You are on page 1of 4

4.

0 METODOLOGI KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Menurut Ahmad Mahdzan Ayob (2005), metodologi berbeza maknanya dengan


metode. Metodologi bermaksud falsafah kepada proses penyelidikan itu. Ia merangkumi
segala andaian dan sistem nilai yang menjadi alasan asas (rationale) bagi penyelidikan atau
kriteria yang digunakan oleh penyelidik untuk mentafsir data dan mencapai kesimpulan.
Metodologi seseorang penyelidik menentukan perkara-perkara seperti bagaimana dia menulis
hipotesis, dan "keterangan pada aras" manakah yang diperlukan untuk membuat keputusan
menolak atau tidak menolak sesuatu hipotesis.

Metode pula merangkumi perkara-perkara seperti kaedah persampelan, pengumpulan


data, dan penganalisisan data. Kebanyakan penyelidik gunaan membincangkan kaedah
pengumpulan data, jenis data, dan analisis data di bawah bab metodologi. Oleh sebab amalan
ini sangat meluas, ia menjadi "tidak salah" lagi waktu kini. Apabila dia menjelaskan kaedah
analisis data, dia hendaklah merujuk secara spesifik kepada setiap objektifnya dan
menghuraikan apakah data yang diperlukan dan bagaimana data itu dianalisis untuk mencapai
objektif itu.

4.2 Mendapatkan Responden / Sampel

Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang penduduk dari kawasan Pending,
Kuching. Daripada jumlah keseluruhan penduduk adalah terdiri daripada 10 orang lelaki dan
20 orang perempuan dari penduduk di kawasan Pending akan diambil sebagai responden.
Responden terbatas kepada penduduk yang mendiami berhampiran kawasan Pending dan
mengisi boring soal selidik dengan lengkap pada hari kajian dijalankan.

Bagi teknik pensampelan yang digunakan dalam kajian ini pula ialah menggunakan
teknik pensampelan bertujuan dan persampelan bebola salji (snow ball sampling).

Menurut Ahmad Mahdzan Ayob (2005), pensampelan bertujuan dilakukan ke atas


kumpulan sasaran tertentu. Anda mungkin ingin mengumpul maklumat khas yang hanya
kumpulan itu sahaja yang dapat memberinya. Misalnya, anda ingin mengkaji penerimaan
masyarakat majikan terhadap orang-orang istimewa (kurang upaya). Maka anda perlulah
mengambil sampel daripada kalangan orang-orang ini, yang tidak ramai pun bilangannya
dalam masyarakat. Jadi, tidak payahlah hendak mengambil sampel rawak mudah dan
sebagainya. Hanya mereka ini sahaja, daripada pengalaman sendiri, yang dapat member
persepsi mereka terhadap topik yang dikaji. Pensampelan ini dinamakan pensampelan
pertimbangan (mengikut pertimbangan atau budi bicara penyelidik).

Menurut Chua Yan Piew (2014), persampelan bola salji (snow ball sampling) merujuk
kepada prosedur persampelan di mana responden kajian diminta untuk mencadangkan subjek
lain yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk kajian. Persampelan ini digunakan apabila
pengkaji tidak dapat memperoleh senarai nama subjek dalam populasi yang mempunyai ciri-
ciri yang sama, terutamanya kes-kes yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif, atau
tidak dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu. Dalam prosedur ini, pengkaji akan mengenal pasti
sebilangan kecil subjek yang mempunyai ciri-ciri yang akan dikaji, Setelah subjek ditemu
bual atau diberi soal selidik untuk dijawab, dia diminta untuk menamakan subjek-subjek lain
dalam populasi yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Kaedah persampelan ini akan
berterusan sehingga pengkaji memperoleh bilangan responden yang dikehendaki.

Dalam kualitatif pula, 3 orang akan dipilih untuk ditemu bual secara tidak bersemuka.
Menurut Chua Yan Piew (2014), temu bual tidak bersemuka iaitu temu bual berbantukan
komputer akan meminta responden untuk menjawab soalan-soalan yang telah dimasukkan ke
dalam program komputer. Responden akan menjawab dengan menaip jawapan dalam ruang
yang telah disediakan,

Manakala temu bual tidak bersemuka seperti temu bual berbantukan komputer
melalui telefon pula memerlukan responden duduk di hadapan komputer dan membaca
soalan-soalan temu bual yang dipaparkan pada skrin. Responden seterusnya akan menjawab
soalan-soalan tersebut secara lisan melalui telefon, iaitu pengkaji akan mendapatkan jawapan
responden melalui panggilan telefon. Suara responden juga boleh direkodkan dengan
menggunakan alat perakam suara. Dalam kaedah temu bual ini, pengkaji dan responden tidak
akan bersemuka. Oleh itu, penjelasan bagi sesetengah istilah mungkin diperlukan jika
responden kurang memahaminya.

Selain itu, kaedah rujukan dan pemerhatian akan dilakukan oleh pengkaji sendiri.

4.3 Mendapatkan Maklumat/Data Daripada Responden

Borang soal selidik yang sesuai telah pengkaji buat untuk mendapat dan mengumpul
maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Borang telah diedarkan secara
rawak kepada responden di kawasan kajian. Borang soal selidik terdiri daripada dua bahagian
iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A adalah mengenai maklumat diri responden
manakala Bahagian B adalah soalan mengenai faktor yang menyebabkan pencemaran udara
dan kesan pencemaran udara kepada penduduk di kawasan Pending. Kajian ini menggunakan
skala pemarkahan likert lima mata yang mengandungi lima aras, iaitu 1 = sangat tidak setuju,
2 = tidak setuju, 3 = tidak pasti, 4 = setuju, dan 5 = sangat setuju.

Jadual 1: Skala likert 5 aras digunakan

Sangat Tidak Setuju 1


Tidak Setuju 2
Tidak Pasti 3
Setuju 4
Sangat Setuju 5

Selain itu, kaedah temu bual secara tidak bersemuka digunakan. Dalam pada itu,
pengkaji akan menemu bual 3 orang yang tinggal di kawasan Pending. Tujuan utama temu
bual ini adalah untuk mengetahui faktor yang menyebabkan pencemaran udara dan kesan
pencemaran udara kepada penduduk. Di samping itu, pengkaji akan meminta pendapat
responden tentang temu bual.
Seterusnya, kaedah ketiga yang digunakan oleh pengkaji adalah melalui kaedah
rujukan. Pengkaji telah merujukkan surat khabar, majalah, internet dan Kamus Dewan Edisi
ke-4 daripada perpustakaan SMK Bandar Kuching. Pengkaji telah mencari banyak perkataan
dengan maknanya daripada Kamus Dewan sebagai sokongan hasil kerja.

4.4 Memproses dan Mempersembahkan Data

Kaedah statistik deskriptif digunakan dalam penganalisisan data yang berbentuk skala
Likert. Untuk memudahkan penganalisisan data, skala Likert akan dikategorikan seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 4.2

Jadual 2: Pengkelasan Skala Likert

Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju


1 2 3 4 5
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

Keseluruhan hasil analisis diukur berdasarkan interpretasi skor min bagi menunjukkan tahap
penilaian responden factor dan kesan pembelian barangan melalui perniagaan dalam talian.
Dalam hal ini, pengkaji telah menggunakan petunjuk (indicator) intrepretasi skor min yang
telah dibina oleh Jamil Ahmad (1993). Dalam interpretasi skor min ini, nilai bagi 1.00 hingga
2.33 adalah tahap rendah, 2.34 hingga 3.66 adalah tahap sederhana dan skor bagi 3.67 hingga
5.00 merupakan tahap tinggi seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.

Jadual 4 : Interpretasi skor min

Skor Min Interpretasi


1.00 hingga 2.33 Tahap Rendah
2.34 hingga 3.66 Tahap Sederhana
3.67 hingga 5.00 Tahap Tinggi

Sumber: Ubah suai daripada Jamil Ahmad, 1993. “Tinjauan tentang kekangan-kekangan
dalam pelaksanaan sains KBSM di sekolah-sekolah menengah Negeri Kedah Darul
Aman”.Disertasi Sarjana Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Selain itu, dalam aspek penganalisisan data, pengiraan manual akan diguna pakai.
Oleh sebab itu, kekerapan dan peratus sahaja akan dijadikan data untuk dianalisis. Data yang
dikumpulkan akan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan grafik iaitu graf bar dan carta
pai.

4.5 Rumusan
Metodologi yang dikenal pasti diharap dapat menjamin kebolehpercayaan dan
kesahan dapatan kajian. Sehubungan dengan hal itu, pengkaji akan mengikut tata cara kajian
yang ketat dengan menepati prosedur kutipan data dan instrumen yang telah dikenal pasti.

You might also like