You are on page 1of 1

Limitasi Kajian

Dalam perlaksanaaan kajian ini, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pengkaji.
Masalah utama yang dihadapi adalah kekurangan sokongan dan kerjasama daripada
responden dalam proses pengumpulan data. Peratusan pengembalian borang soal selidik
hanyalah 33.5% sahaja. Dalam proses pengedaran borang soal selidik, pengkaji telah
memberikan masa selama seminggu kepada semua responden untuk memberi maklum
balas. Namun begitu, kebanyakkan responden tidak mampu menjawab borang soal selidik
ketika proses pengutipan dijalankan atas sebab kekangan kerja yang banyak.

Disamping itu, kekangan lain yang dihadapi pengkaji dalam menjalankan kajian
ini adalah semasa proses penghasilan kajian literatur. Kekangan ini dihadapi disebabkan
oleh kekurangan bahan rujukan yang berkaitan dengan topik kajian. Hal ini kerana,
kebanyakkan kajian lepas yang dijalankan hanyalah memfokuskan kelewatan terhadap
projek pembinaan. Justeru itu, Kekurangan bahan rujukan ini menyebabkan pengkaji
mengambil tempoh yang lama bagi membuat mencari bahan rujukan yang bersesuaian
dengan topik kajian iaitu kelewatan penghantaaran bahan binaan dan kesan terhadap
prestasi projek di tapak bina.

You might also like