You are on page 1of 2

4.

0 KAEDAH KAJIAN
4.1 DATA PRIMER
Data primer merupakan sumber data yang diperoleh langsung dari sumber asli. Data
primer boleh merupakan pendapat daripada subjek (orang) secara individu atau kelompok,
hasil pemerhatian terhadap sesuatu benda, kejadian atau kegiatan dan hasil pengajian. Kaedah
yang digunakan untuk mendapatkan data primer iaitu:

Pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan salah satu kaedah penyelidikan yang digunakan
untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif
yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik.
Dalam kajian, pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian untuk mendapatkan

maklumat tentang latar belakang lokasi kajian.


Soal selidik
Soal selidik digunakan untuk mendapatkan data yang lebih tepat dan berdasarkan
objektif pengkaji. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diedarkan kepada 10 orang
responden. Bahasa yang digunakan dalam borang soal selidik adalah Bahasa Melayu
dan format tidak kompleks.

4.2 DATA SEKUNDER


Data sekunder merupakan sumber data penelitian yang diperoleh peneliti secara tidak
langsung melalui media perantara. Data sekunder pada umumnya berupa bukti, catatan, atau
laporan yang telah tersusun dalam dengan baik yang dipublikasikan dan yang tidak
dipublikasikan. Kaedah yang digunakan untuk memperoleh data sekunder iaitu :

Buku
Buku terbitan Sasbadi Teks Pra-U STPM Ekonomi Malaysia penggal 3 telah
digunakan untuk memperoleh maklumat tentang Institusi Kewangan Bukan Bank.
Internet
Pengkaji telah menggunakan kaedah laman web untuk memperoleh maklumat tentang
jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syarikat Insurans Zurich.

4.3 KAEDAH ANALISIS DATA

Kaedah deskriptif dalam bentuk nilai peratusan dan graf telah digunakan untuk
menganalisis data yang telah dikumpul. Analisis data telah dilakukan selepas memperoleh
data primer daripada soal selidik. Kaedah analisis data yang digunakan adalah dengan
menggunakan rumusan data yang diperoleh daripada 10 orang responden.
Peratusan tahap kepuasan pelanggan yang setuju boleh dihitung dengan menggunakan
rumus berikut :

(i)

Peratusan responden yang setuju

(ii)

Peratusan responden tidak setuju

Peratusan responden tidak pasti

(iii
)

(Bilangan responden setuju / Jumlah


responden) x 100%
(Bilangan responden setuju / Jumlah
responden) x 100%
(Bilangan responden setuju / Jumlah
responden) x 100%

You might also like