You are on page 1of 20

1.

2 Cabaran Globalisasi Dalam Pembinaan Negara Bangsa


1.2.1 Pengenalan Globalisasi
Perkataan Globalisasi berasal dari bahasa Inggeris iaitu Glabalisasi dan ia
merupakan gabungan dari perkataan glabal.Menurut kamus dewan,Globalisasi
mempunyai dua pengertian.Pertamanya ialah fenomena yang menjadikan dunia
kelihatan

kecil

dari

segi

perhubungan

manusia

disebabkan

pantasnya

perkembangan teknologi maklumat.Keduanya ialah proses yang membolehkan


sesuatu aktiviti seperti ekonomi dan kebudayaan disebarkan atau diperluas ke
peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia,terutamanya dengan adanya
kemudahan sistem komunikasi dan dasar terbuka.
Menurut Laurence E. Rothenberg, globalisasi adalah percepatan dari
intensifikasi interaksi dan integrasi antara orang-orang, syarikat dan kerajaan dari
negara yang berbeza.Selain itu,Anthony Giddens mengatakan bahawa globalisasi
adalah intensifikasi hubungan sosial secara global sehingga menghubungkan antara
kejadian yang berlaku di lokasi yang satu dengan yang lain serta menyebabkan
terjadinya perubahan pada keduanya.Seterusnya,Emanuel Ritcher menyatakan
bahawa globalisasi adalah suatu rangkaian kerja global yang menyatukan
masyarakat secara bersamaan yang sebelum ini tersebar menjadi terpencil ke
dalam saling pergantungan dan persatuan dunia.
Melalui pandangan tokoh-tokoh di atas,saya boleh membuat satu kesimpulan
tentang globalisasi iaitu seseorang tidak akan diikat oleh negara atau batas-batas
wilayah dan setiap orang dapat berhubung dan bertukar maklumat dengan orang
lain pada bila-bila masa dan di mana-mana.Globalisasi akan menggugatkan
kedaulatan sesebuah negara.Globalisasi boleh menjadikan suatu negara lebih kecil
kerana kemudahan komunikasi telah dimajukan.Kita boleh berhubung dengan
negara lain pada bila-bila masa dan di mana-mana dan tidak lagi terbatas dengan
kejarakan. Kecanggihan teknologi meyebabkan kita boleh menjalankan pelbagai
aktiviti seperti

mendapat maklumat atau pertukaran maklumat dan kegiatan

perdagangan.

1.2.2 Konsep Dunia Tanpa Sempadan


Antara salah satu cabaran globalisasi ialah dunia tanpa sempadan.Apa itu
dunia tanpa sempadan?Dunia tanpa sempadan ialah satu proses untuk meletakkan
dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan
geografi sesebuah Negara.Dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan
ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh
pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media
komunikasi seperti internet,media elektronik dan teknologi siber.
Antara kebaikan ialah kita dapat mendapat teknologi maklumat telah memberi
bentuk baru kepada corak hidup manusia.Teknologi maklumat adalah gajet
komunikasi seperti komputer dan smart phone.Melalui penggunaan gajet-gajet ini
kita dapat mengeratkan hubungan keluarga dan kaum antara satu sama
lain.Terdapat ahli keluarga yang meneruskan pelajaran di dalam negeri lain atau di
luar negara. Sekiranya,kita rindu akan mereka maka kita boleh menelefon mereka
dengan segera jika berbanding dengan zaman dulu.Selain itu,kebaikannya ialah kita
dapat mengakses maklumat yang terkini dan menjalankan pertukaran pendapat,
pengalaman,ilmu dan sebagainya.Kesannya,ia melahirkan masyarakat akan lebih
inovatif dan berfikiran lebih terbuka.Kemudian,masyarakat dapat menggunakna ilmu
yang didapati dalam bidang pekerjaan mereka maka ekonomi negara akan semakin
maju.
Kewujudan internet telah menyebabkan kita dapat mengakses maklumat
tanpa batasan kita boleh mencari maklumat yang kita hendak.Kewujudan internet
menyebabkan masyarakat dapat mendapat maklumat dari seluruh dunia maka
mereka akan mendapat pelbagai idea dalam pembangunan ekonomi negara.Hal ini
telah membantu masyarakat banyak dalam pembinaan negara bangsa kerana
masyarakat boleh menggunakan maklumat luar dan menjalankan mengubahsuai
agar dapat menggunakan dalam bidang pekerjaan mereka.Hal ini akan melahirkan
masyarakat yang berdaya saing untuk menewaskan pesaing lain maka mereka perlu
lebih berkreatif dan inovatif.Kemudian,ekonomi akan dimajukan. Hal ini demikian
kerana dalam era globalisasi ini segala maklumat sama ada formal atau tidak formal
2

telah dimuat naik dalam rangkaian internet oleh pelbagai pihak dengan cepat
sehingga mengalahkan media cetak seperti surat khabar.
Pada masa yang sama,ia juga mempunyai keburukannya iaitu kedaulatan
negara telah tergugat.Hal ini demikian kerana terdapat orang menggunakan laman
sesawang untuk menyebarkan maklumat yang tidak tepat dan palsu dan ada orang
mempercayai maklumat itu adalah betul.Oleh itu, mereka juga tersebar maklumat
tersebut.Terdapat beberapa kes palsu telah disebarkan melalui media massa
elektronik.Contohnya, penyebaran khabar angin bahawa Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibubarkan oleh segelintir penulis blog tidak
bertanggungjawab, penyebaran bahawa pihak kerajaan cuba menahan bantuan
makanan kepada mangsa banjir di Kelantan dan juga penyebaran berita kematian
palsu seorang pemimpin pembangkang jelas membuktikan kebijaksanaan yang
dimiliki itu adakalanya

disalahguna untuk tujuan yang tidak bermanfaat. 1

Kesannya,nama negara telah dicemarkan dan kedaulatannya juga tercemar.Oleh itu,


menyebabkan pembinaan negara bangsa tidak dicapaikan.
Menurut

Bekas

Perdana

Menteri,Tun

Dr.

Mahathir

Mohamad

telah

memberikan satu syarahan yang bertajuk Strategi Memartabatkan Melayu di Dunia


Tanpa Sempadan.Beliau telah memberi beberapa nasihat iaitu ''Kita kena faham
betul-betul apa yang dikatakan dunia tanpa sempadan ini, kesan dan kebaikannya
kepada negara supaya kita tidak terperangkap. dan Kalau kita terima bulat-bulat,
mungkin kita boleh hilang kemerdekaan 2Melalui pandangan tersebut saya
mengetahui bahawa dunia tanpa sempadan mempunyai kebaikan dan keburukkan
serta akan mempengaruhi pembinaan negara bangsa.Untuk melindungi kedaulatan
negara, pihak kerajaan ataupun pihak berkuasa perlu mengawal sistem siber ini
dengan bijak, namun konsepnya di sini bukan untuk mengawal setiap pengguna
dengan memberi kebebasan yang membuta tuli sahaja. Tetapi mereka harus
memberi kebebasan secara terkawal dengan melalui perundangan. Maksudnya
1 (2015, Mac 2015) Usah sebar dan percaya berita palsu di media sosial ,
Malaymail Online daripada
http://www.themalaymailonline.com/opinion/bartholomew-chan/article/usahsebar-dan-percaya-berita-palsu-di-media-sosial#sthash.VHNkYsbe.dpuf
2 Zabry Mohamad, (2009, October 20) Awas Dunia Tanpa Sempadan, Utusan
Online, daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=1020&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm
3

ialah mereka perlu memberikan kebebasan kepada pengguna hanya untuk


mendapatkan maklumat yang penting dan memberi manfaat pada diri sendiri sahaja
daripada sumber laman web atau apa sahaja dalam konsep siber.
1.2.3 Peranan Kuasa Besar dan Perkembangan Ideologi order baharu
Kita tidak dapat menaftikan bahawa Barat dikatakan telah mendominasi dunia dari
semua aspek seperti dari segi ekonomi,teknologi,pendidikan dan sebagainya.
Perluasan pengaruh atau hegemoni telah digunakan oleh Barat sebagai dasar untuk
mewujudkan negara sekutu atau hubungan satelit dalam meluaskan jaringan
pengaruhnya.Fenomena ini dianggap sebagai satu bentuk penjajahan baru
berasaskan

kepada

kesempurnaan

pembentukan

proses

demokrasi

dan

mewujudkan kebebasan.3
Kuasa

Barat

diketuai

oleh

Amerika

Syarikat(AS)

yang

telah

berusaha

mempromosikan hak asasi manusia dan juga menjadikan bahasa Inggeris sebagai
bahasa utama serta telah berjaya dinobatkan sebagai bahasa komunikasi dunia.
Hak asasi manusia adalah hak dasar yang dimiliki manusia sejak manusia itu
dilahirkan. Antara kebaikan hak asasi manusia ialah setiap manusia terlindungi oleh
undang-undang dan tidak orang boleh menindas orang lain.Melalui hak asasi ini
manusia bebas memilih atau menganut agama masing-masing serta mempunyai
hak kebebasan untuk mengeluarkan atau menyatakan pendapat.Selain itu, bahasa
Inggeris telah menjadi bahasa komunikasi dunia telah membawa banyak
kemudahan kepada semua pelancong.Contohnya,pelancong yang melancong ke
negara lain boleh menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan orang
tempatan dan tidak perlu menggunakan bahasa tempatan untuk berkomunikasi.
Namun, terdapat sebahagian menyalahgunakan hak asasi manusia seperti
menyalahgunakan hak kebebasan bersuara.Contohnya rakyat Malaysia telah
menjalankan pelbagai demokrasi di Malaysia pada tahun 2015 seperti BERSIH 4.0,
HIMPUAN MARAUH MELAYU,HIMPUAN HIJAU dan sebagainya.Demokrasi ini
telah menjejaskan pembinaan negara bangsa kerana semangat perpaduan antara
kaum semakin meruntuh.Hubungan antara kaum yang tidak harmoni akan
3 Kelas 2s. Isu-isu Kontemporari Tamadun Islam. daripada
https://www.academia.edu/5512800/Bab_5_ISUISU_KONTEMPORARI_TAMADUN_ISLAM
4

membawa kemusnahan sesebuah negara dan mencetuskan peperangan serta


peristiwa 13 Mei mungkin berlaku lagi.Bukan itu sahaja,terdapat sebahagian orang
gemar mengkritik kerajaan melalui media massa.Mereka tidak berfikir bahawa
perbuatan tersebut telah menjatuhkan maruah sendiri dan imej negara malahan
negara lain akan menganggap kita merupakan orang yang biadap.Hal ini
menyebabkan pembinaan negara bangsa susah dicapai.Sebenarnya, kita boleh
menggunakan saluran yang tepat untuk memberi nasihat kepada kerajaan bukanlah
mengkritikan kerajaan dengan menggunakan media massa.
Pada pandangannya,hak asasi manusia sangat signifikan namun terdapat
orang tidak menghargainya dan menyalahgunakan tanpa berfikir kesannya dengan
mengikut nafsu sendiri sahaja.Pihak kerajaan boleh menguatkuasakan undangundang terhadap orang yang salahgunakan hak tersebut dengan mengambil
tindakan yang tegas seperti mengenakan denda beribu-ribu atau penjara selama 5
tahun terhadap pesalah.Selain itu,rakyat perlu mempunyai semangat perpaduan
yang kukuh agar tidak mudah terpengaruhi dengan pernyataan lain-lain.Rakyat perlu
berfikir adakah pernyataan tersebut adalah benar dan tepat bukanlah mempercayai
pernyataan tersebut tanpa fikiran.

1.2.4 Persaingan Syarikat Multinasional


Perusahaan mutlinasional(MNC) atau PMN adalah perusahaan yang
berusaha di banyak negara dan perusahaan ini biasanya sangat besar.Perusahaan
seperti ini memiliki pejabat-pejabat,kilang atau pejabat cawangan di banyak
negara.Mereka biasanya memiliki sebuah pejabat pusat di mana mereka
mengkoordinasi pengurusan global. 4Ia mempunyai sumber kewangan dan tenaga
yang besar dan dapat mengawal seluruh aktiviti syarikat di seluruh dunia.Contohnya,
Mc Donalds, Tesco dan Samsung.
Antara kelebihan kemunculan MNC ialah peluang pekerjaan telah ditingkatan kerana
semasa satu pusat membeli - belah dibuka maka ia akan memerlukan pekerja yang
ramai untuk berkerja baru pusat membeli-belah tersebut berjaya dibuka. Contohnya,
4 Siti Fironika Hj Abd Rahman. (2012, Nov 29) Cabaran Pembinaan Negara
Bangsa daripada http://www.slideshare.net/ctfironika/cabrn-pmbinaan-ngarabgsa
5

syarikat Friesland Campina yang menghasilkan produk tenusu.Syarikat ini


mempunyai 21,000 orang pekerja dan 100 buah premis pembuatan dan pejabat
jualan di 25 buah negara di seluruh dunia ini memperoleh pendapatan sebanyak
Euro 9.5 billion pada tahun 2008. 5Bukan itu sahaja, pasaran telah menjadi lebih luas
lalu kuantiti jualan meningkat dan keuntungan bertambah kerana barangan dapat
dieksport ke pasaran dunia yang lebih luas.
Pada masa yang sama,implikasinya juga wujud sehingga menyusahkan pembinaan
negara bangsa dicapaikan iaitu ekonomi syarikat tempatan akan terjejas kerana
mereka tidak mampu bersaing dengan MNC.Hal ini kerana syarikat tempatan tidak
mempunyai modal yang besar dan teknologi yang canggih.Bukan itu sahaja,MNC
menawarkan harga jualan produk yang murah kerana dapat mengeluarkan kuantiti
yang banyak dalam masa yang singkat.Bagi peniaga temapatan,serapan kos-kos
pentadbiran dan perkhidmatan menyebabkan harga jualan produk menjadi
mahal.Oleh itu, mereka tidak dapat menyaingi harga rendah yang ditawarkan oleh
MNC.Kehadiran MNC dalam pasaran
persaingan

semakin

tempatan juga

mengecil.Kesannya,ekonomi

menyebabkan ruang

ekonomi

negara

Malaysia

dikuasai oleh MNC.Misalnya,sekiranya sayrikat MNC tiba-tiba mengeluarkan diri


dalam ekonomi Malayisa malah negara kita akan mengalami kejatuhan mata wang
dan

berlaku

kebanyakkan

kes

pengangguran.Sekiranya

masalah

ini

tidak

diselesaikan maka ekonomi negara kita akan dijajah oleh negara lain.Berdasarkan
sejarah Malaysia kita mengetahui kesan sekiranya ekonomi dijajah oleh negara
lain.Oleh itu,kita seharusnya melihat masalah ini satu keadaan yang serious serta
bagi mengelakkan berlaku keadaan seperti di atas maka kerajaan seharusnya
mengambil langkah-langkah yang berkesan.
Pada pendapat saya,MNC memang membawa kelebihan yang banyak tapi
tidak menaftikan bahawa MNC juga membawa implikasi buruk dan akan
mempengaruhi negara kita dalam pembinaan negara bangsa seperti persaingan
MNC telah menyebabkan peniagaan tempatan menutup.Impaknya,kebanyakkan
pemuda hendak berkerja dengan MCS kerana mempunyai kebajikan yang baik dan
5 Zaharahanum Kamarudin.() Globalisasi Ekonomi: Bagaimana Ia Berlaku dan Kesannya
Terhadap Malaysia dan Negara-negara Lain daripada
https://www.academia.edu/10457786/Globalisasi_Ekonomi_Bagaimana_Ia_Berlaku_dan_K
esannya_Terhadap_Malaysia_dan_Negara-negara_Lain

risiko yang rendah jika berbanding dengan menjadi sebagai peniaga tempatan.Hal
ini mereka mengetahui untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya adalah sangat
susah kerana perlu bersaing dengan MNC.Selain itu,kewujudan MNC juga
meruntuhkan semangat patrotisme negara kerana rakyat lebih gemar membeli
barang luar negara jika berbanding dengan barang buatan Malaysia kerana rakyat
mempercayai kualiti buatan barangan negara luar lebih baik berbanding dengan
buatan barangan Malaysia.Keluaran buatan barangan Malaysia telah dikurangkan
kerana kebanyakkan pengilangan tempatan telah tutup disebabkan tidak dapat
bersaing dengan MNC.
1.2.5 E-Learning
E-learning merupakan singkatan dari Elektronic Learning dan merupakan
cara baru dalam proses belajar mengajar yang menggunakan media elektronik
khususnya internet sebagai sistem pembelajarannya. E-learning merupakan dasar
dan

konsekuensi

logis

dari

perkembangan

teknologi

informasi

dan

komunikasi.Menurut Jaya Kumar C. Koran (2002) E-learning sebagai sembarang


pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN,
atau internet) untuk menyampaikan isi pembelajaran, interaksi, atau bimbingan. 6
Pada era globalisasi ini,e-learning telah mengubah kehidupan pelajar.Kegiatan
pembelajaran bisa dilakukan pada bila-bial saja dan di mana saja asalkan boleh
akses internet selagi mempunyai internet dan komputer atau smart phone.Epembelajaran telah memberi manfaat kepada pelajar yang berkerja sambil belajar.
Kewujudan e learning membolehkan pelajar bekerja pada waktu pagi dan petang
lalu

mereka

boleh

menggunakan

waktu

malam

untuk

belajar.Bukan

itu

sahaja,Melalui e-learning, kemampunan siswa dan guru terhadap teknologi informasi


dan telekomunikasi telah ditingkatkan.Hai ini demikian kerana,mereka perlu
menguasai kemahiran e-learning baru mereka dapat mengggunakan.
Namun ia juga membawa keburukkan iaitu masa bersemuka antara
pensyarah dengan pelajar telah dikurangkan.Mereka tidak mempunyai interaksi
dengan pensyarah dan hubungan antara pensyarah dengan pelajar semakin
renggang.Nilai murni seperti menghormati guru akan semakin hapus kerana pelajar
6 Brenda.(2010). Pengertian E-learning daripada http://edufiesta.blogspot.my/2008/06/pengertian-e-learning.html
7

menyatakan mereka boleh mencari segala maklumat yang berkaitan dengan


kursusnya

melalui

internet.Lama-lamanya,tugas

sebagai

pengajar

seperti

guru,pensyarah akan dipinggirkan.Selain itu, pelajar yang malas akan ditinggalkan di


belakang kerana mereka tidak mempunyai disiplin semasa belajar iaitu belajar tanpa
disuruh oleh orang lain.Seterusnya,bagi pengajar dan siswa yang tidak familiar
dengan

penggunaan

internet

pembelajaran

e-learning

justeru

bisa

akan

memperlambat kegiatan belajar mengajar.Kesannya,pembinaan negara bangsa


sukar dicapai.
Secara rumusnya,saya berpendapat negara kita masih tidak sesuai dengan
penggunaan e-learning kerana Malaysia mempunyai First Class Facility, Second
Class Mentality.Berdasarkan perkataan tersebut kita boleh mengetahui bahawa
kebanyakkan pelajar tidak mempunyai disiplin dalam belajar.Oleh itu, saya harapkan
pembelajaran secara bersemuka boleh diteruskan.Hal ini demikian keruntuhan nilai
kehormatan terhadap guru akan berlaku kerana pelajar hanya belajar melalui
internet dan tidak pergi ke sekolah.Oleh itu, tiada orang mengajar mereka apa
adalah betul atau salah.Selepas itu, mereka keruntuhan nilai semangat patrotisme
juga akan diruntuh.Bagi pelajar mereka tidak menghargai jasa guru kenapa mereka
perlu menghargai jasa tokoh-tokoh kemerdekaan.Ini merupakan persoalan yang
akan timbul dalam fikiran mereka.

1.2.6 K-Ekonomi
Apa itu k-ekonomi? K-Ekonomi merupakan satu cabang ekonomi yang
berasaskan

pengetahuan.

Ia

berkisar

kepada

ekonomi

yang

berasaskan

pengeluaran, pengedaran dan guna pakai pengetahuan yang merupakan jentera


pertumbuhan dan penjana kekayaan.Bagi negara-negara maju, lebih daripada 70%
tenaga manusia adalah pekerja berpengetahuan.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah berkata:
"Jika kita berjaya membuat perubahan sikap ini, K-ekonomi akan membuka peluang
perniagaan baru seperti e-perniagaan dan bertindak sebagai pemangkin ke arah
pembangunan ekonomi." 7K-ekonomi mampu meningkatkan mutu pengeluaran dan
7 Azrina Binti Sobian. K-ekonomi pincang andainya masyarakat pinggirkan ilmu,
Laman Web Rasmi Institut Kefahaman Islam Malaysia, daripada
8

perkhidmatan kerana menggunakan teknologi maklumat dan multimedia bagi


meningkatkan produktiviti secara dramatik untuk memenuhi keperluan rakyat
Malaysia yang semakin bertambah.Melalui k-ekonomi ini negara kita dapat
menjalankan pertukaran teknologi dengan negara lain dan kita boleh menambahbaik
teknologi negara kita dan menuju ke arah kemajuan.Contohnya,teknologi pembinaan
LRT.Sekiranya, kita dapat teknologi pembinaan Bullet Train maka teknologi kita
pembinaan LRT telah ditingkatkan.
K-ekonomi juga mewujudkan industri berasaskan ilmu pengetahuan.Hal ini
disebabkan kerana kebanyakkan majikan bermula menggunakan mesin-mesin atau
jentera yang berkaitan dalam industri dan untuk menguasai kemahiran penggunaan
mesin-mesin tersebut pekerja telah diberikan program latihan.Bukan itu sahaja,kekonomi juga telah menghasilkan modal intelek malahan melahirkan semangat dan
daya saing yang tinggi.Contohnya,kerajaan telah memberi penekanan kepada
pendidikan teknikal untuk menghasilkan pekerja berkemahiran tinggi melalui skim
latihan pekerja.K-ekonomi telah membangunkan ekonomi negara.Hal ini kerana
melalui k-ekonomi,kebanyakan pekerja telah dididikan pengetahuan yang berkaitan
tentang pekerjaan maka buta huruf dalam masyarakat telah dikurangkan.
Kesannya,negara akan dibangunkan kerana k-ekonomi telah melahirkan banyak
orang berilmu.
K-ekonomi juga menyedarkan saya tentang kepentingan ilmu pengetahuan 8. Melalui
atas,saya

dapati

bahawa

asas

utama

k-ekonomi

merupakan

ilmu

pengetahuan.Peranan ilmu pengetahuan sangat penting kerana ia akan membantu


kita membangunkan ekonomi kita dan pembinaan negara bangsa.Contohnya, dalam
bidang pertanian, kekayaan diukur berdasarkan pemilikan tanah dan pengeluaran
hasil pertanian. Semakin banyak pemilikan tanah dan pengeluaran hasil tanaman,
lebih kaya seseorang. Namun begitu, K-ekonomi maju bukan hanya merujuk kepada
kekayaan individu itu saja ia juga dikira dengan melihat pemilikan tanah yang
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/6959-k-ekonomi-pincangandainya-masyarakat-pinggirkan-ilmu
8 Azrina Binti Sobian. K-ekonomi pincang andainya masyarakat pinggirkan ilmu,
Laman Web Rasmi Institut Kefahaman Islam Malaysia, daripada
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/6959-k-ekonomi-pincangandainya-masyarakat-pinggirkan-ilmu
9

banyak dan hasil pengeluaran tinggi,malah termasuk kejayaan memperoleh dan


menggunakan pengetahuan berkaitan bidang pertanian. Misalnya, pengetahuan
perlulah digunakan sebagai satu input untuk meningkatkan aktiviti pertanian melalui
penggunaan bahan pertanian yang lebih baik, kaedah penanaman terkini dan
kaedah pemasaran lebih berkesan. 9K-ekonomi juga dapat membendung jajahan
negara lain melalui ekonomi.Melalui contoh di atas kita mengetahui bahawa semasa
kita belajar cara untuk memajukan ekonomi negara kita juga akan belajar cara untuk
membendung negara lain menguasai ekonomi negara kita.K-ekonomi ini juga akan
mempengaruhi pembinaan negara bangsa kerana jikalau ekonomi setiap kaum di
Malaysia sama dimajukan tanpa sesiapa diabaikan maka masalah perselisihan
antara kaum tidak akan berlaku dan kes 13 mei tidak akan berlaku.

1.2.7 Media Baru Blog,Facebook,Twitter


Media massa merujuk kepada pelbagai teknologi media yang bertujuan untuk
mencapai sejumlah besar pengguna media melalui komunikasi massa.Sebelum ini,
kita mengetahui bahawa media massa adalah akhbar, radio, televisyen dan
sebagainya namun ia telah muncul media baru iaitu blog,facebook dan twitter.Media
baru telah digunakan sebagai satu saluran untuk menyebarakan maklumat atau
berita.
Media baru ini telah membawa banyak faedah terutamanya kepada pelajar.
Melalui media baru ini pelajar dapat berkongsi maklumat dan menukarkan
pandangan. Contohnya,Blog berfungsi sebagai website peribadi untuk bertujuan
membangun branding.Anda dapat membangun branding untuk diri sendiri dengan
menggunakan blog dan memaparkan artikel-artikel.Selain itu,twitter digunakan untuk
membuat promosi 10dan Facebook mempunyai pelbagai fungsi seperti laman sosial,
pentas untuk berkongsi maklumat yang terkini atau hangat.Kesannya, horizon
9 Azrina Binti Sobian. K-ekonomi pincang andainya masyarakat pinggirkan ilmu,
Laman Web Rasmi Institut Kefahaman Islam Malaysia, daripada
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/6959-k-ekonomi-pincangandainya-masyarakat-pinggirkan-ilmu
10 Muh Ikhsan Rizaldi Imran, Penjelasan Tentang Twitter daripada
http://myschooltekno.blogspot.my/2015/04/pengertian-fungsi-dan-kegunaantwitter.html
10

pelajar akan lebih luas kerana mereka dapat maklumat atau pandangan daripada
seluruh dunia.
Pada masa yang sama,media baru telah disalahguna oleh sesetengah pihak
sehingga menguggat pembinaan negara bangsa.Mereka telah menyebarkan
maklumat yang palsu dan telah menggugat kedaulatan negara.Contohnya,Peristiwa
Law Yat yang telah berlaku pada tahun lalu iaitu pada 13 Julai 2015.Sebenarnya,ia
merupakan satu isu pencurian telefon namun terdapat orang menggunakan isu ini
untuk membangkit isu perkauman selagi seluruh dunia telah mengetahui berita ini
kerana mereka telah menggunakan Facebook sebagai satu pentas untuk
menyebarkan maklumat ini dan seperti kita mengetahui bahawa Facebook telah
digunakan dalam seluruh dunia.
Secara rumusnya, media baru telah membawa pelbagai kebaikan dan
keburukkan.Untuk membolehkan media baru ini boleh digunakan dalam saluran
yang tepat maka pendidikan perpaduan seharusnya dipentingkan agar pembinaan
negara bangsa dapat dicapai.Kalau penduduk Malaysia mempunyai semangat
perpaduan yang kukuh maka masalah seperti di atas tidak akan wujud.Untuk
memupuk semangat perpaduan,pihak sekolah perlu menekankan semangat
perpaduan dengan mengadakan satu ceramah untuk memberitahu kepada pelajar
betapa signifikan semangat perpadaun dalam Malaysia. Semua lapisan harus
berkerjasama baru boleh mengatasi masalah ini.

1.3 Isu-isu Semasa Dan Cabaran Malaysia Dalam Pembinaan Negara Bangsa
1.3.1 Pengenalan
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik-etnik yang berbeza.Oleh
itu, pembinaan negara bangsa amat penting bagi negara Malaysia yang
berpendudukan berbilang kaum.Kewujudan berbilang kaum bermaksud perbezaan
budaya,agama, adat resam,makanan dan sebagainya.Keupayaan membina negara
bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patritisme.Ia menjadi
semakin afdal lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran
secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga
sistem nilai,budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.
11

1.3.2 Peranan dan Fungsi Institusi Keluarga Dalam Arus Pemodenan


Institusi kekeluargaan adalah unit asas serta tulang belakang dalam
mewujudkan kesempurnaan bagi melengkapkan sistem sosial dan sumber tenaga
manusia negara.Namun sesebuah institusi keluarga yang bahagian adalah susah
diwujudkan dan juga cabaran utama yang perlu dihadapi setiap negara di dunia.
Institusi memainkan peranaan yang signifikan dalam pembinaan negara bangsa
kerana institusi keluarga yang bahagian akan melahirkan insan modal yang
cemerlang. Hal ini disebabakan negara memerlukan insan yang cemerlang bagi
membangunkan negara.
Peranan ibu bapa amat penting dalam pembinaan negara bangsa. Ibu bapa
merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak, setiap perlakuan mereka
akan

mempengaruhi

anak-anak

mereka.Untuk

membolehkan

mereka

tidak

terpesong daripada landasan maka ibu bapa hendaklah memberikan anak-anak


mereka didikan agama yang sempurna seawal mungkin dan menerapkan nilia-nilai
murni.Hal ini kerana agama merupakan satu panduan untuk memandu anak-anak
mereka ke arah yang baik.Bukan itu sahaja,penerapan nilai murni akan
mengukuhkan semangat perpaduan antara pelbagai kaum.Kedua-dua didikan ini
akan mengekalkan kesejahteraan negara Malaysia.
Pada pandangan saya,negara Malaysia merupakan negara yang berbilang
kaum.Oleh itu,pendidikan agama harus dipupuk dengan kuat agar semua lapisan
masyarakat mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak mudah terpengaruhi dengan
isu-isu sensitif yang telah dibangkitkan oleh orang lain.Sekiranya, semua
masyarakat mengamalkan nilai-nilai muni bertolak ansur,toleransi,menghormati
kebudayaan

kaum

lain

maka

semangat

perpaduan

antara

kaum

dapat

dikukukan.Semangat perpaduan perlu dipupuk dengan kukuh dalam jiwa setiap


warganegara Malaysia bagi mengekalkan kehidupan yang damai dan aman dalam
semua kaum.Kesanyna, pembinaan negara bangsa dapat dicapai.
Di samping itu,ibu bapa juga perlu sentiasa memberi didikan tentang amalan
adat istiadat dan pantang larangan serta perayaan kaum lain kepada anak-anak
mereka bagi mengelakkan perselisihan faham dengan kaum lain.Selepas anak-anak
mengetahui pantang larangan kaum lain maka anak-anak akan mengelakkan
berbuat demikian bagi mengelakkan pertelingkahan dengan kaum lain.Contohnya,
12

orang Melayu tidak boleh makan daging khinzir sebagai tanda kehormatan orang
Cina tidak akan makan daging khinzir di depan orang Melayu.Kesanya,didikan ini
akan membolehkan keharmonian antara kaum lain dikekalkan.
Kesimpulananya,semua kaum perlu mengambil peluang dan berusaha untuk
mengenali antara satu sama lain.Sudah terang lagi bersuluh,negara Malaysa terdiri
daripada pelbagai kaum yang hidup di bawah satu bumbung maka dalam satu
negara kita mempunyai budaya yang berbeza diamalkan.Semangat perpaduan amat
pentingn bagi negara Malaysia.Oleh itu, setiap orang perlu bertanggungjawab
masing-masing dalam pembangunan negar bagi membolehkan pembinaan negara
bangsa dicapai.Negara yang maju adalah berteraskan rakyat yang perpaduan.

1.3.3 Ledarkan Teknologi Maklumat Dan Kesan Kebudayaan Tempatan


Menurut International Telecommunication Union (I.T.U)

yang berpusat di

Geneva, terdapat 6.8 bilion penggunaan telefon mudah alih (mobile cellular) di
dunia, hampir menyamai jumlah populasi dunia pada 2013.Sementara itu, sejumlah
2.7 bilion populasi dunia menggunakan internet. Eropah merupakan rantau yang
mempunyai kadar penggunaan internet yang tertinggi di dunia, iaitu sebanyak 75
peratus diikuti oleh benua Amerika dengan kadar 61 peratus. 11Berdasarkan datadata di atas,kita boleh membuat satu kesimpulan iaitu dunia ini telah diliputi dengan
teknologi canggih.
Teknologi memanglah memudahkan kehidupan kita seperti mempercepatkan
urusan,mudah mendapat maklumat atau berita yang terkini dan sebagainya.Untuk
mendapatkan maklumat yang diperlukan atau ilmu lebihan kita hanya perlu melayari
internet dan segala maklumat akan muncul jika berbanding dengan zaman lalu
mereka perlu pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat.Contohnya,kita boleh
mendapat e-journal dan e-book dengan melayari internet dan kita tidak perlu
pergi perpustakaan untuk mencari buku.Namun,teknologi juga membawa kesan
buruk kepada kita sehingga menjadi satu cabaran yang menghalang negara kita
pembinaan negara bangsa iaitu pemuda mudah terpengaruhi dengan ideologi luar
11 Unit Komunikasi Korporat & Universiti Utara Malaysia, Ledarkan Teknologi
Cabaran Untuk Generasi Y, daripada http://www.uum.edu.my/index.php/ms/453ledakan-teknologi-cabaran-untuk-generasi-y
13

negara.

Contohnya,

cara

berpakaian,cara

bercakap,cara

bertindak,dan

sebagainya.Keunikan negara Malysia telah dirosakan. Bagi mereka baju yang


dipakai oleh pelakon-pelakon adalah sangat kacak.Oleh itu, mereka berbuat
demikian sekiranya mereka tidak mengikut maka mereka akan dipandang renteng
oleh kawan-kawan mereka.Melalui pemerhatian,kiata dapat mengetahui bahawa
kebanyakkan pemuda lebih suka berpakaian t-shirt dan Jean berbanding dengan
mamakai

pakaian

tradisional

seperti

baju

kurung,ceongsam,sari

dan

sebagainya.Lama-lamanya,mereka akan melupakan pakaian tradisional mereka


masing-masing dan pupus serta mengingati bahawa pakaian seperti t-shirt dan
jeans merupakan pakaian tradisional mereka.
Bukan itu sahaja,bahasa negara kita juga dipengaruhi oleh ideologi barat.
pemuda-pemudi kini sering menyatakan hi, bro!, What the heck!, Oh, My
Godness! dan sebagainya semasa bersalam dengan kawan atau mengalami
masalah. Berdasarkan atas kita boleh mengetahui bahawa bahasa kita telah
dicemarkan.Bukan itu sahaja, semasa kita berbual-bual dengan orang lain kita akan
menggunakan campuran bahasa. Contohnya, Cikgu,I hendak tanya you bagaimana
question dapat solve ? Kedudukan bahasa Melayu semakin terhakis tetapi
sesetengah masyarakat tidak menganggap bahawa pertuturan seperti ini akan
menggugat kedaulatan negara kita.Persoalanya, adakah generasi kini masih
mengingati bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan kita dan juga
bahasa perantaran serta bahasa rasmi? Selama-lamanya, semua rakyat akan
menggunakan bahasa Inggeris untuk berbual-bual dengan orang lain.Secara
ringkasnya,ideologi barat telah mempengaruhi negara kita sehingga menjejaskan
kedaulatan negera dan pembinaan negara bangsa tidak dapat dicapaikan.

1.3.4 Kesedaran Persekitaran


"Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita
meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya
anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Berdasarkan kata-kata Mahatma Gandhi
ini sudah cukup membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta paling
berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Negara yang maju bermaksud
sesebuah negara perlu mempunyai alam sekitar yang bersih seperti negara Jepun.
14

Alam

sekitar

adalah

anugerah

Tuhan

yang

amat

bernilai

kepada

kesejahteraan kehidupan.Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber


semula jadi di muka bumi ini.Namun,kita tidak menghargai dan pelbagai
pencemaran telah berlakunya salah satu contoh ialah pencemaran sungai yang
telah berlaku pada 29 September 2015. Pencemaran ini telah dibimbangkan oleh
semua lapisan masyarakat, terutamanya penduduk asli yang tinggal di tepi sungai
itu kerana sumber air bersih mereka daripada sungai Pahang kini terjejas. 12Buktibukti ini telah menunjukkan bahawa masyarakat kini masih tidak menghargai alam
sekitar dan tidak berfikir kesannya.Kita tidak dapat menaftikan bahawa pembinaan
negara telah menjejaskan alam sekitar dan persekitaran untuk memajukan negara
kebanyakkan hutan telah diterokai bagi tujuan pembangunan negara.
Sebenarnya,alam sekitar memainkan peranaan yang afdal dalam kehidupan
kita.Contohnya,alam sekitar yang bersih akan mengelakkan pembiakan serangga
yang mampu membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan
seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit
kepada manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan hawar. Keadaan ini turut
melindungi

makanan

kita

daripada

dicemari

oleh

vector-vektor

penyakit

tersebut.Dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan.Berdasarkan


contoh di atas,saaya boleh membuat satu kesimpulan iaitu tanpa persekitran yang
bersih maka akan kehilangan kesihatan rakyat.Pencemaran di atas telah
menyebabkan negara kita susah untuk meneruskan pembinaan negara bangsa dan
tanpa rakyat yang sihat bagaimana kita dapat melaksanakan pembinaan negara
bangsa.

1.3.5 Pendidikan Lestari


Pendidikan lestari merupakan pendidikan yang mencari keseimbangan di antara
kesejahteraan manusia dan perkembangan ekonomi bersama tradisi budaya serta
penghormatan

terhadap

sumber

semula

jadi.Ia

merupakan

satu

proses

berpanjangan untuk melihat tentang pelbagai kehidupan dan mengenalpasti kesan


12 Azizi Sunip.(2015, Sep 29), Sungai Pahang Keruh, Tercemar Tuan Ibrahim,
The Rakyat Post daripada http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/09/29/sungaipahang-keruh-tercemar-tuan-ibrahim/
15

baik dan buruk terhadap fizikal dan tanggungjawab yang harus diterima terhadap
aktiviti alam.13Populasi manusia yang kian meningkat pada penghujang kurun ini
telah membawa kepada peningkatan pelbagai masalah alam sekitar.Tujuan kerajaan
telah memperkenalkan pendidikan ini adalah untuk membentuk masyarakat yang
lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar.Hal ini demikian kerana
sesebuah negara yang maju perlu mengekalkan keseimbangan ekosistem bagi
mengelakkan pencemaran semakin berleluasa.
Kebanyakkan

pencemaran

telah

berlaku

dalam

negara

Malaysia

seperti

pencemaran air,udara,bunyi dan sebagainya.Punca utama bagi pencemaran air


ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik
dan laut. Masyarakat telah membuang bahan buangan seperti sampah, minyak, dan
najis secara tidak terkawal dan hal ini telah menyebabkan sifat air berubah dan
seterusnya membawa kepada pencemaran.Misalnya,Sungai Semenyih antara
sungai yang tercemar disebabkan oleh najis babi sekitar tahun 1980-an. Sungai
yang tercemar ini akan mengalir ke laut dan seterusnya membawa kepada
pencemaran laut dan akan mengganggu ekosistem lautan sehingga juga
mempengaruhi

ekonomi

nelayan

seterusnya

berlaku

terjejas

ekonomi

negara.Kesannya,pembinaan negara bangsa sukar tercapai.


Kesimpulanya,masyarakat perlu mangambil berat dalam isu ini kerana
mereka perlu mengetahui bahawa tanpa pesekitaran yang bersih dan sinat baru
dapat melahirkan masyarakat yang sihat dan baru dapat membangunkan negara
serta pembinaan negara bangsa. Namun, ramai masyarakat masih mempunyai
tahap pengetahuan yang rendah kepada pembentukan kesedaran alam sekitar.Ini
dibuktikan oleh laporan akhbar The Star ( 2003):...even Nature Club members,
leave garbage behind after camping events...Bukan ini sahaja, penduduk di negara
ini dianggar membuang sehingga 33,000 tan metrik sampah setiap hari, menjurus
kepada RM1.2 bilion dibelanjakan untuk kerja pengutipan sampah tahun

13Dean El.(2012 November 19), Pendidikan Lestari, daripada


https://prezi.com/p4kgg5avh6uh/pendidikan-lestari/
16

lepas.14Bukit-bukti di atas menunjukkan bahawa masyarakat masih tidak mempunyai


kesedaran yang komitmen terhadap isu persekitaran.
Oleh itu, saya bercadang pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti seperti
pelajar melukis dinding dan membuat video.Pihak sekolah boleh menyediakan
beberapa dinding kepada pelajar untuk melukis dengan bertajuk alam semula
jadi.Sebelum aktiviti ini dijalankan pihak sekolah perlu membahagikan murid-murid
kepada beberapa kumpulan dan ahli kumpulannya adalah terdiri daripada pelbagai
kaum.Melalui aktiviti tersebut hubungan antara kaum juga telah dieratkan dan tujuan
menerapkan kepentingan kesedaran alam semula jadi dapat dicapaikan.Hal ini
demikian kerana sebelum mereka melukis,mereka akan mencari maklumat dulu
untuk mendapatkan idea.Selain itu,aktiviti membuat video juga sama dengan atas
iaiatu pelajar dibahagikan beberapa kumpulan dan terdiri daripada pelbagai
kaum.Selepas mereka menyiapkan video,pihak sekolah boleh memuat ke Youtube
untuk membolehkan masyarakat satu message iaitu Please save our future.

1.3.6 Isu Perpaduan


Malaysia merupakan satu negara yang unik dan berbeza dengan negara lain.
Rakyatnya berbilang etnik dan bangsa namun mereka dapat hidup rukun dan damai,
tidak seperti penduduk di negara-negara lain yang tidak sunyi dengan perbalahan,
pertikaian dan sedangkan mereka terdiri dari bangsa keturunan dan kepercayaan
yang sama.
Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan
Malaysia.Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai
matlamat Wawasan 2020 iaitu Membentuk sebuah negara bangsa(Bangsa
Malaysia) yang bersatu padu serta menyanjung masa depan yang berkongsi
bersama dan menumpukan taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi
terhadap bangsa tersebut.Antara halangan yang negara kita menghadapi ialah
kesan jajahan british,perbezaan agama dan bahasa dan sebagainya.

14 Taboola,(2014 ,19 JANUARI), Rakyat Buang 30,000 tan Sampah Setiap Hari,
Sinar Berita daripada http://www.sinarharian.com.my/nasional/rakyat-buang-30000-tan-sampah-setiap-hari-1.242122
17

Pada pandangan saya, dasar

pecah dan perintah yang dijalankan oleh

British telah meninggalkan kesan yang besar terhadap negara kita sehingga
mencetuskan

peristiwa

13

Mei.Walaupun

kerajaan

telah

berusaha

untuk

mengekalkan keharmonian antara kaum namun masih terdapat manusia yang ingin
memecahkan perpaduan antara kaum dan mereka menggunakan peristiwa Low Yat
sebagai satu peluang untuk menunjukkan kehebatan mereka tanpa memikirkan
kesannya.Kesan yang akan berlaku ialah negara kita akan diperintah oleh negara
lain dan ekonomi akan terjejas kerana tiada pelabur hendak melabur negara yang
tidak aman maka ekonomi negara tidak akan mengalami kemajuan.
Kesimpulannya, kejelekitan perpaduan dan integrasi rakyat dalam sebuah
negara berbilang kaum sukar dicapai tanpa pendedahan awal yang berstrategik.
Bukan itu sahaja,persefahaman antara semua lapisan masyarakat dengan kerajaan
malahan kepercayaan dan pegangan agama yang kukuh dapat membendung
masalah ini semakin serius.

2.0 Rumusan
Kesimpulannya, pembinaan negara bangsa akan susah dijalankan kerana
negara kita menghadapi pelbagai cabaran seperti globalisasi.Oleh itu, semua pihak
harus menyedari kesan globalisasi ini dan bersedia dengan langkah yang
komprehensif. Kita tidak boleh mengelakkan daripada menghadapi globalisasi
kerana tanpanya kita akan terus ketinggalan. Oleh itu, kita perlu bersedia untuk
mengatasi sebarang cabaran yang wujud daripada fenomena globalisasi ini.Selain
itu,negara kita Malaysia terkenal di mata dunia sebagai negara yang sedang
pembangunan.Dalam negara kita,pembangunan yang pesat adalah berdasarkan
perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum.Semangat perpaduan sangat penting
kerana penduduknya adalah berbilang bangsa dan etnik-etnik serta mempunyai
kepercayaan dan pegangan agama yang berbeza.Sekiranya semangat perpaduan
dan patriotisme dikukuh maka cabaran dalam pembinaan negara bangsa dapat
diselesaikan.
Bahagian II Refleksi

18

Salam sejahtera dan salam Satu Malaysia.Saya Chang Hui Yi, guru pelatih
dari Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, unit PPISMP Sejarah,Semester 2
ambilan JUN telah diberi kerja kursus bagi mata pelajaran Pembinaan Negara
Bangsa pada 4 Februari 2016 yang lalu.Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang sudi membantu dan memberi tunjuk
ajar kepada saya semasa melaksanakan kerja kursus ini.
Selain itu,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
Sejarah saya, En. HJ. Ghzali Bin Ismail kerana membantu saya untuk menyiapkan
tugasan ini dengan sudi menjawab setiap persoalan-persoalan yang dikemukakan
olehnya.Keterangan yang diberikan oleh beliau amat jelas dan telah membantu
banyak dalam tugasan ini.
Ini merupakan kali kedua saya untuk menyiapkan kerja kursus.Oleh itu, saya
mempunyai pengalaman semasa menerokaan maklumatnya dan mengaturkan masa
untuk membuat kerja kursus.Selepas pensyarah memberikan taklimat, saya terus
pergi ke perpustakaan untuk mencari buku kerana saya takut akan mengalami
situasi yang telah berlaku pada masa lalu iaitu buku telah dipinjam dan saya telah
berjaya pinjam beberapa buku.
Namun,kekurangan buku sejarah telah menyebabkan saya terpaksa pergi ke
internet

untuk

mencari

maklumat

lebihan

bagi

menyiapkan

kerja

krusus

ini.Kemahiran penerokaan maklumatnya dengan melalui internet telah meningkat


sekiranya berbanding dengan tahun yang lalu. Contohnya, saya akan menggunakan
Google Schlor untuk mencari maklumat yang lebihan.Melalui laman web ini, kita
dapat mencari materi mahupun referensi dan penelitian ilmiah dengan format
publikasi.Referensi ini dapat berupa jurnal ilmiah yang merupakan hasil-hasil
penelitian atau kajian yang dapat dipertanggungjawab secara ilmiah.
Selain itu, halangan yang saya menghadapi ialah kekurangan buku di
perpustakaan. Oleh itu, saya akan mencari maklumat yang lebihan dari internet
untuk menyiapkan kerja kursus ini.Saya telah menggunakan Google Schlor, blog
dan sebagainya untuk mencari maklumat yang lebihan.Dalam Google Schlor , ia
terdapat banyak jurnal yang telah dikarya oleh boleh pelbagai orang.
Melalui kerja kursus ini, saya dapat mengetahui globalisasi ekonomi adalah
perkara yang tidak dapat dielakkan.Di mana-mana negara pun, pemimpinnya kan
19

menggunakan nama untuk membolehkan negara lebih maju dan dapat bersaing
dengan negara lain walaupun globalisasi ini akan menjejaskan pembinaan negara
bangsa.Pada era globalisasi ini, sesebuah negara tidak dapat hidup tanpa
perubahan Contohnya, negara China memulakan mengamalkan ekonomi terbuka
bagi memajukan negaranya sebelum ini negara China adalah mengamalkan
ekonomi tertutup. Saya mendapati bahawa globalisasi telah membawa pelbagai
masalah yang perlu ditangani dengan berhati-hati agar kepentingan rakyat tidak
terabai dan pada masa yang sama hubungan diplomatik dengan negara-negara lain
(yang mencetuskan masalah) juga dapat terpelihara.

20

You might also like