You are on page 1of 2

PENGENALAN

Sistem piawaian antarabangsa ataupun dikenali sebagai(ISO)international organization for standardization


ia dikenali sebagai gabungan antarabangsa badan pemiawaian negara-negara didunia.pertubuhan ini
mengeluarkan standard(piawai)industry dan komersial (WHO, 2014).ISO ditubuhkanpada 23 Febuari 1947
dan ia merupakan satu badan NGO. Kisah ISO bermula pada tahun 1946 apabila delegasi dari 25 negara
bertemu di Institut Jurutera Awam di London dan memutuskan untuk mewujudkan sebuah organisasi
antarabangsa yang baru 'bagi memudahkan penyelarasan antarabangsa dan penyatuan piawaian
industri.,Pada Februari 1947 organisasi baru, ISO, secara rasmi mula beroperasi.
Ianya juga adalah satu piawai bertulis yang menetapkan dan menerangkan keperluan asas yang perlu ada
dalam sistem kualiti bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat
memenuhi kehendak pelanggan. (UKM, 2016) Standard Antarabangsa ini menggalakkan penerima gunaan
pendekatan proses apabila membangunkan, melaksanakan dan menambahbaik keberkesanan Sistem
Pengurusan Kualiti bagi meningkatkan kepuasan pelanggan dengan cara memenuhi keperluan pelanggan.
Sistem Pengurusan Kualiti Pejabat Pembangunan adalah berlandaskan kepada piawaian Pengurusan Kualiti
MS ISO 9001:2008 yang dikeluarkan oleh pihak SIRIM Malaysia berdasarkan kepada piawaian ISO
antarabangsa.
MS ISO 9001:2008 merupakan satu standard bertulis yang menjelaskan garis panduan dan keperluan asas
dalam satu sistem pengurusan kualiti berdasarkan kepada keperluan piawaian antarabangsa yang mempunyai
proses-proses yang dikenalpasti, didokumenkan, dilaksanakan dan dikawal. Sistem ini bermatlamat untuk
menghasilkan produk dan perkhidmatan berkualiti yang konsisten.
Pada tahun 1987,the standard and industrial research institute of Malaysia (SIRIM) telah melancarkan
skima sijil pengakuan sistem kualiti untuk memberi pensijilan sistem kualiti kepada siri-siri ISO
9000.Pogram ini untuk memberi kesedaran tentang kepentingan kualiti dan memperkenalkan sistem
pengurusan kualiti kos berkesan supaya barangan keluaran Malaysia mendapat sambutan di peringkat
antarabangsa.

PENCARIAN LITERATURE

You might also like