You are on page 1of 23

Teori

Teori membantu guru untuk memahami asas masalah pembelajaran khususnya dalam
konteks pendidikan khas. Teori dapat memberi panduan atau kaedah yang berkesan
dan bersesuaian untuk menyelesaikan masalah murid. Antara fungsi teori kepada guru
ialah;

Teori membantu untuk seseorang guru membuat penilaian, menyemak bahan,


teknik, kaedah pembelajaran yang boleh digunakan kepada pelajar,

Teori memberi panduan pengetahuan yang sistematik dan konsep bekerja bagi
membolehkan pengubahsuaian sesuatu ilmu baru dan ia amat penting kerana
memberi arah panduan menjelaskan dengan lebih teratur struktur pemikiran dan
ini membentuk tindak balas yang diingini berlaku,

Teori ialah pembentukan secara berproses. Setiap disiplin dibina berdasarkan


konsep dan idea yang dikembangkan oleh teori sebelumnya. Teori adalah
cabaran, kekuatan, bagi pengkaji dan ahli akademik untuk mempraktik dan
membuat penilaian bagi membuktikan teori yang dikeluarkan oleh golongan ini
bersesuaian dan berguna serta berhasil.

Menurut Thomas (1985), sesuatu teori dikatakan baik apabila mempunyai ciri-ciri
seperti dapat menjelaskan fakta-fakta dengan jelas, mudah difahami, berguna untuk
membuat ramalan masa hadapan dan memperjelas perkara-perkara yang sudah lepas,
boleh diterapkan secara praktikal, bersifat konsisten dan tidak berasaskan banyak
andaian (kepercayaan-kepercayaan yang tidak dapat dibuktikan)
Behaviourisme

Teori Behaviorisme menumpukan perhatian kepada faktor persekitaran sebagai faktor


yang mempengaruhi tingkah laku. Ahli-ahli behavioris melihat perhubungan antara
persekitaran dengan tingkah laku dan kemudiannya menggunakan konsep peneguhan
dan dendaan untuk menjelaskan mengapa sesetengah tingkah laku itu wujud atau tidak
wujud. Mereka berpendapat kecenderungan-kecenderungan tingkah laku termasuk
trait-trait, bakat, nilai-nilai, kepercayaankepercayaan, aspirasi dan lain-lain adalah
dipelajari.

Antara andaian ahli behaviorisme ialah tingkah laku boleh diukur, diperhatikan dan
dianalisa dengan melihat gerak balas individu. Gerak balas bergantung kepada
peneguhan dan dendaan. Matlamat behavioris ialah melihat kaitan rangsangan dengan
gerak balas dan melihat bagaimana gerak balas ini boleh dikawal melalui ganjaran dan
dendaan. Ahli-ahli behaviorisme menggunakan konsep pelaziman klasik dan pelaziman
operan apabila menjelaskan proses pembelajaran (Jalongo dan Isenberg 2000).
Pelaziman Klasik

Ivan Petrovich Pavlov

Pada awal tahun 1900an, seorang ahli fisiologi Rusia bernama Ivan Pavlov
menjalankan satu siri percubaan secara sistematik dan saintifik dengan tujuan mengkaji
bagaimana pembelajaran berlaku pada sesuatu organisme. Pavlov mengasaskan
kajiannya pada hukum perkaitan (Law of Association) yang di utarakan oleh ahli
falsafah Yunani awal seperti Aristotle. Menurut pendapat ini, sesuatu organisme akan
teringat sesuatu kerana sebelum ini organisme berkenaan telah mengalami sesuatu
yang berkaitan. Contohnya, apabila kita melihat sebuah kereta mewah, kita mungkin
membuat andaian pemandu itu adalah seorang kaya atau seorang terkemuka. Andaian
ini bergantung kepada pengalaman kita yang lampau.

Eksperimen Menunjukkan Pelaziman Klasik

Berdasarkan hukum perkaitan ini, Pavlov mencadangkan bahawa proses asas


pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antaraRangsangan (R) dan sesuatu Gerak
Balas (G). Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan
kajian ke atas anjing (lihat peralatan eksperimen di bawah). Dia dapati bahawa apabila
anjing melihat bekas dengan makanan, air liur haiwan itu keluar. Dia membuat
kesimpulan bahawa anjing tersebut telah belajar mengaitkan bekas makanan yang
dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak. Pavlov melanjutkan kajiannya
dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisme boleh diajar bertindak dengan
pemberian sesuatu rangsangan.
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada kajian Pavlov?

1) Penguasaan (Acquisition)

Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerak balas atau


respons baru berlaku berperingkat-peringkat. Juga lebih kerap organisme itu mencuba,
lebih kukuh penguasaan berkenaan.

2) Generalisasi (Generalisation)

Dalam eksperimennya, Pavlov juga telah menggunakan bunyi loceng yang berlainan
nada, tetapi anjing itu masih mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa sesuatu
organisme yang telah terlazim dengan dikemukakan sesuatu rangsangan tak terlazim
(RTT seperti loceng) juga akan menghasilkan gerak balas terlazim (GT = keluar air liur)
walau pun rangsangan itu berlainan atau hampir sama (iaitu, nada loceng yang
berlainan). Dengan perkataan lain, organisme itu dapat membuat generalisasi bahawa
bunyi yang berlainan atau hampir sama mungkin diikuti dengan gerak balas (makanan).

3) Diskriminasi (Discrimination)

Pavlov juga dapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng, anjing itu masih
mengeluarkan air liur. Bila nada bunyi loceng itu jauh berbeza daripada bunyi loceng
yang asal, anjing berkenaan tidak mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa
organisme berkenaan dapat membezakan atau mendikriminasi antara rangsangan
yang dikemukakan dan memilih untuk tidak bertindak atau bergerak balas. Iaitu,
sesuatu organisme berkebolehan untuk bergerak balas kepada sesuatu rangsangan
tetapi tidak kepada rangsangan yang lain.
4) Penghapusan (Extinction)

Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim (loceng) tidak diikuti dengan rangsangan tak
terlazim (makanan), lama kelamaan organisme itu tidak akan bergerak balas. Iaitu,
gerak balas berperingkat-peringkat terhapus.

Pelaziman Operan

BF Skinner

Skinner bermula pengajiannya dalam bidang biologi dan didedahkan kepada penulisan
Watson dan Pavlov. Pada tahun 1931, dia memperolehi ijazah kedoktoran (PhD) dalam
bidang psikologi dari Universiti Harvard. Skinner telah menjalankan berbagai kajian dan
buku pertamanya The Behavior of Organisms ditulis pada tahun 1938 yang
menghuraikan prinsip-prinsip utama pelaziman operan (operant). Perkataan operan
dicipta oleh Skinner yang membawa maksud bertindak ke atas. Pelaziman operan ialah
apabila organisme menghasilkan sesuatu gerak balas kerana organisme itu
mengoperat (atau operating) ke atas persekitarannya. Contohnya, seekor anjing akan
menghulurkan kaki depannya sekiranya ia ketahui bahawa tingkahlaku itu akan diikuti
dengan makanan. Begitu juga dengan seorang budak yang mengemaskan tempat tidur
jika dia tahu dia akan dibelanja makan ais krim.

Perbezaan antara Pelaziman Operan dengan Pelazimam Klasik

Dalam pelaziman klasik, organisme tidak mengubah keadaan persekitaran. Misalnya,


anjing Pavlov tidak ada pilihan untuk bertindak dengan mengeluarkan air liur apabila
diberikan makanan dan bunyi loceng. Manakala, dalam pelaziman operan, organisme
mempunyai pilihan untuk bertindak atau tidak kerana gerak balasnya menentukan
rangsangan (makanan) yang diberikan.
Eksperimen Skinner dalam Pelaziman Operan

Berdasarkan kajian menggunakan tikus dan burung merpati, Skinner dapati bahawa
cara peneguhan diberi boleh mempengaruhi gerak balas atau respons. Apakah
hubungan di antara cara peneguhan diberikan dan gerak balas atau pembelajaran?
Jadual Peneguhan yang diperkenalkan oleh Skinner hasil daripada kajian-kajian yang
dijalankan mencadangkan dua cara peneguhan, iaitu Peneguhan Berterusan
(Continuous Reinforcement) dan Peneguhan Berkala (Variable Reinforcement).

Jadual Peneguhan (Schedule of Reinforcement)

Peneguhan Berterusan: Setiap kali sesuatu gerak balas dihasilkan, organisme


menerima ganjaran atau peneguhan.

Peneguhan Berkala: Ganjaran atau peneguhan diberi menurut kekerapan tertentu atau
masa tertentu. Misalnya, ganjaran diberi menurut nisbah atau ganjaran menurut masa.

Menurut Nisbah

Nisbah tetap (fixed ratio) ialah apabila peneguhan diberikan setelah beberapa
gerak balas berlaku. Misalnya, nisbah 20:1 ialah setiap 20 gerak balas yang
wujud 1 peneguhan berikan.

Nisbah berubah (variable ratio) ialah apabila peneguhan diberikan setelah


beberapa gerak balas wujud tetapi kadarnya tidak tetap. Misalnya, kadang kala
nisbahnya ialah 20:1 dan dalam keadaan lain nisbahnya ialah 10:1.

Menurut Masa

Masa tetap (fixed interval) ialah apabila peneguhan diberikan pada akhir masa
yang ditetapkan. Misalnya, jika masa yang ditetapkan ialah 1 minit; peneguhan
diberikan kepada gerak balas yang wujud selepas 1 minit.

Masa berubah (variable interval) ialah apabila peneguhan diberikan pada akhir
masa yang ditetapkan tetapi masa yang ditetapkan berbeza mengikut gerak
balas yang wujud.

Prinsip-Prinsip Asas Pelaziman Operan

Menurut Skinner, pelaziman operan terdiri daripada dua konsep utama:

1. Peneguhan (reinforcement)

2. Dendaan (punishment)
(1) Peneguhan

1.1 Peneguhan Positif (Positive Reinforcement)

Apa jua rangsangan yang boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkah laku itu
akan berlaku disifatkan sebagai Peneguhan Positif iaitu apabila sesuatu pebeguhan itu
boleh merupakan benda, sosial (seperti pujian) atau token (seperti markah
ujian). Contoh;

Tikus yang menekan kunci pintu (lever) dan diberikan makanan akan mengulang
tingkah laku itu dengan harapan mendapat makanan.

Seorang budak yang menyelesaikan kerja rumahnya dapat menonton TV akan


mengulang tingkah laku itu.

Pekerja yang mencapai prestasi tinggi dalam kerjanya diberikan bonus. Adakah
pekerja itu akan mengulang kelakuan berkenaan?

1.2 Peneguhan Negatif (Negative Reinforcement)

Apa jua rangsangan yang menyakiti atau yang mewujudkan keadaan tidak selesa boleh
menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkah laku itu akan berlaku dipanggil
Peneguhan Negatif. Organisme kemungkinan mengulang tingkah laku yang dapat
mengelak atau mengurangkan keadaan yang negatif. Contoh;

Tikus yang dikejutkan dengan elektrik akan terus menekan alat yang dapat
mengurangkan kejutan elektrik.

Ibu akan mengangkat bayinya yang menangis kerana tidak tahan melihat dan
mendengar anaknya memekik-pekik.

(2) Denda (Punishment)

Apa jua rangsangan yang menyebabkan kebarangkalian sesuatu gerak balas atau
tingkah laku yang terhasil berkurangkan atau langsung dihapuskan. Contoh;

Budak yang tidak membantu ibu tidak diberi peluang bermain bola (iaitu,
menghentikan keseronokan).

Generalisasi, Diskriminasi dan Penghapusan

Generalisasi : Peneguhan yang hampir sama dengan peneguhan asal juga


boleh menghasilkan gerak balas yang sama.
Diskriminasi : Organisme bergerak balas terhadap sesuatu peneguhan tetapi
tidak terhadap peneguhan lain.

Penghapusan : Gerak balas yang wujud akan berperingkat- peringkat terhapus


apabila peneguhan atau ganjaran tidak diberikan lagi.

Pembentukan Tingkah laku Melalui Pelaziman Operan (Shaping Behaviour)

Berasaskan pelaziman operan, Skinner (1951) memperkembangkan teknik


pembentukan (shaping) bagi melatih haiwan menguasai tingkah laku komplek yang
juga relevan kepada tingkah laku manusia. Teknik pembentukan terlibat dengan
meneguhkan organisme setiap kali ia bertindak ke arah yang diingini sehingga ia
menguasai atau belajar gerak balas berkenaan dan tidak lagi meneguhkan gerak balas
itu lagi. Prosedur pembentukan boleh digunakan untuk mengawal tingkahlaku orang.

Contoh: Seorang pelajar yang sentiasa berjenaka dan menjadi pelawak dalam kelas.
Perakuan rakan sebaya (peer approval) memperkukuhkan kelakuan pelajar berkenaan.
Apabila pelajar-pelajar lain ketawa tentang apa yang disebut atau melakukan, dia
digalakkan untuk terus berjenaka dalam kelas. Pelajar berkenaan mungkin tidak akan
menjadi pelawak jika tiada siapa dalam kelas ketawa apabila dia berjenaka.

Contoh: Apabila seorang memberi ceramah, reaksi pendengar dapat mempengaruhi


bagaimana penyampai bertindak. Segolongan pelajar mengangguk kepala mereka dan
ini telah menyebabkan pensyarah mereka bergerak dengan lebih cepat dalam kelas.

Kognitif

Teori pembelajaran kognitif memfokuskan bahawa setiap manusia mempunyai


keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan mengeluarkan semula
segala pengalaman untuk membolehkan ia memerhatikan pertalian antara pengalaman
tersimpan dengan masalah yang dihadapi. Ahli-ahli psikologi kognitif berpendapat
bahawa pembelajaran adalah mudah dan ia tidak selalunya berlaku melalui cuba jaya
sebagaimana yang dicadangkan oleh mazhab behaviorisme. Menurut psikologis ini,
dalam pembelajaran, murid membentuk struktur kognitif dalam ingatannya. Setiap kali
murid belajar, ia akan menyusun segala pengalaman dan menyimpannya dalam
ingatan. Kebolehan ini dikenali sebagai celik akal. Dengan itu, nyatalah seseorang
individu jarang menggunakan cara cuba jaya untuk mempelajari sesuatu.

Teori kognitif berpegang kepada persoalan bagaimana kita mengetahui, memperolehi,


memproses dan menggunakan maklumat. Jadi, dalam mendidik murid-murid khas ,
guru perlulah menyesuaikan segala teori-teori yang ingin digunakan. Ada kalanya teori
behaviorimse penting digunakan demikianlah juga dengan teori kognitif. Semua teori
boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sosial

Dalam tahun 1941, Miller dan Dollard telah mencadangkan bahawa teori pembelajaran
dan peniruan yang menolak anggapan teori tingkah laku tradisional. Ini disebabkan oleh
teori pembelajaran tersebut gagal untuk mengambil kira perihal respons baru, iaitu
proses melambat atau menyegerakan proses pengukuhan peniruan. Ramai antara ahli
psikologi behavioris mendapati bahawa pelaziman operan memberi keterangan yang
terhad tentang pembelajaran. Ada antara mereka yang telah meluaskan pandangan
mereka tentang pembelajaran dengan menambah proses- proses kognitif seperti
jangkaan, pemikiran dan kepercayaan yang tidak boleh diperhatikan secara langsung.
Satu contoh tentang pandangan seperti ini telah dikemukakan oleh Albert Bandura
dalam teori kognitif sosial. Bandura percaya bahawa pandangan ahli teori behavioris
tentang pembelajaran walaupun tepat tidaklah lengkap. Mereka hanya memberi
sebahagian sahaja keterangan tentang pembelajaran dan tidak mengambil kira aspek-
aspek penting terutamanya pengaruh- pengaruh sosial ke atas pembelajaran. Dalam
tahun 1963, Albert Bandura dan Walters telah menghasilkan buku Skop Learning and
Personality Development, di mana beliau meluaskan skop teori pembelajaran dengan
menjelaskan lagi prinsip pembelajaran pemerhatian dan peneguhan.

Albert Bandura memperkenalkan teori pembelajaran sosial iaitu pembelajaran berlaku


melalui proses peniruan. Bandura (1977) berpendapat, kita belajar melalui pemerhatian
dan meniru orang lain serta dengan melihat konsekuen tingkah laku orang lain.
Bandura berpendapat bahawa;

Pembelajaran dan tingkah laku manusia bergantung kepada pemerhatian


seseorang individu itu terhadap individu lain atau model-model simbolik seperti
televisyen dan sebagainya.

Peniruan selalunya diteguhkan.

Pembelajaran pemerhatian dapat juga diterangkan melalui prinsip pelaziman


klasik. Oleh yang demikian, teori pembelajaran sosial Bandura,menekankan
peranan kognitif dan juga pengaruh persekitaran dalam perkembangan.

Humanis

Teori pembelajaran humanis menumpukan pada apa yang berlaku pada diri seseorang
seperti perasaan atau emosinya. Pendekatan humanis menekankan fikiran,
pengamatan serta interpretasi murid tentang sesuatu peristiwa atau kejadian itu. Prinsip
teori humanis ini adalah, seseorang murid itu bertanggungjawab ke atas tindakannya.
Contohnya kalau murid ingin berjaya, maka dia perlu berusaha mencapainya ke arah
itu. Setiap murid juga mempunyai keperluan mengembangkan potensinya ke tahap
maksimum. Teori humanis menekankan objektif berikut;
meningkatkan arah kendiri dan kebebasan murid.

membantu murid agar lebih bertanggungjawab dalam menentukan perkara yang


ingin dipelajari oleh mereka.

meningkatkan daya cipta murid.

mengembangkan minat dalam bidang seni.

meningkatkan naluri ingin tahu murid.

Asas teori ini adalah kepercayaan seseorang murid mempunyai keperluan untuk
pencapaian hasrat diri. Guru perlulah membantu murid mencapai hasratnya. Ini berlaku
kerana dalam pengajaran secara humanis, pembelajaran arah kendiri amat ditekankan.

Prinsip-prinsip pembelajaran humanis adalah seperti berikut;

murid akan belajar apa yang dikehendaki oleh mereka dan yang ingin diketahui.

Keinginan untuk belajar dan mengetahui cara belajar lebih penting daripada
pemerolehan fakta.

Penilaian yang dibuat oleh murid sendiri lebih bermakna bagi dirinya.

Perasaan murid adalah sama penting dengan fakta. Pembelajaran cara merasa
adalah sama penting dengan pembelajaran berfikir.

Pembelajaran hanya berlaku jika murid tidak berasa terancam.

Model

Model pengajaran mengandungi unsur-unsur penting yang dapat memberi gambaran


tentang proses pengajaran. Pada masa dahulu, pengajaran dianggap sebagai satu
proses yang mudah iaitu pengajaran sebagai suatu penyampaian pengetahuan
daripada guru kepada murid. Situasi ini dinamakan proses pengajaran sehala iaitu guru
sebagai pengajar menyalurkan pengetahuannya kepada murid yang menerima segala-
galanya, seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.

Rajah: Proses Pengajaran Sehala

Apabila pengajaran sedemikian berlaku, guru merupakan sebagai individu yang aktif
manakala murid menerima secara pasif. Tidak terdapat sebarang interaksi antara guru
dengan muridnya. Tanpa interaksi antara guru dengan muridnya, maka sukar untuk
menentukan sama ada proses pembelajaran telah berlaku atau tidak. Murid tidak
diberikan peranan aktif sebagai individu yang boleh menentukan pembelajarannya.

Namun keadaan sekarang sudah jauh berubah daripada keadaan seperti itu.
Pengajaran lebih disifatkan satu proses yang dengan sengaja dirancangkan dengan
objektif dan isi yang dipilih khas untuk disesuaikan dengan keperluan murid. Untuk
menentukan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan, guru-guru haruslah
mengambil pelbagai pertimbangan seperti memilih model-model pengajaran yang boleh
memberi kesan positif pada pengajarannya di samping pemilihan kaedah, teknik dan
pendekatan. Di sini dibincangkan beberapa model pengajaran dan pembelajaran untuk
pertimbangan guru. Setiap model-model yang dicadangkan mempunyai kekuatan
tersendiri dalam membantu guru-guru dalam proses pengajarannya (Mok Soon Sang,
2003).

Pengajaran Asas

Model ini dikemukakan oleh Robert Glaser (1962). Model ini dianggap sebagai model
asas yang dapat menggambarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Model Glaser
membahagikan proses pengajaran kepada empat bahagian seperti dalam rajah berikut;

Rajah: Model Pengajaran Asas


Glaser

Mengikut model Rajah 2 proses pengajaran bermula dengan guru menentukan


objektifnya.

Objektif Pengajaran

Objektif pengajaran ialah perlakuan yang hendak dicapai murid setelah mengikuti
sesuatu pengajaran. Ia merupakan pernyataan tentang perlakuan murid yang dapat
diperhatikan dan dapat diukur setelah langkah pengajaran dijalankan. Pernyataan yang
jelas tentang perlakuan murid yang hendak dicapai membolehkan guru merancang
langkah-langkah pengajaran dan membuat penilaian ke atas keberkesanan
pengajarannya.

Tingkah Laku Sedia

Tingkah laku sedia murid merujuk kepada pengetahuan, kemahiran atau sikap yang
sudah ada pada seseorang murid. Penentuan tingkah laku sedia murid membolehkan
guru menilai sama ada objektif yang telah dirancang itu sesuai atau tidak. Sesuatu
pembelajaran baru akan menjadi lebih bermakna sekiranya dikaitkan dengan
pengalaman sedia ada murid, kebolehan serta minat mereka.

Prosedur Pengajaran

Bahagian ini menerangkan tentang proses pengajaran. Prosedur pengajaran berbeza


mengikut objektif pengajaran yang hendak dicapai. Bahan pengajaran dan alat bantu
mengajar dipilih supaya sesuai dengan objektif pengajaran. Kaedah mengajar yang
sesuai hendaklah dirancang supaya isi pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan.
Aktiviti pengajaran seperti memberi keterangan, menyoal, merangsang, menarik
perhatian dilaksanakan di peringkat ini. Murid juga terlibat dengan aktiviti pembelajaran
seperti memerhati, menumpukan perhatian , berbincang dan menyelesaikan masalah.

Penilaian Prestasi

Pada peringkat ini, pemerhatian dan ujian-ujian dijalankan untuk menyemak setakat
mana murid telah mencapai objektif pengajaran. Dengan adanya penilaian, guru
mendapat maklum balas tentang hasil pengajarannya. Sekiranya penilaian
menunjukkan bahawa murid tidak mencapai tahap yang memuaskan, maka guru perlu
menyemak kembali setiap komponen dalam modul pengajaran di atas. Jika perlu
komponen yang didapati kurang tepat dan sesuai perlu dikaji atau diubah suai.
Contohya, kaedah pengajaran kuliah dalam pembelajaran tidak difahami murid, maka
guru perlu menukarnya kepada kaedah perbincangan atau lain-lain yang memudahkan
murid menguasai isi pelajaran. Kekuatan model Glaser ini boleh dijadikan panduan
asas bagi guru dalam tugas mengajarnya. Bagaimanapun, model ini boleh mejadi lebih
bermakna sekiranya ditambah dengan unsur interaksi guru-murid dan langkah-langkah
pemulihan sekiranya perlu bagi murid-murid tertentu.

Inkuiri

Pendekatan inkuiri membolehkan murid menggunakan keperluan ingin tahu mereka


untuk meneroka sesuatu bidang ilmu. Matlamat dalam pendekatan ini adalah
mengembangkan kemahiran dan disiplin intelek yang perlu untuk membangkitkan
soalan dan mencari jawapan yang berpunca daripada rasa ingin tahu mereka. Sesuatu
pengajaran secara inkuiri dimulakan dengan menyediakan satu situasi yang
membingungkan. Individu yang menghadapi situasi sedemikian (secara semula jadi)
bermotivasi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dalam model ini, terdapat lima fasa
seperti rajah di bawah:
Rajah 3 Lima Fasa Model Inkuiri

Keterangan model inkuiri:

Fasa 1: Fasa satu, guru perlu mengemukakan situasi bermasalah dan menerangkan
atur cara inkuiri kepada murid. Pembentukan satu kejadian seperti menunjukkan
bagaimana sebatang pisau dibuat daripada dua jenis logam yang apabila dipanaskan ia
menjadi bengkok, memerlukan murid berfikir. Matlamat akhirnya dalam pengajaran
seperti ini adalah bertujuan untuk murid mengalami pembentukan pengetahuan baru.

Fasa 2: Melibatkan pemeriksaan proses iaitu murid mengumpulkan maklumat tentang


kejadian yang dilihat atau alami.

Fasa 3: Uji kaji dijalankan oleh murid dengan memasukkan elemen-elemen baru dalam
situasi untuk melihat sama ada kejadian itu berlaku dengan cara lain. Di sini murid
mungkin bertanya tentang objek dan guru harus peka serta sedar tentang jenis
maklumat yang diperlukan dan mengubah corak penyoalan.

Fasa 4: Guru meminta murid menyusun data untuk membentuk satu keterangan.
Mungkin ada murid yang sukar untuk memahami maklumat dan membentuk
pemahaman mengenainya.

Fasa 5: Murid diminta menganalisis corak inkuiri mereka. Mereka memerlukan soalan
yang berkesan, soalan yang produktif dan memerlukan maklumat lanjut daripada guru.

Walaupun model inkuiri digunakan pada mulanya dalam bidang sains, namun atur
caranya juga sesuai untuk semua bidang. Contohnya, kemahiran hidup, bagaimana
proses-proses tumbesaran pokok atau tanaman daripada hanya sebutir biji benih yang
kering, boleh dijadikan situasi yang membingungkan murid.

Sim
Model sim terdapat empat unsur penting dalam pengajaran iaitu guru, pelajar, isi
pelajaran dan objektif pengajaran. Unsur-unsur tersebut boleh berinteraksi antara satu
sama lain seperti dalam rajah berikut:

Rajah: Model Sim

Dalam membuat persediaan pengajaran, model sim mengandungi elemen-elemen


guru, objektif dan isi pelajaran. Ia perlu dititikberatkan dengan mengambil kira objektif
yang hendak dicapai dan isi pelajaran yang sesuai seperti rajah di bawah:

Rajah: Persediaan untuk Pengajaran Guru

Murid menjadi fokus dalam pencapaian objektif pembelajaran. Dalam menentukan


objektif dan isi pelajaran , fakta murid seperti kebolehan dan pengetahuan sedia ada
murid perlu diambil kira. Isi pelajaran termasuk media dan teknik digunakan untuk
penyampaian isi pelajaran itu. Isi pelajaran ditentukan oleh guru setelah mengambil kira
tentang kebolehan murid. Dalam setiap pengajaran, objektif dinilai dari segi
pencapaiannya oleh murid dan guru menggunakannya untuk memperbaiki
pengajarannya. Model Sim berfaedah kepada guru kerana membantu guru merancang
pengajarannya dengan mengambil kira unsur-unsur penting seperti menentukan bahan,
cara mengajar dan penilaian.

Penguasaan

Bloom (1968) merupakan pengasas kepada model pembelajaran ini. Model


Pembelajaran Penguasaan adalah suatu proses pengajaran yang boleh digunakan
apabila seseorang guru ingin mengajar semua isi kandungan kepada murid di dalam
kelas. Model ini memerlukan guru menstrukturkan bahan pengajaran agar setiap murid
dapat menguasai sesuatu bidang mengikut masa dan keupayaan diri masing-masing.
Model ini juga mengutarakan fenomena self-fulfiling prophecy iaitu murid percaya
bahawa semua orang boleh berjaya dan kebanyakan murid boleh mempelajari apa
yang diajar di sekolah.

Jadual : Jadual Pembelajaran


Penguasaan

Bagi melaksanakan pembelajaran penguasaan, objektif pengajaran haruslah jelas dan


isi kandungan pengajaran dicerakinkan kepada beberapa bahagian yang kecil. Isi
pengajaran juga mestilah disampaikan mengikut tahap-tahap individu dan dalam
susunan tertib unit pembelajaran yang meningkat. Di samping itu, penilaian secara
individu perlu dibuat, begitu juga pemantauan kemajuan murid.

Penilaian diagnostik merupakan jenis penilaian yang kerap digunakan dalam


pembelajaran penguasaan. Guru diminta untuk membina dan mentadbir ujian-ujian
pendek untuk menentukan penguasaan objektif pembelajaran harian oleh murid. Murid
yang mempunyai 15% kesalahan akan mengulangi tugasan mereka sehingga mereka
mencapai penguasaan yang lebih tinggi. Bagi membantu murid mencapai penguasaan
isi kandungan, guru boleh merancang kerja-kerja secara individu seperti bacaan khas,
tugasan dalam lembaran kerja dan permainan komputer. Selain itu, guru boleh
mengadakan tutorial rakan sebaya, kumpulan kecil pembelajaran dan kumpulan
permainan akademik. Bagi murid yang berjaya menguasai isi kandungan, mereka akan
diberikan tugasan-tugasan pengayaan.

Koperatif

Model Pembelajaran Koperatif mengutarakan kerjasama di antara ahli-ahli dalam


kumpulan di samping meningkatkan pencapaian akademik murid. Terdapat tiga
matlamat utama dalam model ini iaitu:
untuk memperbaiki kefahaman dan kemahiran murid yang diajar

untuk membolehkan murid membentuk kemahiran kumpulan berkoperatif dan


seterusnya menghormati perbezaan individu dalam kelas

untuk membolehkan murid mementingkan nilai terhadap pembelajaran dan


membentuk sikap positif terhadap murid pelbagai kaum

Jadual : Jadual Pembelajaran Koperatif

Di antara teori-teori pendidikan dalam model ini ialah:

ganjaran berkumpulanmurid belajar dalam kumpulan dan akan memperoleh


faedah-faedah tertentu. Melalui pembelajaran berkumpulan, murid boleh
bekerjasama dalam kumpulan masing-masing dan bersaing secara sihat dengan
kumpulan lain.

mengurangkan stereotaipmurid yang mempunyai peluang untuk bekerja dalam


kumpulan dengan murid yang lain boleh mengurangkan sikap stereotaip
mengenai ras, jantina, pelajar yang berpencapaian rendah atau cacat.

Hasil daripada pembelajaran koperatif, didapati bahawa murid yang berpencapaian


tinggi boleh mencapai tahap kefahaman yang lebih tinggi dalam proses membantu
murid yang berpencapaian rendah. Model ini juga dianggap boleh mewujudkan motivasi
di kalangan murid khususnya mereka yang berpencapaian rendah. Selain itu, mereka
yang terlibat dalam pembelajaran koperatif menunjukkan konsep kendiri yang tinggi.

Pengajaran Dalam Amalan

Murid yang diajar mengikut teori pengajaran dalam amalan adalah berdasarkan
kepada Hunter (1991) . Beliau menyatakan bahawa pengajaran meliputi suatu siri
keputusan profesional yang mempengaruhi tahap pembelajaran seseorang murid.
Keputusan-keputusan ini adalah berkenaan dengan isi kandungan pelajaran,
bagaimana murid mencapai pembelajaran melalui aktiviti tertentu dan tingkah laku guru
yang spesifik dalam kelas.
Hunter percaya bahawa konseptualisasi pengajaran dengan ketiga-tiga keputusan
tersebut boleh membekalkan suatu rangka rujukan . Ini bermakna keputusan
pengajaran dan tindakan boleh diterangkan, diinterpretasi, dibincang, dinilai dan
diperbaiki. Program Hunter memberikan suatu reka bentuk yang mengandungi tujuh
unsur untuk mengajar suatu pelajaran. Unsur-unsur dalam pengajaran ini ialah:

set jangkaan (anticipatory set) membolehkan murid menjangka apa yang akan
dipelajari

objektif dan tujuan

input murid mendapat maklumat baru

modeling guru memberikan contoh-contoh, demonstrasi, idea,

menguji kefahaman guru menguji di celah-celah pelajaran

latihan berpandu murid berlatih dengan skala yang dipelajari dan diselia oleh
guru

latihan bebas murid membuat tugasan yang diberi oleh guru tentang apa yang
telah dipelajari secara bebas

Jadual : Jadual Teori


Pengajaran dan Amalan

Semasa guru hendak membuat keputusan, guru tersebut haruslah membuat keputusan
berasaskan kepada pengajaran yang berkesan. Ini seterusnya memerlukan guru
memahami sains pengajaran kerana ini akan menjadi asas untuk guru dalam membuat
keputusan. Di samping itu, guru haruslah berkemahiran untuk melaksanakan keputusan
yang tepat. Model ini boleh dipraktikkan dengan merancang soalan yang diperoleh
daripada tiga jenis keputusan di atas iaitu:

Apakah yang murid akan belajar?


Bagaimanakah murid akan belajar?

Keputusan yang bersangkutan dengan kadar pembelajaran, pemindahan


pembelajaran kepada situasi yang baru.

Memproses Maklumat

Menurut Lerner (2003) model pembelajaran memproses maklumat menerangkan


pengaliran maklumat semasa proses pembelajaran, iaitu bermula dari penerimaan
maklumat melalui proses di dalam otak sehinggalah menghasilkan tindakan. Pusat
kepada model pembelajaran memproses maklumat ialah kepelbagaian bahagian sistem
daya ingatan. Bahagian ini mempunyai sistem penerimaan maklumat yang terbahagi
kepada tiga jenis ingatan iaitu:

penerimaan daya deria-rangsangan

daya ingatan jangka pendek

daya ingatan jangka panjang

Daya Deria Rangsangan

Maklumat diterima melalui daya rangsangan penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau


dan rasa. Rangsangan yang diterima adalah sama ada secara dalaman atau luaran.
Teori memproses maklumat sangat penting kepada pengajaran guru. Ini adalah kerana
ia dapat membantu guru mengatasi masalah ketidakupayaan pembelajaran murid
mereka. Di samping itu mereka dapat membuat perancangan terhadap pengajaran di
dalam bilik darjah.

Daya Ingatan Jangka Pendek

Daya ingatan jangka pendek dikenali juga dengan ingatan sementara. Apabila melalui
proses ini, seseorang itu akan mempunyai kesedaran untuk memahami maklumat dan
seterusnya bertindak balas terhadap maklumat yang diterima. Apabila seseorang itu
memikirkan masalah yang baru, maklumat baru akan menggantikan maklumat lama.
Kepentingan kepada pengajaran guru ialah, guru boleh mengenal pasti maklumat yang
disimpan oleh murid di dalam jangka masa waktu yang diperlukan. Guru sepatutnya
merancang aktiviti bagi membolehkan isi pelajaran yang diajar bukan sahaja berada di
dalam daya ingatan jangka pendek murid, tetapi sebaliknya terus disimpan di dalam
ingatan jangka panjang.

Daya Ingatan Jangka Panjang Berkekalan

Daya ingatan jangka panjang adalah berkekalan. Bagi mempelajari mengekalkan


maklumat yang diperolehi untuk satu-satu tempoh masa yang panjang, maklumat perlu
dialihkan dari ingatan jangka pendek kepada ingatan jangka panjang. Terdapat dua
jenis ingatan jangka panjang iaitu ingatan makna dan pengalaman.

Kepentingannya kepada pengajaran ialah, cara bagaimana maklumat disimpan di


dalam daya ingatan jangka panjang membantu kita untuk menggunakan maklumat
apabila diperlukan. Melalui teknik pengajaran yang jelas, sistematik dan menggunakan
kaedah yang menarik pasti dapat membantu murid mengingat kembali isi pelajaran
yang telah dipelajari. Strategi-strategi yang dapat membantu murid meningkatkan daya
ingatan jangka panjang mereka ialah sistem penyusunan maklumat, menggunakan
pengetahuan sedia ada dan membuatkan maklumat yang diperolehi lebih bermakna.

SAALE

Model SAALE telah diperkenal dan digunakan sejak awal tahun 1970an lagi. Ia
merupakan satu reka bentuk (design) di mana kandungan kurikulum mungkin
memerlukan perubahan (adaptasi) untuk membolehkan murid-murid kurang upaya
mendapat kurikulum pendidikan biasa . Untuk memenuhi matlamat pendidikan kepada
murid kurang upaya, maka Reauthorization of the Individuals with Disabilities Education
Act, 1997 (IDEA), telah menyuarakan kepada sistem pendidikan sekarang supaya
memberi peluang dan akses yang lebih luas kepada pelajar kurang upaya (Wood 2002)
. Lou Danielson (1999), menegaskan kepada konsep universal design (satu corak
yang boleh diterima pakai oleh semua) sebagai amalan yang dapat menolong kanak-
kanak khas ini mencapai matlamat pendidikannya. Penggunaan model SAALE ini telah
memberi satu pencapaian bermakna terhadap pendidikan dalam kepelbagaian populasi
. Model ini adalah model adaptasi. Ia mengandungi tiga komponen besar adaptasi iaitu:

Adaptasi persekitaran

Adaptasi pengajaran

Adaptasi penilaian

Adaptasi Persekitaran

Adaptasi persekitaran melibatkan guru melakukan pengubahsuaian persekitaran


sosioemosi, persekitaran tingkah laku dan persekitaran fizikal.

Adaptasi Persekitaran Pengajaran

Adaptasi persekitaran pengajaran ialah ia melibatkan guru melakukan pengubahsuaian


terhadap perancangan pengajaran, teknik pengajaran, format kandungan pengajaran
dan media pengajaran.

Dalam konteks adaptasi persekitaran pengajaran ini , model ini menekankan bahawa
seseorang guru haruslah melakukan penyesuaian yang spesifik yang boleh dilakukan
pada mana-mana titik atau tempat di mana murid menghadapi kesukaran dalam teknik
pengajaran, kemahiran pelajaran atau kandungan pengajaran. Konsep ketidaksesuaian
dalam pengajaran adalah sangat penting difahami kerana ketidaksesuaian yang berlaku
tidak disebabkan oleh murid mahupun pendidik. Ketidaksesuaian hanyalah satu
keadaan apabila murid tidak berjaya kerana pendidik mempunyai harapan dan
sangkaan yang tidak sepadan dengan keupayaan anak didiknya. Sebagai contoh
muridnya tidak dapat menyalin di papan tulis, sedangkan guru menyuruhnya menulis
atau menyalin juga, maka berlakulah ketidaksesuaian. Oleh sebab itu sebagai guru, kita
mestilah mencari punca ketidaksesuaian tersebut dan memperkembang dan
mengimplementasikan intervensi yang bersesuaian dengan murid.

Adaptasi juga boleh dilakukan pada rancangan pengajaran yang memfokuskan kepada
satu sahaja objektif yang spesifik dan jelas, adaptasi teknik pengajaran yang
mementingkan informasi input iaitu , memberikan maklumat bergantung kepada
keupayaan murid itu, adaptasi format isi kandungan yang tidak terlalu banyak, dan
penggunaan media seperti audio visual dan sebagainya.

Adaptasi Penilaian

Adaptasi penilaian merangkumi penilaian murid dan penggredan. Adaptasi penilaian


bermaksud bahawa penilaian yang dilakukan adalah menyeluruh. Penilaian kurikulum
patut dilakukan dari masa ke semasa agar bersesuaian dengan murid khas. Dalam hal
ini, guru perlu memastikan aspek keadilan diambil kira bagi memastikan semua murid
mendapat faedah yang sama bagi pelaksanaan suatu kurikulum itu.

Rajah: Model SAALE

Masteri

Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus


kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui
pembelajaran masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar
pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan
pembelajaran.
Pembelajaran Masteri (Hunter 1991) merupakan suatu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang
dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.
Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan
berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan murid. Model Pembelajaran Masteri
dimulakan dengan penentuan hasil pembelajaran, dan diikuti dengan pengajaran dan
pembelajaran. Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan
semua murid berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan
kadar kemampuan biasa seseorang murid di tahap tersebut. Setelah dibuat penilaian,
murid yang telah menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pengayaan dan bagi murid
yang belum menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pemulihan.

Dalam Pembelajaran Masteri terdapat beberapa langkah yang perlu Dilaksanakan oleh
guru . Langkah tersebut digambarkan melalui model berikut:

Carta : Carta Pembelajaran Masteri

Dalam pengajaran dan pembelajaran masteri, beberapa perkara perlu diketahui oleh
guru. Antaranya:

kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza

kemudahan yang ada

masa yang diperuntukan

Dengan mengetahui kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza, guru dapat
merancang kaedah pengajaran yang juga berbeza dan pelbagai bagi memudahkan
murid menguasai ilmu yang disampaikan. Dengan merujuk kepada kadar penerimaan
dan kesanggupan, murid akan dapat menguasai ilmu pada kadar kemampuan mereka.
Untuk itu, guru seharusnya mengenali murid mereka.

Ekspositori

Ekspositori bermaksud memberi penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam konteks
pengajaran, ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan
pelajaran secara langsung kepada murid-murid di dalam kelas. Oleh itu, kaedah
ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan, bercerita atau
demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu. Dalam model ini, guru memberi
penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka
memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku nota
mereka.

Rajah: Model Ekspositori

Cara-cara penyampaian dengan menggunakan model ekspositori adalah dihuraikan


seperti berikut:

menerang, menginterpretasi dan menghuraikan idea dan konsep daripada buku


teks.

menerangkan sambil mendemonstrasikan cara melukis atau membina bentuk


-bentuk geometri.

menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah berdasarkan kemahiran


-kemahiran yang telah dipelajari.

menerangkan sesuatu konsep dengan alat bantu mengajar.

Strategi Pemusatan Murid

Di bawah strategi berpusatkan murid ini, murid memainkan peranan yang penting
dalam proses pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid digalakkan melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah, guru merupakan
seorang pemimpin yang memandu murid menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada
secara kumpulan ataupun individu. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih
banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid. Kaedah
kumpulan, lawatan, bermain, simulasi atau main peranan dan pengajaran individu
adalah kaedah yang menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan
murid terutamanya murid di dalam kelas.
CiriCiri Strategi Pemusatan Murid

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid memainkan peranan yang


penting sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing murid
menjalankan aktiviti pembelajaran.

Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala.

Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Murid digalakkan memberi pendapat


mereka.

Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif


pembelajaran murid.

Peluang interaksi di antara murid adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang positif
seperti tolong-menolong, berkerjasama dan bertolak ansur jelas dapat dipupuk.

Strategi ini mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan. Perbezaan murid dari


segi kebolehan dan minat diberikan perhatian.

Di bawah strategi pemusatan murid, lazimnya murid menunjukkan sifat kreatif


dan berinisiatif.

Koperatif

Pendekatan koperatif merupakan program yang berstruktur yang menekankan


penguasaan kemahiran, konsep dan maklumat. Pendekatan pembelajaran koperatif
memerlukan murid bekerjasama ke atas setiap satu ahli dalam kumpulannya. Kaedah
ini mensasarkan matlamat dan pencapaian kumpulan yang hanya dapat dicapai jikalau
semua ahli dalam kumpulan itu belajar semua objektif yang diajar.

Ada tiga konsep yang berkait dengan pendekatan ini iaitu, ganjaran kumpulan,
kebertanggungjawaban indivdu, dan peluang yang sama untuk berjaya. Melalui ini,
kumpulan akan mendapat pengiktirafan jika menunjukkan prestasi yang
membanggakan. Oleh itu , ahli dalam kumpulan bertanggungjawab membantu sesama
mereka dalam kumpulan demi untuk mengekalkan prestasi kumpulan mereka. Kaedah
ini menunjukkan bahawa ganjaran kumpulan dan kebertanggungjawaban individu
merupakan elemen penting untuk menghasilkan pencapaian kemahiran asas (Slavin,
1983). Dalam beberapa kajian, kesan atas pencapaian murid adalah meningkat hasil
daripada tanggungjawab individu dan matlamat kumpulan.

Deduktif
Di sekolah guru mengajar murid menaakul secara deduktif dan induktif. Dari segi
penaakulan deduktif , guru sering mengajukan kepada murid dengan peraturan am dan
membantu mereka mengenal pasti contoh dan mengaplikasikan peraturan tadi. Dalam
hal ini, dalam mata pelajaran kemahiran hidup pun boleh dilaksanakan penaakulan
seperti guru ingin murid menyatakan apakah yang perlu kamu pakai untuk berkebun.
Pelajar akan menyatakannya serta memberi contoh dan berupaya pula
mengaplikasikannya apabila hendak berkebun. Ringkasnya prestasi murid selepas
memberi contoh itu membawa kepada inferens bahawa murid telah menemui peraturan
yang perlu untuk menyelesaikan dan peraturan ini boleh digeneralisasikan kepada
situasi baru yang mempunyai kaitan yang sama

You might also like