You are on page 1of 6

971121-12-5830

4.0.METODOLOGI KAJIAN
Pendahuluan
Menurut Sabitah Marican (2009), dan Ahmad Munawar Ismail dan Mohd Nor
Shahizan Ali(2014) metodologi merupakan satu kaedah yang digunakan untuk melaksanakan
kajian ke atas subjek kajian yang tertentu mengikut disiplin yang teratur. Tujuannya adalah
untuk menghasilkan kajian yang baik.Oleh itu, pengkaji sedaya upayanya memanfaatkan
teori penyelidikan tersebut dalam penghasilan kertas projek ini.
Oleh itu dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan reka bentuk kajian,
sampel kajian, batasan kajian, instrument kajian dan prosedur analisis data bagi menjawab
persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih awal. selain itu, metodologi kajian
juga boleh digunakan untuk memastikan objektif kajian dapat dicapai berdasarkan data yang
sah dan dipercayai.
4.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini berbentuk kajian tinjauan berbentuk diskriptif. Kajian tinjauan satu rangka
rujuk mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan, pengukuran dan analisis
data. Penyelidikan deskriptif merupakan jenis penyelidikan yang bertujuan untuk
menerangkan fenomena yang berlaku. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti kemudahan
asas yang terdapat di Balai Raya Komuniti Bestari di Kg Merampong dan mengkaji fungsi
Balai Raya Komuniti Bestari .

4.2 Instrument Kajian


Instrument ialah proses menyediakan alat pengumpulan dan menerusi konsep yang
berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang.

971121-12-5830

Jadual 1:Kaedah instrument kajian


Kaedah
Kuantitatif
Kualitatif

Instrument
Borang soal selidik dan borang temu bual
Rujukan
Sumber:Kajian Lapangan 2016

4.2.1 Soal selidik


Instrument soal selidik ialah alat pengukur yang popular dalam kajian tinjauan.
Borang soal selidik ini dibina mengikut prinsip KISS (Keep It Short and Simple) iaitu
mengemukakan soalan yang mudah difahami dan ringkas, (R,Kuberan et al,2013). Borang
soal selidik ini mengandungi 3 bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C dengan
menggunakan skala likert.
4.2.2 Temu Bual
Instrument temu bual mempunyai peringkat iaitu secara formal dan tidak formal.
Kaedah temu bual ini boleh digunakan secara bersemuka, tidak bersemuka dan bantuan
komputer. Kaedah yang pengkaji gunakan ialah tidak formal iaitu secara bersemuka yang
melibatkan orang kampung yang menduduki Kampung Merampong tersebut. Pengkaji
menjalankan kajian ini dengan selesa dan pengkaji juga berwatak sebagai pendengar yang
baik, malahan pengkaji mengajukan soalan yang penting itu dengan jelas dan tepat. Pengkaji
telah menyenaraikan beberapa persoalan bagi menjawab objektif kajian ini.
4.2.3 Rujukan
Instrument rujukan yang pengkaji perolehi daripada bahan ilmiah seperti buku-buku
kamus dan sumber internet yang berkaitan dengan persepsi penduduk Kampung Bomboi
tentang air paip graviti terutama dalam masalah dan kepentingannya. Sumber rujukan adalah
penting untuk melihat hasil dapatan terdahulu.

4.3 Sampel Kajian

971121-12-5830

Persampelan ialah kumpulan manusia, institusi, atau fenomena yang menjadi sumber
informasi yang diperlukan oleh pengkaji. Pemilihan sampel dalam kajian tinjauan adalah
secara rawak daripada sesuatu populasi yang dikenal pasti.Responden kajian ini terdiri
daripada 30 orang penduduk dari kawasan Kawasan Kg. Merampong dan mengisi borang
soal selidik dengan lengkap pada hari kajian dijalankan. Bagi teknik persampelan rawak
mudah di mana dengan menggunakan prosedur persampelan ini, setiap penduduk Kg.
Merampong mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden, Sampel kajian
terdiri daripada 30 orang penduduk dan 30 borang soal selidik akan diberikan kepada mereka
secara rawak mudah untuk memperoleh data yang lebih tepat.Dalam penggunaan kaedah
kuantitatif pula, 3 orang akan dipilih untuk di temu bual.

4.4 Cara Pengumpulan Data

971121-12-5830

Data dan maklumat kajian ini dikumpul menggunakan pelbagai cara seperti
dokumentasi, borang soal selidik dan temu bual.
4.4.1 Dokumentasi
Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang telah
diterbitkan seperti buku dan sumber daripada internet bagi mendapatkan maklumat berkenaan
berkenaan Balai Raya Komuniti Bestari dan fungsinya.
4.4.2 Soal Selidik
Melalui kajian ini soal selidik telah diedarkan kepada para responden yang sering
menggunakan Balai Raya Komuniti Bestari di Kg. Merampong untuk mendapatkan maklum
balas yang boleh memenuhi objektif kajian.. Menurut Tuckman (1985), menerusi kaedah ini
responden mudah memberikan kerjasama. Pelbagai maklum balas yang baik diperolehi dari
responden kerana mereka dapat memberi pandangan dan penilaian mengikut kehendak dari
soalan soal selidik. Melalui kajian ini.soal selidik merupakan insrtumen oleh penyelidik
dimana kaijan ini mempunyai beberapa item dari objektif kajian. Dalam borang selidik yang
disediakan terdapat bahagian A, bahagian B dan bahagian C. Pada bahagian A reponden
dikehendaki menjawab beberapa soalan berkaitan dengan demografi responden. Skala libert
digunakan pada bahagian B dan Bahagian C untuk memudahkan responden menandakan
jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan. Kajian ini menggunakan skala likert tiga aras
iaitu ya, tidak dan kurang pasti.

Bahagian A
Dalam borang soal selidik, bahagian A mengandungi 5 soalan untuk dijawab oleh
responden. Penyelidik mengkaji demografi atau latar belakang responden seperti jantina
,bangsa , umur, taraf pendidikan dan pendapatan.

Bahagian B

971121-12-5830

Bahagian B mempunyai 4 soalan bagi mendapatkan dan mengenalpasti objektif


kajian iaitu mengenalpasti kemudahan asas yang terdapat di Balai Raya Komuniti Bestari Kg.
merampong.

Bahagian C
Bahagian C mempunyai 3 soalan bagi mengkaji fungsi objektif kajian iaitu fungsi kemudahan
asas di Balai Raya Komuniti Bestari Kg.Merampong.

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

971121-12-5830

Dalam dapatan kajian yang dijalankan , bahagian ini membincangkan analisa data dan
memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dillakukan daripada sal selidik yang telah diisi
oleh responden. Data yang telah dimasukkan diproses bagi mendapatkan statistic seperti nilai
peratusan, min purata dan taburan kekerapan

5.1 Demografi Responden

Jadual 2 : Demografi responden mengikut jantina


Jantina

Kekerapan ( orang )

Peratus (%)

Lelaki

20

66.6

Perempuan

10

33.3

(Sumber: Kajian Lapangan 2016)

Jadual 2 menunjukkan taburan responden berdasarkan jantina. Penyelidik mendapati bilangan


responden perempuan adalah tidak sama degan respondden lelaki. Responden perempuan
bilangannya sebanyak 10 orang daripada 30 responden iaitu sebanyak 33.3%. manakala
responden lelaki dengan bilangan 20 daripada 30 orang dengan nilai peratusan sebanyak
66.6%.

Jantina

Perempuan; 33%

Lelaki; 67%

You might also like