You are on page 1of 2

JURNAL PRAKTIKUM

Nama Pelajar : CHANG HUI YI


No Kad Pengenalan : 970316055380
Program : PISMP
Pengkhususan / Opsyen : PISMP AMBILAN JUN 2016 / SEJARAH
Sekolah : SJKC PEIR CHIH
Minggu Praktikum :1
Tarikh : 12-06-2019
Tajuk : Murid Tidak Memberi Tumpuan Ketika Sesi Pengajaran dan Pembelajaran
Kategori : Pengajaran dan Pembelajaran
Pensyarah Penyelia : DR. MUHAMMAD RIDZUAN BIN IDRIS
Guru Pembimbing : WEE YIK FANG

1. Isu Yang Difokuskan :

Semasa saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas 4Biru, saya mendapati bahawa terdapat beberapa orang
murid tidak menumpukan perhatian semasa saya menjalankan pengajaran. Semasa menjalankan set induksi, murid-murid masih
berfokus namun setelah sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan selama 15 minit, saya mendapati beberapa orang murid mulai
hilang tumpuan dan berasa bosan terhadap pengajaran yang saya sampaikan.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Punca murid tidak dapat memberi tumpuan yang lama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran hasil daripada analisis terhadap
isu yang telah saya kenal pasti ialah penggunaan bahan bantu mengajar yang kurang sesuai malahan pengajaran terlalu
berfokuskan kepada guru.
Kesan terhadap isu yang berlaku ini iaitu murid tidak dapat menguasai pengajaran yang disampikan justeru keputusan ujian dan
peperiksaan akan dipengaruhi. Selain itu, minat murid terhadap mata pelajaran sejarah juga terjejas.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut Koran (2002), menyatakan bahan pengajaran dan pembelajaran merangkumi teks, animasi, grafik,simulasi, video dan
audio.
Menurut Mary (2012), aktiviti hands-on memerlukan murid menggunakan pelbagai deria untuk memanipulasikan bahan-bahan
yang disediakan serta memberi peluang kepada mereka untuk mengalami pengalaman pembelajaran yang sebenar dan bermakna

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti, saya mencadangkan beberapa
alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :
i)menjalankan pengajaran abad ke- 21 seperti menggunakan banyak gambar dan video dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
ii) sentiasa memanggil nama murid yang kurang berfokus
iii) sentiasa bertanya balik murid tentang ilmu yang telah mengajar
iv) mengadakan aktiviti kumpulan

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 MINGGU

6. Tindakan Susulan :

Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu menggunakan banyak gambar dan video yang berkaitan dengan topik yang saya
ingin ajar, kemuadian sentiasa bertanya balik murid tentang ilmu yang telah mengajar.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

19-06-2019
8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya kenal pasti

telah memberi impak yang positif, ia dapat dilihat melalui peningkatan bilangan murid yang memberi

tumpuan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun, ia masih mempunyai beberapa orang murid yang tidak berfokus
semasa saya mengajar. Oleh itu, saya akan mencari cara penyelesaian lain untuk mengatasi masalah ini.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Kesimpulannya, saya agak berpuas hati bahawa kebanyakkan murid berfokus semasa saya mengajar. Walaupun masih
mempunyai beberapa orang murid tidak berfokus semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.Oleh itu, saya akan
mencari cara penyelesaian lain untuk mengatasi masalah ini.

Rujukan :

Koran, J. K. C. (2002). Aplikasi ‘E-Learning’ Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah-Sekolah Malaysia. [Atas Talian]
www.tutor.com.my/tutuor/pix (September 5, 2005).
Mary Tan Mui Yee. 2012. Kesan Penggunaan Aktiviti “Handson” dalam Proses Pembelajaran Sains Tahun 4. Seminar Penyelidikan
Tindakan IPG KBL Tahun 2012: 180-194

You might also like