You are on page 1of 6

TEORI IVAN PAVLOV DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Menurut laman web sesawang scribd yang ditulis oleh Eddliestaniselie teori ini mengatakan bahawa setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan di namakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di namakan pelaziman klasik. Sebagai contoh apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan, maka murid dengan cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan mengangkat tangan ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Pelaziman klasik ini termasuklah mengaitkan simbolsimbol dengan apa yang dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa.

TEORI PELAZIMAN J. B. WATSON DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Guru dapat memastikan serta memberikan rangsangan tidak terlazim supaya murid dapat menghasilkan gerak balas terlazim. Sebagai contohnya, guru dapat menggunakan teknik pelaziman ini dalam pengawalan kelas. Guru memberikan rangsangan tidak terlazim iaitu tepuk tangan manakala murid pula memberikan gerak balas tidak terlazim untuk senyap dan duduk di tempat masing-masing. Oleh itu, semasa dalam kelas, apabila guru tepuk tangan, murid-murid akan menjadi senyap dan duduk di tempay masing-masing.

Selain itu, guru turut harus sentiasa sedar akan rangsangan tidak berlazim yang diberikan kepada murid. Jikalau rangsangan yang telah diberikan tiada peneguhan, murid akan biasa dengan rangsangan maka akan berlaku proses penghapusan. Setelah murid telah berlaku proses penghapusan guru haruslah berlatih semula rangsangan serta gerak balas untuk mendapatkan pelaziman. Rangsangan dan gerak balas yang diberikan harusnya sentiasa berunsur positif. Terapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid. Guru-guru dapat pelbagaikan pengukuhan positif yang digunakan agar dapat mengekalkan keberkesanannya. Disamping itu, tabiat serta amalan yang baik boleh diamalkan dengan proses pelaziman. Sebagai contohnya, apabila murid berjumpa dengan guru (rangsangan) murid-murid haruslah tunduk serta memberikan salam kepada guru. Amalan sebegini boleh diamalkan dalam kehidupan seharian murid-murid di sekolah mahupun semasa di rumah. Dengan teori pelaziman ini, guru turut dapat meningkatkan tahap pembelajaran dan pencapaian murid dengan rangsangan yang bersesuaian. Guru dapat memanipulasikan pelaziman murid dalam kelas dan mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih aktif dan menarik. Dengan pelaziman juga, guru dapat mengawal kelas dengan baik dan teratur. ANALISIS TEORI PELAZIMAN KLASIK JOHN BROADUS WATSON MENGIKUT TEKNIK SWOT 1. KEKUATAN (STRENGTH) Kekuatan yang terdapat dalam Teori Pelaziman Klasik J. B. Watson ialah teori ini menggunakan kaedah pelaziman dalam sesuatu perkara. Berdasarkan eksperiment yang telah dilakukan oleh Watson iaitu Eksperiment Little Albert yang terkenal tersebut, beliau telah menjalankan eksperiment terhap Albert yang berumur 9 bulan sahaja. Dalam eksperiment tersebut, beliau telah mengadakan proses pelaziman pada Albert iaitu menghasilkan bunyi yang kuat semasa ditunjukan tikus putih. Setelah berlakunya

pembelajaran, Albert telah mengaitkan tikus putih dan segala benda yang berbulu putih dengan bunyi yang kuat serta menyebabkan ketakutan. Di samping itu, kekuatan yang terdapat dalam teori pelaziman Watson ini ialah gerak balas dapat dihasilkan dengan hanya memberikan rangsangan yang bersesuaian. Berdasarkan rangsangan yang diberikan tersebut, murid akan dapat memberikan gerak balas pelaziman. Sebagai contohnya, guru akan memberikan hadiah kecil sebagai ganjaran (rangsangan) kepada murid apabila mendapat keputusan yang baik dalam ujian, murid akan berusaha sedaya upaya (gerakbalas) untuk mendapatkan hadiah tersebut. 2. KELEMAHAN (WEAKNESS) Melalui teori pelaziman yang telah diperkenalkan oleh Watson ini, telah wujud banyak isu yang timbul. Antara isu yang telah timbul ialah Watson dan penolongnya Rayner telah menyentuh etika penyelidikan. Mereka telah menjalankan eksperiment tersebut semasa Albert hanya berumur 9 bulan sahaja semasa eksperiment pertama diadakan. Tambahan pula, eksperiment ini telah dilakukan tanpa pengetahuan ibu bapa Albert. Ini telah melanggar etika berkaitan dengan informal consent yang perlu diperoleh daripada subjek kajian atau ibubapa/penjaga bagi kes bayi dan kanak-kanak sebelum satu-satu kajian dijalankan. Disamping itu, dari segi kelengkapan makmal, adalah didapati kurang kelengkapan yang diperlukan. Adalah kurang beretika bagi penyelidik menghasilkan gerak balas takut melainkan dalam kes di mana subjek kajian telah diberikan kebenaran. Sekiranya berlaku sebarang kemalangan dan kecelakaan, adalah tanggungjawab penyelidik untuk menamatkan kajian. Selain itu, kelemahan yang terdapat dalam teori ini ialah proses pembelajaran pelaziman memerlukan masa yang panjang. Dalam teori ini, pelaziman dapat diwujudkan hanya dengan pengulangan latihan. Hal ini disebabkan pelaziman hanya akan wujud setelah latihan yang berterusan dalam suatu tempoh masa yang telah

ditetapkan. Sebagai contohnya, dalam mengamalkan sesuatu pelaziman, guru harus memberikan latihan sehingga wujudnya pelaziman. Tambahan pula, pelaziman tetap akan berlanjutan sehingga terdapat disentisasi bersistematik ataupun kaedah lain yang menghilangkan pelaziman tersebut.. Setelah wujudnya pelaziman, pelaziman tersebut akan berlanjutan selamanya. Sebagai contohnya, jikalau murid telah mempunyai pelaziman yang negatif, adalah amat susah untuk menghilangkan pelaziman ini jikalau tanpa sebarang tindakan pemulihan diambil. 3. PELUANG (OPPORTUNITY) Antara peluang yang terdapat dalam teori pelaziman ini ialah guru boleh menggunakan pelaziman ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran semasa dalam kelas. Dengan rangsangan dan gerak balas yang positif, maka sesi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas dapat dijalankan dengan lebih terancang dan teratur. Dari segi pengawalan kelas pula, guru dapat mengawal murid-murid dengan memberikan ransangan dan murid akan memberikan tindak balas yang sepatutnya. Dengan kaedah ini, guru dapat mengawal tindak balas serta tingkahlaku murid dengan mudah. Selain itu, dengan kaedah pelaziman ini guru turut boleh lebih memahami tingkahlaku seseorang murid. Teguran harus diberikan kepada murid apabila mereka melakukan tindakan yang negatif. Manakala rangsangan yang positif serta gerak balas yang positif pula harus diterapkan dalam diri murid-murid. Disamping itu, antara peluang yang boleh guru implikasikan sebelum mulanya sesi pengajaran dan pembelajaran ialah pelaziman yang memerlukan murid senyap sebagai gerak balas terlazim. Kesediaan murid sebelum mulanya sesi pembelajaran adalah adalah begitu penting. Perkara ini merupakan perkara yang paling utama kerana jika mereka bersedia, maka gerak balas yang positif akan dihasilkan. Dengan gerak balas yang positif dihasilkan, maka objektif dan tujuan sesi pengajaran adalah tercapai. Tambahan pula, guru juga perlu memainkan peranan dengan menjalankan aktiviti yang lebih menarik dan menyeronokkan untuk menguatkan hubungan antara ransangan dan gerak balas bagi seseorang murid. Disebabkan oleh teori ini memberi penekanan

terhadap tingkah laku kanak-kanak, maka aktiviti yang menarik akan mendorong murid untuk terlibat aktif dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Pembelajaran yang lebih berkesan akan dapat diwujudkan dengan penglibatan murid yang aktif. 4. ANCAMAN (THREAT) Walau bagaimanapun, teori ini turut terdapat kekurangan dan kelemahannya. Antara kelemahannya ialah pelaziman haruslah melalui proses latihan serta pembelajaran dalam tempoh masa tertentu sebelum berlakunya proses pembelajaran. Kaedah ini memerlukan tempoh masa yang tertentu supaya proses pembelajaran berlaku dan wujunya gerak balas pelaziman. Di samping itu, apabila murid berhadapan dengan pengalaman atau pelaziman yang menyakitkan, maka mereka akan bersifat ingkar ataupun berlari dari situasi tersebut. Jikalau rangsangan yang negatif diberikan kepada murid, maka murid turut akan memberikan gerak balas yang negatif juga. Sebagai contohn jika guru memberikan hukuman sebagai hukuman tidak menyiapkan kerja sekolah, maka murid turut akan memberikan gerak balas yang negatif seperti menangis ataupun tidak ingin masuk ke kelas tersebut. Oleh hal yang demikian, guru haruslah sentiasa memberikan sokongan dan motivasi kepada murid supaya murid dapat menghasilkan gerak balas yang positif. HUKUM PEMBELAJARAN THORNDIKE Hukum Kesediaan merupakan keupayaan seseorang individu di dalam kendirinya untuk memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Mengikut Thorndike, terdapat tiga keadaan yang berlaku dalam proses pembelajaran iaitu: Apabila seseorang pelajar bersedia untuk belajar, maka pembelajarannya yang dijalankan akan menghasilkan kepuasan. Apabila seseorang pelajar bersedia untuk belajar, tetapi tidak dapat dilakukannya, maka ia akan menghasilkan perasaan kecewa ataupun kesakitan. Apabila seseorang pelajar tidaak bersedia untuk belajar, tetapi dipaksa untuk belajar, maka ia akan juga menghasilkan perasaan kecewa ataupun kesakitan.

Hukum Latihan menyatakan bahawa semakin banyak latihan yang tertentu dijalankan, semakin bertambah kukuh ikatan atau asosiasi gerak baals yang tertentu dengan rangsangan yang berkaitan. Dengan perkataan lain, sekiranya pasangan rangsangangerak balas (stimulus-response) wujud berkali-kali, maka ikatannya akan bertambah kukuh dan tinggi kemungkinan untuk gerak balas wujud lagi pada masa akan datang. Hukum Kesan menyatakan bahawa ikatan rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh sekiranya individu memperolehi kesan yang memuaskan selepas gerak balasnya dihasilkan. Sekiranya gerak balas yang tidak mendatangkan hasil yang berkesan akan kian menjadi lemah, khasnya apabila sesuatu gerak balas yang membawa kesan yang menyakitan atau kurang menyeronokkan.

You might also like