You are on page 1of 12

Teori Penemuan Jerome Seymour Bruner Teori Bruner mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas atau penemuan berpandu,

, atau latihan penyiasatan. Bruner mementingkan aspek-aspek berikut dalam teori pembelajaran beliau :

Cara manusia berinteraksi dengan persekitaran dan pengalamannya. Perkembangan mental manusia dan pemikiran semasa proses pembelajaran. Pemikiran secara logikal. Penggunaan istilah untuk memahami susunan struktur pengetahuan . Pemikiran analisis dan intuitif. Pembelajaran induktif untuk menguasai konsep/kategori. Pemikiran metakognitif iaitu pemikiran mengenai pemikiran.

Ciri-Ciri Penting Pembelajaran Bagi Teori Bruner Ialah : 1- Persekitaran untuk belajar Pengajaran hendaklah berkaitan dengan pengalaman dan konteks kanak-kanak supaya kanak-kanak berasa ingin dan sanggup belajar semasa masuk sekolah. Pengajaran selanjutnya bergantung kepada cara membangkitkan minat di kalangan murid. Semua kanak-kanak memiliki mekanisme dalaman untuk ingin belajar. Oleh itu, guru mesti menggalakkan mereka melalui pembelajaran penerokaan. Selain itu faktor-faktor persekitaran seperti kebudayaan, motivasi dan prsonaliti mmepengaruhi keinginan kanak-kanak untuk belajar. Di sekolah pula guru perlu mewujudkan situasi pengajaran yang relevan dengan pengalaman dan minat pelajar. Guru perlu menyediakan aktivitiaktiviti yang menggalakkkan pembelajaran penemuan dan memberi arahan yang berstruktur tanpa menyelesaikan masalah untuk pelajar. 2- Struktur pengetahuan \ Merupakan satu kelompok pengetahuan hendaklah dibahagikan mengikut susunan yang mana dipelajari, dengan cepat. Bruner menyatakan bahawa proses pembelajaran lebih bermakna jika pelajar memahami struktur sesuatu isi pelajaran. Beliau mencadangkan pelajar membuat sistem mengkod, iaitu menyusun konsep-konsep yang berkaitan secara hierarki. Sistem pengkodan yang baik diperlukan supaya ransangan yang tertentu boleh dimasukkan dalam kategori-kategori yang sewajarnya. Jika sistem pengkodan ini disusun secara teratur, pelajar dapat memahami ransangan dengan lebih baik. Bruner menyarankan supaya guru menyusun bahan pengajaran dalam cara yang dapat diterima oleh pelajar mengikut tahap kebolehan dan pengalaman mereka.

Hubungkaitan yang wujud antara idea-idea yang penting dalam sesuatu mata pelajaran boleh dihuraikan dalam bentuk gambar rajah, prinsip atau rumusan. Guru mesti terangkan konsep alam bentuk perwakilan konkrit, iaitu pelajar dapat melihatnya secara visual dalam bentuk grafik dan gambar. Guru juga perlu menentukan jumlah maklumat yang boleh disampaikan kepada pelajar untuk diproses dan disimpan. Konsep ini dipanggil ekonomi pembelajaran. 3- Urutan Bahan pengajaran hendaklah disusun mengikut urutan yang cekap untuk disampaikan dalam pengajaran supaya pelajar memahaminya dengan berkesan. Buner menamainya sebagai urutan optimum. Urutan ini mesti mengambil kira kebolehan pelajar untuk memproses maklumat dan dapat mengekalkan minat pelajar dalam pembelajaran. Pelajar belajar mengikut urutan tertentu, iaitu : a. Pesanan tanpa bahasa b. Respon anggota badan c. Gambaran dan lakaran d. Bahasa 4- Peneguhan Guru mesti memberi maklum balas terhadap prestasi dan kemajuan pelajar, an masa peneguhan diberikan juga sangat penting. Jika peneguahan diberikan terlalu awal, pelajar akan menjadi keliru. Jika peneguhan diberikan terlalu lewat, pelajar tidak berminat lagi dengan maklum balas tersebut. Bruner juga mementingkan motivasi intrinsic kerana inginkan supaya pelajar menyelesaikan masalah sendiri dengan bimbingan yang diberikan oleh guru. Peringkat Pembelajaran Dalam Teori Bruner Mengikut teori perkembangan kognitif Bruner, peringkat pembelajaran berubah dalam tiga turutan iaitu enaktif, ikonik dan simbolik. Peringkat enaktif berlaku pada usia 0-2 tahun. Peringkat enaktif ialah pembelajaran melalui tindakan manipulatif kerana ia belum lagi melibatkan bahasa. Kanak-kanak dalam lingkungan umur ini menggunakan anggota deria untuk menyelesaikan masalah. Bahan maujud perlu dipegang dan dipergunakan untuk memperolehi pengertian. Misalnya, kanak-kanak kecil menyentuh api untuk mengetahuinya boleh panas an melecurkan ; melontarkan bola untuk mengetahuinya boleh melambung dan berguling. Peringkat ikonik berlaku pada usia 2-4 tahun. Pada peringkat ini digunakan untuk kanakkanak yang lebih tua iaitu pembelajaran mencapai peringat sanggup membentukkan penanggapan (persepsi) dan membina gambaran dalam mental. Mereka mempunyai kebolehan mental untuk menggambarkan dan membayangkan sesuatu dalam fikiran dan menyimpan imej dalam fikiran mereka. Contohnya, kanak-kanak boleh melukis gambar sudu tanpa melihat sudu, kerana dia melukis gambar berdasarkan bayangan atau imej yang disimpan dalam otaknya. Kanak-kanak pada usia ini juga dapat

membentuk penanggapan dan membina gambaran mental. Contoh, walaupun tanpa menyentuh bahan tajam seperti pisau, kanak-kanak tersebut sudah tahu bahan itu boleh melukakan tangan jika terkenanya. Pemikiran peringkat simbolik ialah pada usia 5-7 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh memindahkan pengalaman mereka ke dalam bentuk bahasa. Mereka dapat berfikir secara abstrak dan membuat penaakulan logik. Dalam peringkat pembelajaran simbolik, simbol seperti perkataan, bahasa dan formula dapat digunakan untuk mempersembahkan pengalaman dan menghuraikan penaakulan abstrak. Oleh kerana pembelajaran kanak-kanak berkembang dari peringkat motor-sensori (enaktif) ke peringkat penanggapan konkrit (ikonik), akhirnya ke idea sbstrak (simbolik), maka turutan pengajaran haruslah berkembang sedemikian. Maksudnya, pengajaran dirancangkan untuk mendedahkan kanak-kanak memperolehi pengalaman pada permulaan, kemudian bertindak balas dengan penyampaian konkrit, dan akhirnya persembahan dalam bentuk simbol. Ketiga-tiga proses ini saling berkaitan dan membantu kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah. Satu contoh situasi pembelajaran mengikut urutan ini adalah seperti berikut : Enaktif - Kemahiran berbasikal Ikonik - Membayangkan cara berbasikal dengan baik Konkrit - Dapat menceritakan pengalaman berbasikal dalam bentuk bahasa kepada rakan sebaya. Prinsip-Prinsip Penting Dalam Teori Pengajaran Bruner Penguasaan Bahasa Bruner mengatakan bahawa terdapat dua proses penguasaan iaitu : 1- Subordinat / kompleksif a) Peringkat ini merujuk kepada penggunaan bahasa yang tidak bercorak konsep atau prinsip untuk kanak-kanak yang mempunyai perkembangan dan kognitif yang rendah. b) Semakin berkembang pemikiran seseorang, semakin banyak konsep baru yang dikuasainya, jika dia didedahkan kepada keadaan dan situasi yang menggalakkan perkembangan kognitif. Belajar melalui kategori, konsep, atau hukum Bruner mementingkan pembelajaran secara konsep, prinsip, hukum atau kategori. 1- Mengapa konsep atau kategori penting ? a) Pembelajaran melalui konsep mempunyai kesan jangka panjang dan meningkatkan penghargaan kendiri pelajar. b) Ia mengurangkan ketegangan kognitif kanak-kanak untuk mengingati objek atau peristiwa yang khusus. 2- Definisi konsep a) Idea-idea yang spesifik yang mempunyai ciri-ciri yang sama dan khusus. Ia juga boleh diertikan sebagai kategori. b) Dalam pembelajaran kognitif, pelajar memproses maklumat daripada persekitaran dan pengalamannya.

c) Konsep diperoleh dengan mengkategorikan benda yang sama jenis atau mempunyai pola yang tertentu. d) Sebagai contoh, pengelasan konsep tumbuh-tumbuhan gurun adalah berdasarkan ciri-ciri seperti berakar panjang, daun berduri, kebolehan tumbuhan menyimpan air dan sebagainya. e) Bruner mementingkan penggunaan pendekatan induktif, iaitu pelajar diberikan contoh-contoh yang spesifik sebelum membuat definisi konsep. 3. Jenis-jenis konsep a) Konsep konjungtif - Konsep konjungtif memerlukan dua atau lebih ciri yang wujud serentak. - Sebagai contoh, burung mesti mempunyai bulu dan mempunyai sayap sebelum ia boleh terbang. b) Konsep disjungtif - Konsep disjungtif memerlukan cirri yang berlainan untuk membezakan sesuatu kategori. - Ini bermakna burung yang tidak boleh terbang seperti ayam dan penguin tidak dapat dimasukkan dalam kategori di atas. c) Konsep berkaitan atau berhubungan - Konsep hubungan mempunyai cirri-ciri yang saling berkaitan. - Sebagai contoh apabila terdapat jerebu, kualiti udara turun dan orang ramai jatuh sakit. Ini menunjukkan jerebu mempunyai perkaitan dengan indeks kualiti udaran dan kesihatan manusia. 4. Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan kategori a) Set minda - Pengalaman lampau dan pengetahuan sedia ada tentang persekitaran menolong pelajra mengkategorikan ransangan baru. - Pelajar mengenali ransangan dan mengkategorikan serta mengklasifikasikan maklumat menurut struktur baru atau yang sudah wujud. b) Motivasi - Unsur motivasi sederhana diperlukan untuk membantu pelajar membentuk kod-kod dengan mudah. - Peringkat ini dikenalpasti sebagai mencari tanda atau isyarat dalam penbentukan kod. - Tahap motivasi, minat dan penumpuan yang dimiliki oleh pelajar menentukan pembentukan kod-kod dalam konsep. c) Penguasaan maklumat yang spesifik - Pelajar perlu membaca dengan luas untuk memperoleh pengetahuan yang banyak dan khusus untuk mengkodkan kategori-kategori dengan mudah. d) Pengalaman yang pelbagai - Satu ransangan atau pengalaman yang telah dialami dapat dikodkan dengan lebih senang. - Pelajar mesti didedahkan kepada pelbagai pengalaman dalam situasi pembelajaran dan pengajaran. -Sebagai contoh, seorang anak nelayan dapat mengkategorikan ciri- ciri ikan tempatan dengan mudah dan cepat.

B.Teori Vygotsky Lev S. Vygotsky (Rajah 1.2) ialah seorang pakar psikologi Russia yang meninggalkan andaian yang jelas tentang perkembangan bahasa. Idea utama Lev Vygotsky ialah kemahiran perkembangan kognitif berlaku di dalam konteks sosiobudaya dan berkembang di dalam interaksi sosial kanak-kanak.Lev S. Vygotsky ialah pengkritik terawal kepada andaian-andaian yang diketengahkan oleh Piaget. Vygotsky memberi pandangan tentang perkembangan kognitif kanak-kanak yang cukup berlainan dengan pendapat Jean Piaget. Vygotsky menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak tidak mengikut tahap-tahap perkembangan. Sebaliknya, Vygotsky menegaskan bahawa setiap fungsi dalam perkembangan budaya kanak-kanak muncul dalam dua aras iaitu pada aras sosial dan pada aras individu.Teori budaya-sosial (socio-cultural) menyatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui interaksi sosial dan budaya. Budaya dan masyarakat memainkan peranan sangat penting di dalam teori Vygotsky. Menurutnya, pengalaman sosial dan budaya mempengaruhi cara berfikir, dan perkara yang difikirkan. Kanak-kanak berinteraksi menggunakan bahasa atau dialog dengan ahli-ahli yang lain dalam masyarakatnya untuk belajar tentang nilai budaya. Kanak-kanak mengembangkan bahasa mereka melalui interaksi dengan ibu bapa serta rakan-rakan di dalam budaya mereka. Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut: i. Tahap pembelajaran atau kematangan mental seseorang kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui scaffolding. Scaffolding merupakan pertolongan atau bimbingan yang diberi oleh orang yang lebih berpengalaman untuk meningkatkan tahap pembelajaran atau pemikiran kanak-kanak. Vygotsky percaya semua orang mempunyai Zone Of Proximal Development (ZPD) iaitu potensi kognitif pada tahap yang lebih tinggi. Potensi ini hanya mampu dicapai melalui proses scaffolding. Bahasa merupakan alat untuk berfikir dan alat yang digunakan oleh orang dewasa untuk memindahkan pengetahuan kepada kanak-kanak. Alat-alat yang digunakan dalam sesuatu budaya atau cultural tools (seperti bahasa, media, televisyen atau komputer) adalah sangat penting untuk meningkatkan komunikasi, pembelajaran dan pemprosesan pemikiran ke tahap yang lebih tinggi.

ii.

iii. iv.

Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Dari segi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru yang mengamalkan prinsip-prinsip teori Vygotsky akan mendapati proses pembelajaran yang sangat aktif. Guru akan menggunakan teknik scaffolding dengan membimbing dan memberi tindak balas tentang pembelajaran isi kandungan baru. Guru juga akan menyediakan alat-alat pembelajaran yang bersesuaian dan mencukupi untuk mencapai objektif pengajatan yang efektif. Vygotsky mengutarakan cadangan supaya perkembangan kanak-kanak didasarkan kepada keupayaan mereka menggunakan perantaraan bahasa, sistem nombor dan peta bagi perkembangan kognitif. Keupayaan mereka pula bergantung kepada pendedahan mereka kepada pembantu dan persekitaran orang dewasa yang kebiasaannya terdiri daripada guruguru dan pengasuh. Ini sangat bermakna terhadap perkembangan kreativiti, kognitif, sosial dan kemahiran mengawal perasaan.

Pendekatan Teori Perkembangan Kanak-kanak Piaget dan Vygotsky terhadap Konsep Kreativiti Walaupun pendekatan teori Piaget dan Vygotsky terhadap pengajaran dan pembelajaran berbeza, namun kedua-dua teori ini bersetuju akan kepentingan pembelajaran melalui discovery learning. Piaget menyarankan pembelajaran penemuan di mana guru kurang membimbing. Vygotsky pula menekankan bimbingan guru sebagai faktor utama. Dalam konteks perkembangan kreativiti, Piaget dan Vygotsky bersetuju berkenaan kebaikan bermain dalam mengembangkan kreativiti kanak-kanak. Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanak-kanak, masa bermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan melalui permainan berbentuk akademik juga perlu diwujudkan. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti aktiviti melukis, menconteng, membuat kolaj, sandplay dan sebagainya. Apabila bermain, kanak-kanak menggunakan daya imaginasi ketika bermain. Menurut Piaget dan Vygotsky, imaginasi terikat kepada cara bagaimana kanak-kanak memahami dunia persekitarannya dan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Murid juga seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti bermain dan aktiviti seni. Oleh itu, dalam pengajaran dan pembelajaran, adalah berfaedah jika guru menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk permainan untuk mengembangkan kreativiti kanak-kanak. Implikasi Teori Vygotsky ke atas pengajaran dan pembelajaran. 1. Penilaian perlu difokuskan untuk menentukan Zon Perkembangan Proksimal setiap kanak-kanak. Guru perlu meberi latihan yang berbeza kesukaran untuk menentukan tahap bimbingan yang sepatutnya diberi. 2. Gunakan Zon Perkembangan Proksimal dalam pengajaran. Pada had atas tetapkan objektif untuk kanak-kanak capai. Objektif perlu pada tahap kesukaran yang lebih tinggi daripada pencapaian pelajar ketika itu. Guru membantu bila diperlukan. Beri galakan dan semangat untuk kanak-kanak mencuba dan mengaplikasi kemahiran supaya mencapai objektif. 3. Menggalakkan bantuan daripada rakan sebaya yang sudah mahir. Kanak-kanak boleh mendapatkan bantuan dan sokongan dari rakan-rakan yang sudah memahami konsep yang diajar. 4. Kawal dan galakkan kanak-kanak bercakap sendiri semasa menyelesaikan sesuatu masalah. Bimbing kanak-kanak untuk merealisasikan idea semasa bercakap sendiri ke dalam situasi yang memerlukan penyelesaian. 5. Beri arahan yang bermakna. Seboleh-bolehnya kaitkan pengajaran dengan kehidupan seharian. Kurangkan penghafalan, bimbing pelajar mengaplikasi pengetahuan kepada pengalaman sebenar.

TEORI GAGNE PENGENALAN Gagne menyatakan pembelajaran bergerak daripada yang paling mudah kepada yang kompleks. Pembelajaran aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran aras yang rendah. Terdapat lapan peringkat pembelajaran berhierarki Gagne yang dikenal pasti iaitu: 1)Pembelajaran isyarat. Jenis pembelajaran ini merupakan yang paling mudah. Ia lebih merupakan perubahan tingkah laku yang di sebabkan oleh pengaruh kebiasaan. Pembelajaran isyarat ini banyak menggunakan akal fikiran. 2)Pembelajaran menganggu gerak balas Pembelajaran rangsangan gerak balas bergantung kepada proses peneguhan. Ini bermakna pujian dan ganjaran perlu diberikan bagi tingkah laku yang diingati. 3) Rangkaian Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan di antara satu sama lain untuk melengkapi satu tugasan yang dijalankan. 4) Pertalian berbahasa Pertalian berbahasa merupakan suatu rangkaian berbahasa yang berlaku apabila pelajar menghubungkaitkan apa yang di lihat dengan nama objek secara menyebutnya. 5) Pembelajaran diskriminasi Pembelajaran ini berlaku apabila pelajar dapat memilih gerak balas yang sesuai untuk bertindak bagi menghasilkan sesuatu. 6) Pembelajaran konsep Pembelajaran mudah mesti telah terjadi sebagai prasyarat. Sebagai contoh dalam memperkenalkan konsep bulatan, guru telah menyebutkan perkataan bulatan secara ransangan gerak balas. Seterusnya pelajar akan belajar membuat diskriminasi antara bulatan dengan objek lain seperti segi empat sama. 7) Pembelajaran hukum Merupakan pembelajaran yang kompleks kerana melibatkan pembelajaran konsep, rangkaian dan pertalian bahasa. 8) Penyelesaian masalah Pembelajaran penyelesaian masalah dianggap satu jenis pembelajaran peringkat tinggi dan kompleks. Penyelesaian masalah melibatkan pemilihan dan set-set urutan petua yang unik kepada pelajar yang mana akan menghasilkan set petua yang lebih tinggi.

Penyelesaian masalah melibatkan lima langkah iaitu ; Mengenali masalah dalam bentuk am. Menyatakan semula masalah dalam bentuk operasi. Merumus hipotesis alternatif dan prosedur yang mungkin sesuai untuk menerangkan masalah itu. Menguji hipotesis serta menjalankan prosedur untuk mendapat penyelesaian atau set penyelesaian. Memutuskan yang mana penyelesaian mungkin yang paling tepat atau mengesahkan penyelesaian unggul yang betul. Berdasarkan kepada teori ini sebelum menyelesaikan masalah, pelajar seharusnya telah memperoleh pembelajaran isyarat, rangsangan gerak balas, rangkaian pertalian berbahasa, diskriminasi, konsep dan pembelajaran hukum. Implikasi Teori kepada P&P Menggunakan bahan konkrit untuk mengajar bahasa. Mengajar sesuatu kemahiran mengikut urutan (rangkaian motor). Membimbing pelajar membezakan ciri-ciri penting. Membinbing pelajar mengebal pasti ciri-ciri khusus untuk membina konsep dan hukum. Membimbing peljar menggunakan prinsip, hukum dan teorom untuk menyelesaikan masalah.

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA 2. TEORI PEMODELAN BANDURA Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak- kanak tadika berumur 3- 6 tahun untuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanak- kanak keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Teori pembelajaran sosialis menekankan pembelajaran melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Teori ini terdiri daripada teori permodelan Bandura. CIRI- CIRI TEORI PEMODELAN BANDURA : n Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan n Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa , misalan dan teladan n Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model dan akan menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan. n Proses pembelajaran meliputi pemerhatian , pemikiran , peringatan ,peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai. Mengikut teori Albert Bandura (1925) seorang profesor psikologi di Universiti Stanford pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku orang lain, individu dan secara tidak langsung mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut. Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model dan proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan. Ia juga menekankan aspek interaksi antara manusia dan persekitaran. Pada amnya Bandura juga melihat manusa sebagai aktif berupaya mengendalikan tingkah laku secara selektif dan tidak merupakan entiti yang pasif yang boleh dipermainkan oleh keadaan persekitaran mereka. Terdapat dua jenis pembelajaran melalui pemerhatian. Pertama, ia boleh berlaku melalui peneguhan. Ini berlaku apabila kita melihat orang lain diberi ganjaran atau denda untuk tindakan tertentu kita mengubah tingkah laku. Melalui ganjaran, Contohnya seandainya kita memuji dua orang pelajar kerana membuat kerja yang menarik di dalam kelas maka pelajarpelajar yang memerhatikan penghargaan mungkin akan membuat kerja yang lebih baik pada masa akan datang. Denda juga boleh mempunyai kesan yang sama. Contohnya kita akan mengurangkan had laju semasa memandu selepas melihat beberapa orang mendapat saman kerana memandu dengan laju. Pembelajaran pemerhatian yang kedua ialah pemerhati meniru tingkah laku model walaupun model tersebut tidak menerima peneguhan atau denda semasa pemerhati sedang memerhatikan. Selalunya model menunjukkan sesuatu yang hendak dipelajarinya oleh pemerhati dan mengharapkan peneguhan apabila dapat menguasai. Contoh cara yang betul meletakkan tangan untuk bermain piano tetapi peniruan berlaku apabila pemerhati hanya mahu menjadi seperti model yang disanjung.

3. PRINSIP PEMBELAJARAN MELALUI PEMERHATIAN/ PERMODELAN Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu perhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan atau motivasi. PEMERHATIAN Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting. Dalam suatu tunjukcara contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit kita mungkin memerlukan murid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul. MENGINGAT Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting. Dalam suatu tunjukcara contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit kita mungkin memerlukan murid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul. REPRODUKSI Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya. Apabila seseorang tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciri- ciri atau langkah- langkah dia mungkin belum boleh melakukannya dengan lancar. Sesorang itu memerlukan latihan yang banyak, mendapat maklum balas dan bimbingan tentang perkaraperkara penting sebelum boleh menghasilkan tingkah laku model. Di peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar dan mahir. PENEGUHAN/MOTIVASI Kita mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui pemerhatian, tetapi kita mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada sesuatu bentuk motivasi atau insentif untuk melakukannya. Peneguhan boleh memainkan beberapa peranan dalam pembelajaran pemerhatian. Seandainya kita mengharapkan untuk mendapat peneguhan dengan meniru tindakan seseorang model, kita mungkin menjadi lebih

bermotivasi untuk menumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan semula tingkah laku. Selain itu, peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran. Seseorang yang mencuba menunjukkan tingkah laku baru tidak akan mengekalkanya tanpa peneguhan. Sebagai contoh, seorang pelajar yang tidak popular cuba memakai pakaian fesyen baru tetapi diejek oleh rakan- rakan dan dia tidak akan meneruskan peniruannya. Terdapat lima jenis peneguhan yang memotivasikan perlakuan tingkah laku yang ditiru. Pertama, pemerhati mungkin menghasilkan semula tingkah laku model dan menerima peniruan secara langsung. Contohnya, seorang ahli gimnastik menunjukkan pergerakan badan yang baik dan dia di puji oleh jurulatihnya dengan kata- kata seperti syabas. Kedua pemerhati mungkin melihat orang lain menerima peniruan secara tidak langsung dan mengikut tingkah laku orang yang diperhatikan. Contohnya kanak- kanak yang melihat program televisyen yang penuh dengan keganasan mungkin meniru tingkah laku keganasan model melalui program tersebut. Ketiga ialah peniruan melalui proses elistasi. Dalam proses ini seseorang akan meniru apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara- cara melakukan tingkah laku tersebut. Sebagai contoh timbul keinginan di hati Ali untuk membantu ibunya memotong rumput setelah melihat Rahman membantu ibunya. Keempat peniruan sekat lakuan. Peniruan yang sesuai dilakukan dalam keadaan tertentu tetapi tidak digunakan dalam keadaan atau situasi yang lain. Sebagai contoh, murid boleh meniru kawan mereka yang bising senasa kelas pendidikan jasmani di padang tetapi tidak boleh meniru tingkah laku ini di dalam kelas. Kelima iaitu peniruan tak sekat lakuan. Dalam proses ini seseorang individu akan terus mengamalkan peniruan dalam apa- apa jua situasi. Sebagai contoh, Radzi yang menyertai satu kumpulan menyimpan rambut panjang semasa cuti sekolah akan terus menyimpan rambut panjangnya semasa sesi persekolahan bermula. PANDANGAN ISLAM TERHADAP TEORI PEMBELAJARAN Menurut perspektif islam dalam hal penekanannya terhadap signifikansi fungsi kognitif dan fungsi pancaindera sebagai alat- alat penting untuk belajar adalah sangat penting. Katakata kunci seperti yaqilun, yatafakkarun, yasmaun dan sebagainya yang terdapat dalam alquran merupakan bukti tetap pentingnya dalam meraih ilmu pengetahuan. Menurut Dr. Yusuf Al-Qardhawi (1984) adalah akidah yang berdasarkan ilmu pengetahuan bukan berdasarkan penyerahan diri secara membabi buta. Hal ini tersirat dalam firman Allah, maka ketahuilah bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah (surah Muhammad :19). Menuntut ilmu ialah suatu ibadat umum kerana amalan ini adalah diwajibkan oleh Islam. AlQuran menyebut banyak kali ayat yang menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan sangatlah penting bagi semua orang. Hadis Rasulullah s.a.w menyatakan dengan terus terang bahawa kita semua wajib menuntut ilmu sama ada ilmu dunia atau akhirat. Dalam kehidupan kita ada banyak benda yang kita tidak mengetahui. Sebaliknya orang yang berilmu itu adalah lebih mulia daripada orang yang tidak mengetahui. Sebaliknya adalah berdosa kalau kita menyembunyikan ilmu daripada orang lain. Mempelajari dan mengajar ilmu adalah ibadat kerana diwajibkan oleh Tuhan. Menurut Imam Al Ghazali r.a menyebut tentang ilmu mahmudah sebagai ilmu yang baik dan berfaedah di dunia dan di akhirat. Al Quran meletakkan para ilmuan di tempat yang tinggi dan mulia dan mewajibkan semua orang mencari ilmu di merata tempat. Ada ilmu yang Qadim iaitu yang kekal dan ilmu hadis. ilmu baru kurniaan Allah s.w.t kepada semua makhluk.

Islam memandang umat manusia sebagai makhluk yang dilahirkan dalam keadaan kosong, tidak berilmu pengetahuan akan tetapi Tuhan memberi potensi yang bersifat jasmaniah dan rohaniah untuk belajar dan mengembangkan ilmu pengetahuan serta teknologi yang canggih untuk kemudahan umat manusia itu sendiri. APLIKASI MODEL PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA DI DALAM BILIK DARJAH Guru sebagai role model dan model simbolik. Guru hendaklah memastikan dia mempunyai tingkah laku dan berpewatakan positif supaya pelajar dapat menirunya. Segala tindakan yang ditunjukkan oleh guru hendaklah yang boleh dicontohi oleh pelajarnya. Modifikasi tingkah laku. Guru boleh menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan santun dan tidak meninggikan suara di dalam bilik darjah. Sekiranya guru ingin mengubah tingkah laku murid yang kurang menyenangkan kepada yang boleh diterima, guru hendaklah menunjukkan kepada mereka contoh yang terbaik. Peniruan tidak langsung. Oleh kerana pengaruh media massa dan internet begitu luas terhadap pelajar daripada model lansung, guru boleh menasihati mereka tentang jenis program yang harus dipilih dan yang harus ditolak. Contoh dan hasil kerja yang baik. Guru perlu tunjukkan kepada pelajar dalam kalangan rakan-rakan mereka siapa yang menunjukkan contoh sebagai pelajar yang baik dari segi hasilan kerja mereka. Pelajar boleh belajar daripada rakan-rakan dan meniru idea-idea yang berkualiti yang terdapat dalam kerja-kerja mereka. Permainan dan simulasi. Guru boleh mengajar nilai dan peranan watak-watak yang penting melalui situasi main peranan dan simulasi. Pelajar dapat meniru tingkah positif. Situasi dalam main peranan dan simulasi perlu diaplikasikan dalam situasi sebenar. Rakan sebaya sebagai model. Guru boleh menggunakan pelajar-pelajar yang popular atau yang berjaya untuk menunjukkan tingkah laku model dalam kelas.

You might also like