You are on page 1of 3

BORANG SOAL SELIDIK

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (LMCW 2163)

SEMESTER II SESI 2015/2016

Makluman Kepada Responden : Soal selidik ini adalah bagi memenuhi metadologi kajian kami bagi
kursus Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (LMCW 2163). Ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh
budaya luar negara (budaya Barat dan K-pop) dalam gaya pemakaian mahasiswa Program Linguistik,
Universiti Kebangsaan Malaysia. Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan ia akan hanya
digunakan bagi kepentingan kajian sahaja

BAHAGIAN A : DATA DEMOGRAFI RESPONDEN

Arahan : Tandakan (√) pada ruangan yang disediakan

1) JANTINA
Lelaki Perempuan

2) UMUR
19-20 tahun 21-22 tahun
23-24 tahun 25-26 tahun

3) TAHUN PENGAJIAN
Tahun 1 Tahun 2
Tahun 3 Tahun 4
…………………………………………..

4) TAHAP PENDIDIKAN TERTINGGI


Matrikulasi STPM
Diploma Lain-lain
………………………………………….
BAHAGIAN B :

Sila pilih satu jawapan dan BULATKAN nombor yang anda rasakan berkait rapat dengan diri
anda. Sila jawab SEMUA soalan.

1 – Setuju 2 – Sederhana setuju 3 – Tidak Setuju

Kewangan

1. Saya sanggup membelanjakan wang perbelanjaan demi mengikuti fesyen


trend terkini.
2. Saya sanggup meminjam wang daripada rakan saya untuk membeli
pakaian baru.
3. Saya mempunyai peruntukan tersendiri untuk membeli pakaian .
4. Saya sanggup menggunakan baucer buku untuk membeli pakaian.
5. Saya sanggup ikat perut demi mengumpul duit untuk membeli pakaian.

Rakan sebaya

1. Rakan saya memainkan peranan penting dalam cara saya berpakaian.


2. Saya suka mengikuti cara rakan saya berpakaian.
3. Bagi saya seseorang itu terpengaruh dengan pemakaian budaya luar
adalah berpunca dari pengaruh rakan sebaya.
4. Saya dan rakan saya mempunyai minat yang sama dalam berfesyen.
5. Saya suka membandingkan fesyen saya dengan rakan saya.

Fesyen

1. Saya memakai pakaian trend terkini ketika ke kelas.


2. Saya gemar mengikuti dan mencuba gaya pemakaian trend terkini.
3. Saya rasa lebih berkeyakinan apabila memakai pakaian trend terkini.
4. Saya menjadikan artis dari luar negara sebagai ikon untuk berfesyen.
5. Saya suka menonton rancangan yang berkaitan dengan fesyen.

Budaya dan Agama

1. Saya tahu cara berpakaian yang betul menurut agama Islam.


2. Saya masih menjaga aurat walaupun mengikut trend terkini.
3. Saya selalu memakai pakaian yang sopan terutamanya baju melayu/baju
kurung apabila menghadiri kuliah.
4. Saya lebih suka memakai baju melayu/baju kurung berbanding fesyen
terkini dan saya mempunyai banyak koleksi baju tersebut.
5. Saya tidak kisah cara pemakaian saya tidak mengikut syarak.
Ibubapa

1. Ibubapa saya tidak kisah dengan cara pemakaian saya.


2. Ibubapa saya juga seorang peminat fesyen luar.
3. Saya tidak suka ibubapa saya menegur cara pemakaian saya.
4. Saya mendapat galakan daripada ibubapa dalam berfesyen.
5. Ibubapa saya memberikan pakaian berfesyen untuk saya.

BAHAGIAN C

1. Berdasarkan pemerhatian anda di UKM, adakah gaya pemakaian mahasiswa di UKM


mempunyai pengaruh daripada budaya luar (non-Islamik)? Kenapa?

2. Apakah kesan pengaruh luar terhadap cara peemakaian di UKM?

3. Sejauh manakah pengaruh budaya luar ini dapat memberi kesan positif kepada
mahasiswa di UKM?

4. Pada pandangan anda, apakah langkah yang perlu diambil bagi menyekat pengaruh
pemakaian budaya luar dari terus beleluasa di UKM?

5. Sebagai salah seorang masyarakat yang prihatin, apakah tindakan yang anda lakukan
bagi mengatasi masalah ini?

You might also like