You are on page 1of 7

Laporan Refleksi Bina Insan Guru

Pada 8 Julai 2018 sehingga 12 Julai 2018, saya telah menyertai Program Bina Insan
Guru (BIG) yang telah dianjurkan oleh guru-guru pelatih 5 PISMP Semester 5 dengan
kerjasama Unit Kokurikulum IPGKKB. Kem BIG ini telah berlansung di Merang, Terengganu.
Program ini diperkenalkan untuk membina dan membentuk guru kepada lebih berkualiti dan
juga dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah
Pendidikan Guru (FPG). Ia lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara
amali dalam konteks dan situasi sebenar dalam memperkasakan ilmu, daya intelek, nilai dan
akhlak keguruan dalam kalangan pelajar kursus. Program ini bertujuan untuk
memperkembangan beberapa aspek sebagai guru iaitu jasmani,emosi,intelektual dan
rohani.Oleh itu, pelbagai aktiviti seperti perkhemahan, masakan amalan sihat, water confident,
kayak, kembara, jungle tracking, ikhtiar hidup, abseiling dan interaksi profesional berasma-
sama pihak sekolah telah dijalankan selama 5 hari ini mempunyai objektifnya. Sepanjang
program ini saya telah dapat memerhatian bahawa kekuatan lebih daripada kelemahan
beberapa kekuatan, kelemahan, peluang dan anacama.

Program BIG ini memberikan banyak faedah dan kebaikan kepada saya. Kebanyakan
program yang dijalankan memberi manfaat sebagai persediaan saya yang bakal menjadi guru.
Kekuatan yang utama yang saya dapat ialah kepentingan semangat kerjasama dalam
kumpulan. Hal ini demikian kerana kebanyakan aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan.
Tanpa kerjasama yang jitu, sesuatu kumpulan tidak akan melakukan tugas secara optimum.
Kerjasama sepasukan amatlah penting. Tanpanya juga tiadanya persefahaman antara ahli
kumpulan. Boleh menyatakan bahawa setiap aktiviti yang dijalankan memerlukan kerjasama
antara ahli kumpulan. Contohnya, aktiviti memasang perkhemahan. Seseorang tidak akan
dapat mendirikan sesebuah khemah tanpa kerjasama ahli kumpulan lain. Misalnya, aktiviti
ikhtiar hidup. Semasa menjalankan aktiviti ikhtiar hidup, ketua kumpulan akan membahagikan
tugasan masing-masing supaya kita dapat menghidangkan masa dalam masa yang
ditetapkan seperti, terdapat orang yang mencari kayu, ada yang membuat api, ada yang
memotong bahan mentah masakan dan ada yang mencari barangan untuk menghias
makanan.Sekiranya semua ahli tidak bekerjasama dengan baik, pasti kumpulan tersebut akan
gagal dalam aktiviti ini.

Selain itu, kekuatan yang kedua adalah kreativiti guru dapat dilatih. Sebagai
seorang guru kreativiti sangat penting dan kita perlu sentiasa berfikir luar kotak supaya
pengajaran penuh dengan seronok. Hal ini dapat diwujud semasa menjalankan aktiviti ikhtiar
hidup dan ceramah amalan makanan sihat. Contohnya, dalam aktiviti ikhtiar hidup dan
ceramah amalan makan sihat. Semasa menjalnkan aktiviti ikhtiar hdup kami perlu

1
menggunaqkan bahan alam semula jadi untuk menghidangkan makanan. Terdapat kumpulan
menggunakan daun- daun tumbuhan, kelapa dan sebagai untuk menghidangkan makanan.
Malahan kumpulan kita juga telah memetik bunga-bunga sebagai hiasan. Setiap hiasan
mempunyai maknnya, seperti 3 daun besar yang kami menggunakan bermakna ketiga-tiga
kaum besar di Malaysia. Makanan kita bermakna 1 malaysia. Selain itu, semasa ceramah
amalan sihat, kami telah diberikan satu tugasan iaitu kita perlu menghidangkan makanan yang
sihat dalam 15 minit. Semasa aktivii ini dijalankan kita dapat melihat bahawa banyak guru
pelatih amat kreativitf dan inovatif. Contohnya terdapat sebuah kumpulan telah menggunakan
roti untuk membuat sushi roll. Bukan itu sahaja, pelbagai makanan telah disediakan seperti
french toste, wrap, dan sebagainya.

Selain itu, kekuatan yang ketiga saya dapat adalah mengajar seseorang individu
agar mempunyai stamina yang baik dan kuat. Hal ini demikian kerana, semasa aktiviti
kembara, para peserta terpaksa mendaki dan menuruni curam yang curang serta berjalan
jauh. Ramai peserta yang tidak berupaya atau tidak larat atau tercungap-cungap ketika
berjalan di dalam hutan. Bagi seorang guru, penting baginya mempunyai stamina yang tinggi
kerana tugas seorang guru bukan hanya mengajar di dalam kelas sewaktu P&P. Seorang
guru juga perlu bergiat aktif di dalam aktiviti luar bilik darjah iaitu kurikulum di mana wujudnya
persatuan dan kelab, unit beruniform serta sukan dan permainan. Jika seorang guru yang
lemah dari segi stamina, kemungkinan besar sukar untuk guru tersebut melaksanakan setiap
aktiviti luar bersama dengan para pelajar kelak.

Selain daripada itu, sifat keyakinan dan keberanian dalam diri juga dapat
dipertingkatkan melalui aktiviti yang dijalankan sama ada di darat mahupun di air. Keberanian
adalah satu tindakan dalam memperjuangkan sesuatu dengan cara menghadapi segala yang
menghalanginya (Irons,2016). Aktiviti seperti water confident merupakan salah satu contoh
aktiviti yang mempertingkatkan lagi keberanian dalam diri seorang guru pelatih.

Selain itu, pensyarah yang berpengetahuan dan berpengalaman juga salah


satu kekuatan terhadap program BIG ini. Setiap pensyarah telah menjaga kebajikan setiap
guru pelatih. Contohnya, semasa aktiviti abseiling, pensyarah amat peka terhadap
keselamatan guru pelatih. Pensyarah telah memeriksa beberapa kali sebelum guru pelatih
menjalankan aktiviti abseiling. Ia telah menunjukkan bahawa pensyarah betapa
menitikberatkan keselamatan guru pelatih.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang saya dapati


sepanjang program ini berlangsung. Kesuntukan masa untuk menguruskan Program BIG
merupakan salah satu kelemahan yang saya dapati. Boleh dikatakan bahawa kami hanya
mempunyai kurang daripada seminggu untuk menjayakan program ini. Contohnya, kami

2
dikehendaki menyiapkan kertas kerja dalam 3 hari. Malahan hanya dapat mengadakan 3 kali
mesyuarat untuk mengagihkan tugasan masing-masing dan melaporkan kemajuan tugasan
dan sebagainya.

Selain itu, kelemahan yang saya dapati adalah aktiviti terlalu padat. Kepadatan
aktiviti ini menyebabkan kami tidak mempunyai masa yang cukup unutk rehat. Contohnya,
kumpulan masakan tengah hari perlu berbangun awal-awal untuk menyediakn makanan.
Misalnya, kumpulan yang masakan tengah hari perlu bangun pada pukul 3 untuk masak
tengah hari. Malahan kadang kala aktiviti berlangsung sampai 11.30 malam. Bukan itu sahaja
ada sesetengah kumpulan menjaga malam pada pukul 12.30 am sampai 2 am. Ini bermaksud
mereka hanya mempunyai sejam untuk tidur. Lepas itu mereka perlu menyediakan makanan
tengah hari. Aktiviti yang berlangsung memerlukan tenga yang besar seperti berkayak dan
kembara, water confident, dan sebagainya. Hal in meyebabkan guru pelatih tidak dapat
berfokus semasa menjalankan aktiviti-aktiviti.

Di samping itu, kelemahan yang saya dapati adalah kekurangan menjaga


kebersihan makanan. Masalah ini perlu dititikberatkan. Hal ini disebabkan kalau kami tidak
menjaga kebersihan makanan maka keracunan makan akan berlaku. Contohnya, semasa
menjalnakan program BIG, terdapat telur-telur lalat dalam makanan guru-guru pelatih.
Malahan, terdapat beberapa orang guru pelatih telah mengalami cirit-birit. Menurut
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), penyakit diarea membunuh hampir 1.5 jurta orang
setiap tahun dan kebanyakkanya adalah disebabkan oleh makanan atau minuman yang
tercemar. Dengan ini, menunjukkan bahawa betapa signifikan menjaga kebersihan makanan.

Selian daripada itu, kelemahan yang saya dapati adalah kekurangan


komunikasi antara Jawatankuasa Program BIG. Hal ini disebabkan kebajikan makanan
sebahagian guru pelatih diabaikan. Contohnya, makanan guru pelatih vegetarian dan guru
pelatih yang sensitif terhadap ayam tidak disediakan. Kesannya, mereka perlu memsak
dengan sendiri sementara guru-guru pelatih lain sedang makan.

Peluang yang saya dapat melalui program BIG ini adalah pendedahan diri
kepada budaya masyarakat desa. Aktiviti kembara dan ikhtiar hidup telah mendedahkan
saya kepada satu dunia baru di mana kini saya merasa amat bersyukur dengan segala nikmat
yang diberikan Tuhan. Hal ini demikian kerana pendedahan ini menjadi bakal pendidik tidak
lagi kekok apabila bertugas di kawasan pedalaman. Contohnya, guru pelatih telah dilatih
untuk memasak di kawasan alam sekitar seperti guru pelatih dikehendaki menyalakan apinya
untuk memasak makanan. Kesannya, dengan aktiviti ini guru telah bersedia untuk
menjalankan tugasan di kawasan pedalaman.

3
Selain itu, saya juga berpeluang meningkatkan potensi diri dalam
menguruskan program sekolah. Program BIG telah membuka satu peluang kepada guru
pelatih untuk mendapat pengalaman tentang cara-cara untuk menguruskan satu program.
Contohnya, kami telah menjalani Interaksi Bersama Sekolah yang telah diadakan bersama
murid-murid di SK RU Sepuluh. Melalui memerhatian, saya telah memperlajari cara-cara
untuk menghidupkan suasana supaya murid dapat lebih aktif. Misalnya, kami boleh
menggunakan tepukan, sambil nyanyi sambil membuat pergerakan. Ini akan akan menarik
perhatian murid-murid. Tambahan pula, kami juga boleh memberi galakkan kepada mereka
semasa mereka melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancangkan. Secara ringkasnnya, saya
telah mendapati pelbagai pengalaman melalui aktiviti Interaksi Bersama Sekolah.

Di samping itu, peluang untuk menambahbaik untuk kelemahan yang saya dapati
adalah masalah rehat. Pensyarah boleh menguji pelajar yang hendak menyediakan tengah
hari dahulu supaya mereka dapat menyediakan makanan tengan hari. Dengan ini mereka
tidak memerukan bangun awal-awal pagi untuk menyediakan makanan tengah hari. Dengan
ini mereka mempunyai masa yang cukup untuk rehat supaya bertenaga untuk menjalankan
aktiviti seperti berkayak, water confident, kembara, ikhtiar hidup dan khidmat masyarakat.
Bagi masalah kesuntukan masa unutk menguruskan Program BIG, Ahli jawatankuasa
sebenarnya boleh menguruskan semua perkara pada bulan Mei atau jun.

Namun demikian, di sebalik gelak tawa ceria kami, terdapat beberapa ancaman
yang kami hadapi sepanjang program ini iaitu masalah kewangan. Hal ini disebabkan IPG
Kota Bharu, kami sedang mengalami masalah ketutupan IPG. Oleh itu, kewangan peruntukan
bagi guru pelatih unutk melaksankan program semakin kurang. Kesuntukkan kewangan telah
menyebabkan kami dikehendaki meminimumkan perbelanjaran. Malahan perbelanjaan yang
berlebih terpaksa ditangguh oleh guru-guru pelatih. Hal ini menyebabkan beban guru-guru
pelatih dipertingkatkan. Secara ringkasnya, masalah kewangan telah menjadi ancaman
sepanjang program ini berlangsung.

Selain daripada itu, ancaman yang kami hadapi adalah cuaca buruk. Cuaca
buruk telah menyebabkan perjalanan aktiviti-aktiviti lebih mencabar seperti aktiviti keyakinan
air. Contohnya, pada hari 9 Julai 2018, Taman Rekreasi Merang, Terengganu telah
mengalami hujan lebat. Kami terpaksa mengangkat barang kami dari kem ke surau. Hal ini
demikian mereka

Seterusnya, ancaman yang kami hadapi adalah perbezaan daya ketahanan


setiap guru pelatih. Hal ini demikian kerana terdapat sebahagian guru pelatih mempunyai
daya ketahanan yang rendah.Oleh itu,mereka tidak dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang
telah dirancangkan. Contohnya, terdapat beberapa orang guru pelatih telah cedera atau sakit

4
semasa menjalankan aktiviti ikhtiar hidup dan aktivi keyakinan air. Kesannya, mereka
mengalami kesusahan dalam aktiviti yang seterusnya.

Kesimpulannya, program BIG telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya bagi


melahirkan guru pelatih yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai
ketahanan rohani, mental dan fizikal serta bermanfaat kepada masyarakat selaras dengan
nilai- nilai keguruan. Saya berharap semoga segala pengalaman yang saya kutip sepanjang
program BIG ini dapat member manfaat kepada saya untuk memperbaiki diri ke arah yang
lebih baik.Para guru pelatih juga dapat menjalankan pelbagai ujian semasa program ini
antaranya ujian konflik diri, mengenal potensi diri, kerjaya dan ijian psikologi. Melalui ujian ini,
para guru pelatih dapat mengenali potensi diri dan kecenderungan masing-masing. Malah,
para guru pelatih dapat membuat refleksi diri dan mengubah sikap masing-masing agar dapat
terus menjadi seorang pendidik yang baik pada masa hadapan.

5
Analisis SWOT

Kekuatan (S) Kelemahan (W)

S1 – Kepentingan Semangat Kerjasama W1 – Kesuntukkan Masa


Dalam Kumpulan
W2 – Aktiviti Terlalu Padat
S2 – Kreativiti Guru Dapat Dilatih
W3 - Kekurangan Menjaga Kebersihan
S3 - Mengajar Seseorang Individu Agar Makanan
Mempunyai Stamina Yang Baik Dan W4 - Kekurangan Komunikasi Antara
Kuat. Jawatankuasa Program BIG.
S4 - Sifat Keyakinan Dan Keberanian
Dalam Diri Juga Dapat Dipertingkatkan

S5 - Pensyarah Yang Berpengetahuan


Dan Berpengalaman

Peluang ( O) Ancaman (T)

O1 - Pendedahan Diri Kepada Budaya T1 – Masalah Kewangan


Masyarakat Desa T2 – Cuaca Buruk
O2 - Meningkatkan Potensi Diri Dalam T3 - Perbezaan daya ketahanan setiap
Menguruskan Program Sekolah guru pelatih
O3 - Masalah Rehat

6
7

You might also like