You are on page 1of 15

980318-13-5738

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini menerangkan hasil analisis data berdasarkan tindak balas orang
responden terhadap borang soal selidik yang diedarkan kepada mereka berkait tentang jenis
jenis pakaian yang dibeli oleh pelajar-pelajar lelaki Tingkatan Lima SMK St. Anthony,
Sarikei, Sarawak secara dalam talian dan faktor yang mendorongnya oleh pelajar-pelajar
lelaki Tingkatan Lima SMK St. Anthony, Sarikei, Sarawak dalam pembelian pakaian secara
dalam talian.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki Tingkatan Lima SMK
St. Anthony, Sarikei, Sarawak telah disoal selidik. Huraian analisis latar belakang responden
melibatkan aspek kaum, tempat kediaman, aliran dan pendapatan sebulan ibu bapa.

5.1.1 Taburan Responden Mengikut Kaum

JADUAL 1: TABURAN RESPONDEN MENGIKUT KAUM

Kaum Bilangan responden (orang) Peratusan (%)


Cina 12 40.00
Melayu 6 20.00
Iban 8 26.67
Bidayuh 2 6.67
Melanau 1 3.33
Lain-lain 1 3.33
Jumlah 30 100.00

(Sumber: Kajian Lapangan 2017)


980318-13-5738

RAJAH 1: TABURAN RESPONDEN MENGIKUT KAUM

KAUM
3.33%
3.33%

6.67%

40.00% Cina
26.67% Melayu
Iban
Bidayuh
20.00%
Melanau
Lain-lain

(Sumber: Kajian Lapangan 2017)

Jadual 1 dan Rajah 1 menunjukkan taburan responden mengikut kaum. Berdasarkan


Jadual 1 dan Rajah 1, dapatan hasil kajian menunjukkan sebanyak 12 orang atau 40.00%
daripada jumlah 30 orang responden merupakan kaum Cina. Terdapat 8 daripada 30 orang
responden atau bersamaan 26.67% merupakan kaum Melayu. Bagi kaum Melayu, terdapat 6
responden atau bersamaan 20.00% daripada jumalah 30 orang responden. Terdapat dua
daripada 30 orang responden atau bersamaan 6.67% merupakan kaum Melanau. Bagi kaum
Melanau, mempunyai hanya satu daripada 30 orang responden atau bersamaan 3.33%. Akhir
sekali, hanya satu daripada 30 orang responden atau bersamaan 3.33% terdiri daripada kaum
lain.

5.1.2 Taburan Responden Mengikut Tempat Kediaman

JADUAL 2: TABURAN RESPONDEN MENGIKUT TEMPAT KEDIAMAN


Tempat Tinggal Bilangan Responden Peratusan (%)
(orang)
Bandar 12 40.00
Luar Bandar 18 60.00
Jumlah 30 100.00

(Sumber: Kajian Lapangan 2017)


980318-13-5738

RAJAH 2: TABURAN RESPONDEN MENGIKUT TEMPAT KEDIAMAN

TEMPAT KEDIAMAN

40.00%
60.00%
Bandar
Luar Bandar

(Sumber: Kajian Lapangan 2017)

Jadual 2 dan Rajah 2 menunjukkan demografi responden mengikut tempat tinggal.


Daripada jumlah 30 orang responden yang telah disoal selidik, seramai 12 orang responden
atau bersamaan 40.00% tinggal di bandar. Terdapat sebanyak 18 orang responden bersamaan
60.00% daripada jumlah 30 orang responden tinggal di luar bandar.

5.1.3 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Ibu Bapa (Sebulan)

JADUAL 3: TABURAN RESPONDEN MENGIKUT PENDAPATAN SEBULAN


IBU BAPA
Pendapatan Sebulan Ibu Bilangan (orang) Peratusan (%)
Bapa
Kurang daripada RM 1000 9 30.00
RM 1000- RM 2999 16 53.33
RM3000- RM 4999 3 10.00
RM 5000 dan ke atas 2 6.67
Jumlah 30 100.00

(Sumber: Kajian Lapangan 2017)


980318-13-5738

RAJAH 3: TABURAN RESPONDEN MENGIKUT PENDAPATAN SEBULAN


IBU BAPA

PENDAPATAN SEBULAN IBU BAPA

6.67%
10.00%
30.00%
Kurang daripada RM 1000
RM 1000- RM 2999
53.33%
RM3000- RM 4999
RM 5000 dan ke atas

(Sumber: Kajian Lapangan 2017)

Jadual 3 dan Rajah 3 menunjukkan taburan responden mengikut pendapatan sebulan ibu bapa.
Berdasarkan Jadual 3 dan Rajah 3, sebanyak 16 orang daipada jumlah 30 orang responden
atau bersamaan 53.33% mempunyai pendapatan sebulan ibu bapa antara RM 1000 hingga
RM 2999. Terdapat 9 orang responden atau bersamaan 30.00% mempunyai pendapatan
sebulan ibu bapa kurang daripada RM 1000. Bagi pendapatan sebulan ibu bapa antara RM
3000 hingga RM 4999, terdapat 3 responden atau bersamaan 10.00% daripada jumalah 30
orang responden. Akhirnya, hanya terdapat seorang atau 6.67% daripada jumlah 30 orang
responden mempunyai pendapatan sebulan ibu bapa sebanyak RM5000 dan ke atas.
980318-13-5738

5.2 ANALISIS MENGENAI PEMBELIAN PAKAIAN SECARA DALAM TALIAN

5.2.1 Jenis–jenis Pakaian Yang Dibeli Oleh Golongan Pelajar Lelaki Secara
Dalam Talian.

Skala ‘Guttman’ telah diberikan bagi bahagian B1 di dalam borang soal selidik seperti
jadual penskoran yang di bawah, skor 0 mewakili ‘TIDAK’ manakala skor 1 mewakili
‘YA’.

PERKARA TIDAK YA
SKOR 0 1

JADUAL 4: JENIS-JENIS PAKAIAN YANG DIBELI OLEH GOLONGAN PELAJAR


LELAKI SECARA DALAM TALIAN

BIL JENIS-JENIS PAKAIAN

1 Kemeja (baju formal)

2 Baju T

3 Seluar panjang atau pendek

4 Baju batik

5 Baju sukan

(Sumber: Kajian Lapangan 2017)

Dalam kajian ini, terdapat lima jenis-jenis pakaian yang dibeli oleh pelajar-pelajar
lelaki di SMK St. Anthony, Sarikei, Sarawak. Antaranya, jenis pertama adalah kemeja
(baju formal). Jenis yang kedua adalah baju T. Jenis yang ketiga pula adalah seluar
panjang atau pendek. Selain itu, jenis keempat ialah baju batik. Akhir sekali, jenis
kelima merujuk kepada baju sukan.
980318-13-5738

JADUAL 5: ANALISIS BAGI JENIS-JENIS PAKAIAN YANG DIBELI OLEH


GOLONGAN PELAJAR LELAKI SECARA DALAM TALIAN

Skor

Jenis 0 1

f % f %

1 18 12
60.00 40.00

2 10 20
33.33 66.67

3 16 14
53.33 46.67

4 21 9
70.00 30.00

5 3 27
10.00 90.00

Catatan:

1. f - frekuensi
2. % - peratus

( Sumber : Kajian Lapangan 2017)


980318-13-5738

RAJAH 4 : ANALISIS BAGI JENIS-JENIS PAKAIAN YANG DIBELI OLEH


GOLONGAN PELAJAR LELAKI SECARA DALAM TALIAN

100
90.00
90
80
70 66.67

60
Peratusan (%)

50 46.67
40.00 Jenis jenis
40
30.00 Skor 1
30
20
10 10.00
2 3 70.00
60.00
0
60 33.33 53.33 70 10

Jenis-jenis pakaian

(Sumber: Kajian Lapangan 2017)

Jadual 5 dan Rajah 4 menunjukkan analisis terhadap dapatan borang soal


selidik bagi jenis-jenis pakaian yang dibeli oleh pelajar-pelajar lelaki di SMK St.
Anthony, Sarikei, Sarawak secara dalam talian.

Jenis pakaian lelaki pertama yang dinyatakan dalam borang soal selidik adalah jenis
baju kemeja. Terdapat 18 orang responden atau bersamaan 60.00% daripada jumlah 30
orang responden tidak membeli baju kemeja secara dalam talian. Hal ini demikian
kerana responden kajian ini merupakan pelajar-pelajar Tingkatan Lima yang tidak perlu
memakai baju kemeja ke sekolah atau tempat lain. Walau bagaimanapun, terdapat 12
orang responden atau bersamaan 40.00% daripada jumlah 30 orang responden
membelinya secara dalam talian. Hal ini demikian kerana mereka membeli baju kemeja
bagi menghadiri sesuatu majlis atau pertandingan yang memerlukan pakaian yang
formal.

Jenis pakaian lelaki kedua yang dinyatakan dalam borang soal selidik adalah jenis
baju T. Terdapat 20 orang responden atau bersamaan 66.67% daripada jumlah 30 orang
responden membeli baju T secara dalam talian kerana baju T yang dijual dalam talian
980318-13-5738

mempunyai pelbagai jenis dan pilihan serta design yang agak menarik. Walau
bagaimanapun, terdapat 10 orang responden atau bersamaan 33.33% daripada jumlah 30
orang responden tidak membeli baju T secara dalam talian. Hal ini demikian kerana
mereka berpendapat baju T yang dijual di kedai tempatan lebih berkualiti.

Jenis pakaian lelaki yang ketiga yang dinyatakan dalam borang soal selidik adalah
jenis seluar panjang dan pendek. Terdapat 16 orang responden atau bersamaan 53.33%
daripada jumlah 30 orang responden tidak membeli seluar panjang atau pendek secara
dalam talian. Hal ini demikian kerana mereka bimbang bahawa saiz seluar yang dibeli
secara dalam talian adalah tidak sesuai. Walau bagaimanapun, terdapat 14 orang
responden atau bersamaan 46.67% daripada jumlah 30 orang responden membeli seluar
panjang atau pendek secara dalam talian. Salah seorang daripada 14 orang responden
telah ditemu bual dan dapatan temu bual menunjukkan informan berpendapat bahawa
pelbagai seluar panjang atau pendek yang dipamerkan dalam talian dengan harga yang
lebih murah dan hal ini mendorong responden membeli seluar panjang atau pendek
secara dalam talian.

Jenis pakaian keempat yang dinyatakan dalam borang soal selidik adalah baju
batik. Terdapat 21 orang responden atau bersamaan 70% daripada jumlah 30 orang
responden tidak membeli baju batik secara dalam talian. Temu bual telah diadakan
kepada salah seorang informan daripada 21 orang responden tersebut dan dapatan
temu bual telah menujukkan bahawa pelajar lelaki Tingkatan Lima kurang memakai
baju batik. Namun begitu, terdapat juga 9 orang responden atau bersamaan 30.00%
daripada jumlah 30 orang responden membeli baju batik secara dalam talian kerana
mereka perlu memakai semasa perayaan kaum tertentu dan pertandingan.

Akhir sekali, jenis pakaian kelima dinyatakan dalam borang soal selidik adalah
baju sukan. Terdapat 27 orang responden atau bersamaan 70.00% daripada jumlah 30
orang responden membeli baju sukan secara dalam talian. Hal ini demikian kerana baju
sukan banyak diperlukan oleh pelajar dalam pelbagai aktiviti sukan di sekolah. Baju
sukan yang dipamerkan dalam talian juga mempunyai pilihan yang pelbagai dan corak
yang menarik. Walau bagaimanapun, terdapat 3 orang responden atau bersamaan 10.00%
daripada jumlah 30 orang responden tidak membeli baju sukan secara dalam talian
kerana mereka menganggap baju sukan yang dijual dalam talian dibuat dengan
menggunakan kain yang kurang berkualiti. Mereka ingin membeli baju sukan yang
980318-13-5738

diperbuat daripada kain yang berkualiti dan selesa seperti yang ditunjuk di dalam kedai
tempatan.
980318-13-5738

5.2.1 Faktor-faktor Yang Mendorong Golongan Pelajar Lelaki Mengamalkan


Pembelian Pakaian Secara Dalam Talian.

Jadual penskoran di bawah menunjukan skala likert 3 skor digunakan pada


Bahagian B2 dalam borang soal selidik yang diedarkan kepada responden.

PERKARA TIDAK SETUJU TIDAK PASTI SETUJU


SKOR 1 2 3

JADUAL 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG GOLONGAN PELAJAR


LELAKI MEMBELI PAKAIAN SECARA DALAM TALIAN

BIL PERKARA
1 Faktor masa - Lebih menjimatkan masa

2 Faktor kepelbagaian pilihan - Terdapat pelbagai jenis pakaian yang


boleh dijadikan sebagai pilihan

3 Faktor kewangan - Harga barangan yang lebih murah

4 Faktor perkhidmatan - Maklumat yang mesra pelanggan dan terkini

5 Faktor keselesaan - Pembelian dapat dijalankan pada bila-bila masa


dengan cara pembayaran yang mudah

(Sumber: Kajian Lapangan 2017)

Terdapat lima faktor yang dikemukakan dalam borang soal selidik. Antara faktor yang
mendorong pelajar-pelajar Tingkatan Lima SMK St. Anthony, Sarikei, Sarawak ialah
faktor masa, faktor kualiti, faktor kewangan, faktor perkhidmatan dan faktor keselesaan
yang menyebabkan remaja membeli produk kecantikan secara dalam talian.
980318-13-5738

JADUAL 7: ANALISIS BAGI FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG GOLONGAN


PELAJAR LELAKI TINGKATAN LIMA SMK ST. ANTHONY SARIKEI, SARAWAK
MEMBELI PAKAIAN SECARA DALAM TALIAN

Skor

Faktor 1 2 3

f % f % f %

1 16 53.33 9 30.00 5 16.67

2 9 30.00 5 16.67 16 53.33

3 8 26.67 3 10.00 19 63.33

4 24 80.00 3 10.00 3 10.00

5 11 36.67 16 53.33 3 10.00

Catatan:

1. f - frekuensi/ kekerapan
2. % - peratus

(Sumber: Kajian Lapangan 2017)


980318-13-5738

RAJAH 5: ANALISIS BAGI FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG


GOLONGAN PELAJAR LELAKI TINGKATAN LIMA SMK ST. ANTHONY
SARIKEI, SARAWAK MEMBELI PAKAIAN SECARA DALAM TALIAN

90
80.00
80

70
63.33
Peratusan (%)

60
53.33 53.33 53.33
50
Skor 1
40 30.67
Skor 2
30.00 30.00
30 26.67 Skor 3

20 16.67 16.67
10.00 10.00 10.00 10.00
10

0
1 2 3 4 5

Faktor-faktor

(Sumber: Kajian Lapangan 2017)

Jadual 6 dan Rajah 5 menunjukkan analisis bagi faktor-faktor yang mendorong


golongan pelajar lelaki Tingkatan Lima SMK St. Anthony Sarikei, Sarawak membeli pakaian
secara dalam talian. Faktor pertama yang dinyatakan dalam borang soal selidik adalah faktor
masa. Terdapat 16 orang atau bersamaan 53.33% daripada 30 orang responden tidak setuju
tentang faktor masa yang mendorong mereka membeli pakaian secara dalam talian. Semasa
membeli pakaian secara dalam talian, mereka perlu mengambil masa yang panjang untuk
membuat pertimbangan terhadap sesuatu produk. Terdapat 9 orang atau bersamaan 30.00%
daripada jumlah 30 orang responden tidak pasti sama ada faktor masa mendorong atau tidak
mendorong mereka membeli pakaian secara dalam talian. Mereka tidak dapat pasti sama ada
masa mereka dijimatkan atau tidak kerana kadangkala mengambil masa yang panjang untuk
melayari internet disebabkan kelemahan talian dan kadangkala tidak. Terdapat 5 orang atau
980318-13-5738

bersamaan 16.67% daripada jumlah 30 orang responden setuju tentang pernyataan tersebut.
Hal ini disebabkan masa mereka dapat dijimatkan dengan tidak perlu mengambil masa ke
pasar untuk membeli pakaian yang diingini.

Faktor kedua yang dinyatakan adalah faktor kepelbagaian pilihan. Sebanyak 16 orang
atau bersamaan 53.33% daripada jumlah 30 orang responden setuju bahawa faktor
kepelbagaian pilihan mendorong mereka membeli barangan kecantikan secara dalam talian.
Hal ini disebabkan terdapat pelbagai jenis pakaian seperti baju sukan berjenama Nike dan
Puma, baju kemeja berjenama Polo, Crocodile dan sebagainya dijual dalam Internet.
Terdapat 9 orang atau bersamaan 30.00% daripada jumlah 30 orang responden tidak setuju
dengan pernyataan tersebut. Pakaian yang dijual dalam Internet tidak mempunyai banyak
pilihan untuk mereka. Terdapat 5 orang atau bersamaan 16.67% daripada jumlah 30 orang
responden tidak pasti sama ada faktor kepelbagaian pilihan mendorong atau tidak mendorong
mereka membeli pakaian secara dalam talian. Mereka mengganggap bahawa semua pakaian
yang dijual adalah sama jenis.

Faktor ketiga yang dinyatakan dalam borang soal selidik merupakan faktor
kewangan yang merujuk kepada harga pakaian yang dijual dalam talian lebih
murah.Terdapat 19 orang responden atau bersamaan 63.33% daripada jumlah 30 orang
responden bersetuju bahawa faktor tersebut merupakan faktor yang mendorong pelajar-
pelajar lelaki di SMK St. Anthony, Sarikei, Sarawak membeli pakaian secara dalam
talian. Kini, responden mempunyai sumber kewangan yang terhad untuk mengeluarkan
perbelanjaan untuk membeli pakaian yang diperlukan. Oleh itu, responden akan
mengambil keputusan untuk membeli pakaian yang harganya lebih murah dan berkualiti
baik. Namun, terdapat juga 8 orang responden atau bersamaan 26.67% daripada jumlah
30 orang responden tidak bersetuju bahawa faktor kewangan merupakan faktor yang
mendorong mereka membeli pakaian secara dalam talian. Melalui temu bual, salah
seorang informan berpendapat bahawa keadaan ekonomi di negara kita semakin maju
dan kewangan bukan lagi menjadi perkara yang perlu dibimbangkan oleh pelajar-
pelajar untuk membeli pakaian. Terdapat juga 3 orang responden atau bersamaan
10.00% daripada jumlah 30 orang responden tidak pasti sama ada faktor kewangan
mendorong pelajar-pelajar lelaki di SMK St. Anthony, Sarikei, Sarawak membeli
pakaian secara dalam talian atau tidak. Pakaian yang dijual dalam talian ada yang
mahal tetapi juga ada yang murah.
980318-13-5738

Faktor keempat yang dinyatakan dalam borang soal selidik adalah faktor
perkhidmatan. Faktor perkhidmatan merujuk kepada maklumat yang mesra pelanggan
dan terkini serta segala persoalan tentang pakaian tersebut dijawab dengan tepat.
Terdapat 24 orang responden atau bersamaan 80.00% daripada jumlah 30 orang
responden tidak bersetuju bahawa faktor pekhidmatan merupakan faktor yang
mendorong pelajar-pelajar lelaki di SMK St. Anthony, Sarikei, Sarawak membeli
pakaian secara dalam talian. Hal ini demikan kerana mereka pernah menghadapi
masalah seperti layanan penjual yang tidak memuaskan dan menerima maklumat palsu.
Melalui temu bual, salah seorang informan mengatakan bahawa mereka selalu
menghadapi penjual yang tidak sopan dan lambat menjawab soalan yang dikemukakan.
Tambahan pula, banyak maklumat yang diberikan dalam laman sesewang adalah tidak
benar. Sebaliknya, terdapat juga 3 orang responden atau bersamaan 10.00% daripada
jumlah 30 orang responden bersetuju bahawa faktor pekhidmatan merupakan faktor
yang mendorong pelajar-pelajar lelaki di SMK St. Anthony, Sarikei, Sarawak membeli
pakaian secara dalam talian. Hal ini demikian kerana mereka dilayan dengan baik
semasa membeli pakaian secara dalam talian. Walau bagaimanapun, terdapat 3 orang
responden lagi atau bersamaan 10.00% daripada jumlah 30 orang responden tidak pasti
bahawa sama ada faktor pekhidmatan merupakan faktor yang mendorong mereka
membeli pakaian secara dalam talian atau tidak kerana mereka kadang-kala menghadapi
layanan penjual yang tidak memuaskan dan kadangkala menerima layanan yang baik.

Akhir sekali, faktor kelima yang dinyatakan dalam borang soal selidik adalah faktor
keselesaan. Terdapat 16 orang atau bersamaan 53.33% daripada jumlah 30 orang responden
tidak pasti sama ada faktor keselesaan yang mendorong atau tidak mendorong mereka
membeli barangan kecantikan secara dalam talian. Hal ini disebabkan mereka tidak pasti
sama ada pembayaran yang dilakukan semasa membeli pakaian memudahkan mereka atau
sebaliknya. Mereka berasa semua cara pembayaran sama sahaja. Terdapat sebanyak 11 orang
atau 36.67% daripada jumlah 30 orang responden tidak setuju terhadap faktor kemudahan.
Hal ini disebabkan bagi mereka berasa prosedur dan cara pembayaran amat merumitkan
mereka.Terdapat 3 orang atau bersamaan 10.00% daripada jumlah 30 orang responden setuju
dengan pernyataan tersebut. Hal ini disebabkan cara pembayaran terutamanya melalui
Internet (online banking) telah memudahkan mereka dan cara pembayarannya amat mudah
sahaja. Mereka tidak perlu berbaris di bank dan membazir masa mereka menunggu giliran
980318-13-5738

mereka utuk menjalankan urusan pembayaran dan mereka dapat membeli pakaian yang
diperlukan pada bila-bila masa.

You might also like