You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

Minggu :1
Praktikum :1
Tarikh : 3 Ogos 2018
Tajuk Jurnal : Pengurusan Kelas

1. Isu Yang Difokuskan :

Saya telah masuk ke kelas Tahun 3 Gigih untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Kesihatan. Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas Tahun
3 Gigih. Saya mendapati ketika set induksi dijalankan, tumpuan pelajar adalah memuaskan,
namun setelah sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan selama 15 minit, saya mendapati
murid mulai hilang tumpuan dan berasa bosan terhadap pengajaran yang saya sampaikan.
Terdapat seramai hampir 10 orang murid telah dikenal pasti tidak dapat memberi tumpuan
sepenuhnya terhadap sesi pengajaran saya pada hari tersebut.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Punca murid tidak dapat memberi tumpuan yang lama dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran hasil daripada analisis terhadap isu yang telah saya kenal pasti ialah
penggunaan bahan bantu mengajar yang tidak dapat menarik perhatian, selain itu, gaya
pengajaran yang digunakan kurang menarik serta pengajaran terlalu berfokuskan kepada
guru. Kesan terhadap isu yang berlaku ini iaitu murid hilang tumpuan pada pengajaran dan
pembelajaran akan menyebabkan mereka tidak dapat menguasai pengajaran yang
disampaikan secara sempurna, justeru, menjejaskan minat mereka untuk terus mempelajari
ilmu baru, selain itu, ia turut akan memberi kesan terhadap keputusan ujian dan peperiksaan.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut Lahkar (2013) menyatakan bahawa pengajaran dalam abad ke 21 adalah merupakan
pengajaran yang berasakan tumpuan pelajar. Pengajaran yang berfokuskan kepada guru
dalam sistem lama perlu dikurangkan.
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya
ialah :-

i) Menghasilkan bahan bantu mengajar yang mengandungi video.


ii) Mewujudkan aktiviti kumpulan.
iii) Menggunakan pendekatan gaya yang lebih menarik perhatian murid.

5 . Tempoh Masa Penyelesaian :

1 Minggu

6. Tindakan Susulan :

Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu mendapatkan bahan berbentuk video yang
berkaitan dengan pengajaran topik yang saya ingin ajar, kemudian menghasilkan bahan bantu
mengajar yang mengandungi video tersebut.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

16.7.2013

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah
saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui peningkatan
bilangan murid yang memberi tumpuan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, selain itu,
didapati seramai 90% murid dapat menjawab dengan betul semua latihan yang diberikan.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Saya merasa berpuas hati dengan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang
telah saya sampaikan dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang telah saya hasilkan.
Pendekatan ini mampu menarik serta mengekalkan minat pelajar terhadap pengajaran yang
saya sampaikan.

Rujukan

Lahkar Labanya (2013). Use of the Information and Communication Technology (ICT) in
teaching learning process (Availability and non availability of ICT related teaching aids in
tenth standard in schools of Gossaigaon Sub-Division), Global Research Methodology
Journal, V0l-II, 7th issue, Nov-Dec-Jan, 2012-13

You might also like