You are on page 1of 1

‫مدرسة النجاح تيتي گنتوڠ‬

SEKOLAH MENENGAH AGAMA (ARAB) ANNAJAH


TITI GANTONG 09100 BALING KEDAH DARUL AMAN
KOD SEKOLAH: KFT0012 * NO.TEL: 011-65734866
E-mail : smaannajah.sabk@gmail.com / kft0012@moe.edu.my

Ruj. Kami : SMAAN 100-13/1/4 (25)


Tarikh : 18 MEI 2022

Kepada :
Asri Fastprint Sdn. Bhd.,
09200, Kupang, Kedah.

Tuan/puan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-14 SMA
(ARAB) ANNAJAH

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa perkara seperti yang di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak PIBG SMA (Arab) Annajah akan mengadakan
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-14.

3. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG tersebut seperti ketetapan
berikut:
Hari: Khamis
Tarikh: 23 Jun 2022
Tempat: Dewan Terbuka SMA (Arab) Annajah

4. Pihak SMA (Arab) Annajah ingin memohon jasa baik tuan/ puan untuk memberi sedikit
sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan, hadiah atau hamper untuk memudahkan pihak
kami menjayakan mesyuarat kali ini. Sumbangan berbentuk kewangan secara pemindahan atas
talian dari pihak tuan/ puan boleh dialamatkan kepada TETUAN PERSATUAN IBUBAPA DAN
GURU SMA ANNAJAH TITI GANTONG dan nombor akaun 02-048-02-042170-8 (BIMB).

5. Besarlah harapan pihak kami tuan/ puan dapat memberi sumbangan ini bagi melancarkan
lagi mesyuarat ini. Segala jasa baik dan keprihatinan pihak tuan amat disanjung tinggi dan
didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.

Saya yang menjalankan tugas,

....................................................
(MOHAMAD ISA BIN SALLEH)
Yang Dipertua PIBG,
SMA (ARAB) ANNAJAH.
Sk: Fail PIBG

You might also like