You are on page 1of 7

SEKOLAH MENENGAH AGAMA (A) ANNAJAH, TITI GANTONG

MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA

SESI 2019

Tarikh : 13 Januari 2019

Hari : Ahad

Masa : 3.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SMA (A) Annajah

Kehadiran: 1. En. Mohamad Isa Bin Salleh - YDP PIBG

2. En. Emram Bin Yunus - Naib YDP PIBG

3. Pn. Rosmaini Binti Omar - PK Pentadbiran

4. Pn. Jamilah Binti Abdul Rani - PK HEM

5. Pn. Nur Afiqah Binti Azri - Setiausaha PIBG

6. Pn. Fathiah Binti Mohd Pauzi -Pen.Setiausaha PIBG

7. En. Mohd Norzi Bin Mat Saman - PK Kokurikulum

8. En. Mahyuddin Bin Md Ali - AJK Guru

9. En. Abdul Wahab Bin Md Ali - AJK Waris

10. Pn. Norasmah Binti Abdul Rahim - AJK Waris

11.Tn. Hj. Abd Rahim Bin Ismail - AJK Waris

12. Pn. Nor Syamsiah Binti Sulaiman

Tidak Hadir Bersebab: 1. Pn. Nor Suhadat Binti Harun - Bendahari

2. Pn. Nor Azima Binti Ismail Zawawi - AJK Guru

4. Pn. Nor Hafiza Binti Abd Halim - AJK Guru

5. En. Mohd Rashidi Bin Kassim - AJK Waris

6. Pn. Suriani Binti Aziz - AJK Waris

1
1.0 UCAPAN ALUAN YDP PIBG (EN. MOHAMAD ISA BIN SALLEH)

1. En. Mohamad Isa memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberi kesihatan dan dapat
menghadiri ke Mesyuarat AJK PIBG kali pertama ini.

2. Beliau juga memanjatkan doa agar semua hadiri dipanjangkan umur da dikurniakan nikmat
oleh Allah SWT.

3. Beliau menamatkan ucapan dengan menjemput Puan Rosmaini Binti Omar selaku Penolong
Kanan Pentadbiran dan pemangku pengetua untuk memberikan ucapan.

2.0 UCAPAN ALUAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN (PUAN ROSMAINI BINTI


OMAR)

1. Ucapan terima kasih kepada En. Mohamad Isa selaku YDP PIBG, APK HEM, PK
Kokurikulum dan AJK PIBG yang hadir.

2. Beliau juga memohon tunjuk ajar dan nasihat daripada semua hadirin sepanjang beliau
memangku tugas pengetua.

3. Beliau turut memanjatkan doa agar Mesyuarat AJK PIBG kali pertama dapat berlangsung
dengan baik dan segala perancangan berjalan dengan lancar.

3.0 ULASAN YDP PIBG (EN. MOHAMAD ISA BIN SALLEH)

1. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Penolonng Kanan Pentadbiran, Puan
Rosmaini atas ucapan beliau.

2. Beliau memohon untuk minit Mesyuarat AJK PIBG kali kedua sesi 2018/2019 dibentang
dan disahkan.

4.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

1. Pn. Nur Afiqah Binti Azri membentangkan minit Mesyuarat AJK PIBG kali kedua sesi
2018/2019 yang bertarikh 22 Julai 2018.

2. En. Mohd Mahyuddin Bin Md Ali memaklumkan bahawa terdapat maklumat yang tidak
tepat pada perkara 8.0 Hal-hal lain bernombor dua (2) iaitu mengenai keluasan tanah yang
dibeli oleh pihak sekolah untuk pembangunan SMA (Arab) Annajah. En. Mahyuddin
memaklumkan bahawa maklumat yag tepat adalah tanah tersebut berkeluasan 1.4 relung
pada harga RM 150 000.

3. En. Mohd Mahyuddin juga memaklumkan bahawa maklumat pada perkara 8.0 Hal-hal
lain bernombor tiga (3) tidak tepat iaitu mengenai sumbangan kepada pelajar STAM yang
memperoleh keputusan cemerlang. Maklumat yang tepat adalah sumbangan PIBG untuk
pelajar STAM yang memperoleh keputusan Mumtaz Sufi sebanyak RM 500 dan RM 350
kepada pelajar STAM yang memperoleh keputusan Mumtaz.

4. Tn. Hj. Abdul Rahim Bin Ismail mengesahkan minit mesyuarat tersebut.

5. En. Mohd Mahyuddin telah menyokong.

2
5.0 PERBINCANGAN MENGENAI SEMINAR BAHASA INGGERIS SPM

1. En. Mohamad Isa memaklumkan bahawa pihak Syarikat Elmuria Consultancy & Services
telah menghantar e-mail kepada PIBG melalu e-mail sekolah untuk mencadangkan
pelaksanaan seminar “Teknik Menjawab Soalan Bahasa Inggeris” dan bengkel “English Lab
@ School”.

2. Beliau juga memaklumkan bahawa seminar ini akan berlangsung selama dua hari dan
berbayar sebanyak RM 60/pelajar.

3. En. Mohamad Isa menyatakan bahawa beliau khuatir kandungan seminar tersebut akan
bercanggah dengan kandungan yang diajar oleh guru sekolah sehingga menyebabkan
kekeliruan pelajar dalam subjek tersebut.

4. En. Emram Bin Yunus juga menyatakan bahawa kehadiran pelajar juga mungkin tidak
mencapai 100% kerana seminar tersebut berbayar dengan kadar yang agak tinggi. Hal ini
akan membebankan pelajar yang tidak berkemampuan.

5. Oleh sebab kekangan yang telah dibincangkan, pihak AJK PIBG memutuskan supaya seminar
ini tidak perlu diadakan.

6.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

1. Perkembangan terkini Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK)

- En. Ab. Wahab Bin Md. Ali bertanya mengenai penubuhan PIBK sama ada di bawah
PIBG atau tidak. Pn. Jamilah memaklumkan bahawa PIBK bergerak di bawah Pengetua
seiring dengan PIBG.

- En. Mohamad Isa bertanya mengenai perkembangan bilik PIBK kepada En. Ab. Wahab
Bin Md. Ali. Beliau memaklumkan bahawa kelengkapan bilik PIBK masih dalam proses
kerana masih terdapat peralatan yang belum disediakan lagi.

- Pn. Jamilah Binti Abdul Rani juga memaklumkan bahawa peralatan yang telah disediakan
adalah meja dan kerusi.

2. Makluman mengenai sumbangan kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan PT3

- Pn. Rosmaini memaklumkan bahawa pelajar yang berjaya memperoleh keputusan 8A


dalam peperiksaan PT3 akan diberi sumbangan sebanyak RM 100 seperti yang telah
termaktub berdasarkan keputusan dalam Mesyuarat AJK PIBG yang kedua sesi 2018.

3. Perkembangan pembelian tanah untuk pembangunan SMA (Arab) Annajah

- Pn. Nor Syamsiah Binti Sulaiman memaklumkan bahawa pihak sekolah telah
membuat pembayaran deposit pertama kepada tuan tanah sebanyak RM 35 000
dengan menggunakan pendahuluan wang bantuan daripada Kementerian Pendidikan
Malaysia.

- Beliau memaklumkan bahawa pihak sekolah juga telah menggunakan pendahuluan


wang bantuan tersebut sebagai bayaran untuk cetakan resit dan kos lain-lain untuk
urusan pembelian tanah sebanyak RM 5 785.
3
- Beliau juga memaklumkan bahawa kutipan sumbangan wakaf adalah sebanyak RM
73 641.50 dan pihak sekolah telah menggunakan sebanyak RM40 785 untuk
menggantikan semula pendahuluan wang bantuan tersebut. Bakinya adalah berjumlah
RM 32 856.50.

- Pn. Nor Syamsiah mencadangkan supaya baki yang berjumlah RM 32 856.50 tersebut
digunakan untuk membayar baki harga tanah.

- En. Abd. Wahab memaklumkan bahawa pembayaran baki akan dibayar sebanyak
empat kali seperti yang dipersetujui oleh tuan tanah iaitu RM 35 000 dikuti dengan
RM 40 000 sehingga selesai pembayaran.

8.0 HAL-HAL LAIN

1. Cadangan daripada En. Mohamad Isa Bin Salleh (YDP PIBG)

- En. Mohamad Isa mencadangkan supaya melantik Penolong Bendahari PIBG.

- En. Muhamad Norzi mencadangkan supaya Pn. Rosmaini yang melantik guru untuk
menjawat jawatan tersebut.

2. Tarikh Mesyuarat Agung PIBG yang Kesebelas

- Pn. Jamilah memaklumkan bahawa menurut takwim Unit Hal Ehwal Murid (HEM), tarikh
Mesyuarat Agung PIBG kali Kesebelas akan diadakan pada 31 Januari 2019.

- Pn. Rosmaini mencadangkan supaya tarikh ini dipinda kerana terdapat Kejohanan Merentas
Desa Peringkat Sekolah 2019 pada 24 Januari 2019. Ekoran daripada itu menyebabkan
kekangan masa untuk mengumpul usul daripada waris untuk Mesyuarat Agung PIBG
tersebut.

- Pn. Rosmaini turut mencadangkan tarikh mesyuarat agung tersebut adalah pada 21 Februari
2019, Ahad dan surat jemputan serta usul perlu diedarkan pada 17 Januari 2019, Khamis.
Keratan maklum balas kehadiran dan usul perlu dikembalikan pada 22 Januari 2019. Semua
AJK PIBG bersetuju dengan cadangan tersebut.

3. Cadangan mengenai pemberian cenderahati kepada mantan Tuan Pengetua

- En. Muhammad Norzi Bin Mat Saman mencadangkan supaya pemberian cenderahati kepada
mantan Tuan Pengetua, Tuan Haji Ismail Zawawi Bin Ahmad Kemeri dilaksanakan bersama
pelajar.

- En. Emram pula mencadangkan supaya kos membeli hadiah menggunakan kutipan wang
daripada AJK PIBG dan menganjurkan jamuan dengan menggunakan dana daripada PIBG.

- En. Mahyuddin turut mencadangkan supaya jamuan diadakan di luar kawasan supaya lebih
santai.

- En. Mohamad Isa memutuskan supaya keputusan lanjut mengenai jamuan dan pemberian
cenderahati kepada mantan pengetua dibincang dalam aplikasi “Whatsapp” PIBG.
4
4. Makluman daripada En. Mahyuddin Bin Md Ali (Penolong Kanan Tingkatan 6)

- En. Mahyuddin memaklumkan bahawa jumlah pelajar Tingkatan 6 tahun 2019 adalah seramai
41 orang. Pelajar lelaki berjumlah 17 orang dan pelajar perempuan berjumlah 24 orang.

- Beliau juga memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia
(STAM) 2018 akan dikeluarkan pada tarikh 17 Januari 2019 dan semua AJK PIBG dijemput
hadir ke majlis penyerahan slip peperiksaan STAM tersebut.

- Pn. Rosmaini memaklumkan bahawa Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) akan hadir
untuk memberi taklimat kepada pelajar STAM tahun 2018.

- En. Mahyuddin mencadangkan supaya Pn. Hafiza Abdul Halim selaku kaunselor sekolah
perlu menyediakan kaunter untuk menyampaikan maklumat mengenai Unit Pengambilan
Universiti (UPU) kepada pelajar selepas taklimat tersebut.

- En. Mahyuddin juga memaklumkan bahawa keputusan Sijil Tinggi Agama (STA) 2018 akan
dikeluarkan pada 21 Mac 2019 dan tarikh keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) 2018
dikeluarkan belum mendapat maklumat lagi.

5. Makluman daripada Pn. Jamilah Binti Abdul Rani (Penolong Kanan HEM)

- Pn. Jamilah memaklumkan bahawa Unit HEM bersama Unit Kaunseling melancarkan
program “Spot Ponteng” untuk mengatasi masalah ponteng dalam kalangan pelajar. Pelajar
yang telah dikenal pasti tidak hadir selama tiga hari berturut-turut pada bulan Januari, Mac,
Ogos dan September tahun semasa akan diberi taklimat dan ceramah.

- Pn. Jamilah juga memaklumkan bahawa sekiranya terdapat perubahan positif dari segi
kehadiran, pelajar tersebut akan diberi ganjaran seperti sijil dan pingat.

- En. Emram mencadangkan supaya ganjaran tersebut tidak diberi dalam bentuk hadiah supaya
tidak mendatangkan sifat tidak berpuas hati dalam kalangan pelajar yang sering hadir ke
sekolah.

- Pn. Rosmaini mencadangkan supaya mengadakan majlis tertutup untuk memberi ganjaran
kepada pelajar yang berubah tersebut.

6. Cadangan daripada Tn. Hj. Abdul Rahim Bin Ismail (AJK Waris)

- Tn. Hj. Abdul Rahim mencadangkan supaya mempercepatkan kutipan sumbangan wakaf
tanah yang dibeli oleh pihak sekolah tersebut dengan cara memohon sumbangan wakaf tanah
daripada pihak luar.

- Pn. Rosmaini meminta Pn. Nur Afiqah untuk mengambil tindakan menyediakan surat
memohon sumbangan wakaf tanah tersebut.

- En. Emram mencadangkan supaya menguar-uarkan perkara ini dalam laman sosial sekolah
supaya dapat menarik perhatian ramai orang luar.

- En. Mahyuddin mencadangkan supaya menyediakan banting mengenai sumbangan wakaf


tanah tersebut untuk menyebarkan perkara ini kepada pihak luar.

5
7. Etika pemakaian baju sukan pelajar lelaki

- En. Mohamad Isa memaklumkan bahawa beliau menerima aduan daripada waris pelajar
mengenai etika pemakaian baju sukan oleh pelajar yang mana pihak sekolah telah
menetapkan peraturan supaya pelajar lelaki perlu memasukkan baju ke dalam seluar. Waris
tersebut menyatakan bahawa cara pemakaian seperti ini tidak sesuai dengan imej pelajar yang
belajar di sekolah agama.

- Pn. Rosmaini memaklumkan bahawa terdapat “dress code” untuk pelajar supaya berpakaian
kemas mengikut tatacara yang betul dan disebabkan itu pihak sekolah memutuskan supaya
pelajar lelaki memasukkan baju sukan ke dalam seluar.

- En. Emram pulan mencadangkan supaya pelajar lelaki tidak memasukkan baju sukan ke
dalam seluar kerana tidak sesuai dengan imej sekolah agama. Beliau juga menyatakan bahawa
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) berhak menentukan etika pemakaian yang sesuai
untuk pelajar selari dengan imej sekolah agama.

- Pn. Rosmaini menyatakan bahawa perkara ini akan dibincang selanjutnya dalam mesyuarat
Kelab Guru dan Staf Sekolah (KGSS) bersama guru-guru yang akan diadakan pada 15 Januari
2019.

9.0 UCAPAN PENANGGUHAN

1. YDP mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan mendoakan semoga
diberi kesihatan yang baik agar dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang dengan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr.

10.0 TINDAKAN MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA 2019

1. Mengedarkan surat jemputan ke Mesyuarat Agung PIBG 2019 beserta keratan maklum balas
kehadiran, usul dan sumbangan kepada pelajar. Keratan usul dan sumbangan telah
dikembalikan kepada Pn. Nur Afiqah oleh pelajar melalui guru kelas.

2. Menyediakan surat memohon sumbangan wakaf kepada pihak luar untuk pembelian tanah
bagi tujuan pembangunan SMA (Arab) Annajah.

3. Menyediakan banting mengenai sumbangan wakaf tanah.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

....................................................... ......................................................

(NUR AFIQAH BINTI AZRI) (EN. MOHAMAD ISA BIN SALLEH)

Setiausaha PIBG, Yang Dipertua PIBG,

SMA (ARAB) ANNAJAH SMA (ARAB ) ANNAJAH

6
7

You might also like