You are on page 1of 8

KESELAMATAN

RAKYAT DI SELURUH
DUNIA SEMAKIN
TERANCAM
KUMPULAN 2 : ANAH, BIKI, CEDRIC, DETTE, MIKE, SHER
PENDAHULUAN
Kegagalan pihak-pihak tertentu dalam menangani isu
keselamatan amat membimbangkan. Hal ini telah
menyebabkan keselamatan rakyat di seluruh dunia
semakin terancam.
ISI 1
Perang saudara merupakan sebab mengapa
keselamatan rakyat di seluruh dunia terancam. Sebagai
contoh, perang saudara yang berlaku di Syria
menyebabkan ramai rakyat terpaksa menjadi pelarian dan
keluar dari negara sendiri. Selain itu,pergolakan politik di
selatan Thailand telah mengorbankan banyak nyawa.
Tegasnya, perang saudara yang berlaku di sesebuah
negara menjejaskan keharmonian sesebuah negara itu
ISI 2
Selain itu, pencerobohan hak wilayah juga merupakan
satu daripada mengapa keselamatan rakyat di seluruh
dunia terancam. Sebagai contoh, puak Kesultanan Sulu
telah menuntut hak wilayah Sabah sebagai tanah jajahan
Kesultanan Sulu. Serangan keganasan oleh puak
Kesultanan Sulu menyebabkan kerajaan Malaysia terpaksa
mempertahankan Sabah. Serangan keganasan oleh puak
Kesultanan Sulu telah menyebabkan kehilangan banyak
nyawa dan mengancam keselamatan rakyat terutamanya
di Sabah.
ISI 3
Di samping itu, permusuhan antara negara merupakan
ancaman yang paling besar ke atas rakyat. Sebagai contoh,
pesawat MH17 Malaysia yang ditembak jatuh dengan
peluru berpandu oleh puak pemisah Ukraine kerana
pesawat tersebut melintasi ruang udara Ukraine. Mereka
beranggapan pesawat tersebut adalah pesawat musuh
mereka yang telah merceroboh masuk ruang udara
Ukraine. Insiden ini amat menakutkan rakyat di seluruh
dunia.
ISI 4
Seterusnya, kegiatan jenayah kejam turut mengancam
keselamatan rakyat. Kegiatan jenayah penipuan,
penculikan dan penyeludupan manusia ini telah dilakukan
oleh sindiket haram. Sebagai contoh, berpuluh ribu rakyat
Rohingya dari Myanmar telah dijumpai mati dan jasadnya
dikuburkan di sempadan Malaysia. Ini telah membuktikan
berlakunya penyeludupan. Kejahatan ini telah terbongkar
dan amat membimbangkan keselamatan rakyat.
ISI 5
Akhir sekali, kegiatan pengedaran dadah yang semakin
serius di seluruh dunia telah mengancam keselamatan
rakyat yang menjadi mangsa keldai dadah dan penagihan
dadah. Laporan daripada Pejabat Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu(PBB) menerangkan bahawa rantau Asia
menghadapi ancaman serius daripada pelbagai jenis
dadah sintetik baharu. Fenomena ini amat mengancam
golongan muda di rantau Asia.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, beberapa kejadian yang tidak
diingini telah berlaku di beberapa buah negara di
dunia. Hal ini telah meninggalkan kesan yang
membimbangkan ke atas rakyat sesebuah negara.

You might also like