You are on page 1of 17

KPD 3016 PENGAJARAN,

TEKNOLOGI, DAN PENAKSIRAN 1


TAJUK: KON PEMBELAJARAN DALE

OLEH:
NUR AFIQAH BINTI AZRI
D20121058809
NAMA PENSYARAH: DR. MOHMAD
NOOR BIN MOHMAD TAIB

Kon Pembelajaran Dale


Kon Pengalaman Pembelajaran Dale
merupakan garis panduan yang boleh
digunakan oleh guru dalam proses P&P supaya
pelajar dapat memahami dengan mendalam
mengenai apa yang cuba disampaikan.
Dalam Kon ini, Dale menegaskan dan
mengklasifikasikan media dan teknik yang
boleh digunakan dalam P&P untuk proses
pembelajaran berkesan.

Beliau menjelaskan bahawa murid hanya akan


mengingat:

- 10% daripada apa yang mereka baca


- 20% daripada apa yang mereka dengar
- 30% daripada apa yang mereka lihat
- 50% daripada apa yang mereka dengar dan
lihat
- 70% dari apa yang mereka katakan dan tulis
- 90% dari apa yang mereka katakan seperti yang
mereka lakukan

Untuk itu, setiap tahap sememangnya memainkan peranan


dan fungsinya yang tersendiri dalam menarik minat pelajar.
Edgar Dale juga membuat klasifikasi pengalaman menurut
tingkat, dari yang paling konkrit iaitu asas kepada aras yang
tertinggi iaitu abstrak. Maksudnya di sini, semakin konkrit
pengalaman belajar itu, semakin besar manfaatnya yang
akan diterima oleh pelajar.
Apabila pelajar terlibat dengan proses P&P, secara tidak
langsung mereka telah telah melalui pengalaman konkrit,
asas kepada pelajaran itu telah dimiliki dan hanya perlu
dikembangkan melalui pengalaman serta penggunaan aras
yang seterusnya sahaja.
Sesuatu pengalaman abstrak pula akan berlaku sekiranya
penggunaan sesuatu simbol visual atau verbal yang
memainkan peristiwa itu. Contohnya melalui penglihatan
mereka terhadap apa yang disampaikan oleh guru.
Kon Pengalaman Pembelajaran Dale juga menekankan
penggunaan media dalam proses P&P.

Tiga tahap dalam kon pengalaman pembelajaran Dale

Abstrak

Persimbolan

Pemerhatian

Konkrit

Penglibatan

Rajah
Kon Pembelajaran Dale

Persimbolan
Pada tahap persimbolan, Dale memecahkannya kepada dua
bahagian iaitu:
- Simbol lisan
- Simbol penglihatan

Pemerhatian
Pada tahap pemerhatian, Dale telah memecahkannya kepada
empat bahagian iaitu:
- Rakaman radio dan gambar
- Televisyen
- Pameran
- Demontrasi atau tunjuk cara
Penglibatan
Pada tahap penglibatan, Dale memecahkannya kepada 3
peringkat:
- Lakonan/main peranan
- Penggunaan alat dan bahan sebagai model dan bercorak 3
dimensi
- Pengalaman langsung
- Lawatan

Kon ini bermula dari konkrit ke abstrak.


Bermula dengan peringkat penglibatan. Dale telah
menggunakan 3 teknik iaitu teknik menganalisa, penilaian,
mereka bentuk dan mencipta. Sebagai contoh, jika guru
sejarah mahu menceritakan mengenai faktor-faktor dalam
pembinaan negara bangsa. Murid akan dibahagikan kepada
beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan diberikan
kertas untuk menulis faktor-faktor tersebut dan
kemudiannya mereka akan mengkritik atau menilai
jawapan daripada kumpulan lain sama ada ianya betul
ataupun salah. Hal ini melibatkan proses analisis di mana
murid secara tidak langsung telah memainkan peranannya
dengan melakukan kajian atau analisis terhadap jawapan
yang telah diberikan oleh kumpulan lain dan menilai sama
ada jawapan itu betul atau salah. Penilain mereka adalah
berdasarkan kepada jawapan yang telah diberikan. Secara
tidak langsung murid tersebut akan mengetahui sama ada
jawapan yang diberikan mereka itu betul atau salah.

Guru kemudiannya akan melakukan proses


pengukuhan melalui proses pemerhatian murid melalui
tayangan video atau gambar mengenai proses-proses
pembinaan Negara Bangsa. Pada peringkat ini, murid
akan mengetahui jawapan yang betul serta salah.
Peringkat seterusnya ialah persimbolan di mana guru
akan meminta murid untuk menyenaraikan semula
faktor-faktor pembinaan Negara Bangsa. Daripada
huraian di atas, dapat dibuktikan bahawa nerpandukan
Kon Pengalaman Pembelajaran Dale, aktiviti dalam
proses P&P dapat dilakukan dengan lebih sistematik
dan tidak membosankan.

Aplikasi Kon Pembelajaran Deal dalam


P&P
Tajuk: Proses Kemerdekaan Negara
Penglibatan
Pengalaman langsung
- Di bawah aras ini, guru akan menyampaikan serba
sedikit mengenai proses kemerdekaan di Tanah
Melayu supaya murid dapat memperoleh fakta dan
juga pengalaman. Murid juga boleh membaca teks
yang disediakan untuk memperkukuhkan mengenai
bagaimana Malaysia mencapai kemerdekaannya
pada tahun 1957.

Penggunaan alat/ bahan sebagai model dan bercorak


3 dimensi
- Penggunaan model serta alat 3 dimensi terletak di
bawah tahap penglibatan di mana guru akan melibatkan
murid dalam proses P&P melalui model-model 3 dimensi
yang berkaitan dengan subjek sejarah yang bercerita
mengenai bagaimana Malaysia mencapai kemerdekaan
pada tanggal 31 ogos 1957. Penggunaan bendera
Malaysia, potret Tungku Abdul Rahman Putra Al-Haj serta
lukisan atau gambar Dataran Merdeka boleh digunakan
supaya murid dapat menangkap dengan lebih cepat
mengenai apa yang ingin disampaikan oleh guru. Dalam
hal ini, murid akan terlibat dalam peristiwa Merdeka ini
melalui penggunaan model-model di atas.

Lakonan/ Main Peranan


- Lakonan atau main peranan juga berada di bawah
tahap penglibatan menurut Kon Pengalaman
Pembelajaran Dale. Dalam hal ini, guru boleh
melakukan aktiviti di dalam kelas. Misalnya
mengarahkan pelajar untuk melakonkan kembali
peristiwa kemerdekaan berdasarkan jalan cerita
yang diberi. Penglibatan ini akan menarik minat
pelajar kerana mereka berperanan dan secara tidak
langsung menjadikan proses P&P itu lebih menarik.

Lawatan
- Lawatan juga terletak di bawah tahap
penglibatan dan guru boleh membawa murid ke
muzium atau tapak berlakunya kemerdekaan
negara supaya mereka dapat melihat keadaan
secara langsung.

Pemerhatian
Rakaman radio/ gambar
- Guru boleh menggunakan aras ini untuk memperlihatkan kepada
murid mengenai rakaman gambar atau video mengenai kemerdekaan
negara. Selingan berbentuk aktiviti juga boleh dilakukan untuk
mengukuhkan minda pelajar.

Televisyen
- Televisyen merupakan satu contoh pengunaan media yang sangat
membantu sekiranya digunakan dengan cara yang betul. Murid dapat
melihat sendiri peristiwa kemerdekaan yang ditayangkan di televisyen.
Walaupun aktiviti ini merupakan aktiviti pasif dimana murid hanya
melihat, ia sebenarnya meninggalkan semangat yang mendalam
sekiranya mereka menghayati jalan cerita yang disampaikan sekaligus
dapat menanamkan semangat cintakan negara.

Pameran
- Pameran juga merupakan antara perkara yang terdapat
di bawah Kon Pengalaman pembelajaran dale di mana
pameran juga dapat mengukuhkan minda pelajar kerana
mereka akan ditayangkan dengan pelbagai alatan atau
juga poster, pamplet serta sebagainya lagi yang secara
tidak langsung turut bercerita mengenai peristwa
kemerdekaan itu sendiri. Hal ini diakui oleh Edgard Dale
apabila beliau menyatakan bahawa seseorang murid itu
akan lebih mudah untuk memahami sesuatu perkara
sekiranya dia mendengar, melihat dan melaui sendiri
peristiwa itu.

Demonstrasi/ Tunjuk cara


- Dalam kaedah ini, guru memainkan peranan
utama dalam menunjukkan contoh supaya lebih
difahami oleh murid. Misalnya, di dalam peristiwa
Merdeka, Tunku Abdul Rahman akan diiring oleh
kereta mengelilingi Dataran Merdeka dan dikelilingi
oleh ribuan rakyat untuk melaungkan kata-kata
keramat Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!
Sebanyak 3 kali. Seterusnya, pelajar akan lebih
mudah untuk mengingati mengenai peristiwa
merdeka tersebut.

Persimbolan
Simbol Penglihatan
Dalam proses ini, guru boleh duduk bersama pelajar
dan membincangkan pokok-pokok utama dalam isu
kemerdekaan negara berdasarkan tayangan gambar,
video serta bahan bantu mengajar yang lain
sebelum mereka terus ke langkah seterusnya iaitu
menulis karangan.
Simbol Lisan
Murid kemudiannya akan diminta menulis sebuah
karangan mengenai Proses Kemedekaan Negara.

You might also like