
bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan telah diharapkan mengeratkan
perpaduan antara kaum melayu, cina dan india sebagai rumpun bangsa di Tanah
Melayu. Berdasarkan Penyata Razak 1956, tujuan dasar pelajaran bermaksud
hendak menyatukan murid-murid dari semua bangsa di dalam negara ini dengan
menggunakan satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan
menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar besar. Walaupun
perkara ini tidak dapat dilakukan dengan serta-merta melainkan hendaklah dibuat
secara beransur-ansur.
Tambahan pula memeriksa akan dasar Pelajaran Negeri Persekutuan Tanah Melayu
yang ada sekarang dan mengesyorkan sebarang perubahan kepadanya atau
menyesuaikan denganya yang mana wajib dengan tujuan hendaklah menubuhkan
satu peraturan pelajara yang munasabah yang dapat diterima oleh rakyat di dalam
Persekutuan Tanah Melayu in amnya dan dapat memenuhi kemahuan mereka
sebagai suatu bangsa di dalam bidang kebudayaan masyarakat, ekonomi dan politik
dengan tujuan dengan tujuan hendak menjadikan bahasa Melayu itu bahasa
kebangsaan negeri ini dan dalam pada itu memelihara bahasa dan kebudayaan lainlain bangsa yang ada didalam negeri ini.
Namun begitu, Laporan Rahman Talib 1960 bertujuan untuk mengkaji semula syorsyor dalam Penyata Razak. Syor-syor Penyata Rahman Talib akhirnya digubal
menjadi Akta Pelajaran 1961. Hal ini disebabkan penyataan yang terdapat dalam
Penyata Razak telah membangunkan penentangan masyarakat tempatan terhadap
sistem pendidikan negara. Contohnya, orang Melayu menunjukkan perasaan tidak
puas hati kerana kedudukan bahasa Inggeris yang tinggi telah menggugat dan
membahayakan kedudukan bahasa Melayu. Selain itu, orang Cina dan India juga

menentangkan dasar-dasar yang disyor dalam Penyata Razak kerana kedua-dua


kaum ingin mempertahankan bahasa dan kebudayaan masing-masing.
Yuran Persekolahan
Dalam Sistem Pendidikan Penyata Razak, pendidikan dibuka kepada semua kaum
tetapi yuran bagi persekolahan rendah diamalkan. Hal ini disebabkan , pada masa
tersebut, tenaga pengajar masih dalam keadaan kekurangan. Jadi, para pelajar
diminta membayar yuran persekolahan untuk mendapatkan pengajaran mereka.
Namun, pemintaan yuran persekolahan mendatangkan banyak bantahan daripada
masyarakat tempatan kerana yuran tersebut amat membebankan pembelanjaan
setiap keluarga. Oleh sebab permintaan yuran, bukan semua pelajar dapat
menerima pendidikan. Bagi mengatasi masalah kekurangan guru, Penyata Razak
telah memperkenalkan Maktab- Maktab Perguruan supaya melatih guru-guru yang
layak dan berkualiti.
Sebaliknya, Laporan Rahman Talib telah mengkaji semula terhadap syor-syor dalam
Penyata Razak. Untuk memastikan setiap individu boleh menerima pendidikan
maka, Laporan Rahman Talib memansuhkan yuran persekolahan dan pendidikan
percuma telah diberikan kepada masyarakat tempatan dalam peringkat sekolah
rendah. Pemberian pendidikan percuma dijalankan bermula tahun 1962.

You might also like