You are on page 1of 22

1.

0 PENGENALAN

Sharifah A.Alsagoff (1987), menghuraikan psikologi perkembangan sebagai kajian terhadap faktor-faktor yang menentukan tingkah laku manusia dan perubahan kebolehan, personaliti, motivasi dan ciri-ciri sosial mengikut peringkat masa tertentu, dari masa pralahir ( dalam kandungan) hingga dewasa. Aspek-aspek psikologi perkembangan dalam kajian meliputi pertumbuhan dan perkembangan fizikal, mental dan emosi manusia mengikut peringkat umurnya. Maka, psikologi perkembangan boleh diertikan sebagai kajian saintifik terhadap pertumbuhan dan perkembangan manusia dalam aspek-aspek seperti fizikal, mental, emosi, personaliti, perbezaan individu dan tingkah laku sepanjang hayatnya.

2.0 KONSEP DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Menurut Atan Long, perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif.Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat lebih awal .Tambahan lagi, perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dri permulaan percambahan hingga ke akhir hayat sesuatu organisma. Paul Enggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada kematangan, pembelajaran dan pengalaman. Menurut Karl E. Garrison, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.Perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan. Crow dan Crow pula menyatakan bahawa perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung kearah yang lebih baik dari segi

pemikiran, rohani, moral dan sosial. Slavin (1997) berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu tumbuh dan membesar, menyesuai diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Beliau juga menyatakan bahawa individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat mereka iaitu perkembangan fizikal, perkembangan personaliti, perkembangan sosioemosional, perkembangan kognitif dan bahasa dan lain-lain. D.S Wright dan Ann Taylor pula mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan

pertumbuhan umur.

Kesimpulannya, perkembangan merupakan aspek perubahan yang dialami oleh individu yang bersifat kualitatif, tidak dapat diukur tetapi jelas kelihatan berubah melaui peredaran masa. Misalnya, semasa berumur 4 tahun seseorang kanak-kanak belum boleh memegang dan menulis dengan baik tetapi kanak-kanak itu akan mempelajari dan dapat menulis dengan baik semasa 7 atau 8 tahun. Pembelajaran boleh berlaku kerana kanak-kanak itu telah mengalami perkembangan dari segi kognitif dan terdapat kesediaan otot tangan dan ini membantu kanak-kanak itu menulis dengan baik.

2.1 PRINSIP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

Susun atur tersendiri

Berbeza

Menyeluruh

Prinsip Pertumbuhan & Perkembangan

Berkaitan dan mempengaruhi

Berterusan:

Kecepatan

Rajah 1: Prinsip pertumbuhan dan perkembangan

Susun atur tersendiri : Corak perkembangan bayi adalah sama daripada satu peringkat ke peringkat yang lain. Sebelum berjalan, lazimnya seorang kanak-kanak berdiri terlebih dahulu. Corak yang lazim ini tidak akan berubah, jika seseorang kanak-kanak yang dilahirkan awal, dia mungkin terlambat dalam beberapa aspek perkembangan, tetapi dapat sampai ke peringkat kanak-kanak lain seperti yang sepatutnya.

Menyeluruh: Pada peringkat awal kehidupan, seseorang bayi hanya dapat memberi gerak balas secara menyeluruh ke atas sesuatu rangsangan kerana tulang dan otot masih belum matang. Umpamanya, jika seseorang bayi cuba mengambil sesuatu benda, hampir seluruh badannya bergerak bersama-sama dengan lengan dan tangannya kerana jarinya masih belum dapat digunakan. Selepas besar, pergerakan bagi mengambil sesuatu benda hanya memerlukan jari sahaja tanpa menggerakkan sebahagian besar badannya. Emosi kanak-kanak juga berlaku secara menyeluruh. Misalnya pada peringkat awal, ketakutan kanak-kanak ditunjukkan secara menyeluruh. Kemudian ketakutannya hanya kepada perkara-perkara tertentu sahaja. Ternyata perkembangan itu berlaku mengikut proses pembezaan. Selepas proses pembezaan mencapai sesuatu peringkat ketentuan, proses penyatuan pula berlaku. Umpamanya, beberapa kemahiran yang terdapat pada terdapat pada seseorang adalah pemilihan dan gabungan beberapa tingkah laku yang menjadi penggabungan baru.

Berterusan: Perkembangan diri seseorang berlaku secara berterusan. Ia bermula daripada percambahan sehingga akhir hayat. Perkembangan ini berlaku pada kelambatan atau kecepatan yang berbeza-beza. Disebabkan perkembangan itu berterusan, apa yang berlaku pada satu peringkat mempengaruhi peringkat yang lain. Umpamanya, rumah tangga yang tegang pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak mempengaruhi sahsiah kanak-kanak seterusnya. Tanggapan negatif kepada ibu bapa yang kerap bertengkar sukar dihapuskan. Perkembangan dan pertumbuhan jasmani pada peringkat awal terutamanya pada peringkat kehamilan dapat menentukan sifat kanak-kanak sewaktu dewasa nanti. Sekiranya berlaku kecatatan kecil pada peringkat awal kehamilan, kecatatan ini membesar selepas ia dewasa nanti.

Kecepatan: Kecepatan dalam proses perkembangan tidak pernah sama. Anggota yang berlainan mempunyai kecepatan yang berlainan. Kanak-kanak yang tinggi kecerdasannya tetapi masih belum matang selalunya mempunyai perkembangan kecerdasan yang mendahului peringkat kematangan jasmani, kemasyarakatan dan emosi. Mereka selalunya susah menyesuaikan diri dengan kanak-kanak yang sebaya dan juga kanak-kanak yang lebih tua.

Berkaitan dan mempengaruhi: Perkembangan dan pertumbuhan satu-satu anggota adalah berkaitan dan mempengaruhi perubahan keseluruhan anggota lain. Pertalian ternyata didapati di antara kematangan jasmani dengan kematangan mental. Kesan daripada keadaan ini, kanak-kanak yang cepat matang berbeza dengan kanak-kanak lain yang sebaya tetapi lambat matang. Perbezaan ini bukan sahaja terdapat pada keadaan jasmani mereka tetapi juga daripada segi mental dan tingkah laku. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa perkembangan itu adalah proses yang bersepadu melibatkan penyesuaian keseluruhan badan.

Berbeza: Setiap individu mempunyai corak perkembangannya yang tersendiri. Justeru, tidak semua kanak-kanak sampai kepada titik perkembangan yang sama pada peringkat umur yang sama. Frank (1950) mengatakan bahawa perkembangan hidup seseorang bergantung kepada pewarisan dan alam sekeliling yang amat unik. Walaupun kecepatan perkembangan mungkin berbeza-beza bagi kanak-kanak, perkembangan ini adalah kekal. Kanak-kanak yang berbadan tinggi pada satu peringkat umur akan berbadan tinggi juga pada peringkat-peringkat umur yang lain, sedangkan yang berbadan rendah akan rendah juga kemudiannya. Lingkungan umur akal bagi kanak-kanak cerdas, sederhana dan lembap juga menunjukkan kekekalan sebagaimana sifat jasmani tadi. Perkembangan mental yang cepat akan berterusan cepatnya sedangkan kanak-kanak yang cacat otaknya tertinggal semakin jauh apabila dia semakin membesar. Oleh sebab tiap-tiap kanak-kanak mempunyai sifat kecepatan perkembangannya tersendiri, maka tidak boleh diharapkan semua kanak-kanak itu mempunyai peringkat umur yang sama.

2.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Baka

Persekitaran

Rajah 2: Faktor-faktor perkembangan kanakkanak

Faktor Kebakaan (Genetik)

Menurut Norman L. Munn, baka merupakan ciri-ciri yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen.

Ernest R. Hilgard pula mengatakan bahawa baka ialah ciri-ciri biologi yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anakanaknya melalui gen-gen.

W.E. Vinacke pula menyifatkan baka sebagai penentu strukturstruktur organ, arah sistem biologi yang akan berkembang serta potensi-potensi seseoarang individu.

Amram

Schienfeld

pula

menyatakan

bahawa

baka

itu

menentukan persamaan-persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dan di kalangan ahli-ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi trait-trait seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi. Menurut J.A Thomson, baka itu merujuk kepada perhubungan genetik di antara generasi manusia.

Baka adalah ciri-ciri yang diperturunkan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Oleh itu, ahli-ahli keluarga biasanya mempunyai sifat-sifat yang sama seperti warna mata dan kulit, warna rambut, bentuk muka dan telinga, kecerdasan dan penyakit seperti diabetes.

Walau bagaimanapun, pernah juga terdapat perbezaan sifat di antara anak dengan ibu bapa. Tahukah anda mengapa keadaan seperti ini boleh berlaku? Sifatsifat yang berbeza itu mungkin berasal daripada nenek moyang. Ini adalah kerana gen yang menentukan sifat-sifat yang berbeza itu mungkin telah lama terpendam. Gen ini pula akan muncul semula apabila keadaan sesuai. Ketika gen itu berpasangan dengan pasangannya, gen itu muncul lebih kuat lalu menyebabkan berkembangnya sifat yang berbeza itu.

Faktor Persekitaran.

Menurut Amram Schienfeld, persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu dan faktor bakanya bermula dari peringkat persenyawaan.

Norman L. Munn pula mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unit-unit kebakaan.

W. Edgar Vinacke menerangkan bahawa persekitaran ialah kuasa ekstrinsik yang kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu.

Pengertian-pengertian

di

atas

menunjukkan

dengan

jelas

bahawa

persekitaran merujuk kepada alam sekitar seseorang individu sama ada di peringkat pralahir atau selepas lahir. Terdapat dua kategori faktor persekitaran, iaitu faktor pralahir dan faktor selepas lahir.

Faktor Pralahir merupakan faktor yang memainkan peranan terhadap seseorang kanak-kanak iaitu sebelum lahir. Antara faktor-faktor pralahir yang penting adalah seperti berikut:

pemakanan

kesihatan ibu

kesan Xray

emosi ibu

umur ibu

Rajah 3: Faktor-faktor pralahir

10

Faktor selepas lahir pula merupakan faktor yang mempengaruhi seseorang kanak-kanak selepas ahir. Antara faktor-faktor selepas lahir yang penting adalah seperti berikut:

pemakanan

keluarga

rakan sebaya

sekolah

tempat tinggal

Rajah 4: Faktor-faktor selepas lahir

11

3.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN SOSIO-EMOSI PERINGKAT KANAKKANAK

Saya telah menjalankan kajian tentang perkembangan kognitif dan sosio-emosi peringkat kanak- kanak terhadap dua orang murid sekolah rendah. Iaitu, seorang pelajar dari tahap satu dan seorang lagi dari tahap dua. (Biodata kedua-dua murid tersebut boleh dirujuk pada lampiran A dan lampiran B).

3.1 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Jean Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau berasal dari Switzerland dan telah menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Piaget dan ahli psikologi kognitif sering kala dikenal sebagai ahli struktur disebabkan mereka mementingkan struktur pemikiran manusia (Gardner, 1973). Piaget mengatakan tiap-tiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka yang bersendirian. Dengan sebab itu, kanak-kanak yang di dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif mereka. Piaget berpendapat bahawa

perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkatperingkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat-peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangkan yang berikutnya. Piaget menjelaskan tiga cara kanak-kanak mengetahui sesuatu. Pertama, melalui interaksi sosial iaitu belajar sesuatu perkara daripada orang lain. Bahasa, tingkah laku yang sesuai dengan budaya dan idea keagamaan adalah contohcontoh pengetahuan yang diperolehi dengan cara sedemikian. Kedua, melalui pengetahuan fizikal iaitu pengetahuan fizikal tentang sesuatu benda. Pengetahuan

12

ini diperolehi melalui penerokaan dunia fizikal dan belajar berkenaan bulatan dan segi empat sama,keras dan lembut, panas dan sejuk. Konsep-konsep ini tidak dapat dipelajari tanpa pengalaman dengan persekitaran. Ketiga, melalui logikal-matematik yang meliputi konsep nombor, klasifikasi, masa, hubungan ruang dan keabadian.

Berdasarkan teori perkembangan Jean Piaget, beliau telah mengklasifikasikan peringkat perkembangan intelek kepada empat peringkat iaitu,

Peringkat Deria Motor (0-2 tahun)

Peringkat Praoperasi (2-7 tahun)

Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun)

Peringkat Operasi Formal (11 tahun dan ke atas)

Rajah 5 : Peringkat Perkembangan Intelek

Walau bagaimanapun, dalam tugasan ini, peringkat yang diketengahkan ialah peringkat Operasi Konkrit dan peringkat Operasi Formal yang berlaku pada kanakkanak dalam lingkungan usia 7 hingga 11 tahun. Semasa lingkungan usia ini, kanak-kanak berada di alam sekolah rendah.

13

Berdasarkan pemerhatian yang telah saya lakukan kepada kedua-dua murid, jelas dilihat perkembangan kognitif yang berlaku mengikut usia. Untuk membuktikan hal ini, saya telah menjalankan beberapa aktiviti melibatkan kedua-dua murid tersebut. (Sila rujuk Lampiran D). Aktiviti saya yang pertama ialah saya menggunakan pembaris yang berlainan dari segi ukuran untuk aktiviti ini. Saya memberi tiga pembaris yang berlainan ukuran dan menyuruh murid-murid tersebut untuk menyusunnya. Walau

bagaimanapun, murid tahap satu tidak dapat menyusunnya mengikut ukuran panjangnya kerana masih memiliki ciri-ciri sifat perkembangan pada peringkat praoperasi. Dia masih tidak menguasai kemahiran konsep ukuran panjang. Namun, murid tahap dua telahpun menyusunnya dengan betul. Pada peringkat ini juga, murid mula menerima pendapat orang lain serta berupaya memberi perhatian kepada semua aspek satu-satu ciri atau objek. Selain itu, kanak-kanak juga dapat memperoleh konsep ruang, kelajuan, dan masa. Hal ini jelas dilihat dalam aktiviti 2 yang menggunakan duit syiling. Hanya murid tahap 2 yang mampu menjawab dengan tepat iaitu jumlah syiling tetap sama walaupun susunannya dijarakkan. Hal ini disebabkan murid meningkat kepada peringkat operasi formal dan penaakulan. dia berupaya tahap 2 semakin untuk membuat

14

3.2 PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI KANAK-KANAK

Perkembangan

sosial adalah

satu proses apabila

kanak-kanak belajar

berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Menurut Rohani Abdullah, proses ini melibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial. Perkembangan sosial kanakkanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. Identiti sosial dan kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua peringkat, iaitu kewujudan kendiri dan kategori kendiri (Lewis, 1995; Lewis & Books-Gunn, 1979). Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi. Emosi datang dalam berbagai bentuk seperti emosi gembira, sedih, takut, marah dan lain-lain. Tahap emosi juga pelbagai dan secara umumnya emosi dikelaskan sebagai emosi positif seperti gembira, teruja, girang dan emosi negatif pula adalah seperti marah, sedih, kecewa dan lain-lain. Oleh itu, sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses

berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat. Erik Erikson (1902-1994) telah menganalisis perkembangan sosial kanak-kanak dalam jangka masa kehidupan mereka. Beliau menjelaskan bahawa manusia mempunyai keperluan asas yang sama dan perkembangan mereka bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan tersebut. Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut tahap tertentu. Erikson percaya bahawa setiap tahap mempunyai konflik tertentu yang perlu diatasi supaya tidak menjejaskan perkembangan kanakkanak. Teori Erik Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikososial Erikson kerana ia mengabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu, iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial.

15

Berikut ialah konflik emosi dan ciri-cirinya yang dikenal pasti oleh Erikson dari peringkat bayi hingga peringkat tua.

USIA 0- 1 1 -3 3-6 6-11 12-20 21-25 26-60 61 ke atas

PERINGKAT KONFLIK Kepercayaan Lawan Ketidakpercayaan Autonomi Lawan Malu Inisiatif Lawan Serba Salah Kerajinan Lawan Kompleks Rendah Diri Identiti Lawan Kekeliruan Identiti Kemesraan Lawan Keterasingan Generativiti Lawan Pemusatan Kendiri Integriti Lawan Putus Asa

Jadual 1: Peringkat Konflik Erik Erikson

Walau bagaimanapun, mengikut tugasan yang diberi peringkat konflik yang paling sesuai adalah kerajinan lawan kompleks rendah diri. Hal ini disebabkan murid0murid sekolah rendah adalah dalam peringkat umur 6-12 tahun. Apabila saya membuat pemerhatian dan penilaian, saya dapat melihat bahawa teori Erik Erikson adalah memang tepat. Murid tahap 1 yang belajar di darjah 2 dan murid tahap 2 yang belajar di darjah 6 memang pandai berkomunikasi. Walaupun terdapat perbezaan dari segi bahasa, namun kedua-duanya sangat aktif. Walau bagaimanapun, murid tahap 2 berasa malu untuk mengemukakan jawapan tentang hal-hal peribadi. Ini menunjukkan ciri kematangannya. Tetapi, murid tahap 1 tidak sebegitu. Dia berkomunikasi seperti berhubung dengan kawan.

16

Saya telahpun menyediakan satu borang temubual dengan murid-murid ini. Jawapan yang diberikan oleh mereka sesuai dengan teori yang dinyatakan oleh Erik Erikson. (borang temubual boleh dirujuk di lampiran C). ( rakaman video dan maklumat lain yang berkaitan boleh dirujuk di CD yang dilampirkan di lampiran). Apabila saya membuat pemerhatian di dalam kelas, kedua-dua murid ini didapati pendiam. Kedua-dua murid ini belajar di kelas pertama. Apabila guru mengajar mereka menumpukan perhatian yang sepenuhnya di dalam kelas. Ini adalah ciri-ciri persamaan mereka. Ciri-ciri perbezaan mereka ialah, murid tahap 1 lebih bersikap terbuka daripada murid tahap 2. Hal ini mungkin kerana murid tahap 2 yang bersifat pemalu. Selain itu, murid tahap 1 memang mudah bergaul dengan kawan-kawannya berbanding murid tahap 2. Tuntasnya, teori Erik Erikson sangat tepat dalam hal murid-murid sekolah rendah. Oleh itu, ibu bapa dan juga guru-guru perlu bertanggungjawab untuk mengenali kanak-kanak dalam peringkat ini untuk memberi didikan yang sesuai dan sempurna. Perkara ini sudah pasti akan melahirkan modal insan yang berkualiti selepas beberapa tahun akan datang.

17

4.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

4.1 IMPLIKASI FAHAMAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kajian tentang perkembangan kanak-kanak memberikan implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Ia membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Pertamanya , guru akan mempunyai pengetahuan tentang mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran. Guru yang pandai memilih strategi pengajaran akan menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran menarik dan berkesan. Guru juga harus sentiasa memastikan tahap kemampuan pelajar terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran. Bagi murid yang pandai, guru perlu membimbing dalam proses pengkayaan ilmu manakala bagi pelajar yang lemah guru perlu sentiasa membimbing dan melakukan aktiviti asas bagi memudahkan mereka memahami pembelajaran yang disampaikan. Dengan adahnya,

perancangan dan kajian yang teliti berkenaan dengan tahap perkembangan kognitif kanak-kanak, maka proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat dicapai dengan jayanya. Tambahan pula, guru boleh menggunakan bahan yang konkrit bagi mengilustrasikan konsep yang lebih kompleks. Penggunaan bahan berbentuk 3D, carta dan gambar rajah memberi peluang kepada pelajar untuk bersedia kearah pembelajaran yang lebih kompleks. Guru juga hendaklah mempelbagaikan kaedah pengajaran. Pemilihan kaedah pengajaran yang tepat akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Hal ini demikian kerana murid-murid mempunyai persepsi yang berbeza terhadap kaedah pengajaran yang digunakan oleh mereka.

18

Murid-murid di peringkat sekolah rendah juga masih belum bersedia menyelesaikan masalah abstrak atau dalam bentuk hipotesis. Oleh itu, banyak contoh konkrit dan analogi diperlukan untuk memudahkan pemahaman murid-murid sekolah rendah. Isi pelajaran dan aktiviti pelajaran yang disediakan perlu selaras dengan peringkat perkembangan kognitif murid-murid. Sekiranya tidak, bahan atau aktiviti pelajaran tersebut mungkin akan membosankan murid-murid atau terlalu sukar bagi mereka. Guru juga harus memberikan arahan yang pendek, jelas, ringkas dan beserta contoh untuk membolehkan mereka memahaminya dengan lebih dalam. Di samping itu, setiap tajuk pelajaran perlu disusun dan diperingkatkan. Ini membolehkan penyampaian tajuk pelajaran daripada peringkat yang senang kepada peringkat yang susah. Cara seperti ini akan menjamin murid-murid memperolehi hasil pembelajaran yang maksimum. Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak sangat penting untuk dipelajari dan diterokai oleh setiap guru dan bakal guru agar mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah difahami.

19

4.2 CARA GURU DAPAT MENANGANI MASALAH PERBEZAAN INDIVIDU DALAM BILIK DARJAH

Seseorang guru perlu mempunyai kesedaran tentang masalah perbezaan individu, mengetahui bagaimana perbezaan ini mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan peka pada faktor penyebab kepada perbezaan individu. Menurut Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006), perbezaan individu boleh ditakrifkan sebagai variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan samada daripada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat di kalangan individu. Beberapa kaedah berikut boleh diambil oleh guru bagi mengatasi perbezaan individu . Kaedah Pendidikan Pemulihan Menerusi kaedah pendidikan pemulihan guru akan membantu kanak-kanak yang lemah dalam pelajaran mereka agar diberi pengajaran pemulihan sama ada secara formal atau tidak formal. Pendidikan pemulihan bertujuan mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid serta mengembangkan minat mereka terhadap pelajaran ke tingkat keperluan yang memuaskan. Kaedah Kumpulan Bagi mengatasi masalah perbezaan individu dalam kalangan murid, guru boleh menggunakan kaedah kumpulan. Kaedah ini dijalankan kerana murid berbeza dari segi keupayaan dan memudahkan guru menyediakan latihan serta bahan sumber pembelajaran. Kaedah berkumpulan dapat memberikan kesan yang baik kepada murid dan guru. Sebahagian besar daripada tugas guru adalah bekerja dengan kumpulan dan tidak dengan murid secara individu.

20

Kaedah Pengayaan Kaedah Pengayaan adalah sejenis kaedah pembelajaran yang memberi

peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari,daya cipta serta bakat kepimpinan mereka.Pengayaan boleh merupakan pengayaan mendatar dan menegak. Pengayaan mendatar merupakan aktiviti pengajaran berdasarkan kebolehan murid-murid dalam sesuatu kumpulan. Pengajaran menegak adalah berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja. Kaedah Gerak Balas Seterusnya Kaedah gerak balas.Kaedah ini akan melibatkan penglibatan aktif murid dalam suasana pembelajaran. Murid-murid tidak bersifat pasif atau menerima sahaja maklumat daripada pengajaran guru.Oleh yang demikian mereka digalakkan merancang projek menyelidik, merancang, menyusun danmembuat demonstrasi, dan melaporkan hasil daripada projek yang berkenaan. Kaedah Pengajaran Terancang Kaedah ini lebih memfokuskan kepada perancangan seseorang guru sebelum melaksanakan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p). Dalam kaedah ini, guru perlu memfokuskan kepada beberapa faktor seperti perancangan kepelbagaian strategi pengajaran dan pembelajaran, perancangan kepelbagaian bahan mengajar, perancangan kepelbagaian bentuk penilaian dan kepelbagaian tugasan. Justeru sebagai guru yang dedikasi, adalah tidak wajar untuk melayan semua pelajarnya dengan satu cara yang sama sahaja. Akhirnya saya berpendapat, pengetahuan tersebut perlu dijelmakan oleh seseorang guru semasa berinteraksi dengan para pelajarnya di dalam bilik darjah. Hal demikian adalah lebih adil kepada semua pelajar apabila guru melayani mereka mengikut perbezaan-perbezaan tersebut. Ini akan memberi kesan yang positif dan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan menarik. Matlamat untuk melahirkan insan yang berilmu dan seimbang dari segi rohani, jasmani, intelek dan emosi melalui pendidikan akan menjadi kenyataan. bantu perancangan

21

5.0 RUMUSAN

Perkembangan dan pertumbuhan membincangkan perkembangan manusia dari peringkat bayi sehingga kematian. Kelakuan manusia dari setiap peringkat adalah sangat berbeza apabila mereka telah mencapai peringkat dewasa. Manusia telah dikaji sejak bayi lagi iaitu ketika di dalam kandungan. Kita dapat lihat pergerakan manusia bermula dari rahim ibu yang kemudiannya dilahirkan menjadi bayi dan kemudiannya membesar menjadi kanak-kanak. Apabila mengalami proses kematangan, mereka akan memasuki alam remaja yang banyak menimbulkan perbezaan dari aspek mental dan fizikal dan seterusnya menjadi seorang yang lebih dewasa. Peringkat terakhir dalam kitaran hidup manusia ialah kematian yang sememangnya tidak dapat dielakkan. Oleh itu, dengan menggunakkan teori tokoh-tokoh yang terkenal, kita erlu memberikan kepentingan kepada perkembangan kanak-kanak kerana golongan kanak-kanak merupakan golongan yang harus diberi pemerhatian yang serius. Sebagai hasil, kita bukan sahaja dapat melahirkan anak murid yang sempurna dari segi JERIS iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial malah juga dapat menjamin kehidupan mereka pada masa akan datang..

22

You might also like