You are on page 1of 11

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS RAJA MELEWAR
KERJA KURSUS
(INDIVIDU)
SEMESTER: 2 TAHUN: 4
PACK3013
PENGURUSAN ACARA:
TUGASAN 2 (PENULISAN SKRIP PENGACARAAN)
DISEDIAKAN OLEH:
PENSYARAH
Nama: KARTHIGA A/P MOHAN
PN HJH. SITI NORMANISEH BINTI ZAKARIA
NO.K/P: 951004-08-6264
TARIKH HANTAR 10 APRIL 2020
PROGRAM: PISMP JUN 2016
KUMPULAN ANGKA GILIRAN
BAHASA TAMIL 2016151340073
Pengesahan pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas telah diberikan oleh pensyarah:

Catatan (jika ada)

Tandatangan Pelajar: Tarikh: 10 APRIL 2020


TEKS PENGACARAAN
MAJLIS PELANCARAN MINGGU BAHASA MELAYU
2020
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL
CONVENT

TARIKH: 2 MAC 2020 (ISNIN)


TEMPAT: DEWAN SJK (T) CONVENT
MASA: 7.30 – 8.30 PAGI

PENGUMUMAN SEBELUM ACARA BERMULA


PERINGATAN SEBELUM Tuan-tuan dan puan-puan dipohon berdiri sebaik sahaja
MAJLIS pengumuman ketibaan tetamu kehormat
Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu
Negaraku dengan iringan muzik.
Hadirin diminta memenuhi kerusi di bahagian hadapan terlebih
dahulu kerana majlis kita akan bermula sebentar sahaja lagi.
**baca atur cara untuk makluman audien
Kerjasama hadirin sekalian terlebih dahulu saya ucapkan terima
kasih.
(Persembahan silat akan dipersembahkan di hadapan lobi)

MASA CUE/KIU ANN/PENGUMUMAN

7.25 pagi PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Krishnan


KETIBAAN Perumal, Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Convent, Yang Berusaha Puan Punitha Sunthar, Penyelaras
Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Melayu 2020, Puan Shanty
Ganeson, Penolong Kanan Akademik, Encik Sawanan
Kandasamy, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik
Yogendran Muthu, Penolong Kanan Kokurikulum serta para
guru masuk ke dalam dewan.

7.30 pagi Lagu Negaraku LAGU NEGARAKU dimainkan sebaik sahaja VVIP sampai
ke tempat duduk
Hadirin diminta duduk

7.35 pagi PERSEMBAHAN (Persembahan Sambut Tamu)


SAMBUT TAMU Demikianlah tadi persembahan tarian sambut tamu yang
menjadi pembuka tirai pada majlis hari ini.
Terima kasih diucapkan kepada Pasukan Tarian tahun 5 atas
persembahan yang menarik itu tadi.
7.40 pagi SALUTASI Melati kuntum tumbuh melata,
PENGACARA Sayang merbah di pohon cemara;
MAJLIS Selamat sejahtera mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara
Salam Sejahtera Dan Salam Sayangi Malaysiaku.

1. Yang Berbahagia Encik Krishnan Perumal, Guru


Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Convent,
2. Yang Berusaha Puan Shanty Ganeson,
Guru Penolong Kanan Akademik Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil, Convent
3. Yang Berusaha Encik Sarawanan Kandasamy,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil, Convent
4. Yang Berusaha Encik Yogendran Muthukumar,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil, Convent
5. Yang Berusaha Pn Punitha Sunthar, Penyelaras
Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Melayu 2020
Guru-guru dan para murid yang yang dikasihi sekalian
Salam Sejahtera & Salam Sehati Sejiwa.

Hadirin yang dikasihi sekalian


Biji selasih boleh dimakan,
Menjadi perisa sedap terperi,
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga majlis bertambah seri,
S
elautan syukur atas keizinan Tuhan, dapatlah kita bersama-
sama dalam Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Melayu 2020.
Majlis mengucapkan selamat datang serta mengalu-alukan
kehadiran para hadirin sekalian.
Majlis mengambil kesempatan di pagi yang penuh bermakna
dan yang berbahagia ini untuk merakamkan setinggi- tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
atas kesudian Yang Berbahagia Encik Krishnan Perumal,
Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Convent
menghadirkan diri bagi menyempurnakan majlis pada hari ini.
Hadirin Budiman,
Untuk makluman para hadirin sekalian, matlamat majlis ini
diadakan bukan sahaja untuk meningkatkan kemahiran
berbahasa dalam kalangan murid-murid sekolah malah
memupuk nilai cintakan Bahasa Kebangsaan dalam sanubari
setiap individu serta mengasah bakat dalam pelbagai
kemahiran dalam Bahasa Melayu.

7.45 pagi BACAAN DOA Hadirin sekalian,

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh


bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh saudari
Kothai a/p Murali, dengan segala hormatnya mempersilakan.
(Bacaan Doa)

Majlis merakankan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Kothai a/p Murali atas bacaan doa itu tadi.

7.50 pagi UCAPAN GURU Hadirin dan hadirat sekalian,


BERTUGAS Majlis dimulakan dengan ucapan guru bertugas oleh Puan
Malinie Krishnan. Oleh itu majlis dengan penuh takzimnya
mempersilakan.

(Ucapan Guru Bertugas)

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan


Malinie Krishnan atas ucapan sebentar tadi.

7.53 pagi UCAPAN ALU- Emas tempawan buatmu puteri


ALUAN Busana indah buat rupawan
PENYELARAS Sudilah puan tampilkan diri
MAJLIS Bersama madah kata aluan

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Yang Berusaha Puan Punitha Sunthar, Penyelaras Majlis
Pelancaran Minggu Bahasa Melayu 2020 untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.
(Ucapan alu-aluan)
Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan
Punitha Sunthar atas ucapan aluan sebentar tadi.

7.55 pagi UCAPAN & Daun semulur di pekan sari,


PERASMIAN Batang jerami rebah ke bumi,
GURU BESAR Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang


Berbahagia Encik Krishnan Perumal, Guru Besar Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil Convent untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Graduasi Tahun 6
Sesi 2018 Sekolah Kebangsaan Kota Sri Emas. Dengan
penuh hormatnya, majlis mempersilakan.
(Ucapan Perasmian)
Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan
penghargaan tidak terhingga kepada Yang Berbahagia Encik
Krishnan Perumal, Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil Convent atas ucapan perasmian itu tadi.

8.00 pagi GIMIK Busana kebaya bertambah indah


PELANCARAN Cantik dipakai tidaklah hairan
Ucapan sudah rasmipun sudah
Tibalah masa gimik pelancaran

Bagi tujuan itu, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Yang Berusaha Puan Punitha Sunthar,
Penyelaras Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Melayu
2020 untuk mengiringi Yang Berbahagia Encik Krishnan
Perumal, Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Convent bagi merasmikan gimik pelancaran Bulan Bahasa
Peringkat Sekolah tahun 2020. Dipersilakan.

(Gimik Pelancaran)

Majlis merakamkan rinuan terima kasih kepada Yang


Berusaha Puan Punitha Sunthar, Penyelaras Majlis
Pelancaran Minggu Bahasa Melayu 2020 dan Yang
Berbahagia Encik Krishnan Perumal.

8.05 pagi PERSEMBAHAN Para hadirin yang dikasihi sekalian,


MURID
Siti Wan Kembang perintah kelantan
Nama termasyur zaman dahulu kala
Saat yang dinanti telahpun datang
Persembahan sajak akan bermula

Untuk menceriakan majlis pada pagi ini, kita teruskan majlis


dengan untaian kata madah bicara kilauan sukma, sama-
samalah kita hayati bait-bait kata deklamasi sajak.

Majlis mempersilakan Saudari Thenmozhi Nathan dari kelas


6 Bilahari untuk mendeklamasikan sajak dengan judul Budi
Bahasa Budaya Kita.

(Persembahan Sajak)

Demikian tadi puitisnya bahasa. Terima kasih kepada Saudari


Thenmozhi Nathan

8.10 pagi PERSEMBAHAN Puisi bahasa resam bergaya,


MURID Berbilang kaum kita ajarkan,
Variasi bangsa rencam budaya,
Sketsa Bawang Merah Bawang Putih .kita saksikan.

Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan sketsa


daripada murid tahap 2.
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada murid tahap 2


atas persembahan yang menarik itu tadi.

8.15 pagi PENYAMPAIAN Hadirin sekalian,


HADIAH
Kini tibalah majlis penyampaian hadiah kepada para murid
yang sudi memberi persembahan yang begitu menarik tadi.
Bagi menyempurnakan upacara ini majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan yang berbahagia Yang
Berbahagia Encik Krishnan Perumal, Guru Besar Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil Convent dan diiringi oleh Yang
Berusaha Puan Shanty Ganeson, Guru Penolong Kanan
Akademik Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Convent
untuk menyampaikan sijil penhgargaan dan hadiah kepada
para murid.

(Sijil Penghargaan dan hamper kepada para murid yang


membuat persembahan )

Majlis diteruskan dengan pemberian Penghargaan dan


Hamper kepada pasukan Persembahan sambut tetamu.
Bagi pengetahuan para hadirin, pasukan sambut tamu terdiri
daripada 6 orang murid tahun 5. dengan segala hormatnya
mempersilakan pasukan persembahan sambut tetamu ke
pentas.

Seterusnya majlis memjemput penyajak terbaik kita iaitu


daripada kelas 6 Bilahari untuk menerima sijil penghargaan
dan hadiah. Sehubungan itu, majlis dengan bangganya
mempersilakan Saudari Thenmoli Nathan

Para hadirin yang dirahmati,

Majlis diteruskan dengan pemberian Penghargaan dan


Hamper kepada pasukan persembahan Sketsa. Bagi
pengetahuan para hadirin, pasukan sketsa ini terdiri daripada
8 orang murid daripada tahun 4,5 dan 6. Untuk itu, majlis
dengan segala hormatnya menjemput pasukan Sketsa untuk
menerima sijil pengharhaan dan hamper. Dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada


Yang Berbahagia Berbahagia Encik Krishnan Perumal atas
kesudian menyempurnakan upacara penyampaian sijil dan
hadiah sebentar tadi.

8.20 pagi Lagu Bahasa Bahagia meniti indah disanjung,


Jiwa Bangsa Mengerat sayhdu menyusun irama,
Bahasa  dihati amanat disanjung,
Bahasa Jiwa Bangsa dinyanyi bersama

Memohon kerjasama daripada semua guru dan murid  untuk


berdiri, mendengar dan sama-sama menyanyikan lagu “
Bahasa Jiwa Bangsa”

*Lagu Bahasa JIwa Bangsa dengan iringan muzik*

8.25 pagi PENUTUP Dengan nyayian Lagu Bahsa Jiwa Bangsa itu tadi maka
berakhirlah Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Melayu 2020

Leka Bersiap Si Anak Dara,


Teruna Tekun Memasang Pelita;
Kalau Tersilap Tutur Bicara,
Jemari Disusun Maaf Dipinta.

Sekian dahulu, pada kali ini.

Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, kepada


tetamu kehormat, dan para hadirin sekalian yang telah
menyerikan, dan menjayakan Majlis Pelancaran Minggu
Bahasa Melayu 2020 pada pagi ini.

Kami menyusun jari sepuluh, dengan tulus ikhlas memohon


ampun maaf andai tersilap mengatur bicara.

8.30 pagi Sesi gambar Sebelum bersurai, untuk makluman hadirin sekalian, majlis
akan disambung dengan acara “Sesi Bergambar”. Dengan itu,
tanpa melengahkan masa dif-dif kehormat serta semua murid
untuk menaik ke pentas bagi sesi bergambar sebagai tanda
kenangan. Majlis dengan ini mempersilakan.

8.32 pagi PERARAKAN Mengumumkan Yang Berbahagia Encik Krishnan Perumal,

KELUAR Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Convent, diiringi


oleh Yang Berusaha Puan Punitha Sunthar, Penyelaras Majlis
Pelancaran Minggu Bahasa Melayu 2020, Puan Shanty
Ganeson, Penolong Kanan Akademik, Encik Sawanan
Kandasamy, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik
Yogendran Muthu, Penolong Kanan Kokurikulum serta para
guru meninggalkan majlis.

8.35 pagi Majlis bersurai Terima kasih diucapkan kepada semua. Majlis bersurai.

You might also like