You are on page 1of 6

Imunisasi

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

Pengenalan

Metodologi merupakan aspek yang penting dalam sesuatu kajian. Ia

merupakan satu set tatacara atau panduan dalam sesuatu kajian atau

penyelidikan. Metodologi menjelaskan tentang bagaimana semua sumber yang

diperolehi diterjemahkan ke dalam satu set yang teratur dan mudah difahami

sebagai panduan kepada pengkaji dan pembaca hasil kajian.

Reka Bentuk Kajian

Bentuk kajian yang dipilih perlulah bersesuaian dengan kajian yang

dilakukan bagi mendapatkan hasil kajian yang tepat dan menjawab segala

permasalahan yang diutarakan. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk

tinjauan. Kaedah ini dipilih kerana ia mempunyai banyak kelebihan. Menurut

Babbie (1991), kajian berbentuk tinjauan ini mempunyai kekuatan dari segi

fleksibiliti kerana banyak soalan boleh dikemukakan kepada responden pada

satu-satu ketika. Pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif kerana dengan cara

ini pengkaji boleh memperoleh data dengan lebih mudah dan cepat berbanding

dengan kaedah kualitatif yang memerlukan data yang dikutip secara mendalam

dan ini akan mengambil masa yang lama.


Imunisasi

Populasi

Kajian ini melibatkan pasangan ibu bapa yang berkahwin dan mempunyai

anak sahaja. Penyelidik memilih lokasi tersebut adalah kerana ianya

memudahkan penyelidik untuk membuat kajian iaitu di kawasan tempat tinggal

penyelidik itu sendiri.

Persampelan

Penyelidikan ini dilakukan berdasarkan maklumat yang telah diberikan

oleh responden melalui soalan-soalan yang telah diedarkan. Ianya melibatkan

ibubapa yang berumur 20 hingga 60 tahun di Bandaraya Alor Setar iaitu

pasangan ibu bapa yang berkahwin dan mempunyai anak. Penyelidikan ini

mengambil seramai 30 orang responden kajian yang dipilih secara random

sampling iaitu tanpa had dan kuota kaum.

INSTRUMEN KAJIAN : BORANG SOAL SELIDIK

1) BAHAGIAN A :

Bahagian A ialah bahagian yang melibatkan maklumat peribadi

responden. Contoh soalan yang akan ditanya ialah seperti jantina,

bangsa, umur, taraf pendidikan dan pekerjaan responden.

2) Bahagian B :

Bahagian B ialah bahagian yang menguji tahap pengetahuan responden

mengenai kajian yang aklan dilakukan.


Imunisasi

3) Bahagian C :

Bahagian C ialah soalan mengenai penambahbaikkan dalam kajian yang

dilakukan. Penambahbaikkan akan dikaji melalui jawapan yang diberi oleh

responden.

3.6 Kajian Rintis

Pada permulaan kajian ini, kajian rintis atau pilot test dilakukan kepada

responden sebagai percubaan bagi mendapatkan maklum balas bagi kajian yang

akan dijalankan kelak. Tujuannya ialah untuk memastikan 30 orang responden

yang dipilih dapat memberikan pemahaman yang baik dan tiada masalah yang

diterima. Sebelum borang soal selidik diedarkan kepada 30 orang responden

yang dipilih secara rawak, 5 responden yang baru akan dipilih oleh pengkaji di

kawasan yang lain untuk menjawab soalan bagi borang soal selidik percubaan.

Hasil daripada penggunaan borang selidik percubaan itu, maklum balas yang

positif diterima iaitu semua soalan yang dikemukakan mudah dijawab dan

difahami. Oleh yang demikian, tiada sebarang perubahan yang dilakukan dalam

kajian yang seterusnya.


Imunisasi

Pengumpulan Data

Penyelidik mendapatkan data dengan cara memberikan soalan-soalan

yang telah ditetapkan kepada responden. Sebelum penyelidik menjalankan kaji

selidik ini, terlebih dahulu penyelidik mendapatkan keizinan dan menerangkan

kepada responden mengenai maksud sebenar kajian ini. Maka penyelidik

mengedarkan soalan-soalan kepada responden yang dipilih. Setiap kertas soal

selidik ini mengandungi sebanyak 15 soalan. Penyelidik mengambil masa

selama setengah jam untuk mendapatkan semula kertas jawapan yang telah

diedarkan. Hal ini kerana borang soal selidik amat ringkas dan mudah untuk diisi.

Kaedah Penganalisisan Data

Jawapan yang diberikan oleh responden akan diisi sendiri di dalam

borang soal selidik yang diberi. Jawapan yang dijawab akan ditandakan di

bahagian pilihan bagi setiap soalan yang diberikan. Segala jawapan bagi soalan

di dalam borang soal selidik akan dipindahkan di dalam bab 4 iaitu Analisis

Kajian.

Setelah semua borang dijawab, penyelidik akan mengutip borang tersebut

dan menyimpannya tanpa mencemar kerahsiaan jawapan yang diberi. Bagi

mengelakkan kebocoran maklumat, penyelidik akan mengumpul sendiri borang

tanpa melibatkan orang tengah. Analisa data akan dijalankan apabila kesemua

30 set soalan tersebut yang telah selesai dijawab telah dikumpul.


Imunisasi

Dalam penyelidikan ini, penyelidik telah mengambil masa kira-kira dua

minggu bagi proses mendapatkan 30 orang responden bagi menjawab set

soalan yang telah disediakan serta tempoh masa yang diambil ini merangkumi

juga masa responden untuk menyerahkan semula set soalan yang telah dijawab

kepada penyelidik. Data yang diperolehi daripada hasil soal selidik telah

dianalisa oleh penyelidik dengan berhati-hati.

Bagi mempersembahkan data yang diperolehi secara sistematik,

penyelidik telah menggunakan format Microsoft Word dan Microsoft Excel.

Penyelidik menggunakan graf palang dan carta pai untuk mempersembahkan

data-data hasil dapatan kajian.

3.9 Limitasi Kajian

Setiap kajian mempunyai batas-batas yang tertentu yang perlu dipertimbangkan

oleh seseorang penyelidik. Batas-batas kajian tersebut ialah masalah dalam

pencarian dan penyediaan maklumat mengenai tajuk penyelidikan ini dan

mengenai responden terlibat dalam penyelidikan tersebut :

a) Jarak yang jauh dan masa yang singkat menghalang penyelidik

bertemu dengan guru penyelaras bagi menyelesaikan masalah yang

berlaku semasa kajian dijalankan.

b) Tempoh kajian dan pengumpulan data dilakukan dalam masa yang

singkat.
Imunisasi

c) Untuk mendapatkan bahan rujukan daripada buku dan artikel sukar

diperolehi memandangkan tempat praktikal yang jauh daripada kolej.

d) Kesukaran untuk mendapatkan kerjasama dari responden akan

menyukarkan proses kajian ini dilakukan.

e) Tidak mengganggu atau mempertikaikan secara lisan mahupun visual

sebarang tindak balas jawapan daripada para pesakit.

f) Tidak menyinggung atau mengganggu perasaan, tugas mahupun

personaliti serta keperibadian responden yang dipilih dalam memenuhi

skop kajian.

g) Tidak mendatangkan kesulitan di kalangan pesakit dan pihak yang

berkenaan secara amnya.

h) Tidak mendedahkan maklumat peribadi responden secara terbuka

tanpa sebarang persetujuan sama ada secara bertulis ataupun secara

lisan daripada responden itu sendiri.

You might also like