You are on page 1of 4

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

EDUP 3023

Bahagian A (60 markah)

Soalan 1

Perkembangan individu ialah perubahan yang berlaku sepanjang hayat dan dipengaruhi oleh
proses biologi, kognitif dan sosioemosi.
a. Nyatakan prinsip-prinsip asas perkembangan kanak-kanak. [5 markah]
b. Terangkan bagaimana faktor-faktor baka dan persekitaran mempengaruhi
perkembangan individu. [10 markah]

Soalan 2

Pertumbuhan dan perkembangan merupakan proses perubahan unik yang berlaku dalam
kehidupan manusia (Sigelman & Rider, 2012).
a. Perihalkan ciri-ciri pertumbuhan. [5 markah]
b. Jelaskan bagaimana faktor baka mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.
[10 markah]

Soalan 3

Menurut Vygotsky, kanak-kanak sering berada pada aras kognitif dimana mereka berupaya
menyelesaikan masalah dengan sendiri. Beliau juga berpendapat persekitaran sosiobudaya
adalah penting dalam mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak.
a. Jelaskan konsep zon perkembangan proksimal yang dikemukakan oleh Vygotsky. [5
markah]
b. Huraikan dengan contoh implikasi toeri Vygotsky dalam pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah. [10 markah]

Soalan 4

Menurut Erik Erikson, individu akan mengalami krisis perkembangan emosi pada setiap
peringkat. Kejayaan individu menyelesaikan setiap krisis sebelum krisis yang baharu timbul akan
memberi kesan kepada imej kendiri dan pandangan terhadap masyarakat (Woodfolk, 2013).

a. Terangkan ciri-ciri pada peringkat identity lawan kecelaruan identity berdasarkan teori
perkembangan sosioemosi Erik Erikson. [5 markah]
b. Tunjukkan bagaimana seseorang guru dapat membantu murid menangani krisis
perkembangan untuk membina identiti kendiri yang sihat dan imej kendiri yang positif. [10
markah]
Soalan 5

Intan, seorang murid bekeperluan pendidikan khas dengan masalah penglihatan menunjukkan
konsep kendiri negatif semasa dalam bilik darjah.

a. Jelaskan ciri-ciri konsep kendiri negatif yang mungkin ditunjukkan oleh Intan. [5 markah]
b. Bincangkan tindakan yang boleh di ambil oleh guru untuk membantu kanak-kanak
membina konsep kendiri yang positif. [10 markah]

Soalan 6

Sigmund Frued menyatakan bahawa personaliti individu bergantung kepada kejayaan atau
kegagalan seseorang semasa berada pada peringkat kanak-kanak.

a. Terangkan tiga struktur personaliti.[5 markah]


b. Huraikan dengan beserta contoh jenis-jenis mekanisme helah bela diri ketika berhadapan
dengan situasi kebimbingan. [10 markah]

Soalan 7

Guru perlu memahami keperluan serta resos yang diperlukan khususnya bagi kanak-kanak
berkeperluan pendidikan khas untuk keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah.

a. Jelaskan ciri kanak-kanak autism. [5 markah]


b. Bincangkan bagaimana anda sebagai guru dapat membantu muris autism dalam proses
pembelajaran di bilik darjah. [10 markah]

Soalan 8

Kanak-kanak bekeperluan khas dapat didefinisikan sebagai kanak-kanak yang mempunyai


masalah dalam pembelajaran dan memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus dalam
bilik darjah.

a. Jelaskan ciri-ciri kanak-kanak Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). [5


markah]
b. Huraikan aktiviti yang boleh dijalankan dibilik darjah bagi membantu kanak-kanak ADHD
mencapai perkembangan social yang optimum. [10 markah]
Bahagian B (40 markah)

Soalan 1

Amar seorang murid Tahun 4, baru kematian ibu bapa dan sekarang tinggal bersama
penjaganya. Sejak akhir-akhir ini dia sentiasa dikritik oleh guru dan rakan-rakannya. Tingkahlaku
Amar telah berubah dari seorang yang peramah, rajin dan sanggup mencuba tanpa diarah
kepada seorang yang kurang berkeyakinan dan sering melepaskan kekecewaannya terhadap
ketidakupayaan untuk menyiapkan tugasannya.

Berdasrkan Teori Psikologikal Erik Erikson, huraikan tindakan yang boleh diambil oleh gurunya
untuk membantu Amar menangani konflik serta dapat berfungsi dengan baik pada peringkat
seterusnya. [20 markah]

Soalan 2

Vygotsky berpendapat pembelajaran kanak-kanak dipengaruhi oleh rangsangan persekitaran


sosial dan budaya. Piaget pula beranggapan pengalaman peribadi kanak-kanak memberi kesan
kepada perkembangan pembelajaran mereka.

Bincangkan implikasi teori Piaget dan Vygotsky terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak
dalam konteks sekolah rendah di Malaysia. [20 markah]

Soalan 3

Siti, murid Tahun 3 mempunyai personality introvert di aman dia sukar bergaul dengan rakan
sebayanya dan sangat pasif di dalam bilik darjah. Dia rasa tidak yakin untuk menjawab atau
memberi pandangan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Personaliti Siti yang
sedemikian telah memberi kesan negative kepada prestasi akademiknya

Sebagai guru kelas Siti, bincangkan tindakan yang boleh anda lakukan bagi mempengaruhi
personality Siti agar dapat membantu meningkatkan prestasi akademiknya. [20 markah]

Soalan 4

Sebagai seorang guru kelas, anda mendapati Ally mempunyai tanda-tanda konsep kendiri
negative seperti degil, tidak mahu berkongsi barangan dan tidak mahu bekerjasama dengan
rakan-rakan sekelas. Ally tiada keyakinan diri untuk berucap di hadapan kelas dan sentiasa
memberi alasan untuk membela diri apabila sesuatu hukuman dikenakan terhadapnya.

Berdasarkan teori Psikoanalisis, bincangkan bagaimana anda dapat membantu Ally dengan
mengambil kira faktor-faktor yang mempengaruhi personalitinya. [20 markah]
Soalan 5

Cikgu Kalsom mempunyai seorang murid Tahun 5 yang sering ketinggalan dan tidak dapat
mengikut apa yang telah diajar oleh beliau. Murid tersebut seorang pendiam, tidak aktif dan sukar
menerima arahan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid ini juga tidak boleh
mengingat apa yang telah dipelajari dan pencapaian akademiknya juga rendah.

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan dengan contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh
Cikgu Kalsom bagi membantu murid ini dalam pembelajarannya. [20 markah]

Soalan 6

Cikgu Lin mengajar subjek Bahasa Melayu di Tahun 4 Gemilang dan mendapati Johan seorang
murid yang pasif dan mengalami kesukaran dalam sebutan. Johan sentiasa mengelakkan diri
apabila guru meminta dia membaca dengan kuat di dalam kelas. Ini disebabkan oleh rakan-rakan
sekelas yang mentertawakannya apabila dia membaca teks terbalik atau keliru dengan huruf-
huruf tertentu. Walau bagaimanapun Johan mempunyai bakat melukis dan merekacipta objek.

Berdasarkan ciri-ciri Johan yang tersebut di atas, apakah masalah pembelajaran yang dihadapi
oleh Johan? Huraikan dengan beserta contoh, tindakan yang boleh dilaksanakan oleh Cikgu Lin
untuk membantu Johan dalam pembelajarannya. [20 markah]

You might also like