You are on page 1of 8

PELAZIMAN

KLASIK
AIN FARHANA BINTI ROZI
AIMI LIYANA BINTI ALI BORHAN
FITREN BINTI ANAM
A.NAJIHA BINTI PARAWANGI
AMSYILAH BINTI MADSAE
• Kajian diasaskan oleh Ivan Petrovich Pavlov
• Kajiannya iaitu ‘hukum perkaitan’ (Law of Association) yang di
utarakan oleh ahli falsafah Yunani awal seperti Aristotle.
• Tujuan  mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku pada
sesuatu organisme.
• Contoh  apabila kita melihat sebuah kereta mewah, kita
mungkin membuat andaian pemandu itu adalah seorang kaya atau
seorang terkemuka. Andaian ini bergantung kepada pengalaman
kita yang lampau
• Pavlov mencadangkan bahawa proses asas pembelajaran ialah
pembentukan perkaitan antara Rangsangan (R) dan sesuatu Gerak
Balas (G).
• Beliau menggunakan seekor anjing sebagai bahan kajiannya.
CONTOH 1
• Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak
balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain
untuk mendatangkan pembelajaran.
• Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan di namakan pelaziman manakala
pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di namakan pelaziman
klasik.
• Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid berdiri, maka
murid dengan cepat akan berdiri. Jadi, daripada situasi tersebut, arahan yang
diberikan oleh guru ialah rangsangan, manakala tindakan berdiri ialah
gerakbalas.
• Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh
berlaku kesan daripada rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang
berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan
pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai
pelaziman klasik.
KESIMPULANNYA,
1) Penguasaan (Acquisition)
Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerak balas atau
respons baru berlaku berperingkat-peringkat. lebih kerap organisme itu
mencuba, lebih kukuh penguasaan.

2) Generalisasi (Generalisation)
Dalam eksperimennya, Pavlov juga telah menggunakan bunyi loceng yang
berlainan nada, tetapi anjing itu masih mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan
bahawa sesuatu organisme yang telah terlazim dengan dikemukakan sesuatu
rangsangan tak terlazim (RTT seperti loceng) juga akan menghasilkan gerak balas
terlazim (GT = keluar air liur) walau pun rangsangan itu berlainan atau hampir
sama (iaitu, nada loceng yang berlainan). Dengan perkataan lain, organisme itu
dapat membuat generalisasi bahawa bunyi yang berlainan atau hampir sama
mungkin diikuti dengan gerak balas (makanan).
3) Diskriminasi (Discrimination)
Pavlov juga dapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng,
anjing itu masih mengeluarkan air liur. Bila nada bunyi loceng itu jauh
berbeza daripada bunyi loceng yang asal, anjing berkenaan tidak
mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa organisme berkenaan
dapat membezakan atau mendikriminasi antara rangsangan yang
dikemukakan dan memilih untuk tidak bertindak atau bergerak balas.
Iaitu, sesuatu organisme berkebolehan untuk bergerak balas kepada
sesuatu rangsangan tetapi tidak kepada rangsangan yang lain.

4) Penghapusan (Extinction)
Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim (loceng) tidak diikuti dengan
rangsangan tak terlazim (makanan), lama kelamaan organisme itu tidak
akan bergerak balas. Iaitu, gerak balas berperingkat-peringkat terhapus.
CONTOH 2
• Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid berdiri, maka
murid dengan cepat akan berdiri.

arahan yang diberikan oleh guru ialah rangsangan, manakala tindakan


berdiri ialah gerakbalas.

• Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh


berlaku kesan daripada rangsangan dan gerakbalas.

 Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai


pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali
sebagai pelaziman klasik.

You might also like