You are on page 1of 2

RANCANGAN MENGAJAR SEJARAH

Mata Pelajaran: Sejarah


Kelas : 4 Nasaei
Hari: Isnin
Tarikh: 26/ 03/ 2018
Masa: 1.15 petang – 2.15 petang (1 jam)
Tajuk: Kerajaan Islam di Madinah
Subtopik: Konsep, Sebab dan Tujuan, serta Kepentingan Hijrah
Objektif Pembelajaran: Bersoal jawab mengenai konsep, sebab dan tujuan, serta kepentingan
Hijrah.
Kriteria Kejayaan: Di akhir pembelajaran murid dapat:
1. Menyatakan secara lisan mengenai konsep, sebab dan tujuan,
serta kepentingan Hijrah .
2. Melakarkan peta pemikiran i-Think mengenai konsep, sebab dan
tujuan, serta kepentingan Hijrah.
Pengetahuan sedia Murid pernah mempelajari topik ini dalam subjek Pendidikan Islam.
ada:
Konsep: Hijrah.
Bahan Bantu Belajar : Buku Teks dan kertas A4.
Kemahiran KBKK: 1. Menjana idea
2. Menganalisis
EMK:
Nilai : 1. Bekerjasama
Semangat patriotisme: 1. Berusaha membina negara yang kukuh dan stabil.
Kaedah pembelajaran: 1. Soal jawab lisan
2. Aktiviti berkumpulan
3. Penerangan
Rangka pengajaran:
Set induksi:
1. Guru menyoal mengenai maksud Hijrah berdasarkan pemahaman murid masing-masing.
2. Guru menerangkan objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan.
Aktiviti utama:
1. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan (Kumpulan 1: Konsep Hijrah, Kumpulan 2:
Sebab dan Tujuan Hijrah, Kumpulan 3: Kepentingan Hijrah).
2. Guru mengedarkan helaian kertas A4 kepada setiap kumpulan.
3. Guru meminta setiap kumpulan mengumpul maklumat daripada buku teks mengenai
perluasan kuasa berdasarkan tamadun yang telah ditetapkan dengan menggunakan kata
kunci 1H5W selama 15 minit.
4. Guru meminta supaya maklumat yang telah dikumpul tersebut dilakarkan dalam bentuk peta
pemikiran i-Think dalam kertas A4 yang telah diedarkan selama 15 minit.
5. Guru meminta setiap kumpulan membuat pembentangan.
Penutup :
1. Guru membuat rumusan dan refleksi pembelajaran.
2. Guru kembali berkongsi objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan.
Tugasan susulan:
1. Guru meminta murid membuat salinan peta pemikiran tentang topik ini dan tampal dalam
buku nota.
2. Guru mengedarkan latihan mengenai topik ini kepada murid dan meminta murid
menyiapkannya.
Refleksi:
Semua / Sebilangan murid dapat mencapai kriteria kejayaan dalam pembelajaran.

You might also like