You are on page 1of 48

KOD : MPU3122

HUBUNGAN ETNIK
Tajuk 9: Hubungan Etnik Dalam Alam Pendidikan

Umi Nadzrah bte Ali Othman


Jabatan Sains Sosial
IPG Kampus Raja Melewar
Hubungan Etnik Dalam Alam
Pendidikan
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menerangkan sistem pendidikan di Malaysia
2. menganalisis peranan pendidikan dan pendidik di dalam hubungan etnik
3. menilai cabaran memperkasa hubungan etnik dalam alam pendidikan
 Dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid diminta, berbincang tajuk yang diajar bersama rakan sekelas,
membuat refleksi dan membuat rumusan yang difahami dari proses pembelajaran. Daripada perbincangan
kumpulan melahirkan proses sosialisasi hasil komunikasi antara murid-murid dalam bilik darjah.

 Proses sosialisasi juga berlaku dalam gerakerja ko-kurikulum melalui aktiviti ko-kurikulum akan meluaskan
persahabatan antara murid-murid berasaskan minat dan bakat yang sama. Murid-murid juga dapat
mempraktikkan konsep kepimpinan yang dipelajari dalam bilik darjah. Justeru itu, melalui kepimpinan persatuan
murid-murid bersosialisasi dengan khalayak ramai yang dipimpinnya.

 Proses sosialisasi juga berlaku apabila wujud interaksi antara guru dan murid-murid. Dalam hal ini, murid-murid
akan mempelajari secara tidak langsung bagaimana cara untuk berinteraksi dengan orang dewasa.

 Guru juga boleh menerapkan nilai dan norma sosial yang terdapat dalam sukatan pelajaran yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Nilai-nilai yang diterapkan oleh guru diharapkan membantu
kanak-kanak untuk berinterakasi dengan dengan lebih baik dalam masyarakat.
 Di dalam organisasi sekolah antara unsur-unsur yang penting dalam merealisasikan kejayaan pencapaian
aspirasi dan matamat sekolah ialah :

- Anggota-anggota sekolah iaitu Guru besar, guru, murid dan staf sokongan

- Peralatan dan kemudahan sekolah

- sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah mengikut peraturan yang ditetapkan

- aktiviti-aktiviti saperti pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti ko-kurikukulum yang dijalankan oleh pihak
sekolah

- aspirasi dan matlamat organisasi sekolah


• Dalam hal ini, peranan pendidikan penting bukan sahaja pada
peringkat sekolah rendah dan menengah, tetapi merentas hingga
peringkat pengajian tinggi.

• Langkah ini bertujuan menjadikan pendidikan sebagai mekanisme


penting dalam mewujudkan hubungan etnik yang harmonis dalam
menyatupadukan masyarakat daripada pelbagai latar belakang etnik.
• Kehidupan bermasyarakat perlu untuk kelangsungan hidup. oleh itu
ahli dalam masyarakat perlu memahami peranan dalam kehidupan
bermasyarakat.

• Ahli dalam masyarakat perlu memahami budaya masyarakat sendiri


dan berusaha memupuk kerjasama dengan ahli masyarakat lain. Ini
kerana ciri utama sesebuah masyarakat yang baik ialah bersifat
dinamik.
Mengapa perlu memahami konsep masyarakat

 Kehidupan bermasyarakat perlu untuk kelangsungan hidup. oleh itu ahli dalam masyarakat perlu memahami
peranan dalam kehidupan bermasyarakat.

 Ahli dalam masyarakat perlu memahami budaya masyarakat sendiri dan berusaha memupuk kerjasama dengan
ahli masyarakat lain. Ini kerana ciri utama sesebuah masyarakat yang baik ialah bersifat dinamik.
Ciri-ciri utama masyarakat
 Masyarakat hidup berbudaya dan secara berkelompok.

 Masyarakat bersifat dinamik. Oleh itu masyarakat yang baik seharusnya mengalami perubahan dan terdedah
kepada perubahan.

 Sesebuah masyarakat perlu berinteraksi secara dalam dengan pihak luar untuk meneruskan penghidupan.

 Apabila masyarakat berkembang menjadi besar akan wujud satu keperluan melantik ketua dalam kalangan
mereka.

 Untuk menjadi lebih mantap sesebuah masyarakat akan menggariskan beberapa peraturan sosial saperti susun
lapis, kelas, status, dan kasta yang menjadi asas kepada kehidupan bermasyarakat.
Alam persekitaran

 Sekolah ialah sebuah organisasi yang mempunyai corak kuasa yang formal, prosedur rasmi dan peraturan
rasmi dan satu visi dan misi yang tetap. Sistem pentadbiran sekolah mengamalkan sistem birokrasi yang
mempunyai ciri-ciri :

 Pengkhususan di dalam banyak tugas contohnya jawatan-jawatan guru panitia, guru bimbingan kaunseling
dan lain-lain.
 Pendidikan

 Sistem berotoriti dan berhiraki contohnya Lembaga Pengelola Sekolah, diikuti dengan jawatan Pengetua/Guru
Besar, Penolong kanan, Guru disiplin, Guru Panitia Mata Pelajaran , Guru Akademik dan staf sokongan

 Setiap ahli dalam organisasi sekolah bertanggungjawab dalam mencapai matlamat pendidikan yang
ditetapkan oleh sekolah dan Jabatan
 Di dalam organisasi sekolah antara unsur-unsur yang penting dalam merealisasikan kejayaan pencapaian
aspirasi dan matamat sekolah ialah :

- Anggota-anggota sekolah iaitu Guru besar, guru, murid dan staf sokongan

- Peralatan dan kemudahan sekolah

- sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah mengikut peraturan yang ditetapkan

- aktiviti-aktiviti saperti pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti ko-kurikukulum yang dijalankan oleh pihak
sekolah

- aspirasi dan matlamat organisasi sekolah


Peranan Guru

Guru terlibat secara langsung dalam pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Antara peranan-
peranan guru ialah:

 sebagai tenaga pengajaran dengan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan
pelajaran dan melaksanakannya di dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai.

 sebagai pengerak pembelajaran dengan membimbing murid-murid supaya mereka berusaha untuk belajar
secara individu atau secara berkumpulan.

 sebagai pengurus bilik darjah contohnya mengurus rutin bilik darjah, menentukan corak susunan meja kerusi dan
peralatan untuk mewujudkan bilik darjah yang kondusif
 sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid dalam menjaga keselamatan dan kebajikan mereka semasa
berada di sekolah. Guru berusaha menyesuaikan tingkah laku murid-murid sebagai sebahagian warga sekolah.

 mendisiplin murid-murid murid-murid serta membantu mereka membentuk sahsiah dan tingkah laku
bermoral dan akhlak terpuji sejajar dengan nilai dan norma masyarakat.

 sebagai model hidup di mana para guru menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid di sekolah.
 sebagai pembimbing dan kaunselor denagn memberi nasihat dan bantuan kepada murid-murod yang
menghadapi masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan masalah peribadi.

 sebagai penasihat dalam aktiviti ko-kurikulum dalam membimbing mereka menjalankan aktiviti persatuan,
kelab, sukan, permainan atau aktiviti unti beruniform mengikut rancangan sekolah.
• Guru sebagai pemeriksa dan penilai contohnya memeriksa buku kerja murid, kertas ujian
dan peperiksaan, berdasarkan hasil pemeriksaan, menilai prestasi murid serta mengenal
pasti kelemahan yang terdapat dalam pembelajaran mereka.

• Berdasarkan punca kelemahan yang telah dikenal pasti, guru boleh merancang aktiviti
pemulihan untuk membantu murid-murid mengatasi masalah pembelajaran mereka
 sebagai kerani guru berperanan melaksanakan kerja-kerja perkeranian saperti menaip kertas-kertas soalan,
merekod markah ujian, mengisi markah dalam kad kemajuan murid, menulis surat kepada ibubapa dan kerja-kerja
perkeranian yang lain.

 sebagai pelajar dengan mengikuti kursus peningkatan keilmuan profesionalisme keguruan dari masa ke semasa
untuk meningkatkan mutu pengajaran mereka.

 sebagai pembantu pentadbir sekolah mengikut tugas-tugas yang diagihkan oleh guru besar.

 sebagai pegawai perhubungan di antara guru besar dengan murid-murid dan di antara pihak sekolah dengan ibu
bapa
Peranan Murid-Murid
 Tanpa murid, sekolah tidak wujud. Murid-murid merupakan unsur yang penting dalam organisasi sekolah.
Prestasi sesebuah sekolah juga bergantung kepada usaha murid-murid sendiri. Oleh itu, untuk mencapai aspirasi
dan matlamat sekolah, murid-murid juga hendaklah memainkan peranan mereka saperti berikut:

 Sebagai murid-murid, mereka mahu berusaha bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu pengetahuan,
menguasai kemahiran hidup dan menerapkan nilai-nilai murni supaya melahirkan insan yang berakhlak mulia
dan berilmu pengetahuan yang tinggi.

 Mencontohi guru dengan sifat kepimpinan dan sikap dan tingkah laku yang baik dan terpuji.

 Sebagai murid-murid yang berdisiplin dengan mematuhi peraturan sekolah yang ditetapkan.
 Sebagai rakan sebaya yang melibatkan diri dalam aktiviti social melalui interaktif positif diantara murid-murid
dalam bilik darjah.

 Sebagai peserta yang aktif dengan melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum saperti aktiviti persatuan, kelab,
sukan, permainan dan unit beruniform sekolah.

 Sebagai ahli sekolah yang bertanggungjawab dalam menyumbangkan tenaga dan wang ringgit saperti
melibatkan diri dalam Kempen Kebersihan Sekolah, Gotong Royong, Jogaton Sekolah, dan Projek-projek yang
dianjurkan oleh pihak sekolah.

 Sebagai wakil sekolah dalam menyertai aktiviti-aktiviti anjuran sekolah, baik di peringkat sekolah, daerah
mahupun di peringkat negeri dan kebangsaan.

 Sebagai pembantu guru dan pihak sekolah dengan menjalankan tugas yang diarahkan.
Peranan Guru Besar/Pengetua
Tugas seseorang guru besar pada masa sekarang bukan sahaja banyak tetapi juga sangat berat. Gaya pentadbiran
dan kecekapan kepimpinan guru besar cemerlang dapat menentukan tahap kemajuan sesebuah sekolah. Di antara
peranan yang dimainkan oleh seseorang guru besar dan pengetua ialah:
 Sebagai pentadbir yang bertanggungjawab dalam memastikan segala aktiviti dan pengurusan sekolah berjalan
dengan baik dan sempurna mengikut kehendak Dasar Pendidikan Kebangsaan.

 Sebagai wakil Kementerian Pendidikan dan Lembaga Pengelola Sekolah yang bertanggungjawab untuk
melaksanakan dasar dan program pendidikan mengikut garis panduan kedua-dua pihak.

 Sebagai pengurus tenaga pengajar dan staf sokongan dengan mengagih-agihkan tugas secara saksama mengikut
keupayaan mereka supaya aktiviti sekolah dapat berjalan lancar dan aspirasi dan matamat sekolah dapat
dicapai.
 Sebagai pengurus murid-murid, khasnya Hal Ehwal Murid dalam bidang disiplin dan kebajikan.
Guru besar dan pengetua berperanan memastikan semua murid sekolah dapat mengikut
peraturan-peraturan sekolah yang ditentukan disamping aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan
mereka selamat dan berguna.

 Sebagai pengurus kemudahan sekolah, guru besar dan pengetua merancang dan mengagihkan
kemudahan-kemudahan sekolah yang mencukupi supaya guru-guru, murid-murid dan staf
sokongan dapat menggunakan kemudahan sekolah dengan berfaedah.

 Sebagai penyelia dalam melaksanakan aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum. Dalam hal ini, guru
besar dan pengetua berperanan dan memberi bimbingan yang wajar kepada guru-guru supaya
dapat melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan berkesan mengikut
konteks profesionalisme keguruan.

 Sebagai perancang sekolah, guru besar dan pengetua perlu menentukan segala aktiviti
sekolah, khasnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan meningkatkan prestasi
murid-murid.
 Sebagai pembimbing dan kaunselor yang boleh memberi nasihat dan membantu guru-guru, muird-muird
dan staf sokongan untuk menyelesaikan masalah mereka semasa melaksanakan tugas mereka.

 Sebagai pegawai perhubungan di antara pihak Jabatan Pendidikan dengan guru, di antara pihak sekolah
dengan ibu bapa murid-murid.

 Sebagai pengurus kewangan sekolah dengan mengurus dan mengagihkan segala wang peruntukan
sekolah secara sistematik dan berfaedah.

 Sebagai seorang guru dengan mengajar beberapa waktu pelajaran untuk mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh murid-murid. Ini boleh membantu guru besar membuat penilaian dan penafsiran di mana
hasilnya akan menjadi panduan runtuk menentukan perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
sekolah pada keseluruhannya dengan lebih berkesan.
Pentadbir Sekolah dan Pemimpin Pendidikan
 Pengurusan dan kepimpinan adalah dua perkara yang saling berkait dan bersepadu. Ini kerana
pengrusan yang baik, cekap dan berkesan mencerminkan kualiti kepimpinan yang berjaya. Ia
bertujuan menggerakkan anggota-anggota sekolah melaksanakan tugas mereka dengan penuh
didekasi ke arah mencapai aspirasi dan objektif-objektif dan matlamat sekolah. Seorang pengurus
dan pemimpin pendidikan yang dihormati, cekap dan berkesan perlu memiliki sifat dan kualiti
berikut:

 Memiliki ilmu pengetahuan yang luas, kemahiran dan ketrampilan dalam bidang pengurusan

 Memiliki akhlak dan sahsiah yang murni berlandaskan Dasar Kepimpinan Melalui Teladan (1983) dan
Dasar Bersih Cekap dan Amanah (1985).

 Memiliki sifat keberanian yang berasaskan pertimbangan yang teliti dan tindakan yang rasional

 Memiliki sifat keyakinan diri dan tegas serta tidak merasa takut atau terancam terhadap pandangan,
idea dan saranan yang dikemukakan oleh anggota-anggota sekolah.
 Memiliki sifat kreatif, inovatif, imaginatif dan dinamik untuk melaksanakan rancangan dan pengurusan
sekolah

 Memiliki sifat ikhlas dan jujur dalam melaksanakan tugas sebagai pemipin pendidikan

 Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru(PIBG) di peringkat sekolah adalah hasil pelaksanaan syor-syor
berlandaskan Laporan Aziz yang diumumkan pada tahun 1971. Fungsi PIBG melibatkan kegiatan-
kegiatan sosial, akademik dan kebajikan diusahakan mengikut panduan Kementerian Pendidikan
Malaysia.

 Kegiatan-kegiatan sosial PIBG meliputi pungutan derma dari ibubapa, orang kenamaan, syarikat, firma
untuk sumber kewangan persatuan sebagai pembiaya projek sekolah

 Menganjur kursus motivasi untuk murid-murid sekolah dengan tujuan mewujudkan kesedaran mereka
untuk lebih cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum di sekolah.
 Sumbangan peralatan dalam alat pembesar suara , mesin Photostat, komputer, projektor, alat-alat
ko-kurikulum dan hadiah-hadiah untuk aktiviti pertandingan di sekolah.

 Menganjur Hari Terbuka Sekolah dengan tujuan memberi peluang ibu bapa hadir ke sekolah
untuk berbincang dengan guru-guru tentang kemajuan dan masalah anak-anak mereka dalam
usaha mencapai permuafatan dan kerjasama menghadapi masalah sosial murid-murid.

 Menganjur lawatan sambil belajar ke tempat bersejarah, kilang-kilang, institusi pendidikan dan
institusi penyelidikan untuk menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman secara langsung
untuk murid-murid sekolah.

 Menganjur Jamuan Makan untuk guru-guru semasa Hari Guru, memberi sumbangan kewangan
untuk jamuan lain, menganjur gotong royong untuk mengeratkan hubungan ibubapa, murid-
murid dan guru-guru di sekolah.
Dalam bidang akademik pula, PIBG menjalankan aktiviti :
 menderma buku-buku ilmiah, menganjur kelas tambahan dan menjemput guru pakar, pensyarah dan guru
pemeriksa kertas peperiksaan untuk mengukuhkan ilmu pengetahuan dan kemahiran murid-murid yang
dipelajari di dalam bilik darjah bertujuan meningkatkan prestasi dan pencapaian cemerlang mereka dalam
peperiksaan.

 di bawah bidang kebajikan pula, PIBG berperanan membantu murid-murid miskin menjelaskan bayaran
peperiksaan awam.

 menderma buku-buku latihan, kasut, pakaian sekolah, cermin mata dan menganjurkan projek pemakanan sihat
untuk kanak-kanak miskin.

 menderma untuk keluarga dan murid-murid yang ditimpa musibah dan kemalangan dan menambahbaik tempat
bekerja guru supaya lebih kondusif, kemas, bersih dan selesa.

 Selain itu, PIBG juga membaiki kemudahan-kemudahan dan menghiasi kawasan sekolah supaya meningkatkan
iklim persekolahan yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan interaksi sosial
murid-murid di sekolah.
Peranan ibubapa
• Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam pencapaian dan kejayaan aspirasi sesebuah sekolah.
Ibubapa boleh mendorong anak-anak mereka supaya belajar dan berusaha lebih giat untuk mencapai prestasi
yang tinggi di sekolah, baik dalam bidang akademik dan bidang ko-kurikulum.
• Dengan harapan dan aspirasi yang tinggi dari ibubapa, anak-anak mereka diasuh dengan sempurna. Murid-
murid akan dibekalkan dengan pelbagai kemudahan saperti tempat belajar yang selesa, buku-buku rujukan,
guru tuition yang boleh membantu anak-anak mereka mencapai kejayaan cemerlang dalam persekolahan anak-
anak mereka.

• Taraf sosioekonomi ibubapa juga membantu mutu dan kualiti kemudahan-kemudahan pendidikan yang
diperolehi oleh anak-anak mereka dan sekolah. Sekiranya pendapatan ibubapa rendah, anak-anak mereka akan
mengalami masalah untuk mendapat kemudahan-kemudahan pendidikan yang diperlukan.

• Murid-murid mungkin menghadapi masalah kekurangan makanan yang berzat yang diperlukan oleh kesihatan
badan murid-murid dan kecerdasan otak. Dalam keadaan kekurangan dan suasana ini, murid-murid dalam
keluarga yang miskin agak sukar bersaing dengan murid-murid daripada keluarga yang berpendapatan tinggi
dalam pencapaian persekolahan mereka.

• Guru perlu menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak mereka dan berusaha
mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
 Semua maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak-anak
murid mereka sebagai sulit dan tidak akan dibocorkan kepada sesiapa kecuali mereka yang berhak
mengetahuinya
 Memberikan maklumat kepada ibubapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat
yang diterima daripada ibubapa secara teliti dan bijaksana.

 Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan ekonomi dan sosial ibubapa atau
penjaga murid-murid.

 Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan
murid-murid terhadap ibubapa atau penjaga mereka.
Pejabat Pendidikan Daerah
 Semua negeri dalam Malaysia mempunyai Pejabat Pendidikan Daerah. Pentadbiran di peringkat daerah diketuai
oleh seorang Pegawai Pendidikan Daerah.

 Pegawai ini bertanggungjawab menyalurkan segala keputusan, pesanan dan arahan yang diterima daripada
Pendidikan Negeri kepada sekolah-sekolah dalam daerahnya.
• Tugas utama Pegawai Pendidikan Daerah ialah melanjutkan semua kerja dan tugasan daripada Pengarah
Pendidikan Negeri untuk dilaksanakan di dalam daerah jagaannya.

• Susunan pentadbiran ini bertujuan melicinkan pelaksanaan dan menambahkan keberkesanan rancangan dan
dasar pelajaran.
Pejabat Pendidikan Negeri
 Setiap negeri dalam Malaysia mempunyai Jabatan Pendidikan Negeri yang diketuai oleh seorang Pengarah
Pendidikan Negeri. Beliau merupakan seorang pegawai ikhtisas dan pentadbiran yang bertanggungjawab untuk
melaksanakan dasar, projek dan program pendidikan di seluruh peringkat sekolah dalam negeri itu.

 Untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya, Pengarah Pendidikan Negeri dibantu oleh dua orang Timbalan
Pengarah Pendidikan (I dan II). Ketua-ketua Penolong Pengarah Pendidikan, Pengarah Ikhtisas dan pegawai
perkeranian.

 Dengan bantuan pegawai-pegawai tersebut, Pengarah Pendidikan Negeri boleh melaksanakan semua rancangan
yang dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Pendidikan. Jabatan Pendidikan Negeri mempunyai fungsi saperti
berikut:

 melaksanakan dasar pendidikan bagi Kementerian Pendidikan sebagaimana yang ditetapkan oleh dalam Akta
Pelajaran 1961.
 melaksanakan rancangan pelajaran di negeri berkenaan. Peranannya termasuk mengurus, menyelia, menyelaras
dan mengawasi semua perkara berkaitan dengan kurikulum, radio dan televisyen pendidikan, skim pinjaman
buku teks, perpustakaan, kegiatan ko-kurikulum, panduan pelajaran dan kerjaya, rancangan bahasa, pendidikan
kesihatan dan penilaian pemakanan, majlis sukan sekolah-sekolah, hal-hal perjawatan, kewangan, pembangunan
dan pentadbiran.

 Untuk melancarkan perjalanan tugas dengan lebih berkesan, tiap-tiap Jabatan Pendidikan Negeri telah
menubuhkan beberapa unit pentadbiran bagi menjalankan tangggungjawab yang khusus.
Cabaran dalam alam pendidikan
 Dalam usaha untuk Malaysia memupuk perpaduan melalui kebudayaan dan pendidikan, rakyat yang dibahagikan
mengikut kumpulan etnik perlu saling tolak ansur upaya perpaduan negara dapat dicapai.

 Antaranya termasuklah masyarakat majmuk yang menjelaskan bahawa Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum
tetapi masih boleh hidup dalam keadaan aman, damai dan harmoni. Sikap toleransi yang bertimbang rasa yang
diamalkan oleh pelbagai kaum menunjukkan mereka bersedia menerima bangsa dan budaya lain sebagai satu
budaya yang sama, iaitu budaya Malaysia.

 Sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab, kita perlu memupuk asas perpaduan yang telah
disediakan melalui penubuhan persekutuan Malaysia.

 Pihak kerajaan melalui pelbagai aktiviti dan program rakyat yang diadakan perlu berusaha sedaya upaya untuk
memastikan keharmonian dan keamanan negara dapat dikekalkan. Sikap prejudis dan rasisme terhadap etnik
lain perlu dihindari agar kemerdekaan yang dikecapi dan diperolehi bersama dapat berterusan dirasai generasi
akan datang.
 Di sini jelas bahawa Wawasan 2020 bukanlah satu slogan yang dilaung-laungkan, tetapi ia merupakan satu rangka
kerja tindakan framework of action bagi setiap warganegara untuk mengambil langkah-langkah positif bagi
memastikan Malaysia menjadi negara yang benar-benar maju dan makmur.
Pendidik sebagai role model
 Tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya terhad kepada penyampaian ilmu sahaja tetapi juga meliputi
pembentukan sahsiah murid-murid. Ini kerana tingkahlaku guru adalah contoh teladan kepada murid-murid. Oleh
itu guru haruslah mempunyai sifat-sifat terpuji yang boleh menjadi teladan kepada murid-murid untuk dicontohi.
Dalam hal ini, guru haruslah sentiasa bersopan santun dn berbudi bahasa.

 Ketika memerlukan bantuan murid-muridnya, guru juga perlu memberi pertolongan dan bukannya memarahi
murid-murid. Guru yang bertatasusila bukan sahaja menghormati rakan sejawatnya, malahan dia juga
menghormati murid-muridnya sebagai manusia biasa yang ada kehendak, keperluan dan harga diri.
 Guru juga harus berpakaian kemas dan berkelakuan baik. Guru tidak boleh memakai pakaian yang menjolok mata
dan berkelakuan kasar. Ini kerana murid-murid mengingati apa sahaja yang dilakukan oleh guru adalah betul dan
boleh dicontohi. Jika guru berkelakuan tidak baik, murid-murid akan mengikuti perbuatan tersebut. Saperti kata
pepatah “ Bapa borek, anak rintik “.
 Seorang guru harus mempunyai sifat sabar. Guru harus mengawal emosi dan jangan cepat marah. Kesabaran guru
akan menggalakkan murid-murid yang lemah berinteraksi dengan guru dalam pelbagai masalah. Kejujuran
merupakan satu ciri tingkah laku yang amat dihargai oleh murid-murid.
 Selain itu, guru haruslah bersikap adil dan harus sentiasa menepati masa. Guru harus masuk ke kelas pada
masa yang tepat dan memberi pengajaran dan pembelajaran yang saksama kepada murid-muridnya. Keadaan
ini akan menggalakkan murid-muridnya menepati masa pada bila-bila masa semasa interaksi di bilik darjah atau
aktiviti di luar bilik darjah.

 Guru harus mempunyai sikap bertanggungjawab iaitu mempunyai sikap positif terhadap tugas-tugas yang
diamanahkan. Tanggungjawab seorang guru ialah terhadap anak muridnya.

 Guru harus lebih mementingkan kebajikan murid-muridnya berbanding kepentingan sendiri apabila murid-
muridnya memohon pertolongan daripadanya, guru harus bersedia menghulurkan bantuan tanpa mengira
sama ada murid itu berasal dari kaumnya atau pun tidak.

 Kesimpulannya guru adalah pendidik dan pengasuh anak-anak yang akan menjadi warisan budaya dan ilmu
pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa akan datang.
 Selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya. Oleh
yang demikian guru haruslah mempunyai nilai dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan murni
sebagai role model kepada murid-muridnya.
Pendidik sebagai agen sosialisasi
 Persoalan sosialisasi timbul apabila kurang kesedaran tanggungjawab ke atas diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
Kebiasaan mereka yang bermasalah adalah disebabkan pelaksanaan sosialisasi yang tidak betul dalam institusi
keluarga.

 Keadaan ini akan menyebabkan peningkatan kes perceraian. Perceraian berlaku kerana ketidakfahaman antara
pasangan dan kelalaian dalam menjalankan tanggungjawab. Selain itu, berlaku juga pengabaian terhadap orang
tua. Kepincangan dalam institusi keluarga perlu ditangani segera supaya ia tidak mengancam negara.

 Ini kerana institusi keluarga yang harmoni perlu dikekalkan dengan penerapan nilai kasih sayang kerana ia akan
melahirkan insan yang berhemah tinggi dan berguna kepada negara.

 Kanak-kanak sejak kecil sudah dikelilingi oleh agen-agen sosialisasi termasuklah ibubapa, pengasuh dari tadika dan
keluarga yang terdekat. Di bangku sekolah, agen sosialisasi mereka bertambah saperti sekolah sendiri, rakan
sebaya, dan persatuan yang mereka ceburi.

 Keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah kanak-kanak, tingkahlaku, sikap, nilai motif,
kepercayaan, personaliti dan kemahiran tertentu.
 Perhubungan yang baik akan mewujudkan ikatan kekeluargaan dan kemasyarakatan yang kukuh. Ahli psikologi
John Piaget berpendapat bahawa pembentukan personaliti seseorang kanak-kanak berdasarkan empat
perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak iaitu 0 hingga 2 tahun, 2 hingga 6 tahun, 6 hingga 12 tahun dan 12
hingga 15 tahun.

 Sekiranya seorang kanak-kanak dapat melalui perkembangan proses sosialisasi tersebut dengan teratur makan
dapatlah ia menyesuaikan diri dengan masyarakat.

Faktor-faktor berlakunya sosialisasi adalah:

• Keluarga adalah intipati agen sosialisasi yang paling rapat dengan individu saperti ayah, ibu, saudara kandung
yang belum bernikah dan tinggal dalam satu rumah.
 Menurut Gertrudge Jaeda,r keluarga merupakan agen sosialisasi yang paling awal kepada kanak-kanak kerana
mereka sentiasa berada dalam lingkungan keluarga terutamanya ibu bapa.

 Menurut George Herbert Mead, perkembangan kanak-kanak bermula pada tahap persiapan (Prepatory Stage)
yang mana anak-anak mula melakukan kegiatan meniru perilaku orang terdekat meskipun perbuatan itu tidak
sempurna.

 Rakan sebaya atau teman sepermainan memainkan peranan penting dalam agen kemenjadian seseorang individu
sebagai anggota dalam masyarakat. Ini kerana dalam bergaul kanak-kanak akan mempelajari peraturan yang
mengatur dan peranan dan kedudukan seseorang dalam mempelajari nilai-nilai yang murni dalam masyarakat.

 Kemajuan teknologi membuatkan semua maklumat berada di hujung jari manusia. Kemajuan ini menjadikan
manusia tidak ketinggalan dalam kemajuan dunia. Dengan kemajuan teknologi maklumat ini kanak-kanak kita
mampu belajar sesuatu apabila melihat maklumat yang terkandung dalam internet.
• Media massa juga merupakan agen sosialisasi anak-anak kerana kebanyakan setiap rumah mempunyai peti
televisyen yang menyiarkan pelbagai rancangan yang boleh membentuk perilaku murid-murid dengan mudah
melalui pemerhatian.

• Menurut George Herbert Mead, pada tahap meniru (play stage) kanak-kanak akan meniru apa sahaja yang
dilakukan oleh orang dewasa dan rakan sebaya di sekolah.
• Selain itu, sekolah juga merupakan agen sosialisasi yang penting. Ini kerana sekolah bukan sahaja menjadi tempat
menuntut ilmu,

• melaksanakan rancangan pelajaran di negeri berkenaan. Peranannya termasuk mengurus, menyelia, menyelaras dan
mengawasi semua perkara berkaitan dengan kurikulum, radio dan televisyen pendidikan, skim pinjaman buku teks,
perpustakaan, kegiatan ko-kurikulum, panduan pelajaran dan kerjaya, rancangan bahasa, pendidikan kesihatan dan
penilaian pemakanan, majlis sukan sekolah-sekolah, hal-hal perjawatan, kewangan, pembangunan dan pentadbiran.

• Untuk melancarkan perjalanan tugas dengan lebih berkesan, tiap-tiap Jabatan Pendidikan Negeri telah menubuhkan
beberapa unit pentadbiran bagi menjalankan tangggungjawab yang khusus.
Cabaran dalam alam pendidikan
 Dalam usaha untuk Malaysia memupuk perpaduan melalui kebudayaan dan pendidikan, rakyat yang
dibahagikan mengikut kumpulan etnik perlu saling tolak ansur upaya perpaduan negara dapat dicapai.

 Antaranya termasuklah masyarakat majmuk yang menjelaskan bahawa Malaysia terdiri daripada pelbagai
kaum tetapi masih boleh hidup dalam keadaan aman, damai dan harmoni. Sikap toleransi yang bertimbang
rasa yang diamalkan oleh pelbagai kaum menunjukkan mereka bersedia menerima bangsa dan budaya lain
sebagai satu budaya yang sama, iaitu budaya Malaysia.

 Sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab, kita perlu memupuk asas perpaduan yang telah
disediakan melalui penubuhan persekutuan Malaysia.

 Pihak kerajaan melalui pelbagai aktiviti dan program rakyat yang diadakan perlu berusaha sedaya upaya untuk
memastikan keharmonian dan keamanan negara dapat dikekalkan. Sikap prejudis dan rasisme terhadap etnik
lain perlu dihindari agar kemerdekaan yang dikecapi dan diperolehi bersama dapat berterusan dirasai
generasi akan datang.
 Di sini jelas bahawa Wawasan 2020 bukanlah satu slogan yang dilaung-laungkan, tetapi ia merupakan satu
rangka kerja tindakan framework of action bagi setiap warganegara untuk mengambil langkah-langkah positif
bagi memastikan Malaysia menjadi negara yang benar-benar maju dan makmur
Pendidik sebagai role model
 Tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya terhad kepada penyampaian ilmu sahaja tetapi juga meliputi
pembentukan sahsiah murid-murid. Ini kerana tingkahlaku guru adalah contoh teladan kepada murid-murid. Oleh
itu guru haruslah mempunyai sifat-sifat terpuji yang boleh menjadi teladan kepada murid-murid untuk dicontohi.
Dalam hal ini, guru haruslah sentiasa bersopan santun dn berbudi bahasa.

 Ketika memerlukan bantuan murid-muridnya, guru juga perlu memberi pertolongan dan bukannya memarahi
murid-murid. Guru yang bertatasusila bukan sahaja menghormati rakan sejawatnya, malahan dia juga
menghormati murid-muridnya sebagai manusia biasa yang ada kehendak, keperluan dan harga diri.

 Guru juga harus berpakaian kemas dan berkelakuan baik. Guru tidak boleh memakai pakaian yang menjolok mata
dan berkelakuan kasar. Ini kerana murid-murid mengingati apa sahaja yang dilakukan oleh guru adalah betul dan
boleh dicontohi. Jika guru berkelakuan tidak baik, murid-murid akan mengikuti perbuatan tersebut. Saperti kata
pepatah “ Bapa borek, anak rintik “.
 Selain itu, guru haruslah bersikap adil dan harus sentiasa menepati masa. Guru harus masuk ke kelas pada masa
yang tepat dan memberi pengajaran dan pembelajaran yang saksama kepada murid-muridnya. Keadaan ini akan
menggalakkan murid-muridnya menepati masa pada bila-bila masa semasa interaksi di bilik darjah atau aktiviti di
luar bilik darjah.

 Guru harus mempunyai sikap bertanggungjawab iaitu mempunyai sikap positif terhadap tugas-tugas yang
diamanahkan. Tanggungjawab seorang guru ialah terhadap anak muridnya.

 Guru harus lebih mementingkan kebajikan murid-muridnya berbanding kepentingan sendiri apabila murid-
muridnya memohon pertolongan daripadanya, guru harus bersedia menghulurkan bantuan tanpa mengira sama
ada murid itu berasal dari kaumnya atau pun tidak.

 Kesimpulannya guru adalah pendidik dan pengasuh anak-anak yang akan menjadi warisan budaya dan ilmu
pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa akan datang.
Pendidik sebagai agen sosialisasi
 Persoalan sosialisasi timbul apabila kurang kesedaran tanggungjawab ke atas diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
Kebiasaan mereka yang bermasalah adalah disebabkan pelaksanaan sosialisasi yang tidak betul dalam institusi
keluarga.

 Keadaan ini akan menyebabkan peningkatan kes perceraian. Perceraian berlaku kerana ketidakfahaman antara
pasangan dan kelalaian dalam menjalankan tanggungjawab. Selain itu, berlaku juga pengabaian terhadap orang
tua. Kepincangan dalam institusi keluarga perlu ditangani segera supaya ia tidak mengancam negara.

 Ini kerana institusi keluarga yang harmoni perlu dikekalkan dengan penerapan nilai kasih sayang kerana ia akan
melahirkan insan yang berhemah tinggi dan berguna kepada negara.

 Kanak-kanak sejak kecil sudah dikelilingi oleh agen-agen sosialisasi termasuklah ibubapa, pengasuh dari tadika dan
keluarga yang terdekat. Di bangku sekolah, agen sosialisasi mereka bertambah saperti sekolah sendiri, rakan
sebaya, dan persatuan yang mereka ceburi.
 Keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah kanak-kanak, tingkahlaku, sikap, nilai motif,
kepercayaan, personaliti dan kemahiran tertentu.

 Perhubungan yang baik akan mewujudkan ikatan kekeluargaan dan kemasyarakatan yang kukuh. Ahli psikologi John
Piaget berpendapat bahawa pembentukan personaliti seseorang kanak-kanak berdasarkan empat perkembangan
kognitif seseorang kanak-kanak iaitu 0 hingga 2 tahun, 2 hingga 6 tahun, 6 hingga 12 tahun dan 12 hingga 15
tahun.

 Sekiranya seorang kanak-kanak dapat melalui perkembangan proses sosialisasi tersebut dengan teratur makan
dapatlah ia menyesuaikan diri dengan masyarakat.
 Keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah kanak-kanak, tingkahlaku, sikap, nilai motif,
kepercayaan, personaliti dan kemahiran tertentu.

 Perhubungan yang baik akan mewujudkan ikatan kekeluargaan dan kemasyarakatan yang kukuh. Ahli psikologi
John Piaget berpendapat bahawa pembentukan personaliti seseorang kanak-kanak berdasarkan empat
perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak iaitu 0 hingga 2 tahun, 2 hingga 6 tahun, 6 hingga 12 tahun dan
12 hingga 15 tahun.

 Sekiranya seorang kanak-kanak dapat melalui perkembangan proses sosialisasi tersebut dengan teratur makan
dapatlah ia menyesuaikan diri dengan masyarakat.
 Faktor-faktor berlakunya sosialisasi adalah:
 Keluarga adalah intipati agen sosialisasi yang paling rapat dengan individu saperti ayah, ibu, saudara kandung
yang belum bernikah dan tinggal dalam satu rumah.

 Menurut Gertrudge Jaeda, keluarga merupakan agen sosialisasi yang paling awal kepada kanak-kanak kerana
mereka sentiasa berada dalam lingkungan keluarga terutamanya ibu bapa.

 Menurut George Herbert Mead, perkembangan kanak-kanak bermula pada tahap persiapan (Prepatory Stage)
yang mana anak-anak mula melakukan kegiatan meniru perilaku orang terdekat meskipun perbuatan itu tidak
sempurna.

 Rakan sebaya atau teman sepermainan memainkan peranan penting dalam agen kemenjadian seseorang
individu sebagai anggota dalam masyarakat. Ini kerana dalam bergaul kanak-kanak akan mempelajari peraturan
yang mengatur dan peranan dan kedudukan seseorang dalam mempelajari nilai-nilai yang murni dalam
masyarakat.
 Kemajuan teknologi membuatkan semua maklumat berada di hujung jari manusia. Kemajuan ini menjadikan
manusia tidak ketinggalan dalam kemajuan dunia. Dengan kemajuan teknologi maklumat ini kanak-kanak kita
mampu belajar sesuatu apabila melihat maklumat yang terkandung dalam internet.

 Media massa juga merupakan agen sosialisasi anak-anak kerana kebanyakan setiap rumah mempunyai peti
televisyen yang menyiarkan pelbagai rancangan yang boleh membentuk perilaku murid-murid dengan mudah
melalui pemerhatian.

• Menurut George Herbert Mead, pada tahap meniru (play stage) kanak-kanak akan meniru apa sahaja yang
dilakukan oleh orang dewasa dan rakan sebaya di sekolah.
• Selain itu, sekolah juga merupakan agen sosialisasi yang penting. Ini kerana sekolah bukan sahaja menjadi
tempat menuntut ilmu, tetapi juga warganya pasti berinteraksi antara satu dengan lain bagi memenuhi
tuntutan hidup seharian.

• Proses sosialisasi berlaku apabila wujud interaksi antara murid dengan murid di sekolah. Ia boleh berlaku ketika
proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan interaksi ketika ko-kurikulum.
 Proses sosialisasi boleh berlaku apabila wujud interaksi dengan kakitangan sekolah. Ia merupakan interaksi
keseluruhan kakitangan sekolah dari tukang kebun, tukang masak, tukang sapu, pembantu am rendah,
pemandu, kerani, kakitangan pentadbiran, guru-guru, penolong kanan dan guru besar.

 Proses sosialisasi wujud apabila berlaku interaksi antara murid-murid dengan golongan tersebut. Hubungan
yang baik dalam kalangan kakitangan dengan murid-murid akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan
institusi sekolah dan warganya.

 Kesimpulannya, sekolah sememangnya antara agen sosialisasi yang penting. Ini kerana wujud sekolah memberi
faedah yang sangat banyak kepada masyarakat sekitarnya.

 Sekolah bukan sahaja tempat menuntut ilmu tetapi juga mampu membentuk masyarakat yang mapan dalam
usaha untuk memperkembangkan potensi individu dan mewujudkan perubahan yang besar kepada
keperibadian manusia.
Rumusan
• Sebagai rumusannya bab ini membincangkan mengenai hubungan etnik sebagai satu bidang ilmu yang
memberikan tumpuan kepada kumpulan-kumpulan tenik yang berbeza saperti murid-murid, guru-guru, staf
pentadbiran, penolong kanan, guru besar, pentadbiran sekolah, PIBG, Pegawai Pendidikan Daerah, Pegawai
Pendidikan Negeri, dan Pegawai Kementerian Pendidikan yang saling berhubung.

 Perlu disedari bahawa manusia adalah makhluk sosial yang akan terus melakukan interaksi sosial dari masa ke
semasa. Justeru, lahirlah keperluan untuk mengkaji perlakuan fitrah manusia ini daripada perspektif kumpulan
atau lebih tepat lagi sebagai pengumpulan manusia yang diistilahkan sebagai etnik. Oleh kerana subjek
terpenting bidang ini ialah manusia itu sendiri, maka bidang-bidang lain yang turut mengkaji tentang manusia
juga memberikan input penting kepada bidang ini.

 Tokoh-tokoh ilmuan penting seperti Robert E. Park dan E.S. Borgadus bukan sahaja menyumbang kepada
bidang hubungan etnik tetapi dalam bidang-bidang lain seperti bidang sosiologi. Hubungan etnik kini semakin
penting dalam kehidupan manusia.

 Dalam konteks inilah, hubungan etnik sebagai suatu bidang ilmu dapat memainkan peranan yang penting.
Pemahaman tentang punca-punca konflik amat penting dalam usaha membentuk kehidupan yang lebih aman
dan harmoni.

 Hubungan etnik juga amat penting kepada pembuat dasar sesebuah negara khususnya Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam memberikan perhatian ketika sesuatu dasar pendidikan diformulasikan, terutama
nya negara yang mempunyai pelbagai etnik saperti Malaysia. Jelasnya hubungan etnik adalah satu bidang ilmu
yang signifikan kepada semua pihak khususnya dalam bidang pendidikan di Malaysia.
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like