You are on page 1of 12

LAPORAN INOVASI

BUKU RIBA
MATEMATIK BERFUNGSI

DISEDIAKAN OLEH :

NURUL SYAFINAZ BINTI GHAZLIMI


911013-09-5078
019- 5032050

PISMP 4F AMBILAN JANUARI 2012


PISMP 104895423
PENDIDIKAN PEMULIHAN

JABATAN ILMU PENDIDIKAN


BIODATA DIRI

NAMA : NURUL SYAFINAZ BINTI GHAZLIMI

ALAMAT : NO.1, JALAN SENA 4, TAMAN SENA INDAH, 01000


KANGAR, PERLIS.

NO I/C : 911013-09-5078

TARIKH LAHIR : 13 OKTOBER 1991

MAJOR : PENDIDIKAN PEMULIHAN (BM/MATE)


AMBILAN JANUARI2011

E-MEL : queensyafinaz91@gmail.com

NO TELEFON : 019-5032050

PENCAPAIAN IPG :

-TEMPAT PERTAMA MEMBACA TULISAN JAWI NASKAH LAMA SEMPENA


BULAN MEMBACA (ANJURAN IPG KBM)

-ANUGERAH PENGARAH (AKADEMIK TERBAIK) IPG KBM TAHUN 2011

MOTO HIDUP : SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF


1.0 TAJUK INOVASI

BUKU RIBA
MATEMATIK BERFUNGSI
1.1 PELAKSANAAN BUKU RIBA MATEMATIK BERFUNGSI

Penghasilan buku riba matematik berfungsi merupakan tugasan kerja kursus projek
bagi mata pelajaran Pendidikan Disleksia (PKP 3105) pada semester 3 yang lalu
bagi guru pelatih ambilan Januari 2011.

Guru pelatih dikehendaki menghasilkan sebuah buku riba atau ‘lap book’ yang
bertemakan matematik berfungsi. Matematik berfungsi yang dihasilkan ini
merangkumi enam tajuk dalam subjek matematik di mana saling berkait dengan
penggunaan dalam kehidupan seharian. Buku riba bertemakan matematik berfungsi
ini merangkumi enam topik iaitu wang, masa, berat, isi padu, jarak dan penyelesaian
masalah.

Dalam pada itu, buku riba ini dihasilkan khusus untuk murid-murid bermasalah
pembelajaran disleksia. Oleh yang demikian, penghasilan buku riba ini mengambil
perhatian terhadap keperluan kanak-kanak disleksia dalam pembelajaran. Aspek
yang dititikberatkan semasa penghasilan buku riba ini ialah dari segi pemilihan
warna, aras kognitif kanak-kanak disleksia, dan saiz bahan.

Buku riba ini juga boleh digunakan secara individu mahupun dalam kumpulan
kecil yang terdiri daripada 3 atau empat orang pelajar berdasarkan saiz buku riba
tersebut. Selaras dengan namanya iaitu ‘Buku Riba’ menunjukkan bahawa buku ini
akan memudahkan kanak-kanak untuk menggunakannya dan membawa ke mana
sahaja disamping isi kandungan yang padat di dalam buku riba tersebut.
2.0 PENGENALAN

Penggunaan bahan bantu mengajar bertujuan membantu guru mengajar dengan


lebih berjaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan
kepentingan murid-murid. Melalui falsafah ini, Kementerian Pelajaran Malaysia
berusaha menjelaskan konsep pembangunan kemanusiaan dalam penggubalan
kurikulum selain memberi perhatian kepada perkembangan individu khususnya dari
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Sehubungan itu, bahan bantu mengajar dapat dilihat sebagai medium yang
berupaya menyerlahkan bakat dan potensi murid terutamanya murid-murid
bermasalah pembelajaran. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang
bersesuaian, murid-murid akan mengalami proses pembelajaran yang lebih interaktif
dan segar sekali membantu mereka menguasai kemahiran 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira.

Kamus mendefinisikan bahan sebagai sesuatu atau beberapa benda yang


digunakan untuk menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan. Bahan juga
berkaitan dengan hal-hal yang akan dibincangkan seperti dalam pengajaran dan
pembentangan. Kamus Longman Dictionary of Contemporary English telah
memberikan definisi bahan sebagai “information from which a (written) work is to be
produced”. Pada asasnya, perkataan bahan dapat diertikan sebagai merangkumi
sebagai segala benda, alat, maklumat dan media yang dapat memenuhi sesuatu
tujuan dan bahan.

Oleh itu, bahan bantu mengajar merupakan bahan sokongan yang dapat
membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran selain cara
penyampaian isi pelajaran secara konvensional. Guru memainkan peranan penting
dalam menentukan bahan bantu mengajar yang berkesan.

Keberkesanan bahan bantu mengajar yang dipilih mampu mempengaruhi


minat murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh yang demikian, penghasilan bahan bantu mengajar dalam
bentuk maujud dapat merangsang minat murid-murid untuk belajar.
2.1 KUMPULAN SASARAN

Bahan ini digunakan semasa aktiviti P&P secara kumpulan kecil antara 3 hingga 4
orang atau individu di dalam kelas.

Penghasilan buku riba ini dikhususkan untuk kanak-kanak disleksia yang


mempunyai masalah dalam membaca, menulis dan mengira.

Selain itu, bahan-bahan ini juga dapat diaplikasikan kepada murid tahun 1,
murid linus, murid pemulihan, murid prasekolah, serta murid pendidikan khas
masalah pembelajaran.
2.2 KANAK-KANAK DISLEKSIA

Disleksia berasal daripada gabungan perkataan Greek dys yang bermaksud


‘kesukaran dalam’ lexis yang bermaksud ‘bahasa’. Definisi terkini disleksia adalah
sebagai suatu masalah kognitif ( Thomson 1984 dalam Sheila & Samsilah 2006)

Mohd. Sharani (2004) menjelaskan maksud dyslexia adalah kanak-kanak


yang tidak dapat membaca kerana tidak dapat menterjemahkan dengan betul
lambang-lambang bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam suku kata
ataupun dalam perkataan-perkataan.

Secara literalnya, disleksia bermaksud, “kesukaran dalam berbahasa” (Ott


1997 dalam Sheila & Samsilah 2006). Definisi operasional disleksia yang pertama
dikeluarkan oleh World Federation of Neurology (1968) dalam adalah seperti berikut:

“Suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka


melalui pengalaman bilik darjah konvensional, gagal mengusai
kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja yang
selaras dengan kemampuan intelektual mereka” (dalam Sheila &
Samsilah, 2006).

Kanak-kanak disleksia adalah lebih lambat perkembangannya berbanding


rakan yang sebaya daripada segi umur kronologikal seperti seorang kanak-kanak
disleksia berusia tujuh tahun sering berkelakuan seperti kanak-kanak berusia dua
ataupun tiga tahun yang mementingkan diri ( Cronin 1997: ms 111 dalam Sheila &
Samsilah 2006).

Kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbangi daya mengingati huruf


dengan perkataan dan menghadapi masalah dalam mengingati bentuk huruf, bunyi
huruf dan gabungan perkataan. Antara huruf-huruf yang sering mendatangkan
masalah kepada mereka ialah huruf b dan d, dan perkataan yang hampir serupa
ejaannya.
3.0 LATAR BELAKANG

3.1 SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN

Kanak-kanak disleksia sering dikaitkan dengan murid-murid yang mempunyai


masalah dalam pembelajaran di mana mereka mengalami masalah dalam
menguasai aspek 3M (membaca, menulis dan mengira).

Setelah mengadakan lawatan ke Pusat Dyslexia Malaysia, saya telah


mengenalpasti bahawa murid-murid ini memerlukan bahan bantu mengajar dalam
bentuk maujud. Oleh yang demikian, penghasilan buku riba matematik berfungsi ini
dapat membantu kanak-kanak disleksia terutamanya dalam mata pelajaran
matematik di sekolah.

Dalam pada masa yang sama, saya menerima tugasan kerja kursus projek
bagi mata pelajaran Pendidikan Disleksia (PKP 3105) di bawah bimbingan Cik Siti
Salamah Binti Mohd Yusof semasa saya berada di semester 3 yang lalu. Tugasan ini
dikehendaki untuk menyediakan sebuah buku riba bertemakan matematik berfungsi.

Namun, penghasilan buku riba ini mengikut kreativiti masing-masing. Buku


riba matematik berfungsi ini merupakan hasil karya dan idea saya yang asli.
3.2 MASALAH YANG DIHADAPI

Buku riba ini dikhususkan kepada kanak-kanak disleksia. Masalah yang dihadapi
oleh mereka ialah mengenal pasti bentuk huruf dan nombor. Hal ini kerana, mereka
mengalami masalah pada bahagian otak yang menyebabkan mereka menjadi keliru
untuk mengenal pasti bentuk huruf dan nombor yang hampir sama.

Walau bagaimanapun, buku riba yang dihasilkan ini lebih bertumpu kepada
mata pelajaran matematik yang merangkumi topik wang, masa, berat, jarak, isi padu
dan penyelesaian masalah.

Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia.


Saya telah mengambil langkah untuk menghasilkan satu bahan bantu mengajar
dalam bentuk maujud di mana kanak-kanak ini berpeluang untuk melihat,
memegang, bermain dan menyentuh bahan maujud ini.

Hal ini kerana, kanak-kanak lebih cepat belajar sekiranya mereka diberi
peluang untuk melakukan aktiviti secara ‘hands-on’. Dalam pada itu, dapat
membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik serta
mengelakkan daripada kebosanan ketika belajar.
4.0 INOVASI YANG DIJALANKAN

4.1 OBJEKTIF INOVASI

Objektif penghasilan inovasi bahan bantu mengajar khusus untuk murid-murid


disleksia adalah seperti berikut :

i. Merangsang minat murid untuk mempelajari sesuatu topik baharu.

ii. Membantu dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran guru di

dalam bilik darjah.

iii. Meningkatkan penguasaan murid-murid dalam kemahiran 3M (membaca, menulis

dan mengira)

iv. Memaksimumkan penggunaan bahan bantu belajar dalam kalangan murid-murid

sepanjang tahun.

v. Membantu murid memahami konsep matematik berfungsi yang diaplikasikan

dalam kehidupan seharian.

vi. Menunjukkan bahawa bahan bantu belajar bukan sahaja boleh dibeli di kedai

namun bahan ini boleh dihasilkan sendiri.

vii. Menimbulkan semangat inkuiri murid-murid dalam sesuatu topik pembelajaran.


4.2 TARIKH PELAKSANAAN

TARIKH PERKARA YANG DIJALANKAN


- Pengedaran kerja kursus kepada pelajar
5 Januari 2012 -Taklimat kerja kursus dari pensyarah
-Membuat proposal
10 Januari 2012- -Berbincang dengan pensayarah
20 Januari 2012

-Bimbingan kerja kursus


22 Januari 2012- -Perbincangan bersama ahli kumpulan
31 Januari 2012 -bertukar pendapat dengan rakan-rakan
-Membuat draf

-Lawatan ke Pusat Dyslexia Malaysia


1 Februari 2012- -Membuat draf BBM
9 Mac 2012 -Perbincangan bersama pensyarah

-Membina BBM
12 Mac 2012- -Membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa
23 April 2012 -Penyerahan BBM

25 September -Merangka dan menyusun laporan


2012

1 Oktober 2012 -Penambahbaikan terhadap inovasi BBM


4.3 KOS PENGHASILAN

Penghasilan buku riba matematik berfungsi ini tidak memerlukan kos yang
tinggi di mana kebanyakan barang digunakan daripada bahan sedia ada dan
barangan terpakai. Oleh yang demikian, kos penghasilan bahan bantu mengajar ini
dapat diminimumkan.

Dalam pada itu, semasa menghasilkan buku riba ini saya telah dibantu oleh
beberapa orang rakan yang menolong bagi menghasilkan bahan bantu mengajar
yang kukuh, menarik, tahan lama dan dapat digunakan sepanjang tahun.

You might also like