You are on page 1of 7

BAB 3

METODOLOGI

3.0 PENGENALAN

Peringkat metodologi menerangkan mengenai kaedah atau teknik yang digunakan


sepanjang kajian yang berlandaskan kepada objektif dan skop kajian yang telah dinyatakan.
Metodologi kajian merupakan elemen yang sangat penting dalam melakukan suatu
penyelidikan. Metodologi kajian merupakan salah satu cara untuk mengadun dan menstruktur
setiap maklumat yang diperolehi mengikut ketetapan yang telah ditetapkan. Tanpa
metodologi kajian yang jelas, data yang diperolehi akan dipersoalkan dan kesimpulan kajian
juga boleh di anggap meragukan. Oleh kerana itu, penyelidik akan menerangkan metadologi
kajian yang digunakan untuk mencapai objektif kajian seperti yang telah ditetapakan.
Elemen-elemen yang berkaitan dengan bahagian ini adalah reka bentuk kajian, populasi dan
persempelan, kaedah pengumpulan data dan instrumen kajian yang digunakan sepanjang
penghasilan kajian ini.

3.1 REKABENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian ini adalah kajian lapangan .Metadologi kajian menggunakan
kaedah gabungan (mixed method research) dimana kajian gabungan ini merupakan kajian
yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif.Lawrence Neuman (1994)
menyatakan bahawa kaedah gabungan ini dapat memberikan dapatan kajian yang lebih tepat
dan mendalam.

Kajian ini merupakan penyelidikan yang melibatkan soal selidik dan tinjauan. Kaedah soal
selidik menggunakan pendekatan kuantitatif. Penyelidikan kuantitatif menekankan kepada
fenomena-fenomena objektif dan dikawal melalui pengumpulan dan analisis data (Nana,
2005; Chua, 2006; Fraenkel, 2007). Data kuantitatif di dalam kajian ini diperolehi dengan
soal selidik melalui google form. Data dan maklumat yang diperolehi akan membantu
pengkaji dalam membuat analisa terhadap kumpulan responden yang telah dikenalpasti.

Manakala kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat /data yang bersifat
kualitatif iaitu data yang tidak dapat dianalisis dalam bentuk bilangan atau angka . Data
kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian,temu bual,analisis dokumen dan apa-apa cara
untuk mendapatkan data yang lengkap dan saiz sampel kajian bagi kajian ini lebih kecil
berbanding kuantitatif.
3.2 CARTA ALIR PROSES KAJIAN

Mula

Membina item soalan kajian

Tidak

Mendapat persetujuan
penyelia kajian

Ya

Mengedarkan soal selidik melalui


google form kepada responden

Menganalisis data

Mentafsir data dan menulis laporan

Tamat

Rajah 3.2 Carta Alir Proses Kajian


3.3 POPULASI DAN PERSEMPELAN

Menurut Gay dan Airasian (2003), populasi adalah kumpulan sasaran pengkaji, iaitu
kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan. Sampel kajian pula ialah
responden-responden kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi. Penetapan
populasi kajian adalah penting dalam kajian disebabkan populasi akan menentukan
bagaimana dan berapa ramai sampel yang akan kita pilih.

Bagi kajian yang mempunyai pendekatan kuantitatif, penyelidik memilih saiz sampel
iaitu seramai 50 orang pelajar tahun 1 Sarjana Muda UTHM daripada pelbagai bangsa dan
latar belakang yang terlibat dalam memberikan data dan maklumat mengenai kesedaran
tanggungjawab dalam menjaga keselamatan negara. Saiz sampel ini dipilih secara bertujuan
dan tidak berasaskan kebarangkalian.Berikut merupakan jadual yang menunjukkan sampel
bagi melaksanakan kajian ini.

Populasi Kajian Sampel Kajian Responden

Pelajar Universiti Tun Pelajar tahun 1 Sarjana  50 orang pelajar


Hussein Onn Malaysia Muda Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia

Jadual 3.3 Sampel Kajian

3.4 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Dalam melaksanakan kajian, penyelidik telah menggunakan beberapa kaedah untuk


mengumpul data dan maklumat. Antaranya ialah;

3.4.1 Soal selidik

Soal selidik ini dijalankan oleh pengkaji ke atas responden bagi mendapatkan data dan
maklumat berkaitan kepentingan hak dan peranan rakyat untuk menjaga keselamatan negara
dikalangan pelajar tahun 1 Sarjana Muda UTHM. Sebelum soalan soal selidik ini diberikan
kepada responden, pengkaji telah menyerahkan soal selidik tersebut kepada pensyarah
terlebih dahulu untuk semakan dan mendapat persetujuan bersama sebelum diberikan kepada
responden. Menurut Gillham (2000), terdapat beberapa sebab mengapa borang soal selidik ini
menjadi pilihan bagi kebanyakan pengkaji kerana untuk membina borang tersebut tidak
memerlukan kos dan masa yang diperuntukan adalah singkat.Pengkaji boleh memperoleh
data serta maklumat dari jumlah responden yang lebih ramai dan cepat. Selain itu, responden
boleh memilih tempat dan masa untuk yang mereka mahukan untuk melengkapkan borang
soal selidik tersebut, soalan yang tertutup lebih mudah kerana keseragaman jawapan daripada
responden dan ia juga lebih mudah untuk dianalisis. Seterusnya, kemungkinan wujud
responden tiada nama. Oleh itu, pengkaji boleh mengenal pasti responden yang tiada nama
itu dengan mengenal pasti kepada siapa pengkaji menghantar borang soal selidik.

3.4.2 Pemerhatian dan tinjauan

Pemerhatian merupakan kaedah terawal dalam pengkajian. Maklumat yang diperoleh


secara langsung oleh pengkaji. Segala hasil pemerhatian sebaiknya dicatat secepat mungkin.
Pemerhatian terhadap maklumat yang diberikan oleh responden kajian adalah lebih
terperinci, jelas dan lebih tepat. Oleh itu, maklumat daripada pemerhatian boleh dijadikan
bahan rujukan untuk pengkaji membuat kajian dengan lebih mendalam.

Selain daripada kaedah soal selidik, pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian dalam
mendapatkan maklumat dan data yang berkaitan dengan kepentingan hak dan peranan rakyat
untuk menjaga keselamatan negara dikalangan pelajar tahun 1 Sarjana Muda UTHM.Untuk
mendapatkan maklumat dan data ini, pengkaji membuat pemerhatian bagaimana remaja
Islam dikalangan pengkaji mempraktikkan usaha menjaga keselamatan negara dalam
kehidupan seharian mereka.

3.5 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian merupakan satu alat yang digunakan oleh pengkaji bagi
mendapatkan data dan maklumat yang akan menjadi bukti bagi sesebuah kajian serta
mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kajian ini telah menggunakan borang soal selidik di
medium Google Form sebagai instrumen atau alat kajian. Seramai 50 orang responden
dikalangan pelajar UTHM yang telah dipilih secara rawak bagi mengisi soalan soal selidik
tersebut.

3.5.1 Soalan soal selidik

Berikut adalah soalan yang diberikan kepada responden :

1. Bagaimana anda merujuk atau menerima maklumat berkenaan isu-isu negara?

2. Kemasukkan warganegara asing ke negara Malaysia dianggap sebagai salah satu


usaha kerajaan bagi menampung tenaga buruh dalam sektor ekonomi . Bagi pendapat
anda , adakah kemasukkan warganegara asing merupakan antara faktor keselamatan
negara terancam?

3. Pada pendapat anda , adakah pergolakkan parti politik di negara kita yang berlaku
pada hari ini boleh menganggu gugat dan memberi kesan kepada keselamatan dan
keamanan negara ?

4. Peristiwa 13 Mei boleh dijadikan iktibar dalam usaha menangani masalah rusuhan
kaum di kalangan rakyat Malaysia . Sebagai seorang mahasiswa holistik,apakah
peranan yang boleh diambil bagi membendung peristiwa tersebut daripada berulang
kembali?

5. Peningkatan kes Covid-19 dalam negara semakin membimbangkan. Pada pendapat


anda, apakah kesan-kesan yang akan menjejaskan keselamatan dalam negara?

6. Sebagai seorang mahasiswa, anda berhak dalam memilih tampuk kepimpinan yang
akan menerajui negara pada masa akan datang?

7. Pada pendapat anda , apakah langkah-langkah yang wajar diambil bagi mengekalkan
keselamatan dan keamanan negara?

8. Pada pendapat anda , apakah kaedah yang boleh dilakukan untuk memberi
pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan memelihara keselamatan
negara ? Sila nyatakan :

9. Sekiranya anda dilantik sebagai seorang pemimpin , jelaskan peranan anda dalam
usaha untuk menjamin keselamatan negara.
3.6 KESIMPULAN

Melalui bab 3 ini, pelaksanaan metodologi kajian jelas menerangkan dan


membuktikan bahawa kaedah yang digunakan dalam kajian ini telah memberi kesan dan
maklumat yang jelas serta bermanfaat kepada kumpulan kajian. Metodologi kajian yang
dilaksanakan telah membuktikan bahawa ramai dikalangan pelajar UTHM mengetahui akan
kepentingan hak dan peranan untuk menjaga keselamatan negara sebagai seorang rakyat. Hal
ini demikian kerana, pelajar memahami bahawa mereka juga memainkan peranan yang
penting dalam memastikan keselamatan negara terjamin dari ancaman-ancaman yang bakal
mendatang. Para pelajar UTHM juga dapat memastikan jenis ancaman yang mampu
mengancam keselamatan negara iaitu terdiri daripada peperangan, serangan siber dan juga
penularan wabak penyakit yang berbahaya. Oleh itu, sebagai rakyat yang cintakan negara,
usaha menjaga keselamatan negara haruslah dipraktikkan bagi memastikan negara berada
dalam keadaan aman dan damai.

You might also like