You are on page 1of 18

1.

0 PENGENALAN

Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat,


memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing.Ia
melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan
masalah, mencipta, berimaginasi dan lain- lain. Menurut Prof. Madya Dr Rohani Bin Abdullah
(2003) berdasar buku beliau yang berjudul Panduan Kognitif Kanak-kanak Prasekolah, kognitif
merujuk pada intelek atau pemikiran individu. Perkembangan kognitif memfokuskan kepada
cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat. Hal ini bermaksud, ia adalah suatu proses
memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak.

Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang


individu.Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan
pemikiran kanak-kanak.Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku
dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya.Perkembangan kemahiran
adalah berasaskan perubahan stuktur mental kanak-kanak yang melibatkan bahasa, imaginasi,
mental, fikiran, penaakulan dan penyelesaian masalah kemahiran mengingat.Kita juga boleh
mengukur perkembangan intelek mereka dengan melihat kemampuan serta kebolehan mereka
untuk menggunakan kemahiran berfikir mereka bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

Seperti yang kita sedia maklum, teori perkembangan kognitif dipelopori oleh tokoh yang
tidak asing lagi bagi kita semua iaitu Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Teori-teori ini telah
memainkan peranan penting di dalam membantu memahami cara kanakkanak berfikir dan
bagaimana guru boleh memainkan peranannya di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak
Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran
kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada
satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya.

1
Teori-teori ini memainkan peranan penting dalam membantu kita menjadi bakal guru yang
lebih memahami cara kanak-kanak berfikir sekaligus melatih kita dalam memainkan peranan
dalam merangsang perkembangan kogniti kanak-kanak.

2
2.0 JEAN PIAGET

2.1 Latar belakang Jean Piaget

Jean Piaget dilahirkan di Neuchatel iaitu di Switzerland pada Ogos 1896 dan meninggal
dunia pada September 1980. Beliau merupakan seorang ahli psikologi kanak-kanak yang
terkenal. Beliau mendapat ijazah Ph.D dalam biologi tetapi setelah tamat pengajiannya, lebih
berminat kepada psikologi. Berasaskan pemerhatian beliau yang sistematik ke atas tiga orang
anaknya, beliau mengaplikasi prinsip dan kaedah biologi dalam mengkaji perkembangan
manusia. Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Pada pandangan Piaget,
minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila
berinteraksi dengan persekitaran. Piaget dan ahli psikologi kognitif sering kala dikenal sebagai
ahli struktur disebabkan mereka mementingkan struktur pemikiran manusia (Gardner, 1973).

Di usia remajanya beliau berminat dalam bidang biologi dan epistemologi iaitu suatu
bidang ilmu dalam bidang falsafah yang banyak membicarakan tentang perkembangan dan
perolehan pengetahuan manusia. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan
kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet
untuk membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak
berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih
berminat untuk

3
melihat pola-pola yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan sumbangan
pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-
kanak.

2.2 Teori perkembangan Kognitif Jean Piaget

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan


yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapat persekitaran tidak
membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya kanak-kanak membina persekitarannya. Keadaan
ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya.
Jean Piaget telah memperkenalkan empat konsep utama untuk menerangkan dengan lebih
lanjut berkenaan skema, penyerapan, pengubahsuaian dan keseimbangan.

Jadual : Konsep-konsep Asas Berhubung Dengan Teori Kognitif Piaget

Konsep Takrif

Skemata Struktur kognitif yang berubah untuk mengadaptasikan


maklumat baru.

Asimilasi Penerimaan maklumat baru sebagai selaras dengan


skemata sedia ada.

Akomodasi Pengubahsuaian skemata yang ada bagi menerima


maklumat baru.

Keseimbangan Gabungan proses asimilasi dan adaptasi yang membantu


dalam keseimbangan terhadap pengetahuan, kepercayaan dan
pengalaman.

Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan
menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Tambahan pula, skema adalah seperti
sebuah kabinet menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang
bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum

4
dan semakin bayi itu membesar skema yang diperolehi semakin meningkat dan skema itu
semakin diperhalusi.

Skema juga adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun


dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap
susu dan mengenggam dan apa sahaja benda yang dimasukkan ke dalam mulutnya akan
dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan, bayi berkenaan masih belum dapat
membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya. Hal ini kerana
terdapat satu skema sahaja iaitu menghisap. Namun, terdapat enam sub tahap pada peringkat
ini dengan melihat kebolehan berdasarkan umur bayi.

Dari lahir hingga satu bulan sub, dikenali sebagai refleks. Pada tahap ini bayi hanya
mampu melakukan gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran,
penyusunan, gerakan tangan iaitu genggaman dan sebagainya, penyesuaian, pandangan,
pergerakan mata dan seterusnya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya.
Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya
sebagai gerakan pantulan sahaja.

Menurut Dr. Nor Hashimah Hashim (2003) dalam buku Panduan Pendidikan
Prasekolah, asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumat-
maklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu
penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Contohnya, seorang kanak-
kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal.Oleh itu, kanak- kanak tersebut akan
menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya.
Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan
"sebiji epal. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai
maklumat dan pengalaman.Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin
membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya.Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah
secara kuantitatif atau bukan kualitatif.

5
Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta
perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai dengan
skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak
sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubahsuai. Ini menyebabkan, proses penyesuaian
diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubahsuai untuk digabungkan dengan maklumat-
maklumat atau pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini
meningkatkan tahap skema sedia ada. Seterusnya, proses ini berlaku sehingga seseorang itu
mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi sesuatu kemahiran tertentu. Hal ini
berlaku secara berterusan. Misalnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak
ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan
penyesuaian konsep terhadap magnet itu.

Akhirnya, keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak


menyeimbangkan proses penyerapan dan penghubahsuaian. Sebagai contohnya, apabila
seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam
skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak
dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau
mencipta skema yang baru. Jika maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap
keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga
dewasa.

Piaget mengatakan tiap-tiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka


yang bersendirian. Dengan sebab itu, kanak-kanak yang di dalam sesuatu darjah itu bukan
sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan
kognitif mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan
berperingkat-peringkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan
peringkat-peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi
asas bagi perkembangkan yang berikutnya.

6
2.2.1 Tahap-Tahap Perkembangan Mental

Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses
perkembangan yang dilalui. Beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat
tahap mengikut urutan umur. Tahap-tahap perkembangan itu ialah :

Tahap Sensori Motor atau deria motor


( sejak dilahirkan - 2 tahun )

Tahap Pra Operasi


( 2 tahun - 7 tahun )

Tahap Operasi Konkrit


( 7 tahun - 11 tahun )

Tahap Operasi Formal


( 11 tahun - 15 tahun )

Pertamanya ialah peringkat deria motor iaitu sejak bayi dilahirkan hingga berumur 2
tahun. Pada masa dilahirkan otak kanak-kanak belum banyak bekerja menyebabkan ia hanya
menyedari alam sekelilingnya dengan kabur sahaja. Walaupun begitu fungsi derianya
berkembang dengan cepat dan dengan itu ia dengan cepat menjadi pemerhati alam
sekelilingnya. Pemerhatian ini diikuti pula oleh gerakbalas. Pada peringkat ini, kanak-kanak
belum menguasai lambang bahasa untuk menamakan benda-benda di sekelilingnya. Kanak-
kanak mengetahui alam sekelilingnya melalui deria dan pergerakan badannya. Pada masa
umurnya kira-kira 10 bulan seseorang kanak-kanak itu mula mengetahui yang benda-benda itu
mempunyai sifat kekal walaupun hilang dari penglihatannya. Sebagai contohnya, apabila Rani
melihat ibunya hilang dari pandangan dibawa oleh kereta, dia tidak menangis sebab dia tahu
ibunya akan pulang semula.

Selain itu, bayi mengkodinasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk
membentuk skema tingkah laku yang membolehkan mereka bertindak dan mengetahui

7
persekitarannya. Kanak-kanak pada peringkat ini berdasarkan interaksi mereka dengan alam
sekeliling melalui pancaindera. Mereka sedar akan

8
kewujudan sesuatu benda hanya jika benda itu boleh dikesan oleh salah satu pacaindera.
Contohnya, bayi belajar dengan mengangkat benda, memain- mainkannya, merasa dan
mengigitnya.

Manakala pada peringkat pra operasi bagi kanak-kanak yang berumur 2 hingga 7 tahun,
kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk mengambarkan sesuatu konsep.
Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui
bahasa yang dikuasainya itu, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat. Seterusnya,
mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya.
Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh
mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan.

Tahap Piaget ketiga ialah peringkat operasi konkrit. Menurut Mok Soon Sang (2001),
tahap ini berlaku semasa kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 11 tahun. Pada peringkat ini,
kanak-kanak telah mula berkemampuan berfikir secara logik. Tetapi hanya dapat berjaya
melakukan kebolehan ini dalam keadaan konkrit atau menggunakan objek maujud. Satu sifat
yang ada pada kanak-kanak pada peringkat ini ialah konsep keabadian atas kuantiti sesuatu
bahan walaupun bahan itu mengalami perubahan yang ketara. Mereka sudah pandai
melakukan operasi konkrit dan menguasai konsep kuantiti dan bentuk bersiri seperti lebih
berat, lebih tinggi dan sebagainya.

Tambahan pula, mereka juga boleh memberikan perhatian kepada beberapa perkara
serentak. Pada masa yang sama, ingatan mereka semakin bertambah. Walaubagaimanapun,
pada tahap ini kanak-kanak masih belum boleh mentafsir perkara-perkara yang abstrak
umpamanya konsep ketuhanan, syurga dan neraka. Dalam konsep ini, kanak-kanak perlu
menguasai tiga prinsip asas iaitu prinsip identiti, prinsip ganti rugi ('compensation) dan prinsip
keterbalikan.

Pertamanya, prinsip identiti menunjukkan bahawa mereka tahu sekiranya tiada bilangan
yang ditambah atau dikurangkan, amaun atau bilangan objek adalah

9
sama walaupun bentuknya berubah. Prinsip ganti rugi yang dikenali sebagai
compensation, menunjukkan bahawa mereka tahu sesuatu perubahan pada satu segi akan
diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain manakala pada prinsip keterbalikan pula
kanak-kanak boleh mengulang proses yang berlaku secara mental kepada keadaan asal
semula.

Manakala pada peringkat operasi formal bagi kanak-kanak berumur 11 tahun hingga 15
tahun, kanak-kanak atau remaja sebenarnya dapat berfikir secara logik, termasuklah pemikiran
abstrak, perkara yang berkaitan dengan masa hadapan dan sanggup membuat hipotesis.
Pemikiran hipotesis ini membolehkan kanak-kanak meramalkan apa yang mungkin berlaku.
Oleh sebab pemikiran operasi formal sanggup membuat penaakulan terhadap sesuatu
kemungkinan, ia telah sedia membuat eksperimen menguji idea, kebenaran dan pemikiran
saintifik. Mereka berkebolehan untuk menggunakan beraneka jenis strategi untuk
menyelesaikan masalah. Bahkan pelajar ini dapat menerima idea abstrak seperti tenaga graviti
dan demokrasi. Pendekatan pengajaran pula melibatkan penggunaan kaedah lisan yang lebih
banyak. Pelajar pada peringkat sekolah menengah digalakkan sering mendengar, membaca
dan berbincang, kemudian melakukan latihan.

10
3.0 LEV VYGOTSKY

3.1 Latar Belakang

Vygotsky lahir pada 17 November 1896 di Orsha, sebuah bandar kecil yang terletak di
Belorussia dan dibesarkan di Gomel, sebuah bandar kira-kira 400 batu dari Moscow. Lev
Vygotsky membesar dalam sebuah keluarga kelas pertengahan. Ibunya merupakan seorang
guru namun tinggal di rumah sahaja kerana mendidik anak-anaknya. Vygotsky turut mempunyai
seorang tutor peribadi yang bernama Solomon Ashpiz. Setelah menerima pendidikan awal di
sekolah swasta, Vygotsky pergi ke sebuah Gymnasium Yahudi untuk meneruskan pengajian
peringkat menengah. Beliau merupakan pelajar yang baik dan sering digelar sebagai
professor kecil kerana selalu memimpin diskusi mahasiswa pada topik berkenaan falsafah atau
budaya yahudi, teater dan sastera.

11
Beliau menamatkan pengajian sekolah menengah dengan anugerah medal emas
kemudian melanjutkan pelajaran ke Moscow State University dan tamat pengajian pada 1917.
Setelah tamat pengajian, beliau bekerja di beberapa tempat antaranya Institut Psikologi pada
pertengahan 1920 dan di beberapa pusat pendidikan di Moscow, Lerningrad, dan Kharkow.
Beiau telah menulis buku tentang Pemikiran dan Bahasa dan Fikiran masyarakat

3.2 Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky

Teori Perkembangan kognitif berkait rapat dengan konstruktivisme.Konstruktivisme


adalah satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.Dalam proses ini, pelajar akan
menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina
pengetahuan baru. Selain itu, konstruktivisme ialah falsafah pembelajaran yang diasaskan
kepada beberapa teori pembelajaran, di antaranya teori perkembangan kognitif dan teori
kognitif sosial.Teori Konstruktivisme mencadangkan bahawa manusia membina pemahaman
dan pengetahuannya sendiri tentang dunia di sekelilingnya dengan mengalami dan membuat
refleksi ke atas pengalaman tersebut.

Lev Vygotsky kebanyakannya lebih menekankan tentang konstruktivisme sosial di mana


ilmu pengetahuan dibina berdasarkan kepada interaksi sosial, alat budaya, dan aktiviti yang
membentuk pembinaan dan pembelajaran individu.Contohnya , Vygotsky mencadangkan
konsep pembinaan zon proksimal, di mana kanak-kanak boleh menyelesaikan masalah sesuatu
masalah dengan bantuan orang dewasa, rakan atau guru (scaffolding).

Terdapat dua konsep penting dalam teori ini, iaitu Zon Perkembangan Proximal (ZPD)
dan bantuan (scaffolding).ZPD merupakan suatu kemampuan untuk melakukan sesuatu
dengan bantuan orang dewasa.Dalam konteks pembelajaran, pelajar dan guru hendaklah
bekerjasama untuk meningkatkan pelajaran dan membolehkan kanak-kanak melakuakn kerja
tersebut sendiri.Dalam erti kata lain

12
actual developmental level merujuk kepada semua aktiviti yang boleh dipersembahkan oleh
seseorang kanak-kanak sendiri tanpa bantuan orang lain.Sebaliknya, zone of proximal
development ialah sesorang kanak-kanak atau pelajar melakukan sesuatu kerja dengan
bantuan orang lain.

Zon perkembangan proksimal merupakan idea Vygotsky yang paling dikenali.Vygotsky


menerangkan tentang kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh
dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang- orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih
mahir.Dalam zon perkembangan proksimal terdapat had atas dan had bawah. Had atas ialah
Kemahiran yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir manakala had bawah
bermaksud kemahiran yang telah dicapai sendiri oleh kanak-kanak.

Konsep perancah (scaffolding) juga merupakan teori yang diasaskan oleh


Vygotsky.Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan dan berkait
rapat dengan zon perkembangan proksimal. Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting
semasa proses perencah untuk mendapat konsep-konsep baru dan lebih sistematik.Mengikut
Haliza Hamzah dan Joy N.Samuel (2010), konsep ini merujuk kepada bimbingan yang diberi
oleh seorang dewasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui soalan-soalan dan
interaksi yang bersifat positif. Bimbingan diberikan kepada pelajar dalam mempelajari
kemahiran baharu, namun bimbingan yang diberi dikurangkan sehingga pelajar boleh
menguasai sesuatu kemahiran.Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa
proses perancah. Perbualan akan membantu pelajar menyusun konsep- konsep baharu secara
lebih sistematik.

Secara khusus Vygotsky mengemukakan bahawa disamping guru, rakan sebaya juga
memberi pengaruh penting pada perkembangan kognitif anak berlawanan dengan
pembelajaran lewat penemuan individu (individual discovery learning), kerja kelompok secara
kooperatif (cooperative groupwork) yang mempercepat perkembangan kanak-kanak.

13
Menurut vygotsky, berkomunikasi dengan diri sendiri juga boleh dijadikan salah satu
perkembangan kanak-kanak yang bagus kerana dapat mengawal tingkah lakunya
sendiri.Malah kanak-kanak yang sering bercakap dengan diri sendiri lebih cekap dalam
kemahiran sosial berbanding kanak-kanak yang tidak bercakap sendiri. Hasil kajian juga
menunjukkan kanak-kanak yang bercakap dengan diri sendiri akan memberikan impak positif
terhadap diri mereka kelak.

14
IMPLIKASI TEORI KOGNITIF DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran sangat dipengaruhi oleh teori
pembelajaran kognitif. Hal ini jelas membuktikan teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang
sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori ini menekankan proses
kognitif untuk menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, teori ini juga
menekankan faktor pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi.
Teori pembelajaran kognitif ini menegaskan bahawa pengalaman sedia ada murid-murid akan banyak
membantu mereka dalam menyelesaikan masalah. Dengan wujudnya teori pembelajaran kognitif ini ia
sekali gus memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak
atau pun murid-murid. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses
pembelajaranmurid-murid iaiah merangsang ingatan kanak-kanak semula.

Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia bagi
membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapatmerangsang
ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanak-kanak tersebut beradadi alam persekolahan
mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalamanatau pun pengetahuan yang sedia
ada. Seperti kemahiran 3M iaitu membaca, menulis danmengira. Dengan pengetahuan ada ketika di
prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidakakan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut.

Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses pengajarandan
pembelajaran murid-murid iaiah membantu murid-murid mengingat semula. Olehkerana pembelajaran
kognitif ini menekankan kepada perubahan-perubahan yang berlakudalam cara manusia berfikir dari
peringkat bayi sehingga ia dewasa. Jean Piagetmemandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktifyang
berkelakuan seperti saintismuda dan akan memperkembangkan teori mereka masing-masing. Dalam
bilik darjah,murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka.

Selain itu, ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut memperoleh


ipengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan melaluipersepsi
mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-kanaktersebut melalui zaman
persekolahan ia akan membantu murid-murid semula tentang apayang mereka telah pelajari selama ini
terutama sekali pengetahuan yang mereka milikiketika di prasekolah.

Di samping itu, implikasi pembelajaran kognitif yang lain iaiah isi-isi pelajaranhendaklah disusun

15
mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Mengikut pendapatJean Piaget dalam teori
pembelajaran kognitif, beliau telah mengelaskan kepada empattahap perkembangan kognitif Piaget iaitu
sensori motor( sejak lahir hingga 2 tahun),praoperasi( 2 hingga 7 tahun), operasi konkrit( 7 hingga 11
tahun) dan operasi formal( 11tahun hingga remaja). Oleh yang demikian, isi pelajaran yang di sampaikan
dalam prosespengajaran dan pembelajaran mestilah mengikut peringkat perkembangan kanak-
kanak.Hal ini demikian kerana, pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur atau
pun tahap masing-masing. Di sini, guru haruslah menyampaikan danmenyusun isi-isi pelajaran mengikut
peringkat perkembangan kanak-kanak. Contohnya,di prasekolah ia lebih kepada bermain sambil belajar
serta cenderung kepada pengetahuan asas tentang kemahiran 3M dengan itu guru hendaklah mengajar
murid-murid tersebut mengikut peringkat perkembangan mereka dan bukannya mengajar mereka
dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah rendah.

16
KESIMPULAN

Kesimpulannya, Teori perkembangan kognitif Jean Piaget menerangkan bahawa


perkembangan kognitif mereka adalah mengikut beberapa peringakt iaitu sensorimotor, peringkat
praoperasi, peringkat operasi konkrit, diikuti peringkat operasi formal. Ilmu dan kemahiran adalah
dibina berdasarkan usaha individu itu sendiri. Manakala Lev Vygotsky pula mengatakan bahawa
kanak-kanak belajar dan menguasai kemahiran melalui interaksi sosial. Oleh itu, guru perlu
menggunakan zon erkembangan prokximal untuk membimbing murid dengan menggunakan
teknik scaffolding bagi membolehkan mereka memperolehi kemahiran dalam peringkat yang lebih
tinggi.

Sebagai seorang bakal guru, kita seharusnya dapat memilih dan menggunakan sumber
pengajaran dan pembelajaran yang disediakan selain membuat bahan bantu mengajar sendiri.
Antara bahan bantu yang disediakan adalah kad perkataan, carta, cakera padat, dan sebagainya.
Selain itu, guru juga boleh membina bahan mereka sendiri mengikut kebolehan dan tahap
keupayaan murid sesuatu kelas. Adapun bahan yang paling berkesan adalah bahan maujud yang
boleh dilihat, dipegang, dan dirasa oleh murid.

Ketika merancang aktiviti kumpulan kepada murid-murid, terdapat beberapa aspek yang
perlu diambil kira dan diberi perhatian. Antaranya adalah masa dan kesesuaian aktiviti yang
dirancang sama ada ianya bersesuaian dengan tahap kebolehan dan umur murid-murid.
Pemilihan bahan yang betul jga perlu dikaitkan dengan tema yang hendak diajar pada hari
tersebut. Selain itu, tunjang yang diajar pada ketika itu juga perlu diselaraskan agar muird-murid
dapat belajar dan memperolehi kemahiran-kemahiran dengan baik sesuai dengan umer mereka.

Tuntasnya, guru perlu kreatif dan bijak memilih bahan bantu mengajar yang sesuai untuk
digunakan. Pemilihan bahan tersebut perlulah merangsang imaginasi dan pemikiran kanak-kanak
bagi membantu untuk memperkembangkan lagi kognitif mereka. Selain itu, penggunaan bahan
bantu mengajar yang berkesan dapat membantu guru untuk mencapai hasil pembelajaran dan
objektif yang diingini. Di samping itu, aktiviti dan pengajaran

17
yang melibatkan permainan mampu menggalakkan dan merangsang minat murid-murid
untuk belajar.

18

You might also like