You are on page 1of 27

BAB 4 HASIL KAJIAN 4.

1 Pengenalan

Bab ini akan menjelaskan profil responden, dapatan kajian dan kesimpulan. Dalam profil responden, akan dijelaskan status responden dengan menggunakan statistik deskriptif dengan menggunakan peratusan dari segi jantina dalam kumpulan eksperimen, dan juga soal selidik yang telah dilakukan serta skor pelajar-pelajar mengikut gred dalam ujian pra dan ujian pasca. Untuk melihat perbezaan dengan lebih jelas, pengkaji menggunakan carta palang untuk melihat perbandingan markah murid dalam ujian pra dan ujian pasca mengikut gred yang diperolehi. Manakala bagi statistik inferensi pula akan menggunakan analisis ujian-t. 4.2 Dapatan Deskriptif

Dapatan deskriptif ini adalah untuk memberikan gambaran profil responden dari segi jumlah mengikut jantina murid dan juga soal selidik yang telah dijawab oleh responden serta pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca bagi mata pelajaran matematik Tahun 5. Huraian akan melibatkan penggunaan peratusan dan akan ditunjukkan dalam bentuk jadual dan carta palang.

4.2.1

Profil Responden JADUAL 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina Responden suka mempelajari matematik Jantina Murid Lelaki Perempuan Jumlah Kekerapan 9 11 20 Peratus 45.00 55.00 100.00

Daripada jadual 4.1 yang ditunjukkan , seramai 20 orang responden telah diambil untuk kajian ini, iaitu pelajar daripada kelas Tahun 5 UM Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar, Karangan Kedah. Murid-murid tersebut telah diklafikasikan mengikut jantina masing-masing Taburan responden mengikut jantina bagi kumpulan tersebut adalah didapati 9 (45%) orang murid adalah murid lelaki dan 11 (55%) orang adalah murid perempuan.

4.2.2 Analisa soal selidik Responden

JADUAL 4.2 Responden suka mempelajari matematik Kekerapan 16 4 20 Setuju Tidak Setuju JUMLAH Peratus 80.00 20.00 100.00

Berdasarkan jadual 4.2 didapati responden yang setuju mempelajari matematik dengan mengguna pendekatan konstuktivisme berbanding kaedah tradisional ialah 16 (80 %) orang murid, seramai 4 (20%) orang murid memilih tidak setuju.

JADUAL 4.3 Matematik sukar untuk dipelajari Kekerapan 12 8 20 Setuju Tidak Setuju JUMLAH Peratus 60.00 40.00 100.00

Jadual 4.3 menunjukkan bahawa 12 orang murid atau 60% memilih setuju matematik adalah sukar untuk dipelajari manakala 8 (40%) orang pelajar tidak setuju matematik sukar untuk dipelajari.

JADUAL 4.4 Matematik sangat berguna dalam kehidupan Kekerapan 17 3 20 Setuju Tidak Setuju JUMLAH Peratus 75.00 25.00 100.00

Jadual 4.4 di atas menunjukkan bahawa kekerapan responden memilih pengajaran matematik sangat berguna dalam kehidupan seharian iaitu seramai 17(75%) orang pelajar setuju , 3 (25%) orang murid tidak setuju matematik sangat berguna dalam kehidupan seharian.

JADUAL 4.5 Mmatematik adalah sesuatu yang menyeronokkan Kekerapan 16 4 20 Jadual 4.5 Setuju Tidak Setuju JUMLAH Peratus 80.00 20.00 100.00

menunjukkan bahawa kekerapan responden memilih matematik adalah sesuatu yang

menyeronokkan iaitu seramai 16(80%) orang murid setuju, manakala murid yang tidak setuju matematik adalah sesuatu yang menyeronokkan iaitu 4 (20%) orang murid.

JADUAL 4.6

Cara guru mengajar matematik menarik minat muid untuk terus belajar matematik Kekerapan 19 1 20 Setuju Tidak Setuju JUMLAH Peratus 95.00 5.00 100.00

Mengikut jadual 4.6 di atas menunjukkan bahawa 19 (95%) orang murid memilih setuju bahawa cara guru mengajar matematik menarik minat murid untuk terus belajar. 1 (5%) orang murid tidak setuju dengan kenyataan tersebut.

JADUAL 4.7 Responden mudah memahami matematik apabila guru menggunakan bahan bantu mengajar Kekerapan 17 3 20 Setuju Tidak Setuju JUMLAH Peratus 85.00 15.00 100.00

Jadual 4.7 diatas menunjukkan pecahan responden yang memilih mudah memahami matematik apabila guru menggunakan bahan bantu mengajar semasa mengajar. Seramai 17 orang murid atau 85% setuju, 3 (15%) orang murid tidak setuju dengan kenyataan tersebut.

JADUAL 4.8 Ibu bapa sering memberi galakan dalam meningkat kemahiran pendaraban

Kekerapan 10 10 20 Setuju Tidak Setuju JUMLAH

Peratus 50.00 50.00 100.00

Mengikut jadual 4.8 di atas menunjukkan bahawa 10(50%) orang murid memilih setuju bahawa ibu dan bapa mereka sering memberi galakan dalam meningkatkan kemahiran pendaraban . 10 (50%) orang murid tidak setuju dengan kenyataan tersebut.

JADUAL 4.9 Responden rasa menyusahkan apabila ada bahan bantu mengajar yang disediakan semasa belajar

Kekerapan 7 13 20 Setuju Tidak Setuju JUMLAH

Peratus 35.00 65.00 100.00

Berdasarkan jadual 4.9

didapati responden yang setuju bahawa bahan bantu mengajar

menyusahkan murid adalah 7 (35 %) orang, seramai 13 (65%) orang murid tidak setuju bahawa alat bantu mengajar yang disediakan semasa mengajar menyusahkan.

JADUAL 4.10 Ilmu matematik digunakan untuk belajar ilmu matematik yang lebih susah Kekerapan 11 9 20 Setuju Tidak Setuju JUMLAH Peratus 55.00 45.00 100.00

Jadual 4.10 diatas menunjukkan pecahan responden menyatakan ilmu matematik digunakan untuk belajar ilmu matematik yang lebih susah. Seramai 11 orang murid atau 55% setuju, 9 (45%) orang murid tidak setuju dengan kenyataan tersebut.

JADUAL 4.11 Responden suka matematik apabila responden faham dengan pengajaran guru Kekerapan 15 5 20 Setuju Tidak Setuju JUMLAH Peratus 75.00 25.00 100.00

Jadual 4.11 di atas menunjukkan bahawa kekerapan responden memilih suka matemati apabila mereka faham dengan pengajaran iaitu 17(75%) orang murid setuju , 3 (25%) orang murid tidak setuju dengan kenyataan tersebut 4.2.3 Skor Analisa Pencapaian Ujian Pra Bagi Mengikut Gred

JADUAL 4.12 Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pra

Pencapaian Pelajar (Ujian Pra)

Kekerapan

Peratus

Gred A

05.00

Gred B

13

65.00

Gred C

20.00

Gred D

10.00

Gred E

00.00

Jumlah

20

100

Dalam kajian ini, taburan pencapaian pelajar dalam ujian pra dalam bentuk gred iaitu A hingga E. Jadual 4.12 menunjukkan seorang murid yang mendapat gred A, 13 (65%) orang murid mendapat

gred B dan 4 (20%) orang murid mendapat gred C. Manakala 2 (10%) orang murid yang mendapat gred D, dan tiada murid yang mendapat gred E.

4.2.4

Skor Analisa Pencapaian Ujian Pasca Mengikut Gred

JADUAL 4.13 Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pasca

Pencapaian Pelajar (Ujian Pasca)

Kekerapan

Peratus

Gred A

20.00

Gred B

15

75.00

Gred C

05.00

Gred D

Gred E

Jumlah

20

100

Dalam kajian ini, taburan pencapaian pelajar dalam ujian pasca bagi kumpulan ini diberikan dalam bentuk gred iaitu A hingga E. Jadual 4.13 menunjukkan 4 (20%) orang murid mendapat gred A, 15 (75%) orang murid mendapat gred B dan 1 (5%) orang murid mendapat gred C. Manakala tiada murid yang mendapat gred D dan gred E.

4.2.5

Rajah Perbandingan Bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca Mengikut Gred

RAJAH 4.1 Rajah Perbandingan Analisis Ujian Pra danUjian Pasca

Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca Mengikut Gred

20
Bil. Pelajar

18 16 14 12 10 8 6 4 2
Gred

Pra ujian

Pasca Ujian

4.3 Dapatan Inferensi

Dapatan inferensi yang akan dibincangkan ini ialah untuk menguji hipotesis kajian sama ada ianya perlu ditolak atau diterima. Statistik inferensi yang digunakan ialah ujian-t. Pembentangan dapatan dibuat adalah berdasarkan hipotesis nul yang dinyatakan dalam bab 3.

4.3.1

Pengujian Hipotesis

Ho :

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min pencapaian pelajar sebelum selepas pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme.

dan

JADUAL 4.14 Keputusan Ujian-t

Jenis Ujian

Min

Sisihan Piawai

Nilai-t

Ujian Pra

20

62.60

9.428 4.360 0.000

Ujian Pasca

20

71.00

8.341

* Signifikan pada aras p = 0.05

Berdasarkan jadual 4.14, didapati min ujian pra (min = 62.60) adalah lebih rendah daripada ujian pasca (min = 71.00). Secara keseluruhan, perbezaan min tersebut agak besar. Hasil ujian-t yang dijalankan menunjukkan keputusan adalah signifikan, iaitu t = 4.360, p = 0.000. Keputusan ini menunjukkan bahawa hipotesis nul adalah ditolak iaitu terdapat perbezaan yang signifikan bagi min pencapaian murid sebelum dan selepas pembelajaran konstruktivisme dijalankan. menggunakan pendekatan

4.4

Kesimpulan

Daripada ujian-t yang telah dijalankan

hipotesis nul ditolak. Melalui ujian-t didapati terdapat Min pencapaian murid didapati

perbezaan yang signifikan bagi min pencapaian murid bagi kumpulan murid tersebut selepas pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme. meningkat selepas pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme dijalankan jika dibandingkan dengan min pencapaian murid sebelum dijalankan pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme.

BAB 5

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI

5.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang hasil kajian yang menunjukkan bahawa keberkesanan penggunaan pendekatan konstruktivisme ke atas mata pelajaran matematik di sekolah. Dapatan ini juga dapat menyokong beberapa kajian lalu yang telah dijalankan. Selain itu juga cadangancadangan ke arah mempertingkatkan kaedah pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme ke atas mata pelajaran matematik di sekolah turut dibincangkan dan diharapkan dapat menggalakkan dan menarik minat pelajar untuk mempelajari matematik. Bab ini juga akan memberi kesimpulan secara keseluruhan bagi data yang telah dikumpul dan juga kesimpulan terhadap cadangan yang telah diberikan. Ia bertujuan untuk menjawab persoalan kajian dan menentukan sama ada hipotesis asal kajian adalah bertepatan dengan dapatan kajian.

5.2 Ringkasan Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk eksperimen yang bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan pendekatan konstruktivisme dalam meningkatkan kemahiran pendaraban nombor tiga digit dengan nombor dua digit.. Sampel kajian yang dilaksanakan adalah murid-murid tahun 5UM Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar, Karangan, Kedah. Sekolah ini merupakan sekolah luar bandar. Tahap pencapaian responden tersebut adalah memuaskan berdasarkan markah ujian.

Instrumen yang digunakan ialah satu set borang profil responden dan juga set soalan latihan iaitu bagi soalan pra dan soalan pasca. Soal selidik juga telah dibuat berdasarkan borang yang diisi oleh responden.

Kaedah analisis data yang digunakan

ialah analisis deskriptif untuk melihat kekerapan dan

peratusan jantina responden, analisa soal selidik dan juga skor markah pra ujian dan pasca ujian. Analisis inferensi dibuat dengan menggunakan ujian-t untuk menguji hipotesis nol yang melihat penggunakan pendekatan konstruktivisme yang dijalankan.

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

Perbincangan dapatan kajian dibuat mengikut persoalan-persoalan dan hipotesisis kajian seperti yang telah dinyatakan di dalam bab 1 iaitu bagi menjawab persoalan-persoalan kajian tentang sejauh mana keberkesanan penggunaan pendekatan konstruktivisme atas pencapaian mata pelajaran matematik tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar, Karangan, Kedah. Ringkasan hasil kajian yang lebih menyeluruh akan diterangkan dalam bahagian berikutnya mengikut hipotesis kajian yang telah dibuat.

5.3.1

Perbezaan Dari Segi Min Pencapaian Pelajar Sebelum Dan Selepas Pembelajaran Menggunakan Pendekatan Konstruktivisme

Daripada kajian yang telah dijalankan, terdapat perbezaan yang signifikan bagi min pencapaian pelajar sebelum dan selepas pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme dilaksanakan. Ini kerana didapati ada peningkatan markah pelajar berdasarkan ujian pra dan ujian pasca yang telah dijalankan. Dapatan ini adalah bertepatan dengan tinjauan yang telah dibuat oleh

Davidson (1996 (b)), tinjauan beliau terhadap lebih kurang 80% kajian yang telah dijalankan, didapati hanya dua kajian sahaja yang menunjukkan pencapaian individu kumpulan kawalan meningkat.

Daripada kajian-kajian yang dilakukan di luar negara menunjukkan pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme berupaya meningkatkan pencapaian pelajar di dalam pelbagai mata pelajaran untuk semua peringkat pendidikan (Johnson, Maruyama, Johnson, Nelson dan Skon, 1981). Kajian Sherman & Thomas (1986) juga mendapati pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivieme dapat meningkatkan pencapaian pelajar cerdas, sederhana dan lemah dalam matematik. Kaedah tradisional menekankan kaedah pengajaran secara kuliah yang berupaya menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan lebih banyak tetapi kaedah ini dikritik kerana ia menjadikan murid pasif (Holter, 1994) dan tidak mengambil kira keperluan murid yang berbeza dari segi tahap kebolehan (Mok Soon sang, 1997). Pada kebiasaannya murid membuat latih tubi secara bersendirian di dalam kelas. Interaksi sesama murid tidak ditekankan. Sebarang kesukaran dikemukakan kepada guru sahaja menjadikan guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk membantu murid yang ramai. Masalah pengurusan masa yang lemah ini juga dinyatakan di dalam Laporan Jemaah Nazir (Halimah, 1992).

5.3.2

Perbezaan Dari segi Min Pencapaian Pelajar Berdasarkan Ujian Pasca selepas Pembelajaran Menggunkan pendekatan Konstruktivisme

Kajian ini telah mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari segi min pencapaian murid ujian pasca dijalankan. Dapatan ini bertepatan dengan kajian Vygotsky (Tudge, 1990) yang berpendapat apabila murid mendapat bimbingan daripada rakan sebaya mereka akan lebih berkebolehan, proses kognitif pelajar berupaya meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Perry dan

Bussey (1994), pula menyatakan hubungan sosial sesama rakan sebaya banyak membantu perkembangan kognitif murid.

Pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme berupaya meningkatkan pencapaian murid kerana dengan adanya interaksi sesama mereka menyebabkan berlakunya perubahan dalam kognitif murid. Merujuk kepada teori perkembangan kognitif, Slavin (1995) berpendapat melalui perbincangan dan bertukar-tukar pendapat dapat membantu mereka untuk menguasai konsepkonsep penting di dalam pembelajaran. Di dalam membincangkan teori perkembangan kognitif juga, Woolfolk (1995) mencadangkan situasi interaksi sesama murid adalah perlu untuk membantu proses berfikir pelajar.

5.4 Kesimpulan Dapatan Kajian

Hasil pemerhatian yang dibuat semasa pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme sedang berjalan, didapati pelajar-pelajar tidak menghadapi masalah untuk melibatkan diri dalam perbincangan. Murid-murid kelihatan sangat berminat belajar dalam kumpulan dan menunjukkan sikap berkerjasama dan saling berinteraksi antara satu sama lain dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi. Ini jelas dapat dilihat jika ada ganjaran yang disediakan di akhir sesi aktiviti. Ini disokong oleh pendapat Slavin (1983) yang menyatakan ganjaran kumpulan mendorong pelajar untuk saling bantu-membantu di dalam kumpulan mereka. Daripada kajian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati hipotesis nul yang diterima dan ia menunjukkan adanya perbezaan antara pembolehubah yang dikaji.

5.5 Implikasi Dapatan Kajian

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran masa kini, masih mempunyai ruang yang luas untuk diterokai demi meningkatkan kualiti pendidikan ke tahap yang lebih tinggi. Daripada dapatan kajian ini didapati ia boleh memberi implikasi kepada beberapa pihak seperti murid-murid, ibu bapa, guru, pentadbir sekolah atau penggubal dasar berkaitan dengan pendidikan.

5.5.1

Murid-Murid

Dapatan kajian menunjukkan bahawa prestasi murid yang mengikuti pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivieme lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran sebelum penggunaan pendekatan konstruktivisme. Ini juga disokong kajian lepas di luar negara bagi mata pelajaran matematik (Chang dan Mao, 1999; Whicker, Bold an Nunnery,1997). Implikasi dapatan kajian ini penting kerana ia mencadangkan bahawa pembelajaran konstruktivisme wajar digunakan di dalam kelas khususnya di dalam mata pelajaran matematik.

Elemen-elemen di dalam pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme berupaya menjadikan murid lebih bermotivasi untuk belajar berdasarkan teori saling bergantungan sosial (Johnson dan Johnson, 1998). Berdasarkan kepada teori pergantungan sosial, pembelajaran konstruktivisme dikatakan boleh mewujudkan saling bergantungan secara positif di kalangan murid di dalam sesuatu kumpulan bagi mencapai matlamat kumpulan. Saling bergantungan secara positif digambarkan melalui kerjasama murid yang menggalakkan berlakunya interaksi di dalam sesuatu kumpulan kecil. Situasi tersebut mendorong murid menjadi lebih bermotivasi untuk belajar. Keberkesanan pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme di dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar boleh dikaitkan dengan kesan strategi tersebut ke atas motovasi murid untuk belajar dan ke atas proses kognitif murid (Salvin, 1995; 1996; Abrami et al., 1995).

5.5.2

Ibu Bapa

Seperti yang sedia maklum bahawa tanggapan umum menyatakan tanggungjawab mendidik secara formal terletak di bahu pihak sekolah, namun peranan ibu bapa dalam menentukan kemajuan dan kecemerlangan akademik seseorang murid adalah penting kerana mereka merupakan antara orang yang signifikan dalam kehidupan murid. Sebenarnya ibu dan bapa merupakan model kepada anakanak untuk dicontohi oleh mereka. Maka dengan itu. perhubungan yang intim dan mesra antara ibu bapa dan anak mereka serta keprihatinan ibu bapa terhadap pencapaian anak boleh menjadi penyumbang kepada pembentukan yang positif. Oleh itu dalam menentukan aspirasi dan persepsi keluarga terhadap kejayaan anak-anak mereka, para ibu bapa perlulah memberi sokongan yang padu di samping memberi dan mempamerkan sikap timbang rasa dalam pengurusan diri dan masa anak-anak.

5.5.3

Guru

Guru juga memainkan peranan yang penting. Contohnya daripada dapatan kajian ini guru perlu mempelbagaikan cara pengajaran di dalam kelas agar pelajar tidak merasa bosan dengan kaedah pengajaran yang diberikan. Guru tidak seharusnya tertumpu kepada pengajaran secara kelas sahaja kerana ingin menghabiskan sukatan. Oleh itu guru perlu juga menggunakan kaedah pengajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah tersebut telah banyak diuji dan didapati dapat membantu meningkatkan pencapaian murid. Tambahan pula kaedah tersebut selaras dengan konsep KBSR dan konsep sekolah bestari yang mementingkan gerak kerja berkumpulan.

5.5.4

Pentadbir Sekolah Dan Penggubal Dasar

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa pihak sekolah adalah pihak utama yang menyumbangkan pendidikan formal kepada murid. Oleh itu pihak sekolah dan guru perlu menyediakan suasana pengajaran dan pengajaran yang positif dan terkini. Antara cadangan yang dikemukan ialah:

a)

Guru perlulah bertindak sebagai model kerana beliau adalah insan yang paling hampir selepas ibu bapa mereka. Oleh itu setiap guru mestilah menunjukkan motivasi pencapaian yang sentiasa positif dan berterusan supaya menjadi ikutan murid.

b)

Pentadbir harus memenuhi keperluan asas iaitu dengan menyediakan persekitaran kelas yang tersusun, sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pendekatan konstruktivisme.

c)

Tunjukkan nilai pembelajaran, iaitu kaitkan tugasan yang diberikan dengan keperluan murid, gunakan aktiviti yang menarik minat murid. Timbulkan semangat ingin tahu, jadikan pembelajaran menyeronokkan, pelbagaikan teknik pengajaran, terangkan kaitan antara pembelajaran dengan kehidupan mereka seharian dan beri ganjaran atau hadiah sekiranya perlu.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mewujudkan satu garis panduan sama ada dalam bentuk modul atau manual untuk guru. Ini adalah kerana konsep dan perlaksanaan pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme tidak sama dengan kerja berkumpulan secara tradisional yang tidak berstruktur. Antara contoh manual yang boleh dirujuk adalah manual yang disediakan oleh Slavin (1994).

Selain itu juga pihak kementerian khususnya Bahagian Pendidikan Guru, juga memainkan peranan seperti memberi latihan dalam perkhidmatan atau kursus jangka pendek kepada guru matematik yang ada bagi membantu mereka menguasai penggunaan pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme. Bagi memotivasikan guru, imbuhan juga perlu diberikan sebagai penghargaan kepada guru yang berusaha menggunakan kaedah pengajaran yang baru. Ini akan menggalakkan guru-guru untuk bersikap inovatif dan kreatif dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan

Pengkaji membuat kajian ini hanya merupakan satu kajian yang ringkas bagi menguji tahap pencapaian murid menggunakan kaedah pembelajaran dengan menggunakan pendekatan konstruktivisme. : Hasil kajian menunjukkan pencapaian responden yang meningkat selepas penggunaan pendekatan konstruktivisne ini. Pengkaji mencadangkan supaya kajian lanjutan seperti

1. Kajian yang lebih teliti dijalankan dengan menggunakan instrumen yang lebih baik dan

lebih formal bagi menilai pencapaian yang dimaksudkan seperti menyediakan borang soal selidik kepada pelajar untuk mengetahui sejauh mana murid berminat dan berkesan pembelajaran menggunakn pendekatan kaedah konstruktivisme kepada mereka.

2. Selain kajian menguji keberkesanan kaedah pembelajaran menggunakan pendekatan

konstruktivisme ini ke atas murid-murid tahun 5, Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar, Karangan, Kedah, dicadangkan juga agar menggunakan teknik-teknik lain seperti JIGSAW, TAI, TGT atau Teknik Pusingan Meja.

3. Kajian lanjutan juga dicadangkan supaya menggunakan alat kajian yang berkaitan dengan

amalan konstruktivisme yang mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang lebih tinggi.

4. Dicadangkan juga supaya kajian yang seterusnya pengkaji mencari sebab yang terperinci

kenapa guru-guru berminat dan yakin dengan kaedah pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme, tetapi mereka tidak begitu kerap menggunakan kaedah tersebut di dalam pengajaran matematik sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah.

5. Pengkaji

juga mencadangkan

agar aspek persampelan

yang digunakan boleh

dipertingkatkan dengan mengambilkira semua murid-murid, sekolah-sekolah berasrama penuh, sekolah harian biasa iaitu kategori bandar, pinggir bandar dan luar bandar, dan sekolah-sekolah agama. Selain itu ia boleh diperluaskan lagi kepada sekolah-sekolah seluruh negeri Kedah atau pun seluruh negara.

Diharapkan ia akan memberikan lebih banyak gambaran kepada semua pihak tentang kajian tersebut dan juga diharapkan kajian ini dapat dilakukan dalam jangkamasa yang lebih lama. Ini bagi memastikan supaya proses kajian dapat dijalankan dengan lebih lancar dan sempurna. Data-data juga akan diperolehi dengan lebih pelbagai.

5.7

Rumusan

Kajian ini dijalankan bagi menentukan keberkesanan kaedah pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme terhadap pencapaian mata pelajaran matematik tahun lima. Berdasarkan eksperimen yang dijalankan selama 10 minggu, yang melibatkan 20 orang murid, kajian menunjukkan pencapaian prestasi pelajar yang mengikuti kaedah pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme lebih tinggi berdasarkan skor markah yang mereka perolehi di dalam pasca ujian berbanding pra ujian.

Untuk menarik minat murid, pengkaji menjalankan pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme yang merupakan salah satu kaedah yang menarik dan berkesan bagi meningkatkan minat pelajar terhadap matematik. Dengan menggunakan pendekatan tersebut, murid-murid merasakan tidak mudah bosan ketika belajar matematik dan merasakan matematik adalah satu mata pelajaran yang penting. Di samping itu amalan pembelajaran konstruktivisme oleh murid-murid dapat meningkatkan kemahiran aktiviti bersosial dalam pembelajaran matematik.

Cabaran pendidikan yang kian meningkat dari masa ke semasa yang menuntut kepada keseimbangan antara pencapaian cemerlang dalam akademik dengan sahsiah murid itu sendiri dan ia perlulah di bawah pengawasan daripada ibubapa dan juga pihak sekolah agar tidak disalahgunakan oleh murid. Kesimpulannya, kecemerlangan akademik hendaklah selari, seiring dan sejalan dengan kecemerlangan sahsiah bagi menjayakan Falsafah Pendidikan Negara seterusnya merealisasikan sembilan cabaran dalam Wawasan 2020.

RUJUKAN

Alfred S. Posamentier, Jay Stepelman, (1999). Teaching secondry Mathematics. Fifth Edition. Prenctice Hall. New York.

Artzt, Alice F., and Claire M. Newman. (1997). How to Use Konstruktivisme Learning in the Mathematics Class. Retson VA: National Council of teachers of Mathematics.

David W. Johnson, Roger F. Johnson, Edythe Johnson Holubec, (1990). Circle Of Learning:Konstruktivisme In The Classroom. Interaction Book Co.

Ee Ah Meng. 1997. Pedagogi II. Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Effandi Zakaria.2005. Asas Pembelajaran Koperatif Dalam Matematik.Selangor: Penerbit Karisma Production Sdn. Bhd.

Effandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin & Sabri Ahmad. 2007. Trend Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Lau Tik Kon, (2006), Super Score Tutorial Mathematics. Selangor Darul Ehsan: Pearson Malaysia Sdn Bhd Modul Methodology In Teaching Mathematics, (2004). University Terbuka Malaysia. Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang. 1991. Pedagogi 2: Strategi Pengajaran Pembelajaran Pengajaran Mikro Persediaan Untuk Pengajaran Praktik. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Nik Azis Nik Pa. 1999. Pendekatan Konstruktivisme Radikal dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Noor Shah Saad, (2002). Teori & Perkaedahan Pendidikan Matematik Siri I Edisi Kedua. Pejabat-pejabat Pearson Education di Asia: Bangkok, Beijing, Hong Kong, Indonesia, Kuala Lumpur.

Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001. Pembelajaran Secara Kontruktivisme. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Salvin, R.E. (1990). Konstruktivuisme Learning: Theory, Research and Practice, Englewood Cliffs, NJ. Prentice Hall.

Sebastian Chan, (2005). Penilaian Topikal Masteri KBSR Matematik Tahun 5. Vital Star Sdn. Bhd.

Suhaida Abdul Kadir, (2002). Perbandingan Pembelajaran Konstruktivismef dan Tradisional Terhadap Prestasi Atribusi Pencapaian, Konsep Kendiri Akademik Dan Hubungan Sosial Dalam Pendidikan Perakaunan (Tesis). UPM; Serdang, Selangor.

Tee Hock Tian, (2004). Latihtubi UPSR Matematik. Info Didik Sdn. Bhd.

http://www.depdiknas.go.id/Jurnal/43/rusdy-a-siroj.htm http://www.teachersrock.net www.DEPDIKNAS.GO.ID

You might also like