You are on page 1of 1

Kaedah soal selidik

Untuk menjalankan tugasan projek ini, kami telah menggunakan beberapa kaedah untuk
mendapatkan maklumat yang tepat dan benar. Antara kaedah yang kami gunakan ialah kaedah
pemerhatian dan soal selidik. Kami menggunakan kaedah ini untuk mendapat respon daripada
pelajar IPG Kampus Darulaman.

Kaedah yang kami gunakan ialah kaedah pemerhatian. Tujuan keadah ini digunakan
adalah untuk mengkaji sambutan pengguna terhadap sesuatu harga barangan. Kami telah
memerhatikan ke atas tajuk tugasan bagi soal selidik yang dijalankan. Selain itu, kami juga
membuat pemerhatian atas tajuk-tajuk yang sesuai untuk menyiapkan tugasan kami. Kaedah
pemerhatian ini boleh digunakan untuk mengira bilangan pelajar yang menggunakan telefon
bimbit jenama yang berlainan jenis. Dengan menggunakan kaedah ini, barulah kami dapat
membina soalan-soalan bagi tugasan ini.

Di samping itu, kami juga menggunakan kaedah soal selidik untuk menjalankan tugasan
kami. Soal selidik merupakan senarai soalan yang dicetak dan diisi oleh orang lain. Dengan ini,
barulah akan mendapat maklumat yang tepat mengikut objektif kajian. Kami telah mengedarkan
borang soal selidik kepada 45 orang pelajar Institusi Pendidikan Guru Kampus Darulaman.
Kami menggunakan kaedah soal selidik bentuk tertutup kerana soalan yang berstruktur dan
pelajar hanya memilih jawapan yang disediakan sahaja.

Soalan yang direka adalah ringkas dan jelas. Kami mereka soalan dengan merujuk
kepada tujuan penyelidikan yang dijalankan. Hal ini adalah untuk mengelakkan daripada
mereka soalan yang tidak mempunyai kaitan dengan tujuan penyelidikan. Soalan yang dibina
juga tidak kabur dan mudah difahami supaya responden dapat menjawap soalan-soalan
tersebut dengan tepat.

Untuk menguruskan soal selidik ini, borang soal selidik diserah balik kepada penyelidik
untuk menjalankan tafsiran terhadap tugasan ini. Hal ini berbuat demikian kerana soal selidik
yang diedarkan dapat dijelaskan kepada responden sekiranya mereka tidak memahami
terhadap soalan-soalan yang disediakan.

Kesimpulannya, kami telah menggunakan kaedah pemerhatian dan soal selidik untuk
menjalankan tugasan ini. Kaedah yang kami gunakan membolehkan kami untuk mendapatkan
maklumat yang tepat bagi objektif kajian bagi tugasan ini.

You might also like