You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHINI TIMUR

26690 PEKAN, PAHANG

MINIT MESYUARAT JK BANTUAN DAN KEBAJIKAN BIL 1/2019

Tarikh : 24 Januari 2019 (Rabu)


Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan
Kehadiran : En. Azmi bin Abdul Rashid (Pengetua/Pengerusi)
En. Mohmad Daud bin Osman (YDP PIBG)
En. Omar bin Salleh ( GPK Hem)
En. Jamaludin bin Bakar (AJK PIBG)
Cik Norkhamisah Binti Mohd Yunus (Setiausaha/Derma&Sumbangan)
Pn. Nur Fazrini binti Pauzi (Pengurusan Pelajar OA)
En. Mustaffa bin Embong ( Pengurusan KWAPM)
Pn. Nurkhalisah binti Mustapa (SU Biasiswa)
Pn. Zatul Iwani binti Salleh (SU SPBT)
Cik Norazean binti Jumaal
Pn. Nor Sazuani binti Mohd Satar
En. Ahmad Kamil Yunus bin Abu Bakar
Cik Naimah binti Ahmad
Pn. Nurzuharini binti Min
Cik Rohani binti Ibrahim
Cik Nor Yusnita Binti Omar
Pn. Nur Syazatul Ain binti Yaacob
En. Azahari bin Abu Bakar
En. Mustakin bin Ali
En. Mohd Sharif bin Mohd Badar
En. Mohd Ridwan bin Mohd Pauzi
En. M.Shaffrie bin A. Halim

1. PERUTUSAN PENGERUSI (PENGETUA)

1.1 Pengerusi mengucapkan syukur dan terima kasih kepada semua yang hadir ke
mesyuarat kali pertama 2019.
1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah
bekerjasama dalam memastikan kebajikan pelajar terjaga dan berharap program-
program kebajikan dapat ditambahbaikan lagi.
1.3 Pengerusi mengingatkan agar guru kelas memastikan maklumat pelajar di dalam
APDM dikemaskini khususnya dalam bahagian pendapatan penjaga.Data APDM
menjadi salah satu rujukan penting bagi menentukan kelayakan bantuan untuk
pelajar.
1.4 Semua guru diingatkan juga agar sentiasa prihatin terhadap kebajikan pelajar.

Tindakan: Makluman dan tindakan guru kelas serta semua guru.

2. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Cik Norkhamisah membentangkan minit mesyuarat yang lepas:


Dicadang untuk disahkan oleh: En.Mustaffa bin Embong
Disokong oleh: Pn. Nor Fazrini bt Pauzi
Tindakan: Makluman
3. PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit

4. PERANCANGAN UNIT BANTUAN DAN KEBAJIKAN

4.1 - SU membentangkan perancangan-perancangan Unit Bantuan dan Kebajikan


(lampiran).
Tindakan: Makluman dan untuk tindakan AJK berkaitan

5. PERANCANGAN SUB UNIT BANTUAN DAN KEBAJIKAN PELAJAR

5.1 Bantuan Awal Persekolahan (BAP)


- Kelayakan murid yang menerima BAP adalah pendapatan seisi keluarga kurang
daripada RM3000
- Murid perlu mengisi borang permohonan dan menyerahkannya kepada guru kelas.
- Serahan wang bantuan kepada murid yang layak akan dilaksanakan akhir bulan
Januari.
Tindakan: SU Bantuan dan Guru Kelas

5.2 Pengurusan KWAPM


- Pendapatan isi rumah RM930 /perkapita RM230.
- Kelayakan murid berdasarkan maklumat di dalam APDM
- Murid tidak menerima apa-apa bantuan biasiswa.
Tindakan: Penyelaras KWAPM , guru kelas Tingkatan 1

5.4 Pengurusan Biasiswa – BKP dan BYP


5.4.1. BKP- menggunaan borang permohonan secara bersepadu KPM .

5.4.2. Guru kelas boleh memaklumkan kepada JK Biasiswa jika terdapat murid yang
memerlukan biasiswa.
Tindakan: SU Biasiswa,Guru kelas

5.5 Pengurusan Pelajar Orang Asli


- Memastikan laporan kehadiran pelajar dihantar setiap akhir bulan.
Tindakan : Penyelaras Pelajar OA dan guru kelas
5.6 Pengurusan Elaun Murid Khas
- Perlu kemaskini dan membuat pengesahan senarai murid khas.
Tindakan: Su Bantuan dan Kebajikan

6. HAL-HAL LAIN.
6.1 - Pengerusi mengingatkan agar semua AJK prihatin kepada maklumat-maklumat
terkini yang dikeluarkan seperti maklumat berkaitan Bantuan Awal Persekolahan,
Biasiswa Kecil Persekutuan, KWAPM dan Bantuan Persekolahan Pelajar Orang Asli.
6.2 - Pengerusi mengingatkan agar setiap jk berkaitan perlu sentiasa mematuhi
pekeliling dan panduan dalam mengurus permohonan bantuan pelajar.
6.3 - Pengerusi juga memaklumkan mengenai penggunaan Borang Permohonan
Bantuan Persekolahan Secara Bersepadu KPM mulai Januari 2019.
- Borang tersebut digunapakai bagi permohonan bantuan khusus :
- RMT
- KWAPM
- Bantuan Pakaian Seragam Pasukan Beruniform
- EMK
- Biasiswa Kecil Persekutuan
- Bantuan Awal Persekolahan
6.4 - Cik Norkhamisah meminta persetujuan untuk meneruskan Kutipan Tabung
Bulanan.

7. PENUTUP

7.1 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua dan berharap segala
program yang dirancang dapat dilaksanakan demi kebajikan pelajar-pelajar.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………..………. ………………………………
(NORKHAMISAH BINTI MOHD YUNUS) (EN. AZMI BIN ABDUL RASHID)
Setiausaha JK Bantuan dan Kebajikan PENGETUA
SMK Chini Timur, SMK Chini Timur,
26690 Pekan, Pahang 26690 Pekan, Pahang

You might also like