You are on page 1of 7

MABS 1112

TOKOH PSIKOLOGI IVAN PAVLOV

DISEDIAKAN OLEH :
MOHAMMAD AMIR FARID BIN ZAINAL ABIDIN
DBMA 15 2989
MOHAMMAD HAMIZAN
DBMA 15 -2990

DISEDIAKAN UNTUK :
ENCIK MD. HIDRUS BIN MANSUR

BIODATA

IVAN PAVLOV
Ivan Petrovich Pavlov (26 September 1849 27 Februari 1936) merupakan seorang ahli
fisiologi, psikologi dari Russia yang terkenal dengan Teori Pelaziman Klasik, dan Perubahan
Kelakuan. Dilahirkan di Ryazan, Empayar Russia. Merupakan anak pertama dalam sebelas orang
adik-beradik kepada pasangan Peter Dmitrievich Pavlov (seorang paderi desa) dan Varvara
Ivanovna Uspenskaya (seorang surirumah).

Pavlov mula mendapat pendidikan formal ketika berusia 11 tahun. Pada 1870, beliau telah
menyambung pengajian dalam bahagian fizik dan matematik dan kursus sains alam di Universiti
Saint Petersburgh. Tahun 1875, Pavlov menamatkan kursusnya dengan rekod yang cemerlang
dan menerima ijazah Candidate of Natural Sciences. Dengan minatnya yang mendalam dalam
bidang fisiologi, Pavlov mengambil keputusan untuk menyambung pengajian beliau di Academy
of Medical Surgery. Tahun 1879, Pavlov telah menamatkan pengajian beliau dari Medical
Military Academy berserta anugerah medal emas daripada hasil kajian penyelidikan beliau.

Selepas lulus peperiksaan yang ketat, Pavlov telah berjaya mendapat fellowship di Medical
Military Academy untuk meneruskan kerja-kerja pasca-ijazah beliau. Jawatan Pavlov sebagai
Pengarah Makmal Fisiologi di Klinik S. P. Botkin dan fellowship bersama Medical Military
Academy telah membolehkan beliau meneruskan kerja-kerja penyelidikannya.

TEORI PELAZIMAN KLASIK PAVLOV

Ketika sedang menjalankan eksperimen berkaitan respon anjing ketika diberi makan dengan
kadar salivasi anjing tersebut, Pavlov terlihat akan anjing-anjing peliharaannya yang akan mula
bersalivasi setiap kali melihat Pavlov atau pembantunya memasuki bilik eksperimen tersebut,
walaupun ketika itu mereka tidak membawa sebarang makanan untuk anjing-anjing tersebut.

PROSES PELAZIMAN KLASIK PAVLOV

Hasil kajian Pavlov, pembelajaran sesuatu yang baru boleh berlaku dengan adanya
rangsangan dan gerak balas. Rangsangan bermaksud apa-apa bentuk tenaga yang akan
menimbulkan gerak balas, dan Gerak balas bermaksud apa-apa tingkah laku yang akan timbul
hasil daripada sesuatu rangsangan. Mengambil ilham daripada idea bahawa ada sesetengah
perkara yang tidak perlu diajar kepada anjing, contohnya, anjing tidak perlu diajar untuk
melelehkan saliva setiap kali melihat makanan, maka secara automatiknya refleks proses salivasi
akan berlaku dengan sendirinya kepada anjing itu. Refleks ini secara naturalnya telah ada
didalam anjing itu sendiri. Dalam terma penyelidik kelakuan, refleks ini dinamakan gerak balas
tak berkondisi.
Rangsangan tak Berkondisi (Makanan) > Gerak balas tak Berkondisi (Salivasi)
Dalam eksperimen Pelaziman Klasik, Pavlov menggunakan loceng sebagai rangsangan
semulajadi. Setiap kali hendak memberi makanan kepada anjing-anjingnya, Pavlov
membunyikan loceng. Selepas beberapa kali melakukan prosedur ini, Pavlov cuba membunyikan
loceng tanpa memberi sebarang makanan dan hasilnya anjing-anjingnya mula melelehkan saliva
hanya dengan mendengar bunyi loceng.
Anjing-anjing Pavlov telah belajar menghubungkan hubungan bunyi loceng dengan makanan
dan satu kelakuan baru telah dipelajari. Oleh kerana gerak balas ini dipelajari atau di kondisi,
ianya digelar sebagai gerak balas dikondisi. Rangsangan semulajadi anjing-anjing Pavlov telah
bertukar menjadi rangsangan dikondisi.
Pavlov juga telah menemui bahawa untuk menjadikan sesuatu hubungan antara rangsangan
dan gerak balas berkait, dua rangsangan (loceng dan makanan) perlu dilakukan dalam jarak masa
yang dekat. Pavlov menggelarkan ini sebagai Law of Temporal Continuity. Jika jarak masa antara
stimulus terkondisi (loceng) dengan rangsangan tak terkondisi (makanan) terlalu jauh, proses
pembelajaran untuk menghubungkait kedua-dua rangsangan ini tidak akan berlaku.

KESIMPULAN

Teori Pelaziman Klasik Pavlov melibatkan pembelajaran untuk mengkaitkan rangsangan tak
dikondisi yang memang akan memberi sesuatu gerak balas, contohnya salivasi, dengan
rangsangan (dikondisi) yang baru untuk mendapatkan gerak balas yang sama.

PROSEDUR DAN KESAN PELAZIMAN KLASIK PAVLOV

RUJUKAN

You might also like