You are on page 1of 8

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pendahuluan

Bab ini menerangkan secara terperinci kaedah penyelidikan yang dijalankan

untuk mengumpul data bagi mencapai matlamat kajian. Dalam bab ini, terdapat

penerangan mengenai reka bentuk kajian sampel kajian, instrumen prosedur

pengumpulan data dan penganalisan data. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan bagi

melihat keberkesanan kaedah pembelajaran konstruktivisme di kalangan pelajar

Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1)


3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan. Kajian tinjaun ini ditentukan oleh

kaedah dan reka bentuk kajian dan tujuan kajian akan menentukan reka bentuk kajian

(Chua, 2011). Majid (2000) menyatakan bahawa reka bentuk kajian ini boleh digunakan

untuk mengukur pembolehubah-pembolehubah berkaitan tanpa menyoal mengapa

pemboleh ubah itu wujud. Kajian tinjauan ini sesuai digunakan kerana penyelidik boleh

mengumpul data dengan cepat dan mendapat banyak maklumat daripada sampel besar.

Reka bentuk kajian merujuk kepada penggunaan cara yang paling efisien bagi

mengumpulkan maklumat yang digunakan untuk mencapai matlamat penyelidikan

dengan kos minimum dan reka bentuk kajian biasanya ditentukan melalui tujuan dan

objektif kajian setelah membuat pembacaan yang mendalam berhubung dengan bidang

berkaitan (Majid, 2000)

Bagi melaksanakan kajian ini pengkaji memilih untuk menggunakan kaedah

tinjauan yang memerlukan pendekatan secara kuantititaif. Reka bentuk yang biasa

digunakan oleh para penyelidik semasa membuat penyelidikan kuantitatif adalah kaedah

eksperimen , tinjaun dan kolerasi (Akhiar & Shamsina 2011) . pendekatan kuantitatif

melibatkan proses memanipulasi data dan mewakilkan data bernombor yang diperoleh

daripada soal selidik yang telah dijalankan

Berkaitan dengan itu, maklumat yang diberikan selaras dengan kaitan kerana

kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan kaedah pembelajaran konstruktivisme di


kalangan pelajar kemahiran hidup. Dalam kajian ini terdapat satu pemboleh ubah

bersandar iaitu kaedah pembelajaran konstruktivisme manakala pembolehubah tidak

bersandar atau bebas pula ialah pelajar kemahira hidup. .Memandangkan kajian ini

dikendalikan secara tinjauan, maka analisis deskriptif digunakan untuk memproses data.

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian

Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah

Kebangsaan Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung. Dalam sampel kajian jumlah

responden yang terlibat dalam kajian adalah 40 orang.

3.4 Instrumen Kajian

Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Set soal selidik adalah untuk

pelajar. Soal selidik ini telah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian A dan B.

item-item skala di bahagian B dalam soal selidik ini telah diadaptasikan daripada

instrument yang telah diambil daripada tesis Menilai Keberkesanan Pendekatan

Konstruktivisme Dapat Meningkatkan Pencapaian Pelajar oleh Nazlin Bt. Ab Rahman

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Borang soal selidik ini akan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian A

dimana bagi mendapatkan maklumat mengenai latar belakang responden dan bahagian B

adalah berkenaan dengan keberkesananan kaedah konstruktivisme.


Set soal selidik disediakan dalam bentuk skala likert yang terdiri daripada lima skala iaitu

1 hingga 5 seperti yang ditunjukkan di dalam jadual 2 di bawah :

Skor Nilai Skor


Sangat Tidak Setuju 1
Tidak Setuju 2
Tidak Pasti 3
Setuju 4
Sangat Setuju 5
Rajah 3.4.1 Menunjukkan Bentuk Skala Likert

3.5 Kajian Rintis

Kajian rintis (pilot study) adalah kajian secara kecil yang dilakukan sebelum melakukan

kajian sebenar. Ia dilakukan untuk melihat potensi kebolehlaksanaan sesuatu kajian bakal

dilakukan. Kajian rintis dikenali sebagai kajian mini bagi suatu kajian skala-penuh (Full

Scale Study) ia juga dikenali sebagai kajian kebolehpercayaan dan kesaha. Kajian rintis

merupakan bahagian penting bagi sebuah kajian baik. Walau bagaimanapun, kajian rintis

yang dilakukan tidak dapat memastikan kejayaan utama, namun ianya boleh membantuk

pengkaji mengenal pasti tahap kebolehlaksanaan atau kemunasabahan kajian utama yang

akan dijalan. Kajian rintis bagi kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk menguji

kebolehpercayaan setiap item dalam soal selidik dan menentukan darjah ketepatan

instrument pengukuran. Instrument yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi akan

memberi keputusan yang tekal atau hampir sama setiap kali ianya digunakan dalam

situasi yang sama.


Dalam kajian rintis yang digunakan oleh pengkaji. Reka bentuk persampelan

mudah converniece sampling digunakan. Ini keran apengkaji menggunakan responden

terdekat yang ada sekeliling pengkaji pada masa tersebut (Ary , Jacobs, Razavieh 2006).

Dalam kajian rintis ini. Pengkaji menggunakan 10 orang responden untuk soal selidik

ini..

3.6: Prosedur Kajian

Beberapa prosedur telah diikuti semasa menjalankan kajian pemilihan tajuk dilakukan

berdasarkan kajian secara rambang dan membaca sumber- sumber yang berkaitan pada

peringkat awal. Perbincangan telah dilakukan oleh penyelidik dengan pembimbing bagi

menentukan bidang yang harus dilakukan.

Selepas sahaja penyelidik bersetuju dengan tajuk yang ingin dikaji, peringkat

seterusnya dilakukan. Peringkat kedua adalah pembinaan kertas cadangan penyelidikan

dan menjalankan strategi kajian. Kemudian, intsrumen kajian disediakan bersesuaian

dengan kajian, penyelidik telah menjalankan prosedur kajian seterusnya iaitu mengedar

borang soal selidik kepada responden sebenar. Soal selidik diedarkan kepada murid-

murid Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.

Penerangan secara menyeluruh dan lengkap diberikan kepada semua semua sampel

(murid) bagi mengelakkan kesilapan dan kesulitan. Segala maklumat yang telah

diberikan adalah dirahsiakan mengikut etika dalam menjalani kajian. Semua soal selidik
yang telah lengkap akan dikutip oleh penyelidik selepas sampel selesai mengisi set soal

selidik tersebut.

Mengendalikan
Pemilihan Tajuk Kajian Rintis
Edaran Soal Selidik

Perbincangan Dengan Mengumpulkan


Membina Soal Selidik
Penyelia Borang Soal Selidik

Mengenal Pasti Penulisan Cadangan


Menganalisi Data
Masalah Penyelidikan

Rajah 3.6.1 Aliran Prosedur Kajian


3.7: Penganalisasan Data

Data yang diterima menerusi analisis borang soal selidik ini mempunyai tiga

bahagian. Data kuantitatif diperoleh daripada instrument soal selidik yang dibina sendiri

dan disahkan oleh pakar bertauliah. Proses penganalisan data- data kuntitatif ini

dilakukan secara deskriptif melalui analisis berkomputer menggunakan perisian

Statistical Package For Social Science Version 20.0. item-item yang berbentuk yang

berbentuk negatif akan dikod semula (recode) bagi memberikan gambaran sebenar

semasa analisis data dilakukan.

3.8:Analisis Deskriptif

Analisis deskriptif merupakan kaedah analisis yang bertujuan menerangkan atau

menjelaskan sesuatu hal yang ingin di dikaji (Iran Herman 2004). Dalam penyelidikan

ini, pengkaji telah menggunakan kaedah ini untuk menganalisis faktor –faktor demografi

murid berdasarkan jantina, lingkungan umur dan dan aliran pembelajaran mereka.

Kaedah ini menggunakan statistik deskriptif iaitu frekuensi, peratusan, min, mod, dan

sebagainya. Kaedah ini juga digunakan bagi mengenalpasti kesan kaedah ini terhadap

pelajar ,minat pelajar dalam konstruktivisme dan faktor- faktor keberkesanan kaedah

pembelajaran konstruktivisme .
Kaedah ini digunakan bagi mengetahui lebih mendalam tentang ciri-ciri sampel

kajian seperti taburan jantina, minat pelajar dan lain-lain. Data data secara deskriptif akan

dianalisis menggunakan min frekuensi dan peratus .

You might also like