You are on page 1of 5

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pendahuluan
Dalam bab ini akan menerangkan tentang kaedah kajian yang digunakan oleh
pengkaji untuk mengumpul data dan maklumat supaya dapat mencapai matlamat
penyelidikan. Selain itu, pengkaji akan membincangkan mengenai reka bentuk kajian,
populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, kaedah pengumpulan data, kesahan
dan kebolehpercayaan serta analisis data berkaitan dengan tajuk yang hendak dikaji.

3.2 Reka Bentuk Kajian


Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan pendekatan
berbentuk tinjauan dan soal selidik sebagai instrumen pengumpulan data, menurut
Chua (2006) cara kuantitatif mendapatkan data adalah melalui instrumen kajian iaitu
borang soal selidik. Sakaran (2003) menyatakan bahawa kaedah pengumpulan data
melalui soal selidik merupakan kaedah yang efisien, kelebihan menggunakan kaedah
ini ialah dapat mencapai responden sukar dihubungi, kos yang rendah, dapat meliputi
kawasan yang jauh dan memberi ruang masa kepada responden untuk berfikir
sebelum menjawab soalan menurut Cooper & Schindler (2003). Berdasarkan dari
kajian-kajian yang lepas, ramai pengkaji yang menggunakan kaedah soal selidik untuk
mendapatkan data seperti Norfadhilah & Halimah (2010), Noraini & Norisham (2011)
dan Rosni Zamuddin Shah & Norfazila (2010). Justeru itu, kajian ini juga menggunakan
kaedah kauntitatif untuk pengumpulan data.

3.2.1 Populasi dan Sampel Kajian


Populasi merupakan cerapan ke atas sekumpulan individu atau objektif yang
mempunyai satu ciri atau sifat yang sama di antara individu dengan individu yang lain
menurut Mohamad Najib (1999), Azizi (2007) turut menyatakan bahawa sampel
adalah sebahagian daripada populasi tanpa mengambil kira sama ada ia dapat menjadi
wakil populasi ataupun sebaliknya.
Populasi kajian ini ialah tenaga kerja di University College Bestari (UCB) seramai
160 orang, berdasarkan jadual Krejcie dan Morgan (1970) saiz sampel yang sesuai
untuk kajian ini hanya 113 orang. Walau bagaimanapun, pengkaji hanya dapat
mengumpulkan data daripada responden kurang daripada saiz sampel yang
diperlukan iaitu 104 orang melalui cara mengedarkan borang kaji selidik secara atas
talian dengan menggunakan Google Form.
Bilangan Tenaga Kerja Saiz Sampel Bilangan Responden
160 113 104

Jadual 3.1: Taburan responden kajian mengikut tempat kajian

Dengan menggunakan borang di Google Form, ia sangat membantu pengkaji


dari segi mendapatkan hasil kajian yang lebih tersusun dan kemas. Data yang
diperolehi juga dirumuskan dengan lebih baik dan tepat.

Gambarajah 3.1: Penggunaan borang dari Google Form

3.2.2 Instrumen Kajian


Dalam kajian ini, instrumen kajian adalah menggunakan kaedah tinjauan
dengan pendekatan kuantitatif untuk mendapatkan maklumat yang ingin diperolehi.
Ini kerana instrumen soal selidik merupakan pengganti diri penyelidikan dan
penyumbang di antara penyelidik dan responden menurut Mohd. Sheffie (1991).
Set borang soal selidik yang diberikan kepada responden terbahagi kepada
empat bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. Bahagian
A mengandungi lapan item yang merangkumi soalan berkaitan latar belakang
responden seperti umur, jantina, status perkahwinan, peringkat pendidikan tertinggi,
tempoh perkhidmatan, jabatan atau bahagian di UCB, jawatan lantikan yang
disandang di UCB dan level gaji pekerja. Pilihan jawapan untuk soalan-soalan
bahagian ini direka bentuk menggunakan skala nominal iaitu responden dikehendaki
menandakan (/) pada kotak yang disediakan. Bahagian B pula terdiri daripada lima
dimensi yang mencukupi aspek yang hendak diukur iaitu dimensi yang meliputi
motivasi, komunikasi, komitmen, ganjaran dan sikap yang mempengaruhi faktor
kerjasama tenaga pekerja UCB untuk menaikkan interaksi di platform media sosial.
Untuk bahagian B, setiap item soal selidik menggunakan Skala Likert lima peringkat
untuk melihat tahap persetujuan responden terhadap lima dimensi tersebut bermula
dari 1 sebagai sangat tidak bersetuju kepada 5 sebagai sangat bersetuju. Bahagian C
mengandungi lima item yang merangkumi soalan kesan media sosial terhadap faktor
penyumbang kerjasama, pilihan jawapan untuk soalan-soalan bahagian ini
direkabentuk menggunakan Skala Likert lima peringkat untuk melihat tahap
persetujuan responden terhadap 5 dimensi tersebut bermula dari 1 sebagai sangat
tidak bersetuju kepada 5 sebagai sangat bersetuju. Bahagian D pula adalah bahagian
pandangan dan maklum balas responden terhadap soalan yang diberikan, responden
boleh memilih untuk menjawab atau tidak dibahagian ini.

3.2.3 Kaedah Pengumpulan Data


Pengumpulan data melibatkan proses merancang dan melaksanakan maklumat
berkenaan masalah yang ingin dikaji menurut Mohd. Majid (2005), data kajian ini
dikumpul melalui dua sumber iaitu primer dan sekunder.
Data primer adalah maklumat yang dikumpulkan oleh pengkaji melalui
instrumen yang berfungsi sebagai alat pengukur dan menjadi perantaraan antara
penyelidik dan responden, instrumen kajian ini ialah satu set borang soal selidik yang
digunakan untuk memperoleh dan mengumpul maklumat penyelidikan. Manakala data
sekunder pula adalah maklumat yang dikumpul daripada pihak Universiti iaitu
University College Bestari.

3.3 Kesahan dan Kebolehpercayaan


Menurut Mohd Najib (2003), kajian rintis ialah satu aktiviti yang penting bagi
setiap kajian tinjauan di mana selain daripada menentukan kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen. Ia juga boleh digunakan untuk mengkaji kaedah terbaik
mentadbir instrumen mengenal sampel dan kesesuaian analisis.
Bagi memastikan soal selidik boleh digunakan di dalam kajian, kajian rintis telah
dijalankan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik. Keputusan
menunjukkan kebolehpercayaan (Reliability Coefficient), nilai alpha bagi keseluhuran
item yang dibina ialah 0.929 manakala hasil ujian Cronbach Alpha bagi mengukur
tahap potensi keusahawanan dalam kalangan pelajar berdasarkan setiap subkonstruk
iaitu dimensi kemampuan diri (0.902), dimensi pengesan peluang (0.896), dimensi
sosial (0.835), dimensi pemimpin (0,767) dan dimensi kreatif (0.799). Menurut
Sakaran (2003) secara umumnya kebolehpercayaan yang kurang daripada 0.6
dianggap lemah, manakala yang berada dalam julat 0.7 – 0.8 boleh diterima dan yang
melebihi 0.8 dianggap baik. Maka pengukuran kebolehpercayaan yang digunakan
dalam kajian ini adalah boleh diterima.
3.4 Analisis Data
Penganalisaan data merupakan suatu kaedah pengumpulan, pengolahan,
pemprosesan, pengiraan dan penyimpanan data. Analisis data dilakukan bertujuan
bagi mendapatkan hasil-hasil dan keputusan kajian untuk dijadikan maklumat yang
berguna dan bermakna, data-data yang diperolehi daripada soal selidik dianalisis
dengan menggunakan perisian Statistical Package For Sosial Sciences (SPSS) versi
28.0. Data-data yang telah diperolehi dan dikumpul daripada kajian ini adalah
berbentuk kuantitatif, kajian kuantitatif boleh diertikan sebagai menjumlahkan data
dengan menggunakan sesuatu format statistic analysis. Dalam kajian ini, kaedah
penganalisaan data yang digunakan termasuklah skor kekerapan, peratus dan min
iaitu analisis statistik deskriptif, analisis purata min dan ujian regresi mudah. Menurut
Noremy dan Fadhilah (2010),soal selidik yang menggunakan markah lima mata dalam
skala likert perlu diubah kepada tiga tahap untuk memudahkan proses analisis data
seperti di jadual 3.2.

Skala Tahap
1.00 – 2.39 Rendah
2.40 – 3.79 Sederhana
3.80 – 5.00 Tinggi

Jadual 3.2: Pengenalan Maklumbalas Responden Berdasarkan Skor Min

3.4.1 Analisis Purata Min


Min sampel ditakrifkan sebagai hasil tambar skor dalam taburan dibahagikan
dengan jumlah bilangan skor menurut Sulaiman & Alias (2013), untuk mengira purata
min secara manual boleh menggunakan formula berikut:

Min
𝐻𝑎𝑠𝑖𝑙 𝑡𝑎𝑚𝑏𝑎ℎ 𝑛𝑖𝑙𝑎𝑖 𝑑𝑎𝑡𝑎
Min (mean) =
𝐵𝑖𝑙𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑡𝑎

Ʃx
~𝑥 =
N
3.4.2 Analisis Regresi Linear Mudah
Analisis regresi dalam statistik adalah salah satu kaedah untuk menentukan
hubungan antara satu pembolehubah dengan pembolehubah-pembolehubah yang
lain. Analisis regresi linear merupakan alat statistik yang digunakan untuk mengetahui
pengaruh antara satu atau beberapa pembolehubah tidak bersandar terhadap satu
pembolehubah bersandar. Analisis regresi linear akan dibina menggunakan model
atau persamaan regresi linear seperti berikut menurut Sulaiman dan Alias (2013).

Dalam analisis regresi, alpha (α) dan beta (ᵝ) digunakan bagi menunjukkan
persilangan garis dan cerus garis. Titik persilangan adalah nilai min Y apabila X = 0.
Untuk kajian ini, pembolehubah bersandar ialah potensi keusahawanan dan
mempunyai enam pembolehubah tidak bersandar yang dilaku menggunakan regresi
mudah iaitu peringkat pengajian, jantina, umur, pendapatan keluarga, Kawasan
kediaman tetap, kursus keusahawanan, pengalaman berniaga dan ahli keluarga
mempunyai perniagaan sendiri seperti yang ditunjukkan dalam model atau persamaan
regresi linear di gambarajah di bawah:

Gambarajah 3.2: Regresi Linear

3.5 Kesimpulan
Kesimpulannya bab ini telah membincangkan mengenai reka bentuk kajian,
populasi dan sampel kajian, kaedah pengumpulan data, kesahan dan
kebolehpercayaan dan analisis data berkaitan dengan tajuk yang dikaji.

You might also like