You are on page 1of 6

BAB 3.

METADOLOGI

1.1 REKA BENTUK KAJIAN


Kajian ini adalah berbentuk deskriptif di mana reka bentuk kajian adalah
menggunakan kaedah tinjauan (survey research). Tujuan penyediaan reka bentuk
kajian dalam suatu penyelidikan adalah untuk mencari jawapan kepada persoalan-
persoalan penyelidikan (Mohamed Saim, Roslina Abd Talib & Zulzana Zulkarnain,
2012). Reka bentuk kajian akan membimbing penyelidik ke arah mendapatkan
maklumat dan data yang berhubungan dengan tujuan kajian yang dijalankan. Kajian
ini mengumpul data dalam bentuk kuantitatif. Penyelidik menggunakan soal selidik
sebagai instrumen kajian kerana ia lebih efektif dan mudah. Penyelidik mendapatkan
dan mengumpulkan maklum balas daripada responden (murid-murid Tahun 5)
dengan menggunakan soal selidik. Soal selidik merupakan alat yang dibentuk untuk
mengumpul bagi tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian (Tarcisius
Chin, 2007). Oleh itu, penyelidik menggunakan soal selidik untuk mengumpul data
mengenai konsep Seni dalam Pendidikan membantu menarik minat Tahun 5
melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani.

3.2 PERSAMPELAN
Persempelan adalah responden atau subjek yang ingin dikaji dalam sesuatu kajian.
Menurut Sulaiman Masri (2003), persempelan mesti terdiri daripada kumpulan yang
terlibat dalam isu permasalahan yang yang dikaji.

Kajian ini telah dijalankan di sebuah Sekolah Kebangsaan di negeri Perlis.


Seramai enam puluh orang murid Tahun 5 telah dijadikan responden dalam kajian
ini. Responden kajian merupakan murid-murid lelaki dan perempuan Tahun 5 di
sebuah sekolah rendah di Simpang Ampat, Perlis. Subjek kajian yang dipilih berumur
sebelas tahun yang terdiri daripada dua puluh empat orang lelaki dan tiga puluh
orang perempuan. Subjek kajian yang dipilih adalah berdasarkan masalah yang
dihadapi oleh murid iaitu penglibatan yang pasif dan minat yang rendah semasa
menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani.

BAHAGIAN A Maklumat Demografi Responden


BAHAGIAN B Minat Murid Terhadap Penerapan Konsep Seni Dalam Pendidikan
Dalam Melakukan Aktiviti Pendidikan Jasmani
Tahap Pemahaman Murid Terhadap Penerapan Konsep Seni
BAHAGIAN C Dalam Pendidikan Dalam Melakukan Aktiviti
Pendidikan Jasmani

3.3 INSTRUMEN KAJIAN


Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set borang soal selidik. Hal
ini dikatakan demikian kerana penggunaan borang soal selidik adalah lebih efektif
dan mudah untuk penyelidik menjalankan kajiannya (Mohamad Najib Abdul Ghafar,
2001).

Borang soal selidik dibahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama


merangkumi latar belakang murid. Bahagian kedua merupakan item-item yang
mengkaji tentang minat murid murid terhadap penerapan Konsep Seni dalam
Pendidikan dalam melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani. Bahagian ketiga
merangkumi item-item yang mengkaji tentang tahap pemahaman murid terhadap
penerapan Konsep Seni dalam Pendidikan dalam melakukan aktiviti Pendidikan
Jasmani. Dalam kajian ini, item-item kajian adalah berbentuk positif. Menurut Chua
(2014), soal selidik item jenis pilihan mengikut kesesuaian dan memerlukan
responden iaitu murid untuk menjawab berdasarkan sersetujuan likert lima mata.
Kaedah statistik deskriptif digunakan dalam penganalisisan data yang berbentuk
skala Likert empat mata mengandungi 5 pilihan jawapan iaitu;

STS = Sangat Tidak Setuju

TS = Tidak Setuju

TP = Tidak Pasti

S = Setuju

SS = Sangat Setuju

Setiap pilihan jawapan bagi item positif mempunyai nilai yang berbeza seperti yang
dinyatakan dalam jadual 1.1;

Jadual 3.1

Pembahagian Markah Mengikut Pilihan Jawapan


Perkara Markah
Sangat tidak setuju 1
Tidak Setuju 2
Tidak Pasti 3
Setuju 4
Sangat setuju 5

3.4 KAJIAN RINTIS


Kajian rintis dijalankan bertujuan untuk melihat masalah yang berkaitan dengan
instrumen kajian serta menguji tahap kebolehpercayaan instrumen yang akan
digunakan dalam kajian sebenar. Penyelidik telah berbincang dengan penyelia
tetang soal selidik yang telah dibina sebelum menjalankan kajian rintis. Sehubungan
dengan itu, penyelidik telah merujuk dan mengubahsuai set soal selidik yang
dihasilkan oleh Nurul Hidayah Muhammed (2008) untuk membina borang soal selidik
penyelidik. Penyelidik berbincang dengan penyelia dan telah memastikan item yang
dibina dalam soal selidik adalah sesuai dengan persoalan kajian. Selian itu,
penyelidik juga telah mendapat kesahan daripada penyelia berkaitan dengan
kandungan soal selidik.

Penyelidik telah menjalankan kajian rintis di sekolah yang sama untuk


menjalankan kajian. Selain itu, penyelidik memilih sampel secara rawak seramai
enam orang murid (tiga orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan) untuk
menjalankan kajian rintis. Sampel kajian ini dipilih adalah kerana murid-murid
tersebut mempunyai ciri-ciri yang sama dengan sampel kajian iaitu mereka
merupakan murid Tahun 5 yang penglibatan yang pasif dan minat yang rendah
semasa menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani.

Seterusnya, dapatan daripada kajian rintis akan dapat menentukan tahap


kebolehpercayaan item soal selidik berdasarkan nilai alpha-cronbach yang diperoleh
berdasarkan pendekatan model pengukuran Rasch seperti dalam Jadual 1.2 (Bond
& Fox, 2007). Sekiranya nilai alpha-cronbach melebihi 0.70 atau menghampiri 1.0,
maka tahap kebolehpercayaan item soal selidik adalah tinggi. Sebaliknya, sekiranya
nilai alpha-cronbach yang diperoleh 0.6 ke bawah, maka item soal selidik perlu
diubah suai dan diperbaiki.

Jadual 3.4

Interpretasi Skor Alpha-Cronbach (Bond & Fox, 2007)

Skor Alpha-Cronbach Kebolehpercayaan


0.9 – 1.0 Sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensis yang
tinggi
0.7 – 0.8 Baik dan boleh diterima
0.6 – 0.7 Boleh diterima
<0.6 Item perlu dibaiki
<0.5 Item perlu digugurkan

Penyelidik telah mengukur kesahan dan kebolehpercayaan dengan


menggunakan Alpha Cronbach dan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS)
versi 26.0. Berdasarkan hasil analisis, set soal selidik tersebut telah mendapat Nilai
Cronbach’s Alpha sebanyak 0.855 dan telah menunjukkan bahawa set soal selidik
berada pada tahap kebolehpercayaan yang tinggi.

Jadual 3.5

Statistik Kebolehpercayaan

Alpha-Cronbach Bilangan Item (N)


0.855 14

3.5 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN


3.5.1 KESAHAN
Menurut (Kerlinger dan Lee, 2000; Ibrahim Jali, 2014), kesahan dan
kebolehpercayaan merupakan sesuatu instrumen yang penting bagi
memastikan hasil dapatan yang diperolehi boleh dipercayai dan tidak
dipersoalkan. Kesahan dalam penyelidikan ini adalah berteraskan pada soal
selidik yang digunakan dalam penyelidikan, penyelidik telah mendapat
bantuan daripada dua orang pensyarah dan seorang guru Pendidikan
Jasmani untuk menyemak item-item yang terdapat dalam soal selidik.

Kesahan muka telah dilakukan dengan soal selidik diserahkan kepada


pensyarah penyelia untuk disemak dan diberikan kepada murid-murid bukan
sampel untuk melihat dari segi kebolehbacaan. Kesahan kandungan
bertujuan untuk memastikan setiap item soal selidik mengukur apa yang
sepatutnya diukur. Melalui semakan pensyarah pakar, kesesuaian dan
keselarian item soal selidik dengan konstruk variable kajian dapat ditentukan
dengan baik dan tepat. Maka, dengan kesahan muka dan kesahan
kandungan yang telah dilaksanakan, soal selidik mempunyai kesahan yang
tinggi.
3.5.2 KEBOLEHPERCAYAAN
Kebolehpercayaan merujuk kepada dapatan kajian yang dapat menghasilkan
keputusan yang sama apabila dilakukan semula (Romzi Ismail, 2013). Item-
item yang dibina perlunya jelas dan tepat, menwujudkan keseragaman pada
setiap item yang dibina jelas, ringkas dan padat. Bahkan penyelidik telah
memastikan bahawa soal selidik ini dapat mengelak daripada gangguan
semasa responden menjawab soal selidik ini. Justeru itu, soal selidik juga
dirintis kepada enam responden yang bukan sampel dalam kajian untuk
melihat nilai alpha-cronbach. Sekiranya nilai alpha-cronbach bagi item soal
selidik melebihi 0.7, maka soal selidik tersebut mempunyai kebolehpercayaan
yang tinggi. Berdasarkan analisis, item-item soal selidik telah mendapat Nilai
Cronbach’s Alpha sebanyak 0.855 dan telah menunjukkan bahawa set soal
selidik berada pada tahap kebolehpercayaan yang tinggi.

3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA


Prosedur pengumpulan data merupakan tatacara kajian atau langkah-langkah yang
perlu diambil perhatian dalam setiap penyelidikan untuk melihat perkembangan
kajian dari awal sehinggalah kajian tamat. Dalam prosedur pengumpulan data ini
banyak melibatkan proses kajian. Penyelidik telah menyediakan kertas cadangan
penyelidikan yang hendak dijalankan dan seterusnya menyediakan borang soal
selidik dengan membina item-item yang sesuai. Seterusnya, proses pengumpulan
data dijalankan. Penyelidik telah mendapatkan kebenaran daripada guru besar
sekolah rendah di Simpang Ampat, Perlis untuk menjalankan proses pengumpulan
data di sekolah tersebut (Rujuk LAMPIRAN A). Penyelidik telah mengedarkan
borang soal selidik kepada semua murid-murid Tahun 5 yang terdiri daripada dua
kelas. Pelajar diberikan 20 minit untuk menjawab soal selidik tersebut dan data
dikumpul dalam dua hari sahaja.

3.7 PROSEDUR PENGANALISISAN DATA


Selepas semua data soal selidik dikumpul, data-data ditetapkan jumlahnya. Data ini
kemudiannya dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik untuk Sains dan Sosial
(SPSS). Statistik deskriptif seperti peratusan dan min digunakan bagi menjelaskan
konsep Seni dalam Pendidikan membantu menarik minat murid untuk melakukan
aktiviti Pendidikan Jasmani. Penyelidik menjalankan analisis data ini untuk meyusun
dan mengintepritasikan maklumat yang diperoleh daripada soal selidik yang ditadbir
kepada sampel kajian.
Penyelidik telah menggunakan analisis statistik deskriptif untuk memerihalkan
data-data yang diperolehi dalam kajian ini. Data yang dianalisis disembahkan dalam
bentuk carta bar yang menunjukkan peratusan murid yang menjawab sangat tidak
setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju. Selain itu, penyelidik juga
meringkaskan data dalam bentuk carta bar dan jadual untuk memudahkan pembaca
lain untuk membaca.

Kumpulan sasaran kajian ini adalah murid Tahun 5 sekolah kebangsaan di


Simpang Ampat. Populasi murid Tahun 5 di sekolah tersebut adalah seramai
70 orang murid. Penyelidik menentukan saiz persempelan dengan merujuk
kepada Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970). Oleh itu,
seramai 60 orang murid Tahun 5 telah dijadikan responden dalam kajian ini.
Responden kajian dipilih dalam kalangan murid Tahun 5. Responden
merupakan murid-murid lelaki dan perempuan Tahun 5 di sebuah sekolah
rendah di Simpang Ampat, Perlis. Subjek kajian yang dipilih berumur sebelas
tahun yang terdiri daripada dua puluh empat orang lelaki dan tiga puluh orang
perempuan. Subjek kajian yang dipilih adalah berdasarkan masalah yang
dihadapi oleh murid iaitu penglibatan yang pasif dan minat yang rendah
semasa menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani.

You might also like