You are on page 1of 7

PENGENALAN

Teori Behaviorisme telah dipelopori oleh seorang ahli psikologi iaitu B. F. Skinner
pada tahun 1904-1990. Teori ini adalah teori belajar yang lebih menekankan kepada tingkah
laku manusia. Ianya menekankan peneguhan positif dan peneguhan negatif bertujuan untuk
menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku dana bukan untuk
menghentikannya.

Peneguhan positif ialah untuk menentukan tingkah laku positif dengan maklum balas
yang positif. Contohnya, pujian terhadap murid-murid yang memberikan jawapan yang betul.
Peneguhan negatif pula diberi untuk memberi kesan yang tidak menyeronokkan atau tidak
menyenangkan seseorang individu.

Teori ini juga mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran
dan pembelajaran. Hal ini termasuk perlakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta
suasana dalam bilik darjah. Teori ini berasaskan teori pelaziman klasik, iaitu kanak-kanak
mempelajari bahasa menerusi hukuman dan ganjaran.

Contohnya cikgu Zainal menyebut nama serta memberi pujian kepada murid yang
memberi jawapan yang betul. Sesuatu ujaran terbentuk kerana adanya rangsangan dan gerak
balas dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa, misalnya penggunaan kata bagus, anggukan
dan sebagainya.

Proses ulangan pula memainkan peranan yang penting dalam pengajaran bahasa. Di
samping itu, teori ini dikenali umum dengan aliran mazhab tingkah laku yang mengutamakan
pembelajaran kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal. Mengikut Ivan Pavlov (1962),
setiap rangsangan menimbulkan gerak balas dan berlaku pembelajaran apabila terdapat
perkaitan antara ransangan dan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku kerana ada perkaitan
antara dua rangsangan dinamakan pelaziman.

Rujukan : http://pismpf2010.blogspot.com/2010/08/teori-pengajaran-behavioral.html
TEORI IVAN PAVLOV

Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada rangsangan


dengan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai
pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai
pelaziman klasik.

Pelaziman klasik ini juga mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang dilambangkan,
mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa yang
dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa (Sulaiman 1997).

Berdasarkan hukum perkaitan ini, Pavlov mencadangkan bahawa proses asas


pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara RANGSANGAN (R) dan sesuatu GERAK
BALAS (G). Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke
atas anjing.

Beliau mendapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur
haiwan itu keluar. Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah 'belajar'
mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak.

Teori Pavlov juga boleh diaplikasikan dalam Pembelajaran dan Pengajaran didalam
kelas dimana guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan, maka murid
dengan cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan
mengangkat tangan ialah gerakbalas.

Dengan teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerakbalas mempunyai
kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas
dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu
gerakbalas, semakin kukuh gerakbalas terlazim itu. Sebagai contohnya, apabila guru memberi
pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerakbalas), maka
gerakbalas itu dapat menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan.

Sebaliknya, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna,
sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu
mungkin akan terhapus begitu sahaja. Seperti contoh diatas, jikalau guru tidak memberikan
ransangan dan peneguhan kepada murid, lama-lama nanti murid tidak akan percaya dan
berharap pada guru lagi maka berlakulah proses penghapusan. Konsep pemulihan serta-merta
juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
Rujukan : http://wadira358.blogspot.com/2010/08/teori-pelaziman-klasik-ivan-pavlov.html
http://teoribehaviorismeivanpavlov.blogspot.com/
http://wizpismpd.blogspot.com/p/ivan-pavlov.html
CONTOH APLIKASI DIDALAM KELAS BAGI TEORI IVAN PAVLOV

Pada peringkat awal Guru memainkan dan memberi maklumat mengenai lagu Mari
Mencuci Tangan kepada murid-murid sebagai tanda sesi pengajaran sudah berakhir dan
murid bersiap sedia untuk makan. Guru kemudian menerangkan kepada murid-murid cara
mencuci tangan yang betul bagi menjaga kebersihan diri.
TEORI MODEL BEHAVIOURIS EDWARD LEE THORNDIKE

Teori Pelaziman Operan Thorndike juga dikenali sebagai teori cuba-ralat. Teori ini
telah dikemukakan oleh Edward L. Thorndike pada tahun 1911. Beliau menggunakan seekor
kucing untuk membuat kajian. Dalam eksperimen ini, Thorndike membuktikan bahawa
haiwan dan juga manusia belajar melalui proses cuba jaya, iaitu kaedah cuba dan ralat.

Teori Pelaziman Operan adalah sedikit berbeza berbanding teori Pelaziman Klasik
kerana dalam teori Pelaziman Klasik, organisma akan memberikan gerak balas terhadap
setiap ransangan yang diberikan, manakala bagi teori Pelaziman Operan pula, sesuatu
organisma membuat gerak balas diingini dan kemudian akan diberikan ganjaran.
Pembelajaran Pelaziman Operan juga ialah suatu bentuk pembelajaran seseorang yang
menggunakan sesuatu gerak balas yang kukuh dan tetap dipilih daripada beberapa gerak
balasnya.

Beliau berpendapat bahawa pembelajaran merupakan proses cuba-ralat (trial and


error) atau memilih dan menghubungkait (selecting and connecting). Proses cuba-ralat ini
juga dikenali sebagai proses juba jaya. Latihan yang dilakukan secara berulang-ulang akan
menyebabkan gerak balas yang dihasilkan pada peringkat permulaan akan semakin
berkurangan. Manakala perhubungan antara ransangan dan gerak balas akan semakin kukuh.

Gerak balas operan berlaku secara sendiri dan jika mendapat hasil yang berkesan, ia
akan dikukuhkan dan dikekalkan. Gerak balas ini tidak sama dengan gerak balas yang
dihasilkan daripada ransangan berdasarkan Teori Pelaziman Klasik.

Beliau menggunakan kotak ajaib dalam eksperimennya yang berfungsi berasaskan


prinsip pelaziman instrumental. Maksudnya disini ialah apabila ganjaran diberi, gerak balas
yang terhasil akan berulang kerana sudah berlakunya proses pembelajaran. Tetapi, jika
ganjaran tidak diberikan, gerak balas tersebut akan hilang secara perlahan-lahan

Hukum pembelajaran Thorndike terbahagi kepada tiga iaitu hukum kesediaan, hukum
latihan dan juga hukum kesan. Thorndike amat menyarankan bahawa ketiga-tiga hukum
tersebut digunakan dalam mengawal pembelajaran manusia kerana beliau percaya jika
hukum-hukum tersebut dipatuhi, maka pembelajaran akan menjadi mudah dan berkesan.
Hukum yang pertama ialah hukum kesediaan. Hukum ini adalah perkara yang paling
penting dan asas sebelum seseorang murid memulakan pembelajaran. Seseorang murid
hendaklah mempunyai persiapan yang rapi sebelum menghadapi sesi pembelajaran di dalam
kelas. Selain itu, penekanan terhadap ganjaran hanya akan berkesan jika murid mahu
menerima ganjaran tersebut. Sebagai contoh, ganjaran tidak semestinya berkesan untuk
memujuk murid jika dia tidak bersedia untuk menjalankan aktiviti tersebut. Seterusnya,
murid juga perlu dalam mempersiapkan diri dari segi kognitif, psikomotor dan efektif. Jika
murid bersedia sepenuhnya untuk menjalani aktiviti pembelajaran, kesannya, pembelajaran
yang mereka dapati bukan sahaja berkesan malahan mereka juga akan berasa seronok
disepanjang proses pembelajaran tersebut.

Hukum latihan yang kedua ialah hukum latihan. Menurut Thorndike, persepsi
perhubungan antara ransangan dengan gerak balas adalah mewakili konsep pembelajaran.
Hal yang demikian, untuk meningkatkan perhubungan antara ransangan dan gerak balas,
seseorang murid hendaklah diberi latihan yang banyak untuk mendapat kesan yang baik.
Kesimpulannya, semakin banyak latihan yang diberi semakin kukuh ikatan antara ransangan
dengan gerak balas seseorang murid. Contohnya, jika seseorang murid diberi latihan
matematik dengan banyak, tempoh masa untuk murid tersebut menyelesaikan soalan
matematik tersebut semakin singkat.

Hukum latihan yang ketiga ialah hukum kesan. Maksudnya di sini ialah sekiranya
seseorang murid itu mendapat kesan pengalaman yang memuaskan daripada gerak balas yang
dihasilkan, maka ikatan antara ransangan dan gerak balas akan semakin kukuh. Namun
begitu, jika seseorang murid mendapat kesan pengalaman yang menyakitkan, gerak balas
tersebut akan semakin menghilang. Perkara ini juga boleh dikaitkan dengan ganjaran dan
denda yang diberikan berdasarkan gerak balas yang dihasilkan.

Rujukan : http://teoripembelajaranbehavioris.blogspot.com/2010/09/teori-thorndike-
pelaziman-operan.html

http://wizpismpd.blogspot.com/p/edward-lee-thorndike.html
CONTOH APLIKASI DIDALAM KELAS BAGI TEORI EDWARD LEE
THORNDIKE

Pada peringkat permulaan guru menerangkan cara-cara hendak membina bentuk


rumah menggunakan bongkah-bongkah kayu yang terdapat di kelas. Setelah penerangan
diberikan guru mengedarkan bongkah-bongkah kayu tersebut kepada murid-murid untuk
dibina rumah.Selepas 30minit bongkah kayu diedarkan Guru mendapati seorang murid yang
bernama Ammar menghadapi kesukaran unruk menyelesaikan tugasan yang diberi.Namun
begitu Ammar masih mencuba untuk menyiapkan tugasan tersebut tanpa daridapada guru.

TEORI MEMBUAT BENTUK RUMAH MENGGUNAKAN BONGKAH

You might also like