You are on page 1of 4

980318-13-5738

4.0 METODOLOGI KAJIAN


Menurut Sabitha Marican (2009), dan Ahmad Munawar Ismail dan Mohd Nor
Shahizan Ali (2014) metodologi merupakan satu kaeadah yang digunakan untuk
melaksanakan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu mengikut disiplin yang teratur.
Tujuannya adalah untuk menghasilkan kajian yang baik. Pengkaji sedaya upayanya
memanfaatkan teori penyelidikan tersebut dalam penghasilan kertas projek ini. Pengkaji
akan membincangkan reka bentuk kajian, instrumen kajian, cara pengumpulan data dan
cara analisis data di bahagian ini. Selain ini, kajian juga digunakan untuk memastikan
objektif kajian dapat dicapai berdasarkan data yang sah dan boleh dipercayai.

4.1 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian boleh dibahagikan kepada dua pendekatan, iaitu pendekatan
kualitatif dan kuantitatif yang bersifat deskriptif. Pendekatan kualitatif dalam kajian ini adalah
kajian kes. Kajian kes dilaksanakan untuk menghimpun data, memperoleh makna, dan
memperoleh pemahaman daripada suatu kes. Kumpulan berfokus merujuk kepada sekumpulan
orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi yang menyumbang maklumat
secara berstruktur. Kumpulan berfokus kajian saya ialah golongan pelajar lelaki di SMK St.
Anthony Sarikei yang melibatkan tempat kediaman, jenis kaum dan pendapatan ibu bapa
sebulan yang berbeza. Dalam kajian ini, kajian kes digunakan untuk memahami amalan
pembelian pakaian secara dalam talian dalam kalangan pelajar lelaki di SMK St. Anthony Sarikei,
Sarawak. Pendekatan kuantitatif ialah penyelidikan yang menekankan kepada fenomena-
fenomena objektif dan dikawal melalui pengumpulan dan analisis data terhadap soal selidik.
Dalam kajian ini,untuk mengenal pasti jenis-jenis pakaian lelaki yang dibeli oleh golongan pelajar
lelaki dan untuk memberikan penerangan dan penjelasan tentang persepsi golongan pelajar
lelaki terhadap faktor-faktor yang mendorong mereka membeli pakaian secara dalam talian,
kekerapan dan peratus daripada skor yang diperoleh melalui soal selidik yang diserahkan kepada
sampel kajian telah digunakan. Soal selidik dan temu bual berstruktur yang diberi kepada
kumpulan berfokus yang terpilih daripada satu populasi yang hendak dikaji merupakan sumber
primer kajian ini.

4.2 SAMPEL KAJIAN

Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara bertujuan iaitu melibatkan 30 orang
pelajar lelaki Tingkatan Lima di SMK St. Anthony Sarikei sebagai responden. Pemilihan sampel ini
adalah berdasarkan tempat tinggal, jenis kaum dan pendapatan ibu bapa (sebulan) yang berbeza.
Selain itu, daripada 30 orang responden, temu bual berstruktur turut dijalankan ke atas lima
orang informan yang merupakan pengguna yang kerap menjalankan pembelian pakaian secara
dalam talian untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai soalan yang
dikemukakan dalam borang soal selidik. Bilanagan sampel bersesuaian dengan kajian kuantitatif
yang memerlukan bilangan sampel yang besar untuk mewakili populasi yang dikaji (R.
Kuberanetal, 2003). Pensampelan Bola Salji (snowball sampling) digunakan dalam kajian ini.
Pensampelan Bola Salji bermaksud mendapatkan bilangan sampel yang sedikit sedahulu
sebelum jumlah sampel itu bertambah melalui maklumat nama dan lokasi sampel lain yang
diberikan oleh sampel awal. Pensampelan ini seolah-olah seperti proses sebiji bola salji bergolek
980318-13-5738

dari atas bukit dan menjadi besar apabila sampai ke bawah dan disebut sebagai snowball
sampling (Rohana Yusof, 2004).

4.3 INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini menggunakan borang soal selidik dan borang temu bual berstruktur sebagai
instrumen kajian.

4.3.1 Borang Soal Selidik

Instrumen borang soal selidik yang dibina menggunakan prinsip KISS (Keep it short and
simple) iaitu mengemukakan soalan yang ringkas dan mudah difahami (R. Kuberanetal, 2003).
Borang soal selidik ini mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A yang merangkumi demografi
responden dan Bahagian B yang dibahagikan kepada Bahagian B1 serta Bahagian B2. Bahagian
B1 adalah soalan yang berkaitan dengan jenis-jenis pakaian lelaki yang dibeli secara dalam talian
oleh pelajar-pelajar perempuan Tingkatan Lima di lokasi kajian. Bahagian B2 pula adalah soalan
yang berkaitan dengan faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar lelaki Tingkatan Lima di
lokasi kajian membeli pakaian lelaki secara dalam talian. Soalan dalam borang soal selidik
merupakan soalan tertutup. Bahagian B1 menggunakan skalan “Guttman” dan Bahagian B2 pula
menggunakan skala likert 3 skor. (Sila rujuk LAMPIRAN 1)

4.3.2 Borang Temu Bual

Pengkaji menyediakan 5 soalan berstruktur yang berkaitan dengan jenis-jenis pakaian


lelaki yang dibeli secara dalam talian oleh pelajar-pelajar lelaki Tingkatan Lima di SMK St.
Anthony Sarikei dan faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar lelaki Tingkatan Lima di SMK
St. Anthony Sarikei membeli pakaian lelaki secara dalam talian. Pandangan informan telah
dicatatkan pada borang temu bual. (Sila rujuk LAMPIRAN 2)

4.4 CARA PENGUMPULAN DATA/MAKLUMAT

Data dan maklumat untuk kajian ini dikumpul menggunakan tiga cara iaitu kaedah rujukan,
kaedah soal selidik dan kaedah temu bual.

4.4.1 Kaedah Rujukan

Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap sumber sekunder, iaitu rujukan perpustakaan
yang terdiri daripada bahan-bahan bertulis yang sudah diterbitkan seperti majalah, akhbar,
Kamus Dewan Edisi Keempat, dan sumber daripada Internet bagi mendapat maklumat berkaitan
jenis-jenis pakaian lelaki yang dibeli secara dalalm talian dan faktor-faktor yang mendorong
pelajar-pelajar lelaki Tingkatan Lima di SMK St. Anthony Sarikei, Sarawak membeli pakaian lelaki
secara dalam talian.

4.4.2 Kaedah Soal Selidik

Kaedah soal selidik ini bertumpu kepada kajian kes. Kaedah soal selidik adalah cara yang
digunakan untuk mengenal pasti jenis-jenis pakaian lelaki yang dibeli oleh pelajar-pelajar lelaki
Tingkatan Lima di SMK St. Anthony Sarikei, Sarawak secara dalam talian dan mengkaji faktor-
faktor yang mendorong pelajar-pelajar lelaki di SMK St. Anthony Sarikei, Sarawak membeli
980318-13-5738

pakaian lelaki secara dalam talian. Borang soal selidik diberikan kepada 30 orang responden
yang sudi bekerjasama. Responden diberi masa lima minit untuk menjawab semua soalan.
Dalam kajian ini, kumpulan responden kepada soal selidik merupakan sumber primer. Segala
data diperoleh melalui kaedah ini.

4.4.3 Kaedah Temu Bual Berstruktur

Kaedah temu bual berstruktur berfokus kepada kajian lapangan. Kajian lapangan
membolehkan kita mengetahui secara mendalam keadaan sebenar kumpulan atau kejadian
tertentu. Kajian lapangan merupakan strategi yang membolehkan pengkaji menghampiri
permasalahan penyelidikan dengan bebas dan terbuka di samping penekanan pada aspek yang
dianggap penting. Kaedah interaksi bersemuka dengan subjek kajian atau informan telah
digunakan. Informan yang ditemu bual adalah sumber primer yang dapat membekalkan
maklumat yang tepat kepada penemu bual atau pengkaji. Fontana dan Frey (1994) menyatakan
terdapat tiga jenis teknik temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual separa berstruktur
dan temu bual tidak berstruktur. Dalam kajian ini, temu bual berstruktur digunakan untuk
mendapatkan pandangan informan tentang jenis-jenis pakaian lelaki yang dibeli secara dalam
talian dan mengkaji faktor-faktor yang mendorong mereka membeli pakaian lelaki secara dalam
talian. Pengkaji akan menemu bual lima orang pengguna yang menjalankan pembelian pakaian
secara dalam talian yang dipilih dalam kalangan 30 responden soal selidik. Setiap sesi temu bual
mengambil masa lebih kurang 10 minit. Semasa temu bual diadakan, catatan akan dibuat pada
borang temu bual (sila rujuk LAMPIRAN 3) dan rakaman suara diadakan serentak. Rakaman
suara diadakan untuk mengumpul maklumat penting yang diperlukan untuk kajian ini.

4.5 CARA MEMPROSES DATA DAN MEMPERSEMBAHKAN DATA

Pada peringkat akhir kajian ini telah dijalankan analisis secara deskriptif untuk
menganalisis data daripada soal selidik data atau maklumat dalam borang selidik dan borang
temu bual dan penilaian ujian untuk menghasilkan laporan kajian. Data yang diperoleh melalui
soal selidik dianalisis menggunakan kekerapan, peratusan dan min. Data soal selidik
dipersembahkan dalam bentuk jadual, carta pai atau graf bar komponen.

Untuk mengenal pasti jenis-jenis pakaian lelaki yang dibeli oleh pelajar-pelajar lelaki
Tingkatan Lima di SMK St. Anthony Sarikei, Sarawak secara dalam talian, skala “Guttman”
digunakan pada Bahagian B1 dalam borang soal selidik. Skala ‘Guttman’ ialah skala yang
menginginkan jawapan tegas, seperti jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’, ‘Benar’ atau ‘Salah’, ‘Pernah’
atau ‘Tidak Pernah’ dan semacamnya. Pada skala ‘Guttman’, hanya ada dua interval, iaitu
mengenai setuju atau tidak setuju terhadap sesuatu pernyataan, perkara atau item yang
dinyatakan. Skala ‘Guttman’ dapat dibuat dalam bentuk daftar senarai semak (checklist). Bagi
jawapan positif seperti ‘Ya’ diberi skor 1 manakala bagi jawapan negative seperti ‘Tidak’ diberi
skor 0. Skala ‘Guttman’ bagi Bahagian B1 dalam borang soal selidik adalah seperti berikut:
Perkara Tidak Ya Skor 0 1 Untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar
lelaki di SMK St. Anthony Sarikei membeli pakaian perempuan lelaki secara dalam talian, skala
likert 3 skor digunakan dalam Bahagian B2 dalam borang soal selidik. Skala likert 3 skor diberikan
seperti jadual penskoran yang berikut:

Perkara Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju


980318-13-5738

Skor 1 2 3

Menurut jadual di atas, skor 1 mewakili ‘ Tidak Setuju’, skor 2 mewakili ‘Tidak Pasti’, skor 3 pula
mewakili ‘Setuju'.

You might also like