You are on page 1of 6

BAB 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1

PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan penemuan-penemuan kajian berdasarkan objektif dan


hipotesis kajian, membuat perakuan mengenai penemuan kajian dan seterusnya
menyarankan apakah yang harus dilakukan bagi meningkatkan tahap pengetahuan
mengenai isu kad kredit dan cara penggunaannya yang lebih baik dalam kalangan
Pelajar Eksekutif Universiti Kebangsaan Malaysia. Bab ini turut mencadangkan kajian
susulan yang boleh dilakukan berkaitan isu kad kredit untuk masa hadapan.
5.2

RINGKASAN DAPATAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat berkaitan tahap pengetahuan


mengenai isu kad kredit dan penggunaannya dalam kalangan Pelajar Eksekutif
Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian menggunakan kaedah tinjauan dengan teknik
soal selidik sebagai alat pengumpulan data. Instrumen ini terdiri daripada lima
bahagian iaitu latar belakang responden, pengetahuan isu kad kredit, penggunaan kad
kredit, pengetahuan kewangan, dan pendidikan kewangan. Keseluruhan responden
dalam kajian ini adalah seramai 150 orang Pelajar Eksekutif Universiti Kebangsaan
Malaysia. Data yang diperolehi melalui borang soal selidik dianalisis dengan
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (IBM SPSS 21.0).
Kaedah analisis yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis deskriptif bagi melihat
min, sisihan piawai, kekerapan dan nilai peratusan. Manakala statistik inferensi yang
digunakan dalam kajian ini ialah Ujian T dan Ujian Kolerasi Pearson untuk menguji
hipotesis terhadap pemboleh ubah yang dikaji dalam kajian ini.

5.3

RUMUSAN DAPATAN KAJIAN

Secara keseluruhannya, bahagian ini menumpukan kepada perbincangan terhadap kelimalima objektif khusus kajian. Objektif penting yang dibincangkan adalah berkaitan dengan
latar belakang responden, pengetahuan isu berkaitan kad kredit, penggunaan kad kredit,
perbezaan tahap pengetahuan dan penggunaan di antara pelajar lelaki dan perempuan, serta
hubungan di antara tahap pengetahuan dengan penggunaan kad kredit dalam kalangan Pelajar
Eksekutif Universiti Kebangsaan Malaysia.
5.3.1

Objektif Khusus 1

Objektif khusus yang pertama ialah memerihal latar belakang responden dalam kalangan
Pelajar Eksekutif Universiti Kebangsaan Malaysia. Responden yang dikenal pasti terdiri
daripada 75 orang lelaki (50%) dan 75 orang perempuan (50%). Majoriti responden terdiri
daripada mereka yang berumur 26 -35 tahun (53.3%), diikuti oleh responden yang berumur
36 45 tahun (24%), responden berumur 25 tahun dan ke bawah (22.7%). Manakala tiada
responden yang berumur 46 tahun dan ke atas (0%).
Berdasarkan kepada sektor pekerjaan, hasil kajian menunjukkan bahawa majority
responden terdiri daripada penjawat awam (63.3%), dan diikuti oleh pekerja swasta (36.7%).
Bagi faktor pendapatan bulanan, majoriti responden memperoleh pendapatan bulanan
RM3,000 RM5,000 sebulan (60%). Seterusnya, responden yang memperoleh pendapatan
bulanan kurang RM3,000 (35.3%), responden berpendapatan bulanan RM5,000 RM10,000
(4.7%), dan tiada responden yang memperoleh pendapatan bulanan RM10,000 dan ke atas
(0%).
Selain itu, hasil kajian menunjukkan bahawa majorit iaitu 69.3% responden memiliki
1 kad kredit sahaja. Manakala, 30.7% mempunyai 2 kad kredit, dan tiada responden yang
memilik 3 atau lebih kad kredit (0%). Secara keseluruhan, 42.7% responden telah
menggunakan kad kredit selama 1 3 tahun, diikuti oleh responden yang menggunakan kad
kredit selama 3 5 tahun (40.7%), responden yang menggunakan kad kredit kurang dari
setahun (8.7%), dan responden yang menggunakan kad kredit lebih dari 5 tahun (8%).
5.3.2

Objektif Khusus 2

Objektif khusus yang ke dua ialah memerihal tahap pengetahuan Pelajar Eksekutif Universiti
Kebangsaan Malaysia tentang isu-isu yang berkaitan dengan kad kredit. Bedasarkan analisa
yang diperoleh, skor minimum ialah 25 dan skor maksimum ialah 50. Secara purata, nilai
skor yang diperoleh ialah 41.73 dengan sisihan piawai bernilai skor 4.874. Majoriti
responden iaitu 125 orang (83.3%) memperoleh skor 38 dan ke atas yang menunjukkan tahap
pengetahuan mengenai isu kad kredit yang tinggi. Manakala, 25 orang (16.7%) memperoleh
skor di antara 24 37 yang menunjukkan tahap pengetahuan mengenai isu kad kredit yang
sederhana dan tiada seorang pun responden yang memperoleh skor 23 dan ke bawah yang
menunjukkan tahap pengetahuan mengenai isu kad kredit yang rendah.
1.3.3

Objektif Khusus 3
Objektif khusus yang ke tiga ialah memerihal tahap penggunaan kad kredit di kalangan
Pelajar Eksekutif Universiti Kebangsaan Malaysia. Berdasarkan analisis data yang diperoleh,
skor minimum ialah 26 dan skor maksimum ialah 49. Secara purata, nilai skor yang diperoleh
ialah 40.41 dengan sisihan piawai bernilai skor 5.433. Majoriti responden iaitu 120 orang
(80.0%) memperoleh skor 38 dan ke atas yang menunjukkan tahap penggunaan kad kredit
yang tinggi. Manakala, 30 orang (20.0%) memperoleh skor di antara 24 37 yang
menunjukkan tahap penggunaan kad kredit yang sederhana dan tiada seorang pun
memperoleh skor 23 dan ke bawah yang menunjukkan tahap penggunaan kad kredit yang
rendah.

1.3.4

Objektif Khusus 4
Objektif khusus yang ke empat ialah mengenal pasti perbezaan tahap pengetahuan dan
penggunaan kad kredit di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam kalangan Pelajar
Eksekutif Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan ke atas tahap pengetahuan mengenai isu kad kredit dalam kalangan
pelajar lelaki dan perempuan (t = -4.165, p < 0.01). Ini bermakna, H 01 berjaya ditolak.
Seterusnya, hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan ke
atas tahap penggunaan kad kredit dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan (t = -.300, p >
0.01). Oleh yang demikian, H02 gagal ditolak.

1.3.5

Objektif Khusus 5
Objektif khusus yang ke lima ialah mengenal pasti hubungan di antara tahap pengetahuan
Pelajar Eksekutif Universiti Kebangsaan Malaysia dengan penggunaan kad kredit. Hasil
kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara pengetahuan mengenai isu
kad kredit dengan penggunaannya (r = .703, p < 0.01). Ini bermakna, H03 berjaya ditolak.
5.4

CADANGAN

Kad kredit adalah antara produk institusi kewangan yang paling laris di pasaran.
Penggunaannya makin popular dan boleh dikatakan hampir setiap individu memiliki kad
kredit. Sebabnya, ia memberikan kemudahan berbelanja tanpa perlu membawa wang tunai.
Secara mudahnya, kad kredit adalah satu kaedah pembayaran yang membolehkan pemegang
kad membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan tanpa menggunakan wang tunai. Kad
kredit sememangnya penting dan mendatangkan banyak kebaikan kepada pengguna
memandangkan ia lebih mudah digunakan berbanding wang tunai.
Pengguna juga dapat menempah hotel dengan memberikan nombor kad kredit mereka
melalui telefon sahaja. Selain itu, tawaran harga dalam pembelian barang dan perkhidmatan
dinikmati oleh pemegang kad kredit dari semasa ke semasa. Pada masa ini, kebanyakan
syarikat kad kredit menyediakan kemudahan pembayaran bil, premium insurans dan bayaran
berkala lain. Pemegang kad kredit hanya perlu memberikan butir-butir pembayaran kepada
syarikat kad kredit dan syarikat kad kredit akan membuat pembayaran itu bagi pihak
pemegang kad. Semua bayaran ini akan dicatatkan dalam penyata akaun bulanan pemegang
kad.
Namun begitu, penggunaan kad kredit yang kurang bijak dapat menimbulkan masalah
kewangan kepada pemegang kad. Bagi golongan tertentu, kad kredit dijadikan simbol status.
Mereka memohon beberapa kad kredit untuk berlagak di hadapan kawan-kawan mereka.
Mereka akan menayangkan kemampuan kewangan mereka dengan berbelanja besar
menggunakan kad kredit. Ada pula yang memohon beberapa kad kredit untuk menikmati
kemudahan kredit yang didapati daripada setiap kad kredit itu. Mereka tidak teragak-agak
membeli barang-barang mahal atau berbelanja berlebihan kerana mereka boleh membayar

secara ansuran kepada syarikat kad kredit, walaupun faedah yang dikenakan oleh syarikat kad
kredit sangat tinggi.
Akibatnya, mereka terjerat dalam masalah kewangan akibat berbelanja lebih daripada
kemarnpuan dan menyukarkan mereka untuk menjelaskan bayaran ansuran bulanan. Hal ini
menyebabkan syarikat kad kredit akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.
Ada pemegang kad kredit yang diisytiharkan bankrap kerana tidak mampu membayar hutang
kad kredit mereka. Inflasi juga akan berlaku jika pengeluaran kad kredit tidak dikawal.
Dengan memiliki kad kredit, pengguna lebih cenderung untuk berbelanja secara berlebihan,
misalnya membeli barang mahal, melancong ke luar negara dan sebagainya.
Oleh yang demikian, langkah-langkah segera perlu diambil untuk memastikan supaya
penyalahgunaan kad kredit tidak berlaku dan dilakukan dengan sewenang-wenangnya.
Antaranya ialah memperketatkan pengeluaran dan pemilikan kad kredit dengan memastikan
hanya mereka yang benar-benar layak sahaja dan mempunyai pendapatan yang tinggi boleh
memilikinya. Had minimum kelayakan perlu ditingkatkan sekurang-kurangnya kepada
mereka yang mempunyai pendapatan RM3500 ke atas. Kelayakan yang ditetapkan sekarang
ini terlalu rendah dan tidak sejajar dengan peningkatan kos hidup rakyat negara ini.
Membenarkan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana memilik kad
kredit hanya akan mendedahkan mereka kepada beban hutang yang melampau. Kegagalan
mereka membayar balik hutang tertunggak akan mengakibatkan mereka diisytiharkan muflis
dan ini sudah tentu akan menjejaskan kedudukan dana institusi kewangan yang memberikan
pinjaman itu melalui kad kredit. Di samping itu, usaha menyampaikan maklumat kepada
pengguna juga perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran agar mereka sentiasa
berbelanja secara berhemah.
Kerajaan boleh menggalakkan orang ramai berbelanja tetapi bukan dengan cara
berhutang menggunakan kad kredit. Hal ini dapat dilakukan dengan menaikkan caj bayaran
balik dan kadar faedah hutang tertunggak. Langkah ini mungkin akan mendapat tentangan
daripada para pemegang kad kredit dan juga pihak institusi kewangan. Bagi para pemilik kad
kredit, langkah itu akan disifatkan sebagai tidak adil. Pihak bank pula akan melihat langkah
ini akan menyebabkan keuntungan dan pulangan yang bekal diperolehnya mungkin
berkurang.

Setiap pemegang kad kredit seharusnya pandai mengimbangi antara perbelanjaan


dengan pendapatannya supaya ia tidak menjadi suatu bebanan pada masa yang akan datang.
Mereka sepatutnya menggunakan kad kredit hanya pada waktu kecemasan sahaja. Jika boleh,
berbelanjalah mengikut cara yang konvensional iaitu menggunakan wang tunai yang ada di
dalam tangan supaya perbelanjaan itu dapat dikawal dan diawasi selalu. Kad kredit bukan
digunakan untuk menunjuk-nunjuk apatah lagi bagi perbelanjaan yang tidak perlu. Asas
penggunaan dan kad kredit ini perlu difahami. Kegagalan untuk memahami akan
menyebabkan seseorang menyalahgunakan kad kredit sehingga menimbulkan kesengsaraan
kepada diri serta ahli keluarganya.
Justeru, masyarakat perlu berfikir terlebih dahulu sebelum membuat pembelian
melalui kad kredit. Gunakanlah sekadar keperluan sahaja dan jangan melampaui batasan yang
sepatutnya. Di samping itu, di antara perkara yang perlu dititikberatkan oleh pengguna kad
kredit adalah perbelanjaan tersebut tidak boleh melebihi kadar yang munasabah bagi
kapasitinya untuk membayar semula. Ini bermakna, perbelanjaan melalui kad kredit perlu
berlandaskan kemampuan pemiliknya, bukan secara sesuka hati.
5.5

KESIMPULAN

Pengetahuan dalam isu berkaitan dengan kad kredit penting dalam menentukan cara atau
kaedah penggunaannya. Secara khususnya, penggunaan kad kredit adalah penting sebagai
satu kaedah atau medium pembayaran yang sangat mudah dan pantas. Walaupun terdapat
banyak kelebihan dengan penggunaan kad kredit, tidak dapat dinafikan beberapa keburukan
hasil daripada penggunaan kad kredit terutamanya jika ia tidak digunakan dengan cara yang
berhemah oleh pengguna. Penggunaan tanpa pengetahuan, kawalan, dan disiplin akan
menyebabkan perbelanjaan melebihi kemampuan. Oleh yang demikian, setiap pemegang kad
kredit seharusnya mempunyai pengetahuan yang jelas terhadap isu berkaitan dengan kad
kredit agar dapat mengimbangi perbelanjaan dengan pendapatannya.

You might also like