You are on page 1of 2

Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu

KEKUATAN DAN KELEMAHAN RPH BAHASA MELAYU ( RUJUK LAMPIRAN

1 ) Strategi yang saya pilih dalam Rancangan Pengajaran Harian saya ialah Berpusatkan bahan. Semasa
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan, saya menjadikan bahan sebagai subjek atau
permainan utama untuk menggalakkan murid – murid melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi
pembelajaran. Sebagai objektifnya, strategi berpusatkan bahan ini membolehkan pelajar memahami isi
pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh saya ialah
penggunaan bahan seperti gambar dan video berunsurkan keluarga bahagia yang dapat meningkatkan
minat dan kefahaman pelajar semasa proses P&P berjalan.

Semasa langkah set induksi, isi pelajaran yang digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
bertajukkan “Rumahku Syurgaku” adalah nyanyian. Saya akan meminta para pelajar melakukan beberapa
aktiviti seperti meminta murid-murid memejamkan mata dan menghayati lagu yang dipasang. Di samping
itu, saya juga akan meminta murid-murid membuka mata dan cuba menyambung lagu tersebut. Di sini
dapat dijelaskan bahawa saya hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara sahaja. Sebagai
buktinya, banyak masa diperuntukkan kepada pelajar untuk meneroka dan menyelesaikan masalah dengan
bantuan saya. Selain itu, saya juga berpeluang untuk berinteraksi dengan pelajar dan boleh mengesan
kelemahan –kelemahan yang dihadapi oleh mereka dari segi ejaan, sebutan dan intonasi terhadap sesuatu
perkataan yang mereka diujarkan. Di samping itu juga, saya menggunakan strategi berpusatkan murid
dalam proses P&P yang bertajuk “Rumahku Syurgaku”. Semasa proses P&P tersebut, saya menunjukkan
gambar keluarga kepada murid-murid sebagai penyelesaian soalan teka teki yang saya berikan. Pelajar
hanya perlu memberi tindak balas terhadap soalan-soalan yang diberikan oleh saya. Melalui aktiviti ini ia
dapat memupuk sifat berdikari dalam kalangan pelajar.

. Kaedah yang saya gunakan semasa proses P&P ini ialah Kaedah Natural. Kaedah ini merupakan asas
penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif seperti yang berlaku dalam pedekatan - pendekatan
tradisional yang juga menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada
teori tatabahasa tertentu. Di samping itu juga, saya menggunakan Kaedah Linguistik yang merupakan
kaedah pengajaran bahasa moden secara saintifik iaitu dengan membandingkan antara dua bahasa.
Pengetahuan bahasa murid-murid ini harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa disamping aspek-
aspek lain seperti bunyi, susuk ayat, makna, dan lain- lain. Pemilihan bunyi-bunyian pula dilakukan
terhadap bunyi- bunyi yang sama dalam kedua-dua bahasa. Dari segi pemilihan bentuk-bentuk ayat,
pengajaran saya juga berdasarkan kepada bahasa-bahasa yang terdapat dalam bahasa ibunda mereka
dahulu. Kemudian, barulah dipilih bentuk-bentuk ayat yang berlainan atau tiada dalam bahasa ibunda
mereka. Objektif kaedah yang saya gunakan ini bertujuan membolehkan murid –murid saya menggunakan
bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Selain itu, murid - murid
juga didedahkan dengan bahan-bahan nahu berdasarkan perbandingan di antara tatabahasa yang dipelajari
dengan bahasa yang telah diketahui. Kaedah terakhir yang saya gunakan ialah Kaedah Oral – Aural yang
bertujuan untuk membentuk murid – murid bagi memperkembangkan keempatempat kemahiran bahasa
iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran menulis dan Kemahiran membaca. Setelah
pelajar menguasai kemahiran bacaan, saya akan memberi latihan yang berunsurkan kepada aktiviti
menulis. Pada awalnya, latihan menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yang telah dipelajari, kemudian
barulah latihan menulis bebas dibenarkan. Antara teknik yang saya gunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) ini ialah Teknik Drama yang merupakan satu cara untuk

3. membolehkan murid sendiri mendapatkan gambaran, atau contoh pengalaman yang spontan untuk
bahan P&P Selain itu juga, saya menggunakan Teknik Latih Tubi yang bertujuan untuk meningkatkan
tahap kemahiran pemahaman anak didik saya. Melalui teknik ini juga, saya akan memberi kertas soalan
kepada murid - murid dan meminta agar menjawab soalan – soalan yang saya berikan kepada mereka.
Oleh itu, teknik ini amat sesuai untuk digunakan kerana pelajar dapat mengingat kembali fakta-fakta yang
penting dalam proses P&P.Saya juga akan menggunakan Teknik Bercerita yang merupakan jalinan dan
susunan mengenai kejadian yang berlaku sama ada benar atau khayalan pencerita sahaja. Sebagai contoh,
komponen keluarga merupakan perkara yang sentiasa dibincangkan sehari-hari. Jadi, teknik bercerita ini
merupakan satu kaedah pengajaran yang boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran tajuk
“Rumahku Syurgaku” ini. Dengan teknik ini, pelajar saya akan lebih menumpukan perhatian mereka
terhadap proses P&P didalam kelas. Pendekatan yang saya pilih dalam rancangan pengajaran harian ini
ialah Pendekatan deduktif yang merupakan satu pendekatan pengajaran yang melibatkan pemahaman serta
satu proses penaakulan yang tinggi. Pendekatan deduktif yang saya gunakan ialah mengumpul artikel-
artikel berkaitan dengan keluarga bahagia dan mengemukakan beberapa soalan. Sebagai contoh, saya
mengemukakan soalan, apakah yang dimaksudkan dengan keluarga bahagia?. Di sini dapat saya terangkan
bagaimana sesebuah keluarga yang bahagia hidup dalam keadaan yang harmoni, gelak tawa, kasih sayang
serta bekerjasama dalam melakukan setiap perkara. Proses yang saya lakukan juga melibatkan pelaksanaan
aktiviti. Saya akan memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan contoh - contoh yang
berkaitan dengan pengajaran ini. Contoh yang dikemukakan kepada pelajar haruslah sesuai kemudian guru
akan menyimpulkan hasil pembelajaran yang dipelajari. Hal ini kerana pendekatan deduktif ini
memerlukan pemahaman yang tinggi untuk murid-murid fahami. Contoh aktiviti yang dapat dilakukan
ialah saya menunjukkan keratan rencana berkaitan keluarga bahagia. Selepas itu, saya akan meminta
murid-murid ini membacanya dan cuba untuk memahaminya. Di samping

4. Nurkhairi b Mohd Shukri itu, saya juga akan memberikan huraian, definisi serta apa saja yang berkaitan
dengan keluarga bahagia. Holistiknya dalam penghasilan rancangan pengajaran yang mantap kita harus
menggunakan strategi yang sesuai agar objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai seterusnya memberi
anjakan dalam diri murid tersebut bagi melahirkan generasi yang mantap.

You might also like