You are on page 1of 2

Laporan Kemajuan Penyelidikan Semester 3 sesi 2015/2016

Tajuk: Peranan Sekolah dalam Pembentukan Perpaduan Kaum antara Etnik dalam
Kalangan Pelajar

Semester 1

Fasa 1, Menyiapkan Proposal

Pada minggu pertama, saya menyediakan tajuk-tajuk kajian bersesuaian dengan bidang kajian
saya. Setelah itu, perbincangan telah dilakukan bersama dengan penyelia saya bagi meneliti tajuk
yang bersesuaian. Berdasarkan kepada tajuk kajian saya, maka proposal ringkas disediakan pada
fasa ini bagi memperlihatkan dengan lebih jelas akan kajian yang sedang dijalankan. Melalui
proposal berkenaan maka tujuan utama kajian dapat dikenal pasti dengan lebih mendalam.
Perancangan yang selanjutnya juga dapat dilaksanakan dengan mudah.

Fasa 2, Mengumpul Maklumat:

Pada fasa ini saya mengumpul maklumat berkaitan kajian berdasarkan kepada pembacaan
kajian-kajian terdahulu yang berkaitan dengan kajian saya. Saya juga mendapat maklumat
melalui pembacaan buku-buku yang terdapat di perpustakaan serta maklumat di laman sesawang.
Pada masa yang sama juga saya memperoleh maklumat melalui pembacaan daripada akhbar-
akhbar, majalah melalui media massa yang lain. Maklumat-maklumat yang mencukupi
memudahkan saya untuk mengaplikasikannya ke dalam kajian saya.

Fasa 3, Penyediaan Bab 1:

Pada fasa ini, bermulalah penulisan bab 1 bagi kajian yang sedang saya lakukan. Pada bab ini
saya menghuraikan dengan lebih jelas tentang pengenalan kajian, latar belakang, penyataan
masalah, objektif dan persoalan kajian. Dalam bab ini penerangan secara keseluruhan berkaitan
kajian akan dihuraikan dengan lebih terperinci. Hal ini memperlihatkan secara keseluruhan akan
kajian yang ingin dilaksanakan. Kemudian, penyelia saya membuat semakan dan saya membuat
pembetulan semula dan menambah baik penulisan saya.

Semester 2
Fasa 4, Penyediaan Bab 2:

Bermulalah kepada penulisan bab 2 bagi kajian yang dijalankan. Dalam bab 2, perkara yang akan
dibincangkan ialah mengenai isu-isu yang wujud berkaitan perpaduan di sekolah, peranan
sekolah dalam membentuk perpaduan dan perbincangan mengenai kajian-kajian lepas. Pada
ketika ini saya masih proses penulisan bab 2 sedang dijalankan iaitu berkaitan dengan isu-isu
semasa dan kajian lepas. Pada masa yang sama saya mencari maklumatmaklumat yang
diperlukan serta membuat perbandingan tentang kajian-kajian terdahulu dengan kajian saya.

Fasa 5, Memurnikan Pembentulan Bab 3:

Pada fasa ini bermula dengan penulisan bab 3 yang bakal dijalankan. Dalam bab 3, perkara yang
dibincangkan ialah berkaitan metodologi kajian. Metodologi kajian yang bersesuaian dengan
kajian dikenalpasti dan bakal digunakan. Penulisan bab 3 dimurnikan dari semasa ke semasa bagi
menghasilkan penulisan yang baik.

Semester 3

Fasa 6, Merangka Strategi Menjalankan Kajian Di Lapangan:

Strategi untuk menjalankan kajian di lapangan di rangka terlebih dahulu bagi memudahkan
pengkaji untuk melaksanakan sesuatu tugas dengan baik.

Fasa 7, Pembinaan Rangka Bab 4:

Rangka bab 4 dibina secara ringkas terlebih dahulu untuk melihat perkara-perkara yang perlu
dilakukan.

Frasa 8, Pengumpulan Data Kajian:

Pada frasa ini, pengkaji telah ke tempat kajian bagi mengumpul seberapa banyak maklumat yang
boleh. Pengkaji melakukan pemerhatian di tempat kajian secara terperinci. Pengkaji turut
mendapatkan dokumen-dokumen yang penting bagi memantapkan lagi kajian yang dijalankan.
Proses temu bual juga dilakukan terhadap responden-responden yang telah dipilih. Responden
dipilih berdasarkan kepada krateria tertentu dan mampu memberikan maklumat yang berguna
kepada kajian ini.

You might also like