You are on page 1of 2

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIEGET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI

DALAM BILIK DARJAH.

Kajian pakar-pakar pendidik menyatakan bahawa kanak-kanak sebenarnya mempunyai daya


intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa dengan
sepenuhnya. Untuk membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran, program pemulihan
merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan. Seperti yang
diketahui, murid-murid di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi,
pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh yang demikian, guru perlu menggunakan bahan bantu
mengajar yang konkrit yang dapat meningkatkan perkembangan kognitif mereka. Pengalaman
pembelajaran yang pelbagai boleh disediakan guru agar dapat melatih murid- murid supaya lebih
berfikir dan mengingat pengalaman yang mereka lalui. Bahan-bahan konkrit ini mestilah mempunyai
ciri-ciri yang boleh menarik perhatian kanak-kanak. Penggunaan bahan-bahan yang ada di
persekitaran kanak-kanak juga boleh membantu kanak-kanak mengaitkannya dengan pengetahuan
sedia ada mereka. Piaget juga berpendapat perubahan dari satu peringkat ke peringkat seterusnya
menyebabkan kanak- kanak akan mencapai tahap kematangan yang sesuai. Hal ini disebabkan kanak-
kanak telah terdedah dengan pelbagai jenis pengalaman yang relevan. Guru perlu sentiasa
menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit pada setiap peringkat umur kanak- kanak terutama
sekali pada peringkat pra operasi apabila mereka mempelajari kemahiran baru. Segala arahan dan
pembentangan haruslah tersusun dan ringkas supaya mereka mudah menerima dan faham apa yang
guru kehendaki sebagaimana yang dilakukan pada ujian Piaget di atas. Aplikasikan segala pengalaman
yang dilalui murid-murid sebagai contoh dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui
ujian seperti yang telah dijalankan, Piaget juga menyatakan supaya guru perlu memberi peluang
kepada pelajar berumur 7 hingga 11 tahun untuk memanipulasi dan menguji objek- objek yang diajar.
Soalan- soalan berbentuk penyelesaian masalah perlu diperkenalkan supaya mereka lebih berfikiran
logik dan analitik. Guru juga perlu mengemukakan konsep yang luas kepada kanak- kanak di peringkat
operasi formal supaya mereka tidak terikat dengan fakta- fakta sahaja. Apabila perkembangan
peringkat murid- murid semakin meningkat, guru perlu memberi peluang kepada mereka untuk
menyelesaikan masalah. Guru juga perlu memberi peluang kepada pelajar untuk memanipulasi dan
menguji objek-objek yang diajar.Selain itu, kanak-kanak ini juga perlu dibimbing untuk berfikir secara
kreatif dan kritis. Biarkan mereka mencuba sendiri kemahiran yang dipelajari. Contohnya ialah
membuat eksperimen dalam subjek sains seperti mengkaji keperluan cahaya matahari untuk proses
fotosintesis tumbuhan. Semasa pembentangan dan pembacaan pastikan ia adalah ringkas dan
tersusun bagi meningkatkan keupayaan berbahasa. Para guru juga perlu beri peluang kepada kanak-
kanak meluahkan idea. Misalnya memulakan pembacaan dengan buku yang mudah beransur kepada
yang lebih kompleks. Berikan kebebasan untuk kanak-kanak memberi pandangan, bimbing mereka
ntuk membentangkan idea kepada langkah-langkah yang mudah. Selain itu, guru perlu menggunakan
contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan dengan pengalaman pelajar untuk mengajar perkara-
perkara yang lebih kompleks. Kaitkan pengalaman mereka seperti program televisyen yang mereka
gemari atau pengalaman seharian dengan pengajaran. Pengalaman membantu kanak-kanak untuk
memahami perkara yang lebih kompleks. Mereka juga perlu diperkenalkan dengan soalan-soalan
berbentuk penyelesaian masalah yang memerlukan pemikiran logik dan analitik. Para guru perlu
tunjukkan jalan penyelesaian mengikut langkah-langkah yang mudah dan sistematik
APLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DI DALAM BILIK DARJAH .

Perkembangan fizikal bermula sejak bayi dalam kandungan lagi. Oleh itu implikasi kepada setiap
perkembangan kanak-kanak ini perlu dilakukan oleh orang yang lebih dewasa terutama ibu bapa bagi
mencorakkan anak-anak mereka. Dari dalam kandungan, simulasi visual dan pendengaran perlu
diberikan supaya bayi dalam kandungan sudah mula menerima rangsangan yang akan
mengembangkan otak serta membaiki bahagian-bahagian yang terbabit dengan penyusunan
maklumat. Pada usia 2 hingga 6 tahun, kebanyakan pelajar sudah mula melakukan pelbagai kerja
secara bersendirian. Guru-guru hanya memberi bimbingan di sekolah dan ibu bapa memberi sokongan
dan semangat di rumah. Kanak-kanak kini tidak boleh diberikan segala-galanya untuk mengelakkan
mereka mula bergantung harap kepada kita dalam melakukan segala tugasan mereka. Kanak-kanak
ini juga sudah mula aktif dengan sukan dan permainan yang mereka minati. Pada peringkat 7 hingga
12 tahun, iaitu di mana penggunaan sensori motor mereka semakin cekap. Guru-guru digalakkan
untuk merancang suatu aktiviti yang menggunakan motor yang halus dan kasar secara seimbang
seperti aktiviti motor halus ialah seni lukis, tarian, dan bermain alat muzik. Kanak-kanak pada
peringkat umur ini adalah yang paling menyeronokkan. Kanak-kanak sudah boleh diberi pendedahan
minat terhadap sukan, seni dan muzik. Aktiviti permainan seperti berenang, gimnastik dan sukan
padang dapat menguatkan stamina dan kekuatan otot dan membina pergerakan yang lebih cekap.
Kanak-kanak juga memerlukan bimbingan dalam pengambilan makanan bergizi bagi memastikan
mereka terus membesar dengan sihat. Peringkat usia 12 hingga 15 tahun, kanak-kanak mula
mengalami perubahan yang ketara dari segi fizikal dan emosi. Remaja lelaki akan mencapai akil baligh
dan perempuan juga mula mendapat haid. Perubahan suara lelaki dan kelunakan suara perempuan
mula ketara. Di sini, guru kebanyakannya digalakkan untuk memberi kan aktiviti seperti ceramah dan
motivasi serta kaunseling agar remaja ini dapat menerima perubahan ketara yang berlaku ke atas diri
mereka . Guru juga boleh menyediakan latihan membina daya tahan dan daya tenaga. Mereka wajar
diberi pendedahan tentang gaya hidup sihat dari segi pemakanan, senaman dan mengelakkan gejala-
gejala negatif seperti merokok dan mengambil dadah. Guru perlu merancang aktiviti sosial yang
menyeronokkan dan sihat seperti perkhemahan, aktiviti riadah yang harmoni. Guru-guru seharusnya
mengurangkan pergaulan yang terlalu bebas antara pelajar lelaki dan perempuan. Pada peringkat
umur ini juga remaja mengalami kematangan seksual atau akil baligh. Bimbingan daripada guru dapat
diberikan melalui ceramah, kursus tentang aktiviti seksual dan sistem pembiakan agar remaja
memahami aspek-aspek perubahan fisiologi yang berlaku dalam diri mereka. Remaja diberi peluang
dan ruang untuk berbincang dan bertanya tentang perubahan yang mereka sedang alami. Peringkat
perkembangan bagi setiap individu adalah berbeza. Guru perlu sensitif dan memberi perhatian kepada
perubahan-perubahan ini kerana ia mempengaruhi kesediaan, keupayaan dan minat remaja dalam
pembelajaran.Guru juga perlu mengenal pasti remaja bermasalah dan menjadi mentor kepada
mereka.

You might also like