You are on page 1of 2

Ilmu Binaan Sendiri Yang Terbentuk Hasil Teori Terdahulu

Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kumpulan kanak-kanak yang mengalami ketidaknormalan sama ada dari segi fizikal, mental, emosi atau tingkah laku. Mereka merupakan kumpulan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar-pakar professional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak seperti kebolehan kognitif tingkah laku, penguasaan bahasa lisan, kemahiran perkembangan dan kemahiran matematik. Seringkali kanak-kanak berkeperluan khas dikaitkan dengan permasalahan tingkah laku. Tahap kefungsian mereka yang rendah mendorong timbulnya permasalahan tingkah laku di kalangan mereka. Menurut Mohd. Nazar Mohamad (1990) yang dipetik daripada Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku oleh Mok Soon Sang, tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya. Jika dilihat dari konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran khasnya dalam kelas. Tingkah laku bermasalah merupakan tingkah laku yang tidak normal iaitu yang terkeluar dari nilai dan norma masyarakat, termasuk sekolah. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakkan orang dalam masyarakat. Tingkah laku bermasalah murid juga boleh didefinisikan sebagai sebarang aksi murid yang dianggap oleh guru sebagai mengganggu kerana ia menghalang kelancaran dan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku adalah boleh dipelajari. Sekinner melalui Teori Pelaziman Operan Skinner (1953) telah menekankan tentang proses pembiasaan dalam membentuk tingkah laku dan mengemukakan beberapa rumusan tentang pembelajaran manusia. Menurut Skinner, pembelajaran berlaku melalui pelaziman dan peneguhan positif pula merupakan rangsangan yang penting dalam menambahkan kebarangkalian gerak balas pelajar. Oleh itu peneguhan positif perlu diberi dari semasa ke semasa untuk mengubah tingkah laku yang tidak diingini sekaligus menjayakan proses pengubahsuaian tingkah laku yang dijalankan. Berdasarkan teori di atas, saya dapati peneguhan positif hanya berkesan terhadap murid yang bertingkah laku malu dan tidak berkesan digunakan ke atas murid lain. Hal ini dibuktikan apabila saya menggunakan peneguhan positif terhadap Hajar dan Azami. Hajar yang pada awalnya bersikap takut untuk menjawab soalan yang ditanya oleh guru namun melalui galakan yang diberikan pada peringkat awal, Hajar berjaya menjawab dengan betul. Peneguhan positif diberikan dan hasil yang dapat dilihat, semakin hari hajar semakin berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diutarakan oleh guru biarpun kadang-kadang jawapan yang diberikan kurang tepat. Berbeza dengan Hakim yang semenjak dari awal tempoh saya berpraktikum di SK Tun Dr Ismail, Hakim merupakan seorang yang pandai dan murid yang aktif. Berdasarkan pemerhatian saya,

peneguhan positif ke atas Hakim tidak berkesan memandangkan apabila Hakim dapat menjawab dengan betul soalan yang diutarakan oleh guru, hakim menjadi semakin aktif dan kadang-kadang menjadi punca gangguan yang berlaku semasa PDP dijalankan.

Guru pelatih, .......................................... ( )

Pensyarah pembimbing, ........................................... ( )

You might also like