You are on page 1of 4

KAJIAN KUANTITATIF, KUALITATIF DAN GABUNGAN

KAJIAN KUANTITATIF

Kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat
kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur, melalui proses pengukuran dan
memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Saiz sampel bagi
kajian ini lebih besar berbanding kajian kualitatif.

Jenis-jenis kajian kuantitatif:


i) Kajian Deskriptif
ii) Kajian Korelasi
iii) Causal Comparative
iv) Kajian Eksperimental

KAJIAN KUALITATIF

Kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat
kualitatif. Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temubual, analisis
dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Saiz sampel
bagi kajian ini lebih kecilberbanding kajian kualitatif.

Jenis-jenis kajian kualitatif:


i) Kajian Tindakan
ii) Kajian Kes
iii) Kajian Lapangan
iv) Analisis Dokumen

PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF DAN KAJIAN KUALITATIF

i) Bentuk Data

KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF


Data berbentuk angka yang boleh Data berbentuk perkataan atau ayat
diukur. yang dikumpul melalui temubual atau
yang direkod dalam bentuk gambar
atau video.

ii) Instrumen Kajian

KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF


Penyelidik menggunakan instrument Penyelidik adalah instrumen utama
seperti soal selidik dan ujian memungut data. Penyelidik perlu
pencapaian bagi memungut data. berada dalam situasi yang dikaji,
Instrumen berfungsi sebagai alat mendengar dan memerhati sendiri
pengukur dan menjadi alat perantaraan fenomena yang ingin dikaji.
antara penyelidik dan peserta kajian.

iii) Reka bentuk Kajian

KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF


Reka bentuk ditetapkan sebelum data Reka bentuk bersifat mudah lentur /
dipungut. fleksibel, boleh diubahsuai mengikut
keadaan dan keperluan situasi.
iv) Peserta Kajian

KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF


Penyelidik bukan peserta kajian. Penyelidik adalah sebahagian daripada
Peserta kajian adalah sampel yang peserta kajian. Maklumat kajian
dipilih dengan menggunakan teknik diperoleh secara langsung daripada
persampelan tertentu. peserta kajian.

v) Metodologi Kajian

KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF


Penyelidik mengkaji populasi atau Saiz sampel kecil dan dipilih secara
sampel yang mewakili populasi. Saiz bertujuan dan tidak berasaskan
sampel besar dan dipilih berasaskan kebarangkalian.
kebarangkalian.

KAJIAN GABUNGAN (MIXED-METHOD)

Kajian gabungan pula merupakan kajian yang menggabungkan kaedah kuantitatif


dan kualitatif. Data yang diperoleh juga menggunakan data kuantitatif dan data
kualitatif.

RUJUKAN

Aini Hassan. 2007. Kualitatif Atau Kuantitatif ?: Memahami Andaian Asas Yang
Mendasari Penyelidikan Pendidikan. Masalah Pendidikan. 30 (1). Halaman 7-16. ISSN
0126-5024

Kajian Dalam Pendidikan. http://www.scribd.com/doc/18682201/Panduan-Kajian-


Kes [3/8/2010]

Nota Kursus Research Methodology Anjuran Kolej Komuniti Segamat. 2009.

You might also like