You are on page 1of 4

SJKT BANDAR INDERA MAHKOTA, KUANTAN

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH


SEJARAH PENUBUHAN TKRS

Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999.
Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis) menubuhkan TKRS ialah
Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali
dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Tunas Kadet Remaja
Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk
murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk
pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan
adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai
KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS diperingkat awal (sekolah rendah).
Kurikulum, matlamat dan objektif serta pejuangan TKRS adalah berdasarkan
Kadet Remaja Sekolah. Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas
Kadet Remaja Islam Sekolah (TKRIS). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan
namaTunas Kadet Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah
secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dato’
Noh b. Omar di stadium Sultan Abdul Halim Kedah Darul Aman pada 26 Mac
2006.
Bulan dan bintang Perisai melambangkan
melambangkan Agama benteng ketahanan diri
Islam sebagai agama rasmi daripada gejala yang
Buku yang terbuka dan Negara Malaysia tidak sihat
rehal melambangkan
peranan institusi Warna kuning
Pendidikan yang melambangkan warna
mementingkan tradisi ilmu diraja yang menjadi
untuk semua tanpa mengira tonggak kedaulatan
keturunan dan kaum, agama Negara Malysia
dan latar belakang budaya
ke arah melahirkan bangsa
Malaysia selaras dengan Dua tangkai padi bersilang
Falsafah Pendidikan melambangkan resmi padi
Negara. iaitu berilmu dan
berketrampilan serta
matang dan rasional dalam
semua tindakan

Warna hijau melambangkan


alam sekitar yang sihat Warna merah melambangkan keperwiraan
Warna putih melambangkan
dan sedia berjuang mempertahankan
keikhlasan serta kesucian.
negara yang tercinta

You might also like